DOA KU BUAT MEREKA

14 comments
Assalamualaikum.....

Incik Ben buat segmen. Tak ada apa2 hadiah dan kita pun tak mengharapkan apa2. Cuma untuk memeriahkan dunia blog. Lagipun boleh laa update blog kita nie sekali. Saper nak tahu lebih lanjut, boleh klik sini.

This time kita rasa kita nak join. Lagipun memang bersesuaian dengan objektif blog nie... Untuk berkongsi pengalaman supaya dapat dijadikan panduan dan sempadan untuk pembaca yang lain.



Sebagai permulaan, kita adalah anak sulung dari 4 beradik dan secara kebetulan juga, kita merupakan cucu sulung di dalam keluarga sebelah emak. Oleh kerana emak dan ayah bekerja, dan secara kebetulan, nenek menyuarakan pendapat untuk membela kita di kampung, maka emak dan ayah berkorban dengan membenarkan kita diasuh dan dibesarkan oleh atuk dan nenek. Sejak beberapa jam melihat dunia, sehinggalah sekarang, kita boleh dikategorikan sebagai membesar dalam dakapan atuk dan nenek. Nenek, atuk... I luv u soooo muchhh...

Zaman dulu, tak ada child psychology, family development programme dan sebagainya. Maka kami dibesarkan dengan ayat2 : Mak dengan ayah kerja... Itu saja yang diulang2. Hinggalah lahirnya adik bongsu, masa tu umur kita 6 tahun. Dia tak tinggal dengan atuk dan nenek macam kami 3 beradik, tapi ayah dan mak bela sendiri. Pemikiran kanak2 yang mentah mula la cuba memahami apa status situasi itu. As time goes by, kita membesar dengan anasir negatif ciptaan sendiri, bahawa mak dan ayah x sayangkan kita dan adik yang 2 lagi tu. Tu sebab hantar kami pada nenek.

Tetapi, tibalah satu saat, waktu kita berumur 14 tahun. Pertama kali dalam hidup, dapat duduk berdua dengan mak dan mak pula mula open dengan berbual seperti kita nie seorang rakan. Kita gunakan peluang tu untuk tanya dengan mak... Kenapa hantar kita 3 beradik pada nenek dan atuk? Memang x sayang kami ke? Kami bukan anak yang baik ke? Adakah adik yang bongsu tu perfect sehingga dia menjadi anak pilihan?

Saat itu, mak nampak terkejut dengan serangan pertanyaan yang sangat tidak disangka. Dan disaat itu, dia sebagai seorang ibu, sangat tidak menduga bahawa anak2nya menyimpan persoalan besar sepanjang tempoh membesar. Soalan yang mempertikaikan kewajaran dia sebagai seorang ibu.

Maka mak pun jawab dengan sangat berhati2. Dia sayangkan semua. Hatinya hancur di saat menyerahkan kami dibawah jagaan nenek. Tapi nenek ibunya. Bagi mengubat kesunyian nenek dan atuk yang baru kehilangan anak pertama kerana demam panas (arwah kakak mak), maka mak dan ayah serahkan kami untuk membahagiakan dan menggembirakan nenek dan atuk. Itu ialah mak yang cuba berbakti kepada kedua ibu dan bapanya. Jawapan mak diiringi dengan getaran sendu yang susah untuk kita fahami ketika itu.

Namun, itu jawapan yang sudah cukup menggembirakan. Untuk pengetahuan semua...komunikasi kami 3 beradik dengan ibu ayah, seolah2 orang asing. Makan dan segalanya dalam diam. Tiada cerita untuk dikongsi, tiada masalah untuk ditanya, tiada tawa untuk bergelak. Tidak pernah seumur hidup kami adik beradik menyambut hari ulang tahun. Tiada majlis, tiada kek, tiada hadiah malah tidak pernah ada ucapan. Betapa sejuknya hubungan ketika itu. Tapi, sejak wujudnya perbualan itu, sedikit demi sedikit kami mula membina bahagia.

Bila umur kita meningkat ke 16 tahun, kita berazam untuk ubah trend itu. Kita perlukan silaturrahim yang lebih erat. Maka, kita ajak adik2 berpakat, beri hadiah untuk mak sempena birthdaynya. Tibanya hari ulangtahun mak, kami ramai2 suruh mak duduk di kerusi, dan wish Happy Birthday dan serahkan sekotak hadiah. Dah lupa apa hadiah pertama tu. Mungkin frame gambar. Tapi mak sendiri sangat terkejut dengan peristiwa itu hinggakan suasana kami sekeluarga diselubungi dengan kepiluan dan aliran air mata kerana perasaan bahagia itu sangat bernilai untuk diungkapkan.

Sehingga sekarang, Alhamdulillah... kami sekeluarga sangat rapat. Sangat sering bertukar pendapat. Sangat banyak juga air mata mak mengalir kegembiraan dek kejayaan kami adik beradik, seorang demi seorang. Insyaallah, kita semua akan memberikan lebih kegembiraan di masa akan datang. Amiin.

Semoga pembaca sekalian tanamkan keikhlasan dalam menyayangi ibu bapa kalian kerana keikhlasan mereka menjadi ibu bapa kita tidak perlu disangkal lagi.

Ok Incik Ben.. Akak dah siap.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

14 thoughts..

Cik Puan Kocik berkata...

Mak ayah boleh jaga, didik dan beri kasih syg kepada 10 org anak...tp seorg anak kdg2 belum mampu utk jaga mak ayah sendiri dgn baik ...

Aziela berkata...

Cik Kamoo : Betul tu... mari kita tanamkan niat dan usaha untuk menjaga mereka...

mrs kayrul berkata...

terharunya baca kisah nie...

Tanpa Nama berkata...

bile x mesra ngan ibu bape sendiri kite rasa bersalah kan..syabas coz berjaya menceriakan fmly anda hehehe :)

cik sakura berkata...

terharu cik sakura..

''bidadariSIDIA'' berkata...

Assalam :)

singgah baca dan terus follow,
jom terjah kita punya pulak :)

http://bidadarisidiahuzaifah.blogspot.com/2011/05/doa-ku-buat-mereka.html

nabila saat berkata...

BW dari belog ben..
nice..!!

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

touching kak... :(

macam awe adik beradik..memang waktu cuti sekolah dulu kami duduk ngan nenek kat kampung...temankan nenek dan atok..lepas arwah atok meninggal pun kami temankan juga..sampai abang2 awe kerja duduk dengan nenek..

Aziela berkata...

kayrul_shah & cik sakura : terima kasih kerana dapat merasai...

Aziela berkata...

Jiejah : tq singgah. It was not ez, tapi kita mesti cuba kan...

Aziela berkata...

bidadari & nabila : Tq singgah..Insyaallah, nnt kita sampai.

Aziela berkata...

Hawa : Hawa pun sama ekk? Kita nie boleh ngam nie hawa...hehehhehe

RamRamCute berkata...

alahai awak...saya baru baca posting awak ni..sungguh terharu saya..alhamdulillah semuanya telah kembali seperti apa yg korang semua inginkan.

walaupun begitu jasa dan pengorbanan mereka tiada tandingan dan nilainya..

huhuhu..tiba-tiba saya rindu sangat2 dengan arwah abah saya..huhuhu

Nora Shahaira berkata...

wahai akak...sungguh besar perasaan terpendam yang ditanggung ketika itu...namun, alhamdulillah...akak beruntung...merasa kasih sayang semua pihak...
sayu seketika...