Khamis, 11 Ogos 2011

Bawal Masam Manis Ringkas

Assalamualaikum.....

Ha, macam la pandai sangat masak kan. Orang lain letak resipi, kita pun nak letak resipi. Padahal, main instant and campak2 jer..hehehe. Cuma mungkin ianya boleh di praktikkan oleh ibu2 yang bekerja atau kalau rasa macam tetamu dah nak dekat sangat nak sampai kan.

Ok..ok..jom tengok cara kita masak. Inipun sebab ada yang bertanya mcm mana. Adik2 kita pun kenkadang nak tau gak mcm mana kakaknya masak.


Bawal Masam Manis Ringkas
Resipi Asal : Aziela

1 kg Ikan bawal  ( tak kisahla dapat berapa ekor pun, tp kita dpt yg besar, 1ekor jer )
Bhn dlm tin:
200 gm baked beans
200gm kacang peas
200gm nenas (potong kiub)

1 biji bawang besar (hiris bulat)
3 ulas bawang putih (hiris)
3 hiris halia (racik)
setengah biji capsicum (hiris)
2 biji cili merah (hiris)

3 sudu besar sos cili (boleh juga guna sos cili thai)
setengah cawan sos sweet and sour (yang dah siap dalam botol)
1 sudu besar sos tiram
(tak perlu sos tomato sebab baked beans dah ada sos tomato)

5 sudu besar air


Cara-cara :
- Goreng ikan bawal sehingga masak. Jangan garing sangat, nanti keras.
- Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak.
-Tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau.
- Masukkan semua bahan dalam tin
- Masukkan semua jenis sos beserta air dan kacau rata. Tunggu hingga mendidih.
- Selepas mendidih, masukkan capsicum, cili merah dan bawang besar. Gaul rata.
- Selepas mendidih dan puas hati dengan rasanya, bolehlah di padamkan api. Tak perlu tambah garam sebab semua sos dah balance rasa garamnya.


Memang tak masukkan sayur2an atas permintaan hubby. Tapi untuk sesiapa yang suka, bolehlah tambah carrot, brokoli atau bunga kobis. Resipi nie pun sesuai untuk kanak2 sebab tak pedas langsung. Sengaja buat tak pedas sebab bulan puasa kan, takut ada yang tak tahan pula. Namun, kalau sesiapa yang suka pedas, boleh la campakkan cili padi yang dihiris sekali dalam sosnya.


Tujuan masukkan kekacang (baked beans dan green peas) adalah untuk memaksimumkan rasa lemak dan mewah dalam hidangan nie. Amat enak sekali bila digabungkan dengan ikan yang digoreng.
Ok, resipi segera yang mudah dan ringkas. Bolehlah cuba nanti.

5 ulasan:

  1. sedapnya sweet sour...berselera..makan dengan nasi panas..perghhh....tak terkata.

    BalasPadam
  2. Rahmah : Ha..tak sangka pulak sedap lauk nie..hehehe

    BalasPadam
  3. bulan puasa ni rasa nak makan masam2 je kak..tekak ni pahit je rasa

    BalasPadam
  4. Hawa : Memang kan. Lepas tu kalau makan pedas sikit, mula rasa meragam jer perut. Tu yg akak masak cam gini nie...

    BalasPadam
  5. ooo macam ni ek.. ok2.. thanks tau.. next time blh try :-)

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com