Selasa, 28 Disember 2010

Intvw Trip to Kuantan - Day 2



Assalamualaikum friends....

How u guys are doing today? My weather kat sini a bit gloomy and hujan sekejap2 tadi. Tak best kan bila rasa mcm nie. Lets talk about this trip lagi. Ada yang dh boring ekkk? Apo nak buek kan.... Blog nie... akooo yg punyaa..!!! Ha ha ha....


The next day tu kan... we all jalan2 lagi.... cari tenpat interview kat mana and pusing2 sekitar kuantan lagi. Yang paling dekat dengan hotel masa tu Black Stone Beach atau Pantai Batu Hitam. Bila pergi situ, obviously why it was been given that name. Tengoklah pic nie. Memang batu2 dia sumer kaler hitam.
Hari tu pulak memang mendung. Utk pengetahuan, gambar nie diambil, dalam pukul 2 petang. Hujan renyai2 lagi masa nie.
So, pusinhg merata2, perut pun lapar. Tak ingat laa nampak kat blog mana, tapi ada satu blog nie recommend makan Nasi Arab Pak Lim. Lupa plak nak amik gambar kedai. Dah lapar sangat. Tapi kedai nie kat Jalan Beserah, selepas simpang masuk ke Bukit Sekilau dan Galing Kem. We tried order satu talam. Hahah... baruu ada feel makan macam orang Arab daa. Satu talam nie..nampak jer macam banyak, tapi memang portion untuk 3 orang makan. Ok laa..just nice. Kari kambing best...tapi tomyam dia superb laa... yummmmm . Sila jamu mata yer.
Dh makan nasi setalam, kenalah pegi burn calorie. Adam sibuk laa nak pergi Teluk Chempedak. So, off we go to Telok Chempedak. Orang ramai.... agaknya kalau betul2 dah start cuti skolah mesti gila ramai kan. Ada walkway macam wooden bridge kat tepi lereng bukit tu sampai ke the other side of the bukit punya beach. Jauh gak perjalanannya. Perjalanan kat bridge tu...ok laa...something different. Macam jalan atas laut...atas batu2 besar and disambut oleh monyet2. We all berhenti kat pondok nie untuk menikmati pemandangan sea view. Monyet nie pandanggg jer we all dengan sayu. So, hubby pun dengan nakalnya bagi air tin yang baru diminum separuh pada monyet tu. Dengan cekap dia ambil ( ambil ok...bukan rampas!), buang straw, terus teguk macam nie ha. Funny... we all tergelak2. Orang2 yang lalu lalang pun gelak2 juga.



Dah penat melayan monyet2 nie, we all balik la hotel. Rehat2 kejap...bergurau senda anak beranak dalam bilik tu. Lepas Maghrib jer mula laa si Adam menuntut nak main game kat game room hotel. Malas betul nak melayan game2 nie. Aku kata lepas semayang.... mula la dia paksa aku semayang cepat2. Adoi laaa..... Memang betul2 punya dia spend malam tu utk game. Dia dh siap2 bwk duit dia sendiri rupanya...sbb nak main game puas2. Dapat pulak a few friends yang age macam dia... apa lagi..dah x ingat lapar la. Bila papa dia datang ajak makan, bukan main beratttt lagi bontot dia nak angkat daripada kerusi game tu.

Hujan2...rasa macam nak santai2 jer. So, decided utk makan kat restaoren hotel jer. Jengah2 buffet spread..mcm tak berapa menyelerakan. Walaupun ada BBQ options, tapi mcm tak menarik. Maybe because we were too tired, tak berapa berselera untuk makan. So, hubby kata order ala carte jer. Inilah yang we all makan.


Haip... apa-apa pun..sebelum makan baca doa dulu. Adam baca dengan bersungguh2 dah tu.


Hubby punya order. Aku rasa benda nie sirloin steak la. Hehhe..tak ingat. Tapi we prefer DE Palma Ampang punya lagi. Taste and portion better...hehehehhe



Ini Adam. Order Pizza jer dia. Aku takut dia x kenyang. Sekali nengok mak aii...banyak plak portion pizza utk sorang nie. Siap tapau bawak balik bilik. Tak larat nak habis.


