Khamis, 7 Julai 2011

Profesional, Tapi Tak Senonoh...

Assalamualaikum.....

Sila rujuk gambar di atas berkenaan entry ini.

Kita attend satu brief workshop last month. Orang yang dalam gambar nie adalah salah seorang peserta. Dia duduk di barisan hadapan kita, tapi di hujung sebelah kanan kita. Masalahnya, dia nie kebetulan ada selsema. Dan sepanjang bengkel tu berlangsung, dia sentiasa memuzikkan sok sek sok sek selsema dia tanpa selindung-selindung. Dan yang paling rasa meloyakan tu, setiap tisu yang dia dah lap hingus tu, dia boleh kumpulkan atas meja dia sampai membukit dan menggunung dan penuh meja.

Kita percaya dia nie bukan sebarangan pangkat. Cara penampilan dia rasanya dia antara orang penting dalam syarikat dia. Tapi kenapa lah dibawanya sikap yang pengotor ini sekali...

Profesional... tapi bukan dalam segenap aspek. Jadi apa maknanya profesional itu sendiri...?

2 ulasan:

  1. adeh betul ke kak??? pergilah tandas wei

    BalasPadam
  2. betul Lulu....tengoklah, dalam blur gambar nie pun boleh nampak tisu yang memutih dah dekat sama tinggi dengan kepala dia tau.

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com