Khamis, 19 Ogos 2010

Makan di KL : Pasta de Gohan

Ermm...bulan-bulan puasa nie kan, kalau masuk tenet jer, mula laa cari idea apa nak masak utk buka dan sahur kan. Sesambil tu, teringat laa ada sekali tu kami sekeluarga berjalan-jalan di Sunway Pyramid. We came across this restaurant : Pasta de Gohan. Daripada luar, kedai tu nampak sangat menarik. Simple, clean and terang cuaca dalam restoren tu. Kebetulan perut pun dah mula menyanyi lagu 'peritnyer perasaan lapar', maka we all pun masuk ke kedai tu.

Memang menarik, eventhough it's pricey a little bit. We ordered, and dapatlaa ini.

Ini Beef, Yolk & Vegie Pizza. Adam mintak. Takut dia x kenyang...so suruh dia order lain, tapi dia x nak..nak makan yang tu jer. Sangat2 thin and crispy crust dia. Ada egg yolk kat tgh tu kan, half cook tau...sangat yummy. And beef dia pun very thinly sliced. Sedap la.
Sebelah tu plak, hubby mintak Cream Hamburg Steak. Aku x berapa boleh terima sangat sbb pelik bila steak tu campur dengan cream souce yang pekat. Macam not very perfect combination. Tapi, hubby kata sangat sedap and nampak dia sangat enjoy dengan food tu.
This one plak, aku order. Oyster & Beef Carbonara Spaghetti. Memang best sangat. Amazingly, oyster tu rasa sangat fresh dan moist. Paling penting tak der bau hanyir. The sauce pun sangat satisfying.
Ini hiasan cermin depan dia. Most of the food listed in the menu. Menarik kan....
Kesimpulannya, makanan dia sedap, tapi aku rasa mcm tak kenyang jer...heheheheh. Biasalah, we all kan jenis yang makan big portions. Untuk mereka yang makan small portion, memang sesuai sangat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

http://therainbowjourney.blogspot.com