Hari nie aku tak keje. KL cuti hehehe. Hari Wilayah beb. Esok pun aku dah apply leave..alang2 keje sehari...cuti jer lah nyah. Terus sambung Chinese New Year. Tgh tunggu Adam balik dari sekolah. Lepas zohor kang nak gerak ke Kuantan. Cam biasalah...bersantai dgn somi terchenta. Lgpun in law dah plan, thn nie CNY holiday nak lepak kat Kuantan gak. Tak gi raya la kiranya thn nie. Lagipun sejak aku bertunang dengan hubby, belum pernah lagi ngelat pegi visit sanak sedara time raya CNY nie. Owwhh, untuk sahabat2 yang baru, ibu mertua ku chinese. So, relative semuanyer still chinese lagi, though ada some yg dah convert juga. Mengalahkan raya puasa la kiranya. Kadang2 tak habis visit 1st day..2nd day ada lagi relative yang buat open house. Biasanya kalau ada open house ke..makan2 ke...diorang panggil caterer muslims. Alaa..melaka kan banyak chinese yang dah mcm melayu. Makan sambal belacan, pakai kain batik dgn baju kebaya nyaa..
Adoii...dah jauh merempit nie. Meh back in track.
Ha..dah tengok citer nie. Aku nie kan jenis2 ala sastera punya orang. So, pada orang yg tak tengok citer slow2 nie, minta maaf la yer. Opinion aku, citer nie ok. Walaupun ramai yg kutuk menmacam and ada yang kata takat taraf drama swasta, itu aku x kisah. Yang penting aku enjoy tgk citer nie. Oppss...bukannya aku puji sbb anak buah aku berlakon yer. Gulp..anak buah? Ermm..Raja Farah tu anak pada cousin aku. So, dia drpd kecik panggil aku mak long.. Ughh..kecik2 lagi dah jadik makcik kan. Tp drpd kecik dia nie mmg sgt lemah lembut and berdisiplin. Everytime dtg raya kat rumah PD, sangat bersopan, always smile. Tak sangka laa dia jadik meletop now kan. Dia nikah arie tuh aku tak leh cuti..so adik ngan parents and Adam la yang pegi. Punyerlaa ramai reporters dia kata... sampai family member pun selamber jer diorang langkah2. Kurengggg betoll laa reporters tu. Adoiii..drift lagi.... jom masuk track balik.
Cerita nie aku rasa tajuk dia tak sesuai. By right producer kena cari tajuk lain kot. Overall, citer nie berkisah pada kehidupan muda mudi dalam zaman moden nowadays. Ada bnyk faktor kenapa mereka terjebak dlm tingkah laku bebas. Syabas la pada penerbit sbb ada usaha untuk mensummarykan isu remaja liar nie, daripada kegiatan, faktor yang mendorong, akibat and risiko serta cara dan jalan untuk kembali ke pangkal jalan.
Ashraff Muslim sangat hensem dalam nie. Entah kenapa aku rasa watak dia dan Eizlan dalam Damping Malam tu lebih kurang sama. Bezanya Eizlan berhadapan dengan konflik keluarga dan Ashraff nie berhadapan dengan konflik remaja dannn hati dia sendiri. Adoiii, soo sweet bila dia propose Raja Farah tu. Termimpi2 pula...hahahahah.
Farid Kamil dlm nie agak kurang menyerlah. Entah kenapa aku rasa lakonan dia dalam cerita nie kurang memberi kesan berbanding movie dia yang lain. Yana as watak utama, is delivering better quality. Nampak ada peningkatan la dalam mutu lakonannya. Cuma babak dia atas katil pagi2 hari selepas mengetahui dia dah *tuuut* tu, mcm kelakar. Aku cuba laa nak sedih gak, tapi berkerut2 muka aku nak cuba sedih sbb aku rasa confuse. Dia nie nak buat lawak ke?
Banyak pengajaran dalam cerita nie. Cuma kalau nak tgk dgn anak2, aku rasa kurengg sesuai. Pakaian sangat menjolok mata di awal cerita, ada perbuatan yang tak patut diikuti oleh anak2 and ada dialog yang aku rasa kanak2 tak sesuai dengar la...
Review aku jer nie.... so, ikut taste aku jer lah seadanya...heheheheh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
http://therainbowjourney.blogspot.com