Tidak terdaya

No Comments
Assalamualaikum.....

Hari nie sebenarnya rasa sangat tidak terdaya. Kita perlukan rehat dan tidur yang cukup. Tolonglahhhh....

Awal minggu nie kita tak sihat dan sepatutnya perlu berhati2 lagi. Tapi Rabu balik PD sebab rasa sangat tak sihat. Takutlah kalau kita dok KL, pengsan sensorang, tak ada sesiapa notice. Konon nak berehat malam tu.

Tapi, sepanjang malam tidur asyik diganggu dengan peristiwa yang tidak terduga. Maka dengan kaki yang longlai, kita heret diri (bersama selimut) meredah malam ke sana dan kesini.

Malam esoknya pula (malam tadilah kiranya) kita terpaksa korbankan waktu rehat dan tidur lagi kerana sesuatu.

Pagi tadi dengan daya yang tinggal sedikit, kita meredah hujan lebat yang mencurah di Seremban dan juga melalui jalan-jalan yang ditenggelami air dengan doa yang tidak putus agar kereta kita terus bergerak dan tidak tersadai seperti beberapa biji yang bernasib malang ke KL untuk menyambung kerja.

Malangnya, tgh hari tadi kita tewas. Rasanya dah kering tenaga. Longlai di petak kerja kita...

Ini pun, nak menunngu penghujung waktu kerja, rasa macam nak terburai segala isi bodi (kalau boleh kan bagus..boleh kurus..hehehe). Sakitnya segala organ badan. Tambah sekait bila mengenangkan jalan raya menghala ke selatan yang confirm..pasti sesak dengan umat Islam yang balik kampung untuk berpuasa bersama keluarga tercinta.

Nak pick up SIL kat Serdang dulu. Pastuh ke PD utk pick-up Adam. Kendian ke Melaka. Jam 4 pagi esok pick-up hubby kat Melaka Sentral plak. Seterusnya...Allhua'lam.

Allah...selamatkanlah perjalananku yang masih panjang lagi ini. Amiin.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 thoughts..