Ahad, 29 Mei 2011
Makan di Melaka : Rembia
Cerita makan2 lah yer... Kita review sikit2 yang mana ada. Ada bnyk lagi gambar dalam folder, tapi semuanya gelap sebab pakai hp cikai. Kamera kita dah misplaced. Dah puas cari, tapi x jumpa. Tak tau ada di negeri mana satu kamera tu. Kita x ckp pun dgn hubby...senyappp jer. Hehehehe, bukan hilang...tak jumpa lagi jer..hehe.
Kedai nie adalah salah satu stall yang terletak di Hentian R&R Rembia. Rembia adalah satu kawasan bersempadan antara Melaka Tengah dan Alor Gajah. Kalau sampai di kawasan itu, landmarknya adalah kilang Sunpower. Malacca Solar Valley. Kedai nie, kalau dari Melaka ke Alor Gajah, sebelah kiri sebelum balai polis Rembia dan sebelum kilang Sunpower. Kalau dari Alor Gajah, of course sebaliknya. Tapi kalau dari Alor Gajah, selepas kilang Sunpower, u-turn di traffic light seterusnya.
Apa yg menariknya ialah roti canai dan rojak yang sedap. Tapi hubby memang suka makan kat sini. Dulu masa hubby kerja di Melaka, setiap malam akan singgah makan di sini. Masakan goreng2 dia pun sedap. Ada rasa macam home cooking. Kedai dibuka dari pagi hingga 10.00 malam.
Last week breakfast kat sini. Hubby makan mee goreng ( x sempat snap gambar ), kita teringin maggi goreng dan Adam mcm biasa, makan roti canai.
Roti canai garing tapi lembut dengan kuah yang cukup perisa dan pekat...sampai hubby tambah lagi order. Mcm tak cukup la pulak. Maggi kita memang lain sangat dari kedai mamak. Moist, terasa cili dan banyak sangat bhn2 rencahnya. Puas hati sungguh. Usually kalau nak makan rojak, kitorang makan malam. Power sket kuah dia.
Kedai nie ada juga jual nasi ayam. Tapi kita tak berapa nak recommend la. Kurengggg sket. Lebih sedap lagi makan nasi ayam Sg. Udang yang kita pernah citer dulu.
Ok..cukuplah citer pasal kedai nie. Sekadar panduan untuk sesaper yg tersesat di Melaka nanti..atau utk org Melaka yang terasa nak ubah angin.
Silakanlah yer....
salam kak...rembia umah nenek awe...kat ngan stadium hang jebat :)
BalasPadamHawa : la...dah dekat la tu.. Nnt raya boleh laa mampir rumah akak kan..heheheh
BalasPadam