Jumaat, 22 Mei 2009

H1N1 Virus

Baru-baru nie, Adam demam. Adam demam adalah perkara panic biasa yang berlaku dalam family we all. Sebabnya Adam ada tonsilitis... so memang amat mudah demam. Masalahnya hero ku itu tak pandai langsungggg berpantang. Antara pantang-pantang yang dia kena ikut ialah : No ais, no ice-cream, no air berkarbonat, tak leh tido and idup dalam aircond, tak leh tido atas lantai, tak leh main tengah panas and tak leh berendam lelama sangat. Masalahnya...itu semuaaaa benda2 feveret dia. Maka pada minggu lepas, dia pun di kunjungi oleh Encik Demam itu. Dan masa pergi klinik, dia menangis-nangis hiba di depan doktor.

Doktor : Kenapa nangis..? Sedih ker?
Adam : ( angguk...angguk..anggukk dan nangis )
Aku : Doktor, dia sebenarnya takut terkena virus H1N1.
Doktor : ( Tergelak besar sambil geleng-geleng ) Jangan takut. Itu orang lain yang kena. Awak ada pergi Amerika?
Adam : ( Geleng-geleng )
Doktor : Mexico?
Adam : ( Geleng-geleng )
Doktor : Ha..apa yang awak nak takutkan. Thailand ada pergi?
Adam : MAMAAAAA!!!!!!! ( Meraung dengan tangis hiba...)
Doktor : Alamak...!!

Yer, anak aku mengikuti perkembangan semasa disebabkan dia terpaksa menonton berita setiap malam bersama atuk dan neneknya....

Sekian terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

http://therainbowjourney.blogspot.com