Tragedi Hari Raya yang agak jarang berlaku dalam hidup aku.
Seminggu selepas puasa, aku dah shopping kain untuk buat baju melayu hubby ngan anak. Memang tau dah lewat nak carik tailor, tapi kalau baju melayu tu rasanya ada harapan lagi. So, hubby dengan penuh harapan, hantar le ke butik kawan dia kat shah alam. Semangat betul travel dr Melaka semata2 nak antar baju melayu. Kawan dia agak reluctant, tapi accept juga.
So, 2 hari sebelum raya...( aku kan tak cuti kan... ) aku dah gi kedai tu. Tapi member hubby kata belum siap. Aku kata esok tgh hari aku amik....itupun dah kira lewat kan. Tp dia call tailor dia..tailor dia kata tak sempat tgh hari. Kena petang. Ishh..aku pun...lebih kurang laa...ok. Esoknya hubby dah start cuti..maklumlaa...Raya Eve. So..we all tunggu laa dia call...sampai ke waktu buka tak call. We all tunggu lagi....hubby aku tak kasi push kawan dia...dia segan. Tapi we all tunggu jer kat tkt bwh shopping kompleks lot kedai kawan dia nie. Kol 9.30 malam...time semua kedai dah bagi harga borong...dia call..kata : Tailor aku kata tak boleh siap laa baju ko. Esok boleh ker? Eiii...geramnyer akuuuuuuu. Aku terus laa tunjuk aku nyer samseng. Mana tailor tu? Biar aku tunggu sampai siap mlm nie juga.
Dia bwk ler gi kedai tailor dia. Sekali akak nie ckp la....dia sebenarnya sub kan pada tailor lain. Tailor nie..Indon..duduk kat Pdg Jawa Klang. Masa tu dah kol 10 malam. Aku paksa kakak nie bwk aku gi sana. Dia pun terpaksa bwk sbb aku dah mula ckp sore tinggi sambil cekak pinggang manjang. Sbb aku kata...kalau tak leh siap..dr awal ckp tak leh..aku bleh antar kat tailor cina melaka.....tp dia sendiri yg sanggup kan.
So..aku pun gie laa umah indon tu. Tailor indon...satu rumah tu 4 org..semua lelaki. Tp diorang jahit cekap sungguh. Jahitan pun sangat kemas and halus... Kagum aku. Tp bila borak2 ngan diorang...rerupanya tailor yg melayu nie..baruuuu serahkan kain laki aku tu 2-3 days sebelum tu. And akak nie bg tau....tak yah siapkan aku nyer dulu. Ceiiss...... inilaa org melayu. Takper...dia aniaya aku...aku taulaa apa nak doakan dia. Anyway...at last..baju raya laki aku ngan anak aku..siap pukul 3.00 pagi...pada hari raya pertama. Dalam hujan tu...we all drove back to PD...had an hour sleep and bangun semula untuk beraya. Tp next time...aku dah tau...mesti nak antar gak kat tailor tu semula. Dia jahit cantik. Sepasang baju siap dlm masa 2 jam jer
Penat sungguh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
http://therainbowjourney.blogspot.com