Jumaat, 2 Julai 2010

Makan di Melaka : Umbai No. 5

Ni...esok kan weekend. Sajer laa aku nak share sikit port makan-makan kat melaka. Ini mengikut selera dan citarasa aku dgn hubby jer la yer. Orang lain semua selera dia tak sama. Anyway...kali nie nak bawak you all semua ke Medan Ikan Bakar Umbai. Pernah dengar tak? Insyaallah pernah dengar kan. Bukan yang terapung tu tau...dia masuk kat simpang seberang stesyen minyak Esso. Nak pergi ke Umbai nie..ada a few people ngadu kat aku seblom nie. Diorang kata x jumpa. Bila tgk signboard menghala ke Muar..diorang takut terlajak masuk ke Johor. Actually kalau dari bandar Melaka...memang kena ikut jalan menghala ke Muar. Kalau ikut jer menghala ke Muar tu, u won't miss port nie.

Kat medan nie, we all suka pergi kat kedai No. 5. Dah try a few kedai lain...tapi memang tetap stick kat sini. Apa yang menarik? Aku recommend sotong goreng tepung. Perghhhh.....sangat cruncy di luar tapi moist di dalam. Memang superb la. Lagi satu, kat Melaka nie, orang makan ikan bakar dengan nasi lemak. So u all akan dihidangkan dengan nasi lemak kecik2 tu. Makanlaa baper bungkus nak makan pun..janji bayar. Tapi kalau nak makan dgn nasi putih pun ok. Minta jer nasi putih...no problem. Jom layan gambar.

Inilah nasi lemak yang aku cakap tu. 50 sen.


Bawah nasi lemak tu ada ikan 3 rasa. Aku rasa ikan siakap la tu. Lupa dah. Sedap gak la. Bawah ikan tu pula butter prawn. Ha...siap alas daun pisang lagi. Rupa paras tak menarik sangat, tapi rasanya..mengancam youuu.



Yang nie...kupang sambal. Tak pedas sangat...dun worry. Makan sementara panas. Kalau dah sejuk...perut plak dah kenyang..alamat tersadai laa dalam pinggan.



Ini sambal kicap. Satu jer yang x baper best kedai nie..sambal kicap dia tak power. Aku selalu nak kena minta cili ekstra.... Orang yg tak makan pedas sangat tu..memang sesuai.
Tips nak makan ikan bakar nie ( walaupun x der langsung gambar ikan bakar kat atas tu..), perut biar lapo...tapi jangan kosong. Sbb kalau perut kosong...nnt x lalu makan sbb dah masuk angin..dah kena gastrik. Lagi satu....tolonggg lah jangan bedal nasi atau nasi lemak banyak sangat. Takat sebungkus dah ler...kalau bebanyak sangat...confirm x larat nak makan lauk pauk. And masa order tolong jgn extravaganza yer....sila kontrol nafsu anda. Bukan apa...sering kali terjadinya pembaziran kalau order ikut nafsu nie...
So...bila nak datang Melaka...?

1 ulasan:

  1. yaa.. aku pun p makan kat situ jugak tapi geran no 1..tapi ari tu penuh..aku try no 3..not bad gak

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com