Jumaat, 25 Mac 2011

Akak Nora berpesan untuk : ISTERI

Entry nie adalah kesinambungan daripada entry Akak Nora (tp muda lagi dari saya) di sini. Memang betul. Itulah hakikatnya apa yang dirasakan oleh semua wanita yang bergelar isteri. Apa yg saya tulis dalam komen posting dia adalah daripada pengalaman saya sendiri dan juga pengalaman isteri2 di sekeliling saya. Ini adalah kenyataan. Bukan maksudnya suami kita tu jahat. Cuma fitrah mereka memang agak kurang peka dengan perasaan isteri. Sebabnya mcm yang saya tulis dlm komen tu. Mereka nie sgt selesa dgn kita dan menganggap kita seperti diri mereka. Sebelum kawen dulu, mak mmg ada berpesan :

Bersedialah untuk menjadi seorang isteri. Untuk jadi isteri yang baik, banyak pengorbanan jiwa yang perlu kita tempuhi. Sebaik mungkin, apa yang boleh ditelan, kita 'telanlah' dalam diam. Untuk menjaga kerukunan rumah tangga dan kebahagiaan keluarga, bnyk hati yang perlu dijaga. Bnyk pengorbanan yg perlu dilakukan utk menyenangkan hati org lain. Hati kita? Kita kena ajar hati kita untuk berbahagia dengan apa yang boleh buat suami kita bahagia.

Tapi, dalam pada saya melayari hidup berumahtangga, ada beberapa perkara lagi yang perlu saya tambah daripada pesanan mak tu.
1.) Dlm pada membahagiakan suami kita, kita perlu mengambil langkah berjaga2 agar jgn terlalu menghambakan diri. Mesti kenal harga diri sendiri sebelum memberi.
2.) Kalau boleh, gunalah pendekatan secara berhikmah untuk memberitahu suami apa yang kita rasa. Jangan bersedih dan jangan mengharap semasa meluahkan. Cuma nyatakan sekali lalu untuk kita perhatikan tindak balasnya.
3.) Untuk yang belum berkahwin, dan dah kahwin pun perlu tahu : Perkahwinan ialah satu perkongsian. Kongsi kebahagiaan, kongsi kesedihan, kongsi kesenangan, kongsi kesusahan. Pernah dulu masa saya sekolah, ada salah seorang ustaz memberi kuliah Maghrib. Ustaz Nasir namanya, lulusan Univ Al Azhar dan guru Bahasa Arab di sekolah pada tahun 1991. Katanya : Kalau ikutkan, kewajipan seorang isteri mengikut Al-Qur'an hanyalah SATU! Apa yg satu? Tanpa segan silu beliau menyatakan, yang diatas katil. Yang lain2 ialah amal kebajikan daripada isteri utk sama2 membangunkan keluarga. Jadi, maksud Ust Nasir, bukan isteri saja yang perlu uruskan rumahtangga. Suami juga sama2 bertanggungjawab. Sebab itu katanya, bila dia ada di rumah, dia uruskan segala kerja rumah dan uruskan anak2nya seramai 7 orang. Terpulang kepada diri anda masing2, mcm mana nak seimbangkan. Kalau ada suami yang mengikut tradisi Melayu, kita cubalah didik menjadi suami soleh mengikut Syariat Islam, sebagaimana mereka mengkehendaki kita menjadi seorang isteri solehah.
4.) Jangan paksa suami. Berdoalah bnyk2. Walau bagaimana keras sekalipun hati suami (ego lelaki), Allah itu lebih berkuasa dan lebih memahami.
5.) Sayangilah suami kita dengan sepenuh ikhlas. Tapi jgn percaya 100% tau. Kita mesti simpan sedikit syak wasangka.

Saya masih belum menjadi isteri yang baik. Masih lagi mencuba, tapi saya tahu, suami lebih buka mata sekarang bila melihat isteri orang lain lebih kurang baik dari yang dia miliki. Semoga kami akan terus menjana perkembangan institusi keluarga yang sihat. Semoga anda semua akan terus bijak dalam menguruskan hati sendiri dan mengimbangi kebahagiaan jiwa orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

http://therainbowjourney.blogspot.com