Jumaat, 26 September 2008

Selamat Hari Raya

Hari nie kan hari Jumaat. Next week dah nak raya. And aku very sure sangat ramai yang amik cuti next week. Tapi aku tak cuti. Aku cuti on Friday jer. Sebabbb..cuti aku dah banyak abis. Thn nie kan aku cuti2 Malaysia banyak sikit. So, ok laa kan. Insyaallah tahun depan aku pulun cuti lama untuk raya, sebab next year aku ada niat sikit nak buat the best untuk rumah sendiri. Nak masak nasi impit, rendang, kuah kacang, sambal goreng sendiri. Nak masak ayam masak merah ngan sambal udang. Nak masak nasik ayam. Pergh...besar sungguh cita2 aku. Tapiiii....kalau aku ada maid sendiri laa kan...warghh..hahahahhaha. Sendirian berhad nak buat...tak terlarat la pulak rasanya. Yang paling penting, aku akan cuba berusaha untuk buat open house next year. Aku ulang yer.. NEXT YEAR...heheheh.

Jadi..aku nak laa ambil kesempatan nie..nak minta ampun, minta maaf kalau ada tersalah apa2 kat korang. Mcm biasalah yer..... 0-0 yer kengkawan.

Selamat Hari raya, Maaf Zahir Batin.

Perhentian 3rd Day

Today, sepatutnya half day morning, we all buat Team Building session dengan trainers. Tapi tak jadi...tukar time..buat half day petang. So, half day morning, we all continue snorkeling trips. This trip...entirely sekitar Pulau Susu Dara.
Pulau Susu Dara

Kenapa di namakan Pulau Susu Dara? Entahlaaa..aku pun tak tau. Banyak orang kata ada sejarahnya, tapi bila tanya boatmen..diorang semua tak nak cerita. Ada orang kata, kalau nak dapat baby...boleh mandi kat sebuah kolam kat pulau tu..pas tuh minum air kolam tu sikit. Tapi we all tak pergi pun. We all pergi kat pulau yang berhadapan dengan Pulau Susu Dara nie. Tu pasal laa boleh tengok pulau nie dari jauh jer.

Anyway...seronok snorkeling kat sini. Cuma aku tak baper syok...maybe sebab pagi tu sebelum naik bot..we all breakfast heavy. Aku plak..disebabkan malam sebelumnya tak makan...maka kebuluran laa.. Menu, mee goreng ngan kuey tiaw goreng panas2. Siap ada udang besar2, sotong bergelung2 kat dalam mee tu. Pergh...sodappp. Tapi..bila masuk air, nak snorkel..mula laa perut rasa mual semacam jer..sebab dah kekenyangan. Kepala pening. Bila snorkel lama sikit jer...dah rasa mcm lemas...sampai air semua masuk gogles. Aku nak follow kengkawan...tapi tak leh...sebab trainer team building tuh dok guard aku kaw-kaw..takut lemas laa konon. Trainers we all semua navy and commandos...so diorang nie lasak la... SAlah sorang tu, baru patah kaki...kena langgar keter. Tapi dia naik gak pelampung...follow aku. Nie la...gambar entah saper snap ntah...dia pegang life jacket aku.....sambil2 aku snorkel. Ishh...rimass....




Anyway...tengkiu yer trainer...sebab amik berat ( alaa...itu pun sebab aku HR...dia kena amik berat...kok tak kang..next year aku carik trainer lain ).

Enjoy lepak kat beach. Paling aku suka, ada satu gambar gelagat jantan2 company aku. Macam sangat fun tengok diorang free and easy. Semua jenis status manusia ada kat sini. Yang bapak ke..atuk ke..semua jadik mcm bebudak kecik balik.


