Rabu, 6 Julai 2011

Darurat semasa BERSIH?

Assalamualaikum.....

Apa khabar pembaca blog kita yang tak seberapa nie? Rindu nak menulis, tapi off late nie agak sibuk sikit. Weekend yang baru lepas nie, kita menghadiri training di Berjaya Hills Resort dan sambung Seminar di PWTC pada hari Isnin. Badan rasa sangat penat. Nantilah, kalau ada masa lagi, boleh cerita panjang.

Now, nak cerita tentang BERSIH. Nothing much sementelah khabarannya ia dibatalkan untuk diadakan di jalanan pada hujung minggu nie. Baguslah tu. Bila pemimpin dan rakyat bertelagah, sekurangnya2 perintah Yang DiPertuan Agung masih lagi dihormati. Alhamdulillah, tanah ini masih lagi ada daulatnya. Namun perhimpunan tetap akan diteruskan, cuma tiada kepastian tentang pilihan lokasi. Mungkin di Stadium Merdeka dan dengar khabar juga, kerajaan Negeri Selangor menawarkan Stadium Shah Alam sebagai lokasi. Apa-apa juga keputusannya, terpulang kepada kita yang memegang status kerakyatan warganegara Malaysia untuk memilih. Kuasa di tangan kita semua.

Ok, mari kita pergi ke intipati entry. Sebenarnya kita baru saja dimaklumkan oleh aunty kita. Kita pernah cerita aunty kita ialah policewoman kan. So, dia yang memang sentiasa mengambil berat, berpesan dan minta menyampaikan kepada ahli keluarga dan rakan2. Katanya simpanlah stok makanan di rumah. Yang penting, makanan kering mesti ada. Contohnya seperti beras, tepung, minyak, telur, makanan dalam tin, dan lain-lain lagi. Ikutlah keperluan dan kreativiti masing-masing. Ini adalah kerana, setiap balai polis di Malaysia nie, telah memulakan operasi bilik gerakan sebagai langkah berjaga-jaga. Amaran yang dikeluarkan adalah level kuning sekarang. Maksudnya BERJAGA-JAGA.


Dah tentu perkara ini tak akan diwar-warkan oleh pihak media. Sekiranya dimaklumkan, mesti akan berlakunya situasi 'pembelian panik' di kalangan rakyat. Secara tak langsung, permintaan supply di pasaran akan meningkat melebihi penawaran dari pihak supplier. Apa kesannya murid-murid sekalian? Yeeee.....HARGA AKAN MELAMBUNG TINGGI.

Ok..jangan panik. Beratur, beli apa yang perlu sedikit demi sedikit. Bagi yang ada anak-anak kecil tu, kalau boleh siapkanlah supply susu lebih sedikit dari biasa. Yang pakai pampers pun boleh lah siapkan supply lebih di rumah. Selain pampers, apa salahnya siapkan kain lampin anggaran satu ke dua dozen. At least bila pampers habis, boleh juga guna kain lampin tu. Basuh, kering, pakai semula macam zaman kita kecik dulu2 tu.

Jangan lupa, kalau ada banyak simpanan di bank, keluarkanlah sedikit untuk kegunaan di masa kecemasan. Manalah tahu, kalau-kalau keadaan diisytiharkan darurat, mungkin pejabat-pejabat dan bank-bank akan terhenti operasinya. Maka kalau banyak sekalipun duit kita di bank, mana mungkin kita menggunakannya kan.

Ada lagi, mak kita selalu pesan. Walau apa keadaan sekalipun, setiap rumah MESTI ada simpanan air bersih. Kita tak tahu apa kemungkinan yang akan terjadi bila-bila masa. Hasilnya, di rumah kita dan adik beradik kita, at least mesti ada 2-3 tong atau baldi besar yang bertutup menyimpan air paip yang bersih. Kalaulah ada paip bocor tiba-tiba kan ker susah nak menguruskan diri kan? Jadi, kita rasa teknik menyimpan air bersih nie pun perlu ada untuk persiapan menjelang perhimpunan ini. Dah alang-alang menyimpan air bersih, apa salahnya sediakan lilin dan ubat nyamuk barang sebatang dua kan. Pastikan torchlight dirumah bersedia dengan bekalan bateri dan sebagainya.

Memang. Memang apa yang kita tulis dalam entry nie seolah-olah keadaan semakin meruncing dan menakutkan. Tak perlu takut dan panik. Tak perlu berlari-lari dan melaung-laung. Cukuplah sekadar membuat persediaan yang mencukupi dengan bijak dan tenang. Kita semua berdoa dan yakin tiada apa-apa yang akan berlaku. Tetapi mesti simpan sedikit untuk keraguan sekiranya masalah melanda.

Terpulang kepada interpretasi anda semua. Ini cuma peringatan seperti mana yang kita terima. Jadi kita kongsikan dengan rakan-rakan blogger sekalian.

Semoga ukhuwah kita akan terus terjalin....

8 ulasan:

  1. nak minta hak sebagai rakyat pun susah ... T_T

    BalasPadam
  2. salam kak...seriau awe bace entri akak ni...hope tak da la jadi pape yang di luar jangkaan kan kak

    BalasPadam
  3. kak Es : Malaysia bukan lagi sebuah negara demokrasi... itu sebablah susah kan...

    BalasPadam
  4. Hawa : kita berdoa dan berusaha... jangan lupa inform family awak yer...

    BalasPadam
  5. seorang selebriti pernah ingatkan utk simpan bekalan makanan lebih di rumah juga. saya syak sebab benda2 ni la.

    menyusahkan betul....

    BalasPadam
  6. Yeke kak..jgn la jadi mcm ni.. kena bagi tau parent ni.. sebelum ia nyer berlaku..huhu

    BalasPadam
  7. gadisBunga : memang betul menyusahkan bila ada kejadian macam nie, tapi akan lebih susah sekiranya berlaku tapi kita tak ada supply...nak tak nak, akur saja lah rasanya...

    BalasPadam
  8. Widad : Yer, bersedia jer Widad. Kalau tak berlaku, tak rugi pun, kita boleh guna juga...

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com