Jumaat, 24 Julai 2009

Duoposen ( 18SG )

Maknanya dua puluh sen. Apa yang 20 sen? Korang tau kan saiz duit 20sen tu mcm mana kan...? Ha...anak aku yang bijak bistari tu... TERTELANN.....!!!!! Yer....... dia telah tertelan duit syiling 20 sen sekeping.

Ceritanya...pada suatu petang jumaat bertarikh 26 jun 2009, dia telah berbaring2 sambil menonton citer spongebob. Entah mcm mana...dia main lambung2 duit syiling 40sen ( 2 keping 20 posen ). Mungkin dia ralit sangat, dia masukkan 2 keping syiling tu dalam mulut dia...kulum2 la kot kan. And sambil2 baring tu dia kulum...dia terasa mcm syiling tu dah ter...sampai ke anak tekak. So dia cepat2 kuarkan dari mulut dia. Tapi hanya sekeping saja yg berjaya dia kuarkan. Sekeping lagi dia telah selamat telan. Dia jadi panik, maka dia cuba muntahkan. Bila atuk dia tanya kenapa..dia takut nak jawab...katanya x der apa2. Tapi atuk dia dah nampak sekeping syiling yang masih basah atas lantai. Atuk dia sudah suspect dia telan syiling. Bila nenek pujuk...dia pun mengaku laa sambil meraung2. Dia sudah takut perut dia akan kena belah. So, mak su dia pun mengemergencykan transportation utk ke hospital hantar dia. Sampai di hospital...nurse2 lelaki dan perempuan pakat gelak ramai2. Diorang kata : Apsal ko makan duit dik...apsal tak makan cekelat? Tapi bila x-ray, nampak la syiling tu bertepek di dalam perut bahagian atas. Tak masuk usus pun. Ok laa... doktor kata nanti lama2 dia akan kuar sendiri melalui **o...ouukkk**. Selepas 2 minggu, x ray sekali lagi...yer betul...telah ghaib dari perut dia. Yang kelakarnya...dia ckp dengan doktor : Tapi saya tak pernah dengar pun bunyi dia berdenting tiap2 kali saya **tuutt **...? ( Apalah nak bunyi kalau syiling tu 'bersalut' kan ) Eisshhhh....macam2 laaa perangai anak aku nie....

1 ulasan:

http://therainbowjourney.blogspot.com