Ini aku...cam biasalah. Nasi goreng kampung. Hubby cukup nyampah kalau aku order nasi goreng kat hotel. Dia kata kalau stakat nasi goreng..kedai lain pun banyak. Tapi aku nak jugak..nak jugakk...!!! Ok la jugak.... excellently delicious tu tak la... tapi ok la...

Masa nak tido tu, berdoala agar esok cerah dan tak hujan. Esoknya hubby nak interview.


Isnin, 27 Disember 2010

Food and Journey to Kuantan - Day 1

Salam ujung tahun uolss... Amacam christmas nyer weekend? Buat apa? Aku mcm plan last week laa...gie ke Kuantan... cuba nak cari lagi rumah sewa. Tapi mmg x jumpa2 lagi. Last weekend pegi dengan keta parents. Mak oiiiiii.... Imagine laa... bwk Iswara sedan 15 years old yang mana x ada power stereng dan memulas stereng yang berusia sebegitu ala2 mengangkat dumb bell 10kg rasanya. Abis timbul muscle kat lengan I nie taw... ( walaupun belum berjaya menenggelamkan lemak2 yang ada ). Top up kan lagi kepayahan itu... keter itu adalah gear manual... tidakkkk!!!!! Aku sudah amat lama tidak drive keter manual. Adoiii.... horror sungguh. Tak apa lah...kita citer next time la yer. First thing first.

Entry this time adalah untuk trip hubby pegi intvw. Intvw on Monday. We went there on Saturday, end of November 2010. Sajer pegi awal sebab tak nak kelam kabut. Memandangkan both of us dah lama tak ke Kuantan, terpaksalah ambil masa lebih sikit untuk mempelajari selok belok jalan di Kuantan dan juga untuk meninjau persekitaran sekiranya diterima bekerja. We stayed in Swiss Garden since membership hubby dok ada balance entitlement nights lagi. Save sikit bajet hotel kan...hehehehhe. Bertolak dari Melaka, dalam 11 pagi juga. Selepas tgk kambing aqiqah Adam dan settlekan booking payment. So, drive relax2. Teragak nak berhenti...kitorang belasah jer menyinggah merata-rata. Dari Melaka, masuk Tampin, tembus Kuala Pilah, masuk Bdr Baru Serting, terus lalu Muadzam Shah dan straight ke Kuantan. Tak lalu KL and Karak hiway. Yang kurang best ialah pemandangan yang agak memboringkan dan paling x best x bnyk sgt tempat nak berhenti utk rehat atau minum2. Alternative yang ada hanyalah minum air yang dibeli dari petrol stesyen sepanjang jalan.

Tiba di Kuantan, dah pukul 3 ptg. So, check-in, terus buka mangkuk tingkat yang dibekalkan oleh MIL. TQ mami.... luv ya... Best betul makan bekal dari rumah dalam hotel rooms... heheh. Then we all rest. Sedar2 dah petang. So, terus naik kereta, ronda2 jalan sepanjang Beserah tu. Sedar2 dah malam. Perut pun dah mula berkeroncong. Masalahnya tak pandai lagi laa area Kuantan tu. So mula laa calling2 orang sana sini tanya tempat makan kat mana yang best. Puas tanya sana sini..ronda sana sini, we decided untuk ke seafood arena yang terkenal di Kuantan iaitu Tg Lumpur. Tempat nie ala-ala Umbai di Melaka la kan. Bezanya Umbai mmg ada macam food court..centralized kan pengusaha ikan bakar. Di Tg Lumpur..semuanya bertapak independently dan mereka buka restoran. Kalau di Melaka tu..mostly gerai2...kecik laa... ini restoran..besar dan lebih ramai orang dan lebih banyak space.
We all masuk kat satu simpang nie...sajer laa round sampai ke dalam. Rupa2nya kat dalam tu...betul2 sebelah pantai. Lorong tu ada signboard Kg Tanjung Lumpur. Bukan main banyak kedai lagi. We stop at the first shop. 2 tingkat kedai dia nie. Nama nyer Ana Ikan Bakar Petai. Ada a few branches, but we went to this 2 tingkat one. Tak pernah pula we all makan ikan bakar berpetai nie. So, nak ler try what's the difference. Oklaaa kedai nie. Convenient. Toilet ok..surau ada, tingkat atas utk bersila...tkt bwh dok atas kerusi.

