Assalamualaikum....
Hmmm..cuti sekolah bakal menghampiri. Apa plan u all nak bawa anak2 bercuti? Yang bujang pun bolehhhh... Lagi mudah. Sementara belum ada anak, boleh la bercuti2 dengan selesa. Tak perlu tunggu cuti sekolah macam kami nie. Waktu hari biasa, mohon cuti 2-3 hari, dah boleh melancong tanpa kesibukan dan kesesakan dengan harga murah lagi....
Pada salah satu weekend yang lepas, kami bertolak pulang ke Port Dickson untuk hantar Adam agak awal pada hari Ahad. Kononnya, hubby nak bawak pergi makan ikan patin buah di salah sebuah kedai di Felda Chini. Hubby kata ikannya sangat sedap. Tak ada rasa hanyir langsung dan isinya pun pejal dan manis. Memang kedai tu terkenal dengan ikan patin fresh dan udang galah yang fresh...
Oleh kerana tu, kami gerak dari Kuantan sebaik saja selesai sarapan pagi. Dalam pukul 9 lebih juga la... Maklumlaa...Sunday. Kena kemas rumah dulu.
Kami tiba di Chini dalam pukul 10.30 pagi. Masih terlalu awal dan kenyang untuk memburu ikan patin kat kedai yg hubby cakap tu. Untuk kill the time, hubby ajak jalan ke Tasik Chini. First time tiba kat situ. Tapi gambar yg kita amik turn out gelap...cuaca agak mendung kejap masa tu. Ke...battery fon kita dh weak ekk.. Sbb lepas amik gambar sesikit tu...battery fon terus kiok!
Layan pemandangan dari tingkat 2 resort dulu la yer....
Ok...gambar atas sekali adalah jeti untuk naik bot. Antaranya ialah bot2 yg parking berehat di gambar ke-3. Hubby ajak kami naik bot. Ada beberapa package. Kami beli package 1 jam, berharga 70.00. Pergi ke semua tasik, ada 12 kesemuanya termasuk lawatan ke kg org asli.
Tak ada apa sgt yg menarik. Cuma ada sgt bnyk rumpai tasik yang mengganggu pembiakan ikan dan tumbuhan dalam air yang lain. Mengikut kata pakcik bot, dh bnyk usaha dilakukan, tapi makin bnyk membiak pula. 12 tasik tu dipisahkan oleh rumpun2 pokok mengkuang dan pokok apa ntah lagi yang tumbuh merata2 di tasik.
Kami tanyakan tentang mitos dan dongeng Naga di Tasik Chini tu. Pakcik tu kata sepanjang 20 tahu dia bawa bot kat situ, mmg x pernah jumpa. Kalau boleh, dia pun x nak jumpa dia kata. Yer la.. kita pun x nak jumpa. Nnt kena ngap kang...ha. TAPIII...dia ada beberapa pengalaman benar.
Kisah Pertama :
Dia pernah bawa sekumpulan pelancong korea perempuan. Mereka sangat gembira naik bot. Salah seorang memulakan nyanyian, lalu mereka terus bergembira dan menyanyi hingga ke tahap tepuk2 tgn, hentak2 kaki dalam bot. Dlm kemeriahan gelak tawa tu, secara tiba2 org yg memulakan nyanyian tadi, terus jatuh pengsan. Pengsan x sedarkan diri. Kebetulan dah dekat dgn Kg Org Asli. Bawa naik ke pondok dulu dan renjis air, rehatkan dulu hingga dia sedar. Bila sedar dalam 2 jam kemudian, dia sgt lemah dan tak boleh bergerak. Dia terpaksa dipapah oleh kawan2nya dan di bawa pulang. Apa yg jadi seterusnya, x diketahui.
Kisah Kedua :
Ada lima orang anak muda berbangsa Cina menaiki bot beliau. Semasa melangkah masuk, salah sorang dari mereka sambil tergelak besar, bertanya : "Pakcik...ada naga ka? Naga boleh nampak ka? Kalau ada naga..bagus maa.... hahahahhahaha."
Pakcik tu hanya diam saja.
Semasa sampai di tasik ke berapa, kita x ingat, secara tiba2, that young boy yg bertanya tadi tu terus pucat dan menggeletar sambil tangannya menunjuk ke tengah tasik. Mulutnya bising menjerit2.
" Naga besar....besarrrr...cepat pakcikkk..dia sudah dekat...besar..besar...!!"
Tapi x seorang pun yg di dalam bot tu nampak apa2. Hanya air tasik yg tenang saja. Pakcik tu pun pelik...sbb mmg x nampak apa2. Tapi budak tu terus2an menjerit sampai dia tarik2 baju kawan2 dia soh tgk. Mmg kawan2 dia x nampak apa. Pakcik tu teruskan perjalanan seperti biasa, tapi budak tu mmg pucat ketakutan hingga tiba kembali di jeti.
Kisah ketiga :
Ada seorang penduduk tempatan yang sering menjala di tepian tasik. Ada satu lubuk yang banyak ikan dan lelaki nie memang selalu menjala di situ. Tapi... pada suatu hari, dia terjumpa seekor ular yang tersangkut di jaringnya. Ular tu memang lain daripada biasa rupa bentuknya. Lalu dia bunuh ular tu dan kerat kepada 3 bahagian. Dia kemudiannya mencampakkan keratan ular tu di tasik bersebelahan.
Esoknya, ketika dia menjala, lagi sekali ular yang sama tersangkut. Sama ada ular yang sama atau tidak, hanya Allah yg tau. Sebab rupa dan bentuknya memang sama dengan ular yg semalam. Sekali lagi lelaki ini mengerat tiga dan campakkan pada tempat yang sama.
Sebaik tiba di rumah, seluruh badannya terasa panas dan sangat gatal merenyam. Tak sampai 24 jam kemudian, badannya dah dipenuhi dengan sisik yang tumbuh di segenap kulit badannya. Dah banyak hospital, bomoh dia pergi, tapi belum ada yang berjaya menyembuhkan dia.
Kalau u all ingat, pernah kisah dia masuk dalam berita akhbar beberapa tahun yang lalu. Sehingga sekarang, dia hanya makan nasi berlaukkan ikan bilis oleh kerana pantang makanan lain yang boleh mendatangkan rasa gatal. Lelaki itu sekarang membuka gerai makan bersama isterinya di Chini dan masih belum sembuh juga lagi.
Kami pulang tgh hari tu dengan segala rasa insaf di hati. Maha Besar kuasa Allah. Berbagai2 cerita yang manusia tempuhi atas dunia nie.
Lepas sesi naik bot, kami cari kedai ikan patin. Alahaiii...rupa2nya kedai tu memang tutup pada setiap hari Ahad. Tak dapat patin, dapat naik bot..ada la juga hasilnya menempuh jauh perjalanan ke Chini...
Jadi, kalau ada sesiapa nak melancong atau menacing, jagalah beradaban anda sekalian. Sentiasa beringat dengan rezeki Allah dan mohonlah dilindungi dari kejadian yang tak di ingini. Apa2 pun, setiap langkah kita, di atur dengan niat menikmati pemandangan indah ciptaan Allah swt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
http://therainbowjourney.blogspot.com