Lepas snorkeling, semua balik chalet. Rehat, salin baju and lunch kat cafe. Mcm biasa...lunch Cocohut memang superbbb. Sampai tak terabis-abis makan. Yummy sesangat. Ada chinese aku baca blog diorang..diorang kata tak best..sebab pedas. Tapi we all semuaaaa perut melayu...memang dah perfect sangat laa dengan citarasa we all. Lepas makan, balik bilik, solat and bersedia untuk Team Building Session. Best...sebab Team Building nie, sangat relax. Buat telematch jer semua. Tapi menjerit2 jugaklaa among each other...mcm biasa laa kan...nak kutip markah. Paling aku suka, game nama Langkah Dadu. Bila kena backward..semua langkah kecik2 jer. Tapi bila dapat move forwarddd...ha..u all tengoklaa sendiri gambar nie :



Yang belakang2 tu..tengah tunggu turn nak melangkah laa kan....apa lagi. Tapi group aku menang woo....yes..yes...

Abis tu, we all amik gambar reramai..standard laa kan. Lepas tu, kebetulan hari tu..birthday one of the staffs. He is a biiggg, talll guy. Tapi bebudak nie semua pakat angkat dia reramai...humban dia dalam laut. Meriah sungguh. Mat Salleh pun tersengih2 tengok we all.

Malam plak..mcm biasa aa...BBQ session dengan karaoke session. Best..makanan memang tak abis...every table ada leftovers. Kenyang sehhh... Lepas tu berkaraoke sampai ke kol 2 pagi. Aku dah lama kiok dah...Midnite jer aku dah chow. Penat wooo.

So, abis laa story for the 3rd day.







Saman Hospital...?

Yer....aku tau....aku utang banyak story kat sini. Pelan-pelan laa kan...

Tapi..nak selitkan jap. Adik aku kan..si Abg Ngah tu, anak dia last week demam one week non stop, siap cirit birit lagi. So, klinik pun refer ke hospital. Adik aku bawak ke KPJ Seremban. Admit la...esoknya..dapat result...rerupanya kena denggi. Platlet pun dah tinggal 180++. Patut normal count untuk dia, around 200++. Aku advise la...soh bagi minum air 100 Plus, ngan bagi minum sup ketam. Selain drpd tu, disebabkan dia kena cirit birit yang melampau....maka terpaksa drip la dia kan.... Kesian baby tu..sbb cirit birit..demam...sampai bontot dia melecet..merah menyala. Asyik nangis jer....

Tapi....si Abg Ngah tak bagi 100 plus. Dia kata takut tak elok..bercampur ngan ubat hospital. Aku pun dengan degilnya..after the 5th day, bawakkan 100 plus..bagi baby tu minum...sbb platlet makin menurun, walaupun dia dah bagi minum sup ketam before that. Lepas dapat 100 plus tu..esoknya platlet dia naik balik. Fuhh..lega. Alkisah..semalam dia di discharge lah oleh doctor tu dgn level platlet 140++. Aku x paham kenapa dia release kan baby tu sedangkan platlet blom elok lagi.

Last nite plak...anak dia asyik menangis. Pg tadi dia call aku...dia kata anak dia nangis sbb kaki budak tu bengkak. Panggil plak si Yana the nurse. Yana tgk kaki baby tu..dia kata dah bernanah. Bengang laa Abg Ngah. KPJ nyer staff tak reti buat keje ke...?

So, td dia ckp ngan aku....nak saman hospital tu. Aku dah consult cik lawyer kita. Cik Lawyer kata kena ada strong evidence. Adoii...bab nak cari evidence nie yang aku malas nie.

So camner...?

Rabu, 3 September 2008

Kali Pertama

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh......
( ha...jawab panjang2 yer kengkawan...)

