Jumaat, 20 Jun 2008

Sambal Goreng Jawa (Port Dickson)

Ha...ini dah ada beberapa kengkawan yang membesar bersama-sama dengan aku mintak resipi...dah banyak kali. Pijot...hang soh aku e-mail, rite? Better...aku post kat sini..senang....bila2 pun ada..tak yah komplin ilang ke...terdelete ke..apa ke....Anyway, resipi nie takder laaa tepat sangat. Pandai2 laa korang adjust kan keseimbangan rasa masam, masin, manis, pedasnyer yer.....


Sambal Goreng Jawa - Port Dickson.

2kg udang sederhana besar - buang kepala, janggut and separuh kulit ( ekor tak yah buang )
* Udang tak payah goreng
5 keping tauhu ( putih ke..kuning ke, suka hati : potong dadu dan goreng)
5 keping tempe ( besar kecik pun..suka hati : potong dadu dan goreng )
1kg hati ayam ( rebus, potong dadu dan goreng )
1 ikat petai ( kopek isinya dan belah 2 setiap mata petai tu )
Babat a.k.a perut lembu yang macam span tu ( Rebus sampai empuk, potong dadu dan goreng )
1/4 kg Cili besar merah - hiris cantik2
1/4kg Cili besar hijau - hiris cantik2
1/2 kg Bawang besar - hiris bulat2 jadik mcm onion ring
2 labu bawang putih - hiris halus
1kg Santan kelapa pekat
1 mug air asam jawa
Garam & gula secukup rasa

Bahan tumbuk:
Cili api 2 genggam ( kalau tak nak pedas, kurangkan)
5 labu Bawang besar, hiris
Belacan setengah keping
---> 3 barang nie, gorengkan sampai layu ( layu jer, tak yah sampai garing), pas tuh tumbuk pecah-pecah ( maksudnyer, tak yah ler sampai lumat ) dalam lesung batu. Jangan blend tau, MESTI tumbuk.


Cara membuatnya :

- Panaskan minyak masak secukupnya, tumiskan bawang putih hiris berserta bawang dan cili api tumbuk. Tumiskan sampai naik bau yang harum dan wangi.
- Masukkan segala jenis bahan2 : tahu, tempe, petai, udang, hati ayam, babat. Gaulkan semuanya sampai sebati.
- Dah sebati, masukkan air asam jawa, dengan santan sekali. Gaulkan lagi sampai sebati.
- Dah sebati, taburkan garam, gula dan kalau nak, boleh masukkan sikit ajinomoto.
- Masukkan pula cili hiris hijau, merah dan bawang onion ring tu.
- Gaulkan..kacau sampai sebati..tunggu mendidih dan sentiasa kacau sampai betul2 tanak. Jangan tak kacau, nanti pecah minyak, tak sedap. Dan takut bawah kuali tu hangus nanti.
- Seimbangkan rasa manis, masam, masin, lemak. Dah puas hati, bolehlaa angkat dan hidangkan segera.

Yummmmyyyy....

Selamat mencuba. Kalau tak jadi...nasib laa...aku bukan chef...hehehhehe....

2 ulasan:

  1. best best..alang2 hang dah buh resipi..minta resipi sambal nenek bole? aku suka tulla sambal nenek ko tu...yummyyyyy

    BalasPadam
  2. ska mkn sambal goreng lps kawin dgn suami..mak mentua pandai buat =)

    done hotlink =)

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com