Sotong
Tengoklah gambar nie. Sotongnya sangat fresh...kental2 lagi. Besar2 plak tu. We all order sotong nie sikit untuk goreng tepung dan separuh lagi bakar petai.


Lala
Kebetulan ada stok baru lala. Order masak pedas. Sooo fresh...maniss lagi isinya. Memang ngam la.

Sayur
Order 2 jenis sayur. Aku laa tu. Aku mana boleh makan tak ada sayur. Mesti aku rasa mcm hidangan aku tu x seimbang kalau x ada sayur. Kailan goreng biasa dengan sayur campur. Nothing special. So and so jer....



Siakap 3 rasa
Ikan nie we all soh masak macam biasa jer. Tak tergamak pulak nak makan semua benda berasaskan petai semata2. Yang nie..sedapp...




Udang Bakar Petai
Udang nie..Masya Allah... sangat besarrrrrrrr. Bayangkan satu pinggan lonjong tu boleh muat 2 ekor jer. Sekor udang nie, sama saiz dengan saiz siakap tadi tu tau.... Sekor udang nie beratnya dalam setengah kg. Besar deq nonnnnn. First time we all tgk udang laut yang besar mcm tu. Hubby sgt seronok jumpa udang tu. Kebetulan masa we all sampai...x berapa ramai org lagi... Udang tu pun ada 5-6 ekor jer rasanya. Buat bakar petai. Aku macam x berapa suka sangat la. Tak boleh go plak dgn tekak aku bakar cara cam nie. Bau petai tu x kisah lah. Dh mmg org kampung..dr kecik dh biasa menyumbat perut dgn petai, jering segala bagai...tapi style nie agak kurang memberangsangkan selera aku la. Rasa dia of course rasa petai..ada pahit2 sikit. Tp combination sambal yang pedas+manis dengan petai yang lemak2 pahit nie, belum dapat aku terima. Tp sbb sayangkan udang..aku ketepikan segala bumbu kat udang nie... Makan isinya. Itupun we all 3 beranak nie dapat habiskan sekor jer. Tamak kan masa order tu. Lagi sekor tu bungkus bwk balik hotel...hehehhehe.





Sotong Bakar Petai
Inilah rupa sotong bakar petai tu. Macam tadi juga. Aku tak berapa sesuai la citarasa kan. So... aku kaut sotong2 nyer jer...hehehe. Sotong2nya memang fresh. Biasanya kalau sotong saiz besar nie...dagingnya agak liat, Tapi yang nie memang lembut dan sangat juicy serta manis rasanya. Kalau beli kat pasar kenkadang tu rasanya tawar hebeh... Anyway, ini pun x abis juga daaa.... Bungkus juga bawak balik.


Sampai hotel, sumbat semua leftovers dalam fridge...terus zzzzzz..... penat sungguh xtvt hari ini. Bermula dari pencarian kambing...long journey..and hunt for food... Nnt sok2 sambung lagi day 2 yer....
Daaaaaa......

Jumaat, 24 Disember 2010

Majlis Doa Selamat Khatam dan Khatan

Jeng..jeng....
Setelah hampir sebulan berlalu, baru hari nie aku rasa ada sedikit kelapangan untuk storimori pasal majlis nie. Gambar-gambar nie semua u all dah tengok dalam fb kan. Tapi aku tak kira, nak juga masukkan a few dalam posting nie. Bukan apa pun, sekadar memenuhkan blog jer and sebagai watak sampingan dalam cerita aku hari nie.