Sebelum memulakan apa2, aku dengan seikhlas hatinya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa. Semoga ibadah kita di bulan Ramadhan tahun ini akan menambahkan saham dan bekalan untuk hari akhirat. Amiin...( Amiin la weii..tadah tangan... )

Yer, aku hutang 5 artikel...( 5 kan..betul kan... ). Tapi apa-apa pun aku nak citer yang nie dulu. Citer nie potong line dulu. Citer nie tak yah Q...sbb dia spesel. Kan ker hari Isnin arie tuh kita poser first day kan. Tanpa di rancang, tanpa di suruh, tanpa dipaksa dan tanpa disangka, hero kesayangan aku...intan payung aku....pongkipong aku telah menyerah diri untuk berpuasa. Alhamdulillah...syukur seribu rahmat. Perasaan aku masa tu, macam baru dapat bonus dari company sebanyak 12 bulan sekaligus layaknya. Citernyer macam gini.....

Pada pagi hari pertama semua umat Islam memulakan ibadah puasa Ramadhan, anakku Saiful Adam itu, secara tiba-tiba bangun dari tidur pada jam 2 pagi. Dengan penuh tertib dan sopan santun, dia meng'on'kan tv untuk menonton saluran2 kegemaran dia...seperti contoh, Ceria, Disney...dan lain2. Dengan mengawal volume tv agar perlahan...dia meneruskan tontonannya dengan asyik tanpa mengganggu tidur ayah bondanya. Maka pada pukul 3.30 pagi, bangunlah bondanya untuk bersiap-siap ke rumah neneknya untuk bersahur. Telah berjanjilah ayah bondanya dengan neneknya untuk bersahur bersama2 di pagi itu, sementelah ianya adalah sahur yang pertama di bulan Ramadhan. Dan Adam pun dengan penuh semangat terus bersiap dan memeranjatkan bondanya kerana dia memandikan diri sendiri dan dengan rela hati. Berbungalah hati bondanya kerana permata hati itu sudah pandai menguruskan diri sendiri.
Dan seterusnya, bersahurlah semua ahli keluarga dalam suasana yang gembira dan meriah. Dan bonda hero ini telah pun mengajarnya membaca niat untuk puasa di bulan Ramadhan straight untuk sebulan terus. Dan belajarlah Adam serba sedikit pada pagi itu mengenai puasa Ramadhan. Sebabnya, balasannya, suruhannya, larangannya, sunnahnya dan makruhnya. Adam mendengar dengan tertib dan bersungguh.

Maka, setibanya di rumah....dan selesainya Subuh, maka 3 beranak ini pun menyambung tidur memandangkan peluang hari kelepasan harus digunakan sebaik mungkin. Dan Adam pun tidur dengan nyenyaknya sebab dah bangun awal tengok citer kartun. Dia kemudiannya terjaga pada jam 11 pagi ( sorry ekk..bonda dia awal2 lagi dah bangun...basuh kain, sidai kain, sapu rumah... ) dan terus mencapai remote tv dan menyambung tontonan channel kegemarannya. Bondanya menunggu kekalau tgh hari itu, Adam akan mohon berbuka kerana tidak tahan menanggung dahaga atau lapar. Namun Adam tetap rileks meneruskan tontonan tv nya dan diselang selikan dengan bermain kereta racingnya. Alhamdulillah. Tetapi....secara tiba2, tepat jam 2.30 petang, Adam meleseyy pada bondanya...mohon minum barang seteguk dua minuma kerana terlampau dahaga. Sayang...bondanya memujuk dengan lembut ( weii..memang lembut giler waa pujuk tawww ) agar Adam meneruskan puasa hingga ke akhir..memandangkan tinggal beberapa jam saja lagi. Ok...Adam menerima pujukan itu dengan rela. Dan...2 jam berikutnya....Adam memohon secara terang-terangan...nak makan..nak minum...tak nak puasa. Adam kata : Tengok perut abang nie ( sambil menyelak bajunya untuk tunjuk perut ), dah kempis..dah lapar sangat....dah sangat kosong. Macam 300 hari tak makan. Bondanya hanya tersenyum, pusingkan kepala dan gelak besar2 tanpa suara. Bonda kata; Nanti kejap lagi siap, kita pergi pasar ramadhan, Adam nak apa, semua bonda belikan nanti. terpancar sinar gemilang kesukaan di mata Adam. " Abang nak murtabak megi. Mama mesti belikan seploh....jangan kurang..mesti seploh " Tu dia.....melantak sungguh. Ok tak apa. Tapi 15 minit kemudian, dia merengek lagi...dah tak tahan. Nak buka juga...Bonda kata tak boleh juga. Mendengar keputusan bondanya itu, maka dia dengan machonya, melangkah tegas masuk ke ruang dapur. Mencapai sepeket serbuk Oligo Koko feveretnyer, sebiji mug dan sebatang sudu. Bondanya tanya untuk apa. Jawabnya : Nak buat air sendiri, perut abang dah kosong sangat. Dan kuasa Allah, secara tiba2 terdengarlah suara Cina dari lori jual tilam : Tilam, tilaaaaammmm...tilam lama tukar baruuuu. Dan bondanya mengambil kesempatan itu dengan pantas lalu menjerit : Uncleeeee...! Ambik ini budak...dia tak mau puasaaaaa...!! Dan dengan pantas juga Adam meletakkan kembali segala utensilnya dan berlari memeluk bondanya sambil bercucuran air mata lalu berkata : Ampunkan abang mama....sorry maaa...abang puasa..abang puasa...abang tak buat lagi. Maka bondanya tersenyum gembira ( yesss...gua menang ) dan memeluk kembali hero pujaan hatinya itu.

