Assalamualaikum....
Satu Malaysia sedang bersedih dengan tragedi yang menimpa penghuni2 rumah anak yatim dan madrasah ini. Tak perlu lagi la kita berikan perinciannya kerana fakta itu boleh di dapati dengan mudah dari semua media di Malaysia.
Kita nak share gambar ini yang kita nampak di blog illustrasiaku. Gambar yang satu ini sangat menyayat hati.
Tiada kata yang dapat diungkap...berjuta perasaan, emosi, kekesalan, pengajaran dan sebagainya dilayarkan dalam kotak fikiran kita.
Anak2 ini semuanya suci dan bersih. Mereka pergi Insyaallah dalam keadaan hati yang bersih.
Kita cuma agak kesal dengan beberapa pihak...
-Kenapa baru sekarang nak pertikaikan status rumah tu?
-Jangan cari salah lagi...betulkan keadaan.
-Anak2 ini ada yang berjumpa ibu dan bapa pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas... Kenapa? Jauh sangatkan ibu dan bapanya? Hinggakan anak2 ini menelefon dan tanya bila mak ayah nak dtg jenguk mereka... Betapa rindunya mereka ini dengan kasih sayang ibu dan bapa. Mereka masih kecil, Ya Tuhan. Tinggal di asrama tidak bermakna tak boleh melawat kan? Sekurang2nya...sebulan sekali... Atau, anak2 ini boleh di ajak pulang menghabiskan cuti panjang sedikit dan meluangkan masa... Terkilan...
-Kita sebagai masayarakat Islam yang bebas bertindak di negara sendiri seringkali meminggirkan golongan2 ini. Mengapa? Terlalu sibuk dengan urusan peribadi? Saudara sesama agama bukan peribadi kita kah?
Ok..kita dah jadi emotional. Sepanjang perjalanan dari Kuantan ke opis di KL pg nie, kita asyik sedu mendengar perkongsian cerita dan pengalaman yang tidak di paparkan di media...
Al-Fatihah untuk insan2 yang menghadap Ilahi....
Al-Fatihah untuk mangsa terkorban...Bila lah pula masanya kita dijemput.... ='(
BalasPadam