Ceritanya begini :
Adanya pada awal tahun 2010 arie tuh, aku dan husband telah berbincang untuk buat sedikit majlis aqiqah untuk hero yang sorang nie. Dia memang belum dikekahkan. Maklumlaa, masa awal kelahiran dia, kami nie baru nak mulakan hidup. Baru grad, dah kawen, tak lama tu, dah pegnen, pas tuh duduk pulak melangkau negeri. Memang agak kurang stabil. Now, walaupun masih melangkau negeri, tapi dah pandai la juga nak belen sana sini sikit. Ada kemampuan, cuba laa buat amalan sunat nie. Aqiqah untuk anak lelaki ialah 2 ekor kambing atau 2 bahagian dari seekor lembu. Maka itulah kami pun menyampaikan hasrat pada saudara dan mara untuk perancangan nie. Bila disampaikan pada mak bapak aku, iaitu atuk nenek yang membela dia, mak aku pula berangan. Kalaulah masa majlis tu nanti Adam dah khatam membaca Qur'an, alangkah bagusnya. Kebetulan, masa tu dia memang baru naik Qur'an. Baru juzuk 2 kot masa tu. Bila bincang2 semula, kami pun setuju laa untuk khatamkan sekali. Kalau dah khatam tu...biasanya akan disusuli pula dengan proses berkhatan.
Kami panggil Adam untuk berbincang. Dia terima tak cadangan untuk dikhatankan dalam usia muda nie (takler muda mana pun) sebab kami tak nak paksa... dia sendiri mesti rela untuk melalui proses itu. Setelah sesi soal jawab, pantang2 selepas berkhatan, apa reward yang akan diterima, bagaimana proses khatan, sesakit manakah dia akan rasa dan segalanya, maka dia pun bersetuju.
Jadi, kami berdoa agar segalanya dipermudahkan dan tingkatkan usaha untuk dia khatam. Especially time cuti sekolah, Adam mengaji satu hari sampai 4 kali dengan nenek dia sebab takut tak sempat khatam. Tapi aku sangat kagum dengan anak aku sendiri. Sebabnya?
1.) Dia membaca lebih lancar dari aku sewaktu aku sebaya dengan dia
2.) Walaupun kena selalu pujuk dan umpan, tapi dia tetap berdisiplin untuk patuh dengan jadual dan syllabus mengaji nenek dia. Tak ada nangis2 ke...lari dari rumah ker dan segala aksi dramatik yang lain.
3.) Setiap hukum tajwid yang aku tegur, dia pasti patuh. Cuma tak seberapa tepat la...mesti ada jugak tergelincir disana sini. Walau bagaimanapun, untuk kanak2 sebaya dia yang sekadar mengaji di rumah, bukan di sekolah pondok, aku kagum dengan pencapaian dia.
4.) Dia maklum yang dia akan membaca setengah juzuk dari juz 30 tu seorang diri di hadapan khalayak ramai yang pastinya akan menilai bacaan dia.
5.) Dia juga maklum dia akan dikhatankan selepas majlis tu nanti dan tidak sedikit pun gentar dengan ugutan, ramalan dan momokan daripada orang-orang sekeliling.

Alhamdulillah...Aku bersyukur Ya Allah di atas kurniaan ini.

Persediaan untuk majlis telah aku mulakan seawal 2 bulan sebelumnya. Tempah makanan di kedai yang berdekatan. Kami pun dah biasa dengan tokey kedai tu dan Alhamdulillah kualitinya ok. Cuma kari kambing saja yang dimasak oleh ibu mertua, atas permintaan bapa mertua aku sendiri. Dikalangan keluarga dan rakan-rakan yang pernah makan hasil masakan dia, memang amat sukakan kari kambing mak mertua aku tu. Kemudian dah kemaskan rumah, kemaskan halaman rumah, make sure pokok2 dalam keadaan rapi dan sebagainya.

