Isnin, 31 Mei 2010

Emping

Ha...tau tak apa bendanya nie...?


Inilah yang orang panggil 'emping'. Aku memang tak pernah makan benda nie and tak tau mcm mana nak makan. Aku selalu dengar and baca...tapi inilah first time aku jumpa dalam hidup aku. Maklumlah..aku nie bukan membesar dengan sawah padi...so agak 'jakun' sikitlah.



Yang masa we all pergi Kelantan arie tuh, belilaa 'emping' nie. MIL aku la..dia kata kalau nak rasa dia buatkan. Aku tgk kaler dia semua hijau2,,sekeping sekeping. Aku ingat nak makan kena rebus ke..tanak ke..kukus ke..mcm nasi atau pulut tu. Sekali mak mentua aku buat...bukan daaa.



Emping tu...yg direct dari dalam plastik tu kan..digaulkan dengan kelapa muda parut, sedikit garam dan sedikit gula melaka diparut. Gaul rata-rata and makan begitu saja. Rasa dia? Emm...emping tu sendiri memang tawar la kan..so ada laa rasa lemak kelapa parut campur garam..and ada rasa manis manis gula melaka tu. Paling best...cruncy...krap...krup..krap..krup... pas tuh melekat kat gigi...hahahahah....sebab dia bukan nya rangup mcm keropok..dia rangup tapi liat. Ha...mcm mana tu? Nak tau...cubala...



Sesuai kalau di jadikan hidangan minum petang....sekali dengan air kopi 'o' kaw. Kalau cuaca sejuk..memang nikmat betul makannya.

4 ulasan:

http://therainbowjourney.blogspot.com