Isnin, 9 November 2009

Hospital lagi.... Oct 2009

Yaa.....untuk kesekian kalinya, Adam demam. Macam biasa...confirm tonsil dia bengkak lagi. Ceritanya begini :

Jumaat, 6 Nov 2009, 3.15pm : Mak aku call. Dia tanya aku balik PD terus ke, atau balik Melaka dulu. Aku tanya kenapa, dia kata Adam demam. Dia dah siap bawak ke klinik, tapi maku tak nak aku risau, dia pun x derlaa inform aku.

8.00 pm : Sampai PD. Masuk jer rumah, terus nampak Adam terlantar dengan mata sangat layu, berselimut dan bertampal dahinya dengan Cool Fever. Lemah longlai aku bila tengok anak aku jadi macam tu.


8.30 pm : Mak aku soh jaga dia...control temperature dia...kena spongekan dia selalu and make sure antibiotik dia pukul 12.00 am. Mak dengan bapak aku gie kenduri kat rumah Pak Lang aku.


8.50 pm : Adam kata nak makan, tapi dia tak der selera. Aku pujuk dia makan nestum sikit, buat alas perut. Sebab semua yang dia makan, dia kuarkan balik. Dia agree untuk makan nestum.


9.10 pm : Dia kata nak duduk. Aku dudukkan...buka citer kartun, dia tengok citer Ben10. Baru seminit, dia muntah semua isi perut dia balik...bukan sekadar nestum yang baru 3 sudu dia makan.

11.20 pm : Hubby sampai PD daripada Melaka. Baru balik kerja.


12.00 am : Bagi antibotik. And dia muntahkan semua sekali semula.


12.10 am : Discuss dgn hubby, agree utk terus ke hospital Pantai di Melaka.


12.25 am : Bertolak ke Ayer Keroh dalam hujan lebat yang sedang mencurah.

1.40 am : Tiba di unit kecemasan. Tapi temperature Adam dah reduced. Doc tetap check. MO tu straight bagi order utk siapkan wad dan dripkan dia. Kenapa? Sbb tonsil Adam dah sangat besar. Almost block tekak dia. No wonder dia tidur pun nampak dia macam suffocate. And dia memang susah nak makan sebab tonsil dia dah infected dengan kronik sekali.


Nurse pun sapulah cream bius sbb nak cucuk jarum kat dia.





Selepas bertampal krim nie di ER, di bawa naik ke wad pula untuk mencucuk jarum dan kemudiannya admission ke wad.


Lepas tu, bermulalah segala macam ragam di hospital. Penat sebenarnya jaga orang sakit di hospital. Orang yang tak pernah jaga memang tak rasa. Nampak mcm duduk jer, tak der angkat barang berat mcm buruh kasar. Tapi kita sebenarnya penat perasaan. kejap2 temperature naik...nurse berlari2 call doc tgh2 malam. Pukul 4 pagi nurse masuk tanya seribu satu soklan.
- Tadi dia ada kecing tak...kaler apa
- Tadi dia minum air apa...berapa ml dia minum?
- Makan apa tadi...berapa banyak dia makan?
- Ada muntah tak
- Nak tukar antibiotik lain, boleh yer puan?



Adam pun sampai naik penat melayan 'kerenah' tonsil dia.

Adoiii.....kena sentiasa alert kan. And this time, doc very serious untuk buang tonsil dia. So, operation dia scheduled on 26th Nov 2009. Sebenarnya aku sangat takut, tapi no choice dah, sebab almost semua antibiotik dah malfunction pada dia.

Doakanlah keselamatan Adam yer....

Ameennn....







 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink