Apa khabar semua? Apa juadah buka puasa tadi? Mesti menyelerakan yer tak? Opss..pada yang terawih di masjid, tapi nak buat witir sendiri tu...jangan pula sampai terlajak ke sahur nanti yer? Yer la kan, ada yang rancang nak sambung solat sunat di rumah. Nak buat tahajjud, nak buat solat sunat tasbih, cuma takut2 bila perut dah kenyang, semuanya dikerjakan dalam mimpi jer. Ha, sedar2 jer dah cukup time bangun sahur nanti. Kalau nak tragis lagi, sedar2 jer dah subuh..hihihi...
Ok..ok... sajer jer buat entry makanan nie di malam hari. Tak nak la tumpang 'reward' pada yang nak terrrr buka puasa bila tengok gambar. Tapi kan nasib baik la kita nie amik gambar pakai enpon cap ayam jer. Takderlaa nampak menggamit selera sangat ekk.
Aduhh...panjangnya bebel. Saper yang x larat nak baca tu, pepandaila skip yer.
Ok, majlis nie berlangsung pada hari Khamis, minggu sebelum kita memulakan puasa di Restoran Makan Kitchen, Double Tree Hotel, Ampang. Majlis adalah sempena persaraan salah seorang daripada petugas jabatan kami iaitu En Rashid. Beliau bersara pada umur 58 tahun.
First time datang ke sini sebab hotel nie rasanya baru juga. Dalam setahun la baru dibuka. Dulunya adalah Crown Princess hotel, tapi di ambil alih oleh Hilton dan diberikan nafas baru. Nice.
Antara yang hadir. |
Meh layan gambar jer lah yer...
Bahagian Makanan India |
Ada bermacam2 jenis mee dan sebelahnya ialah bahagian bakar membakar |
Berbagai jenis dim sum... |
Taste wise, memang recommended. Cuma bahagian India tu, bila kitorang makan nais beriyani tu, rasa masinn sangat. Tapi bila tengok orang Arab berduyun2 bakan nasi tu sampai membumbung pinggan, mungkin taste orang Melayu nie kurang garam sikit kot. Harga lebih kurang 60++ seorang. Untuk hotel bertaraf 5 star di tengah2 banadaraya KL dan dengan suasana, pemandangan, pilihan makanan dan kualiti makanan, memang sangat berbaloi...
Oh..untuk Ramadhan, mungkin ada tawaran yang lebih memikat kot...
wah, macam sedap..harga pun berpatutan
BalasPadamwahh..sedapnya ..Abg Rashid dah takde dah ye...
BalasPadamSelamat Bersara Abg. Rashid.
Suhami : Memang sedap...dan suasana meriah
BalasPadamRahmah : Ha..tu la..susah gak bila Abg Rashid dah x der...
BalasPadam