Review Filem : A Chinese Ghost Story 2011

2 comments
Meh review cerita lagi. Malam2 jer cerita bab movie kan. Alaa, sekadar hiburan utk melapangkan fikiran kan... Anyway, filem kat atas nie adalah remake dari version 2007 kalau tak silap. Ini adalah sebagai mengisi masa lapang dgn hubby di Kuantan. Adam x ada sbb sekolah, so we all dating ber-2 tgk wayang. Seronokkk sgt sbb susah nak dating tgk wayang dgn hubby.

Cerita hanya utk keseronokan. Dia dh mmg x logik...maka kita pun boleh terima. Berbanding cerita seram Malaysia, seolah2 nak buat real, mmg berlaku dlm kehidupan, tp x logik. Yang nie dah sah2 x logik. Org boleh terbang2, kuar api, kuar petir semua bagai kan. So, mmg sekadar hiburan.

Tp, percintaan di antara hantu betina dgn hero nie, mmg terasa la sampai ke jiwa bila menonton. Sgt romantik dan kasih sayangnya sgt jelas. Mcm mana director dia boleh hasilkan mcm tu kan, walaupun filem sekadar remake. Very beautiful. Ohh..hantu mmg cantik.... sopan, lemah lembut.... Kalau cerita seram Malaysia, hantu semua buruk kan..hehehehhe.

And sangat best tgk bahagian2 pemburu hantu nie lawan hantu. Pergh...action packed sungguh. Kalah James Bond la kiranya. Tembak jer panah, confirm kena hantu..hantu terus berkecai... Cun la penghasilannya.
Tapi mmg betul la.. ada babak yg x sesuai ditonton oleh kanak2. Maklumla, cerita cinta cina kan.

Ok...utk yg dewasa, kita recommend la cerita nie. Menarik...
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama