Assalamualaikum.....
Apa khabar anda semua? Semoga semuanya sihat sejahtera dalam menjalankan ibadah puasa yang bersisa beberapa hari saja lagi nie kan. Maaflah dah lama tak ke udara. Ada beberapa insiden yang berlaku. Nanti2lah kita cerita yer.
Ok..gambar tak cantik. Anak bujang kita yang amik hari tu kan. Sebenarnya senang yang amat untuk masak makaroni nie. Tapi tu la, rupa x semenggah, tapi adik kita dengan anak kita bukan main suka lagi. Dah kengkawan adik kita minta resipi. Dah alang2 tu, kita letak jer la kat sini yer. Resipi nie main ciptaan trial and error kita jer. Mujur menjadi dan sedap. Ok, mari intai resipi. Kita beri nama Cup nie konon2nya macam cup cake la yer...heheheh. Kita bakar dalam tray cupcakes tu.
Baked Cup Macaroni
Resipi : Aziela
Bahan-bahan:
200 gm macaroni (rebus seperti arahan dan toskan)
200 gm daging/ayam kisar (boleh juga guna sosej dan cendawan)
1/4 bji capsicum hijau dan capsicum merah (dadu kecil)
1 biji cili merah (hiris halus)
1 labu bawang besar (dadu)
5 ulas bawang putih (cincang)
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk cili
sedikit serbuk oregano
garam secukup rasa
4 biji telur (dipukul sedikit)
Mozarella cheese secukupnya
Sedikit daun sup yang dicincang halus
Cara-cara:
- Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi dan kekuningan.
- Masukkan daging/ayam kisar dan gorengkan hingga sebati. Masukkan serbuk cili dan serbuk kari hingga masak.
- Masukkan makaroni, cili merah, capsicum dan taburkan serbuk oregano. Gaul sebati hingga masak.
- Perasakan dengan garam. Tutup api
- Sediakan oven dengan suhu 180C.
- Sudukan macaroni tadi kedalam acuan hingga penuh.
- Masukkan telur sedikit demi sedikit hingga menyaluti makaroni dalam acuan. (kalau x cukup telur, sila tambah)
- Taburkan mozarella cheese secukupnya di permukaan macaroni.
- Akhir sekali, taburkan sedikit daun sup diatasnya.
- Bakar selama 25-35 minit (bergantung kepada acuan dan oven)
Makaroni ini sedap dihidang panas. Sesuai untuk mereka yang tak makan pedas. Tapi kita satu famili suka makan dengan sos cili. Mudah disediakan terutamanya untuk tetamu yang bakal berkunjung di hari raya.
Selamat mencuba yer.
terbaeklah kak, nanti nak try :)
BalasPadamcam sedap je..nk try..>.<
BalasPadamLulu : heheheh...Lulu memamng rajin masak...
BalasPadamAsyieqiN : memang sedap dik...cuba try test..
BalasPadamOMG OMG! Sedapnya hehehe
BalasPadam