Gambar 1

Keterangan Gambar 1 : Untuk majlis, mak aku pesan awal2, segala yang berkaitan mestilah dalam warna putih kerana ini Majlis Khatam. Bukan undang2 dari mana2 pun. Sekadar tradisi keluarga di kampung kami di Port Dickson. Warna putih, melambangkan kesucian dan kebersihan. Maka mencarilah baju melayu putih untuk putera yang sorang nie. Dah tempah juga pulut kukus putih untuk disertakan dengan bunga pahar dan sebagai penganan tetamu nanti. Pulut kuning pula sebagai kudapan didalam majlis nanti. Tengoklah, bunga pahar pun warna putih. Meja mengaji pun ala2 kaler putih juga. Alas pokok pahar pun, pinggan putih juga. Nasib baik laa mak aku tak kata karpet, langsir dan songkok kena warna putih. Kalau tidak, memang rabak banyak laa poket aku laki bini.
Masih lagi berkaitan gambar diatas, pakcik yang seramai 3 orang dalam gambar nie adalah sebahagian daripada AJK masjid yang telah dijemput. Yang pakai baju biru kopiah putih tu ialah Imam 1 Masjid Kariah Sg. Petai Alor Gajah. Alhamdulillah, ada rezeki Adam untuk diiktiraf khatam oleh Imam Kariah. Mula2 tu, kami risau juga. Yerla kan...musim2 cuti sekolah memang ramai yang buat majlis tahlil dan sebagainya. Takut jadual imam tu penuh. Tapi ngam2 kebetulan memang hari tu dia masih free lagi. Imam nie educated la aku rasa. Dia retired dari one MNC di KL. Bila bersara, tu yang lepak kat kg. Sebelum majlis, Adam kena datang 2 kali ke rumah dia. Kali pertama, dia nak test bacaan Adam. Dari situ aku tau yang dia tak akan sesuka hati khatamkan kalau belum layak lagi. Kali pertama tu...banyak la lagi yang terkucilnya tajwid Adam. Imam nie pula, jenis yang nak perfect bacaan. Adoiii...kesian anak aku. Baru darjah 2, macam mana laa nak perfectnya. Tapi dia gigih juga memperfectkan Adam. Adam masa tu kejap2 dah tarik nafas..kejap2 dah jeling aku minta tolong. Kesian. Tapi aku nengok dia x nangis lagi..aku pun buat derk jer la...heheheheh. Almost 2 hours Adam ngaji dan habiskan satu juzuk depan dia. Lepas dia betul2 puas hati, baru dia release we all balik. Kali ke-2, final rehearsal. This time imam tu seronok sbb almost perfect bacaan Adam. Dia kata even much more better from certain adults yang selalu ke masjid.
2 orang kanak2 yang duduk bersama Adam tu pula ialah sebagai pengiring. Macam ada pengapit la gitunya.
Semasa majlis berlangsung, bapak aku dah siap fotostat juzuk tu beberapa set untuk diedarkan kepada tetamu yang menyertai majlis tu. Ini sebagai panduan sekiranya ada mana2 kesalahan bacaan yang perlu ditegur dan dibetulkan. Tapi Alhamdulillah, sepanjang bacaan, Adam ditegur hanyalah beberapa kali sahaja. Itupun sebab kecuaian panjang harkat saja.



Gambar 2
Keterangan Gambar 2 : Selepas habis bacaan, doa khatam pun dibacakan oleh Imam. Usai doa, memang kami dah pesan, bangun dan salam semua tetamu yang ada sebagai tanda hormat. Dengan langkah yakin dan berani, Adam bersalam dengan seorang demi seorang. Tapi tibanya dia pada aku, memang tak dapat lagilah aku menahan rasa sayu dan syukur. Aku peluk dia sambil nangis2. Biasalah aku...muka tak malu sket...heheheh




Gambar 3
Keterangan Gambar 3 : Ini adalah di antara menu2nya.
Nasi minyak/Nasi putih
Kari kambing
Acar nenas dan timun
Dalca ikan masin kurau
Ayam masak merah
Pajeri nenas bombay
Air oren sejuk / teh 'o' panas