Dan selepas itu, bersiaplah semuanya untuk ke pasar ramadhan untuk membeli SEPLOH keping murtabak megi. Setelah menggadai nyawa meredah lautan manusia, tibalah ke gerai murtabak megi itu. Malang sungguh......orang tu kata : Murtabak megi dah abis lamaaa dah kakk....
Aduhhh....kasihan sungguh. Berderai air mata bondanya didalam hati..dek kerana gagal memenuhi permintaan permata hati. Bondanya kata : Adam pilih laa nak apa...apaaaa saja..mama belikan...nak banyak mana pun tak apa... Namun hanya di sahut dengan kebisuan saja. Jelas terukir kekecewaan di wajah suci itu. Namun akhirnya, dia hanya meminta dibelikan air jagung sahaja.

Setibanya di rumah neneknya, ( macam biasa...buka pun kat umah mother in law...baru meriah sikit ) dia terus bermain dengan sepupunya. Sedikit pun tidak kata penat dan sedikit pun tidak lembik. Tibanya waktu berbuka, di saaat 3 minit lagi azan akan berkumandang, di mana semua orang telah pun duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk bersantap, Adam bertanya pada neneknya : Nenek, air Adam yang mana? Dan neneknya meletakkan cawan berisi air jagung permintaannya di sebelah pinggan Adam. Neneknya kata : Ni air Adam, nanti Adam minum air nie. Dan sepantas kilat juga Adam terus mencapai cawan itu dan meneguk dengan rakusnya..padahal azan belum lagi dilaungkan. Saat itu, semua yang ada tergamam. Terasa seperti berhenti seketika masa yang berdetik. Bondanya bertanya dengan nada kecewa : Kenapa Adam minummmm? Kan belum Azan lagi. Penat mama jaga puasa abang hari nie. Dan Adam dengan wajah yang cukup kesal memohon maaf kerana dia terlupa. Nasib baik Mak Su nya melegakan suasana dengan statement : Alaa...lupa takper...tak batal. Yaaa..sangat betul. Ceria laa kembali suasana dan suara azan pun kedengaranlah.
Dan Adam makan dengan bersungguh-sungguh dek kerana lapar seolah-olah 300 hari tak makan katanya. Namun...bondanya sangat bersyukur... ALHAMDULILLAH....selamat satu hari puasa. Adam malam itu, meng'announce'kan dengan lantangnya azam baru dia...


"Adam tak nak puasa lagi lepas nie...nak makan puas2, nak minum puas...."

Hehehhe...pedulik hapa aku..yang penting dia dah tau macam mana puasa dan latihan amalinya berakhir dengan cemerlang....hihihih.....

- THE END -
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink