Assalamualaikum.....
Maaflah yer. Entry nie auto publish. Maklumla, kita hari nie ada seminar. Habis seminar, nak bergegas balik ke PD. Esok nak selesaikan urusan Adam dan gerak ke Melaka sebelum bertolak ke Kuantan. Tapi sentiasa teringatkan blog. Nanti tak update, hilang pembaca pula.... Akak tak nak cakap sensorang dik nonn...
Anyway, kali pertama dalam hidup diperkenalkan dengan makanan Jepun ialah oleh DD dan Baya masa matrik rasanya. DD and Baya, korang ingat x? Kita pergi Carrefour Subang, lepas tu u all beli benda sushi nie dan bagi aku rasa. Tapi not the mentah one la kan... DD kata nanti aku muntah. Hehehe...kalau aku makan pun, sure muntah kot sebab culture shock kan.
2nd time makan masa official first date dengan hubby di restoran Jepun nama apa entah, tapi di Pan Pacific, KL. Lagiii laa susah nak makan. Nerves tauuu.... Tapi hubby sabar jer ajar kita makan macam2 benda. Dan masa tu lah first time dalam hidup kita nengok orang Melayu speaking Jepun. Masa zaman tu tak ramai lagi rakyat Malaysia yang pandai berbahasa Jepun. Tapi sekarang dah ramai kan. Tak payah pergi Jepun pun boleh pandai speaking.
Adoii..merepek lagi. So, sejak tu la, kita dengan hubby merantau dari satu restoran ke restoran yang lain untuk membandingkan kualiti makanan. Tapi amsa tu sangat naive. Tak ada blog...citer dengan orang2 di sekeliling jer la.
Surprisingly, bila lahirnya Adam, sejak dia pandai mengunyah makanan, dia dah start makan Japanese Food nie. Tak silap, masa umur dia setahun 3 bulan lebih kurang, dia dah makan the whole plate of sashimi salamon (ikan salmon mentah). Rupa2nya dia sangat suka. Sampailah sekarang, Japanese food dah jadi one of our all time favaourites. Kekangan yang ada hanyalah bajet. Hehehhehe. Sebab kalau makan japanese nie, memang kena sediakan bajet besar. Solution yang mudah ialah buffet Japanese. Antara yang kami suka ialah di Shogun, 1 Utama, Damansara. Boleh tengok entry di sini.
Now di Kuantan, not much choice. For starts, kami try Sushi King di EC Mall jer la. Sushi King is a very unstable restaurant for us. Kadang2 ok...selalunya x ok. So, hari tu dah teringin sangat, kitorang pun gamble jer cuba nasib di sini. Alhamdulillah, dari segi layanan, kualiti dan penjagaan masa, semuanya memuaskan.
These are among the choices that we had selected. Bento yang baru kita postkan tu was one of the dishes.
Yang di atas nie adalah takoyaki. Kebanyakan blogger masak2 dah banyak kali buat takoyaki nie. Rajin sungguh mereka. Takoyaki nie, umpama cekodok la. Tapi cekodok diorang nie lembuttt sangat. Dalamnya ada sayur2an dan juga sotong. Tapi di Jusco dah variety sikit. Ada tambah udang dan ayam. Seeloknya dimakan panas2 gitu.
Yang ini pulak Yasai Tempura. Dalam bahasa melayunya, sayuran celup tepung... hehehehehhe. Sama jer kan. Macam kita makan goreng pisang, goreng keladi dan goreng sukun tu. Tapi, bancuhan tepung diorang nie lain sikit lain. Lebih halus dan rangup. Makannya pula mesti cicah dengan sos kicap cair yang digaulkan dengan parutan halus lobak putih. Sangat nyaman rasanya. Yasai ni antaranya ialah terung, keledek, keladi, lobak dan lobak putih. Selain dari Yasai Tempura, ada juga Ebi tempura iaitu udang celup tepung..hehehehhe. Jadi, bolehlah pilih nak yang mana.
Ha, ini memang istimewa sikit. Kita sendiri pun jarang2 makan ikan nie. Macam ikan bolos, tapi bukan. Nama dia Saba. Ikan saba nie kalau di Jepun memang berlambak2. Cara masakannya, diccucuk pada sebatang kayu dan di bakar. Bila makan, dari hujung kepala hingga ke hujung ekor tu kita makan habis. Gigit dan kunyah. Jangan risau, tak ada duri. Dan semua kepala dan tulangnya rasa seperti keropok. Bila sampai ke bahagian isi, sangat lembut dan juicy rasanya. Tapi kalau yang tak pernah cuba, ambil masa yer. Jangan paksa diri.
Ini pula Zaru Soba. Soba ialah sejenis mee. Mee ini di sediakan sejuk dengan kuah kicap yang dicampur dengan bahan lain seperti lobak putih dan air rebusan mee itu sendiri. Sesetengah restoran menghidangkannya dengan telur burung puyuh mentah. Kalau bab telur mentah nie, kita memang menyerah kalah. Tak mampu nak telan.
Last sekali, sila duduk di meja tepi pusingan hidangan nie. Hidangan nie akan sentiasa berpusing dan sesiapa saja bebas untuk memilih dan mengambil apa saja. Harga hidangan adalah mengikut warna piring. Misalnya, piring merah, harganya 6.00. Jadi, kena buat pilihan bijak. Berbaloikah?
Sushi pun sebenarnya beras pulut jer. Ditenggekkan di atas tu, sama ada isi ikan salmon atau tuna yang di masak dan digailkan dengan mayonis. Ada juga sotong masak merah, telur ikan, udang, unagi (belut) panggang atau paling simple tu, dibalut dengan tamago (telur) saja.
Jadi sebenarnya, ada juga hidangan yang ikut tekak Melayu. Jangan risau. Kita kan sesama Asia.
Ok..selamat menjamu selera yer.
dah lame tak gi makan sushi...anak2 mmg suke..
BalasPadamkalau gi suke makan mee udon...tibe2 teringin la pulak...
ikan yg cucuk ngan lidi tu biasanya shishamo..tak penah lak jumpa saba..
BalasPadamkalau nak pegi makan japanese food yg sedap try makan kat rakuzen. superb..member japanese selalu makan situ..
ainnoraini : udon blackpepper...yummy
BalasPadamRai : Betul laa....silap. Saba ikan dia besar dan panjang. Yang kecik2 tu shishamo... Sedapnyer.... Rakuzen tu kat mana?
BalasPadam