Jamuan sebenarnya dimulakan seawal pukul 12 tgh hari. Tapi bila jemput makan, masing2 semua nak tunggu selesai khatam dulu. Aku kata laa lewat, sebab tak pasti orang masjid akan tiba pukul berapa. Memang Imam tu dah pesan dia akan lewat sikit sbb nak buat tahlil rumah orang lain dulu. Lagipun, utk sarapan pagi pun memang aku dah prepare agak heavy juga. Menu breakfast untuk tetamu yang datang awal seperti saudara mara dan rakan2 :
Nasi impit + kuah kacang
Mee hoon goreng
Pulut kuning + sambal tumis ikan bilis
Rendang Ayam basah
Teh Tarik
Kuih talam ubi, apam 'aiskrim' dan beberapa jenis lagi.

Menu2 nie pun aku order juga...heheheh. Tujuan aku biarlah semua yang datang tu gembira dan beramah mesra mengeratkan silaturrahim. Kalau masak sendiri..nanti tetamu dan sedara mara datang nak bertungkus lumus memasak pula... nanti semua dah penat...mood hilang. Ini pun diorang tolong2 banyak juga... Bungkus2 'berkat' untuk tetamu, siapkan hidangan, bancuh air, siapkan ruang depan. Tapi tidaklaa berat mana pun. Sekadar memeriahkan suasana jer.





Gambar 4
Keterangan Gambar 4 :
Watak utama gambar ni adalah hero yang memakai baju kotak2 tu. Hero tu menyelia segala pembinaan di luar rumah.. heheheh. Macam nak bina bangunan apa jer kan. Tak der la. Dia supervise yang didepan. Tempat sampah, meja hidangan, khemah dan hiasan. Masa dalam gambar nie, sedang menyusun envelope. Ialah kan.. imam yang datang tu takkan la balik kosong jer. Ini sekadar tanda terima kasih di atas kesudian imam dan rakan2 masjidnya bagi menyempurnakan majlis.
Lagi satu peranan yang paling penting untuk hero nie. Jaga PA System. Ini lagi satu daa. Esok majlis, hari nie baru kelam kabut cari microphone stand. Mikrofon memang ada sebatang. Itupun saja2 beli kekalau nak guna nnt. Rupa2nya mak aku memang suruh guna. Mencari stand. PA sistem pula tak ada. Takkan pula nak beli PA sistem ribu riban semata2 untuk 2 jam punya guna kan. So, dia terpaksa control segala device yang sedia ada di rumah jer. Entah macam mana dia godek2... sambung sana cucuk sini..pintal situ. Jadi laa juga. Time kasih yer lalinggg....




Gambar 5
Keterangan Gambar 5 :
Ini adalah satu lagi team hero2 macho. Bapak aku, pak su dan cousin2. Dah rezeki Allah nak sejukkan majlis dengan cuaca redup dan hujan renyai2, maka kami pun cari alternatif pasang canvas sebagai pelindung basah untuk kerja2 membasuh pinggan. Tqvm pada tenaga2 muda yang membantu nie. Nnt datang Melaka, Kak Long belanjer korang gie massage yer... ngeeee....



Gambar 6
Keterangan Gambar 6 :
Tak ada apa2 pun. Ini sekadarlah gambar aku dengan putera aku nie. Ini sebelum Majlis, sebelum berarak. Gambar ber'arak' ada dalam fb yer. Tengok tu... ada air sebotol. Manalah tau, tengah2 baca nanti dia haus ke, apa ke. Tu yang siapkan air dalam botol. Kalau dalam cawan atau gelas, takut ada sesaper yang tak perasan, tertendang pulak. Abis tumpah. Dalam botol nie, tak ada laa air nie kuar melambak.

