Khamis, 5 Mei 2011

Review filem : Senjakala

Malam tadi menonton cerita Senjakala nie dgn hubby. And pg tadi jenguk blog Dd, dia pun dah buat entry pasal movie nie. Memang setuju sgt dgn Dd...movie nie bnyk sungguh x logiknya. And bak kata budak kat kaunter tu pun : Bnyk MENGARUT kak, citer nie.  Mmg sungguh2 la.

Sayangnya, gambar2 semua cantik. Apa org kata? Cinematography? Ha, mcm tulah lebih kurang. Cantikkkk.... Tapi mmg bnyk la elemen x masuk akal. Dd highlighted 3 contoh.
1. Nampak pocong dh terbaring melintang tgh jln menmalam, bleh plak berani2 nak kuar dr keter. Siap konon nak make sure betul ke pocong.
2. Opah dia satu hari suntuk x der kat rumah, mlm2 baru muncul, dia boleh kan x amik kisah sgt plak.
3. Dh tau dlm rumah tu ada hantu,  tapi bila dia takut, dia lari masuk rumah tu semula dan tutup pintu. Bukan ke tu bermaksud dia kunci diri sendiri di dalam rumah bersama hantu?

Ok..memang betul pendapat Dd tu. Ada lagi.
1. Tak diceritakan kenapa org kampung benci dgn Karlisa nie.
2. Dia dh nampak pocong tu dok seat blakang keter dia, boleh kan dia selamber jer masuk keter semula.
3. Apa kena mengena abg2 ex-tunang Arman tu bersungguh nak tibai Karlisa? Tibailah Arman tu sbb kakak diorang mati masa dgn Arman.
4. Bila balik kg, jumpa opah setelah berpuluh thn x jumpa, takkan takder adegan peluk cium opah. Masak sesama dgn opah ke, makan dgn opah ke. Ini, mcm dok rumah tumpangan jer...
5. Apasal pulak mata si Arman tu kejap merah, kejap lebam? Kok iyer pun nak tiru Edward dlm Twilight, Edward tu dh sah2 pontianak, si Arman nie dah tentu manusia trang tang2 lagi.
6. Senang benar Ustaz tu nak menghalau saka dari Karlisa. Bukan ke susah nak menghalau saka nie..?

Ha, kalau tgk lg sekali, konpem lg bnyk yg tersenarai...
Eishhh.... sayang sungguh.

Liyana Jasmay nampak agak matang sikit lakonannya. Arman tu nampak good dlm bawa watak dia. Pendek kata semua pelakon ok2 belaka lah kat sini. Jln cerita jer pelik2.
Well..I prefer Damping Malam and Khurafat lagi...

2 ulasan:

  1. Nak tambah bab2 bodoh... masa mak Karlisa pegi masjid... org masjid selamba marah sebab tak amik saka tu dulu dan biar mak dia meninggal cam tu. KOt ye pun ko iktiarkan lah jalan. Giler tak logik marah org tanak amik saka.

    Tak puas hati betul aku citer ni. Karlisa tu pun bukan nak tanya apsal org marah dia. Balik2 nak berbaik dgn Arman.

    BalasPadam
  2. Baru tgk citer ni thn 2018 😅.. mmg bodoh .. sape la pengarah dia 🙊

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com