Rabu, 11 Mei 2011

Pesanan Azimat dari Big Boss

Assalamualaikum semua...

Hari nie apa khabar? Kita agak sibuk lately nie. Tp sempat juga balas komen and BW sesikit...hahahhaha.

Anyway, ptg semalam company kita ada jamuan teh secara kecil2an sebagai majlis silaturrahim dengan Chairman. Kami di syarikat rasa sangat terharu kerana big boss kami orangnya sgt down to earth. Dia berusaha utk mengenali kami dan mendekatkan diri.

Antara ucapan azimatnya yang kita rasa sgt tepat dan perlu dipegang sampai bila2 oleh sesiapa sahaja adalah :

" Setiap hari sebelum melangkah untuk pergi kerja, kita mesti pasang niat bahawa kerja yang akan kita lakukan pada hari ini adalah sebagai amal jariah di atas muka bumi. Maka ikhlaskanlah hati kita untuk berkerja sebagai menghalalkan gaji yang kita terima kerana rezeki itu turut dikongsi oleh anak, isteri, suami, ibu dan ayah kita. "

Gulp...terasa sket kita kan. Time keje kenkadang BW kan. Haip...akak gantiii tawwww. Kita akan masuk kerja awal atau balik lewat utk ganti waktu kita berblog dgn kerja... Fulfillkan hour bekerja dengan sempurna.

Lagi satu Gulp! semalam sebab lagi 2 minit big boss nak sampai, CEO kita secara spontan kuarkan arahan soh kita jadik Pengerusi Majlis. Alamakk...x prepare speech, agenda, etc. Apa lagi...boh jer la...apa yg terlintas jer. Alhamdulillah berjalan lancar.

Jadi, kita sharekan pesanan dia kat sini dgn semua org. Dlm apa jua tugasan harian... ikhlaskanlah diri anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

http://therainbowjourney.blogspot.com