Anyway, tujuan aku mengadakan majlis nie, seperti di atas, asalnya untuk aqiqah sahaja. Manakan kita tahu, sekecil mana pun pergerakan zarah di bumi nie, semuanya di atas izin Allah. Majlis khatam nie juga dibuat bukanlah untuk kami sekeluarga menunjuk2 dan membangga diri. Ianya hanyalah sebagai meraikan satu kejayaan anak agar beliau terus yakin dan gembira untuk memburu kejayaan yang lain. Selain daripada tu, tak ramai dah yang buat majlis khatam begini. Sekadar untuk meneruskan tradisi agar tidak lenyap dalam arus kemodenan. Terselit juga dalam hati aku, majlis khatam Al-Qura'an nie adalah sebagai satu sumber inspirasi untuk masyarakat zaman sekarang untuk terus mengagungkan ayat2 Allah. Aku berharap keluarga2 lain dalam masyarakat sekarang tidak akan terleka daripada memberi pendidikan agama yang sempurna untuk anak2 mereka. Tiada perisai yang lebih jitu dan kukuh untuk menghalang anasir2 negatif melainkan kita memberi bekal yang cukup dan pendekatan yang berterusan. Ini, termasuklah dari kalangan keluarga, sahabat handai, mahupun masyarakat Islam seantero dunia. Semoga masa depan anak2 kita tak akan dicemari dengan budaya2 negatif dan semoga tidak ada anak2 yang terbiar dalam tong sampah dan longkang nanti. Amiin.
Apa2 pun... terima kasih kepada semua yang wish dan semua yang hadir. ( Macam laa ramai benor yang membaca... setakat sekerat dua jer..hehehhehe )

Khamis, 23 Disember 2010

Kuantan.. here I come!!!

Yesssss..... K U A N T A N

I'm going to Kuantan this weekend. Not only this weekend...next weekend and many other weekends on the year ahead. Y? Hubby moved to Kuantan. Got a slightly better offer there from different co. No..no... we didn't plan..it just came. He didn't apply, but he was offered. So, for the sake of exploring different environment and new knowledge, he took the challenge. Started work on Monday this week. Still in the adjustment mode I guess. Though the salary offered was slightly higher, but after take into consideration the travelling cost, house rental cost and other billing costs, it's almost the same with what he earned in Malacca. As I said, it's to explore new things. The most obvious difference is he was attached with Japanese company since he graduated and now tadaaa....he's in British company. Hahahha. Guess what! I am now holding the part time position as the jarak jauh secretary.. hahahaha.

So, my mission this weekend is to hunt for house to rent. Adoiii... soooo susaaah to find a suitable house...which is within the budget and located around the workplace.
I will make sure this week that the mission accomplished.. Yess..Chaiyokkk!!

Selasa, 21 Disember 2010

Benci...benci....

Aku benci betul laa org yang berbuat baik semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.... kalau kat kaunter pertanyaan tu lain laa... Ini baik sampai ke tahap mengaku sahabat, rupa2nya membohong....

benci..benci..benci....

Khamis, 16 Disember 2010

Bloggings

Bloggings...berblog... tulis blog... samalah kot kan...



Well..aku suka baca blog kawan2. And lately nie, aku dah jadik follower a few blog masak2. Aku kan suka makan. Suka tengok makanan dalam blog orang lain. Blog masak2 tu semuanya untuk rujukan aku, kalau aku dah pening nak masak apa.

Selain drpd tu, aku ada blog kawan2 yang aku suka follow juga. Untuk mengetahui ttg perkembangan semasa rakan2.

Tapi aku... aku malas nak update blog. Kenapa? Sbb kalau nak menaip tu selalunya aku memerlukan mood dan ketenangan yang sesuai. Most of the time aku menaip di opis. Kalau kat rumah, nak on PC pun x sempat. Asyik ke hulu ke hilir.

Lately nie pulak, aku tgk sangat ramai blogger baru yang bikin blog untuk mendapatkan income dari Nuffnang tu. Memula aku mcm rasa terpikat juga. Tp bila dikenangkan kembali tujuan berblog ni, aku rasa mmg x sesuai utk aku. First of all, aku hanya update blog nie utk berkongsi perkembangan hidup aku. Walaupun ada FB, tapi biasanya aku tak berapa 'open' di FB...sebab ada yang related dgn profesional life kat dalam tu. Aku lebih selesa meluahkan perasaan kat blog sebb blog lebih dekat di hati..chewaahhh....

Ok..tu jerlah luahan hati aku kali nie....