Khamis, 4 Ogos 2011

SEPUCUK...??!!

Assalamualaikum.....

Inilah dia rupanya anak Melayu yang tak pandai Bahasa Melayu. Siap kesat2 air mata tu malam tadi. Eii..geram betul. Nasib baiklah bulan puasa.
Alkisahnya, semalam Adam dapat markah2 ujian mid-term exam nya. Ok lah..Alhamdulillah. Setakat nie, subjek lain semuanya 90 dan ke atas markahnya. TAPIIIII.... bila sampai ke kertas BM...dia dapat 68% jer.... B tau..B!!

Eii..geramnya dengan dia nie. Inilah bahananya bila malas membaca. Bukanlah nak kata dia pandai English...tapi BM dia lebih teruk dari English, sedangkan hari2 cakap Bahasa Melayu. Tengok kartun kat ASTRO, semuanya dialihkan ke Bahasa Melayu. Baca paper, buku cerita, majalah semua yang BM jer. Memang kita mengucap panjang la malam tadi. Cuma tangan jer tak memanjat carik daging dia utk dicubit. Sekadar warning dengan keras jer.

Yang tambah geram tu... soalan di halaman belakang sekali, dia tak buat langsung. Dia kata dia tak perasan ada soalan lagi. Eiii..lalai kannn!!!.

Yang nak tergelak tu kan. Ada jawapan yang mengarut2. Kita bagi 3 contoh yer.

1. Ibu sedang ............ ikan di dapur. a)Mencincang   b)Memotong    c) Menyiang   d) Membelah
Adam jawap : MENYIANG
Adoiii...mana ada menyiang dalam BM. Kenala memotong. (Tp kalau bahasa pasar memang kita sebut siang ikan kan...)

2. Abang ........... melihat kasut2 yang dipamerkan di kedai kasut.
a) putih mata  b) rabun ayam   c) rambang mata    Jawapan Adam : PUTIH MATA
Bila kita marah dia, dia cepat2 jawab: Adam tau..mesti rabun ayam kan? Adoii..boleh naik gila dibuatnya...

Yang nie paling lawak sekali...

3. Kakak membeli .......... gunting di kedai.
a) Sebilah   b) Sepucuk    c) Sepasang     Jawapan Adam : SEPUCUK

SEPUCUK GUNTING...????? Pecah perut satu family gelakkan dia malam tadi....

Dah denda. Semua channel kartun telah kita block. Kita bagi dateline untuk dia habiskan baca sebuah novel pendek dalam masa 2 hari. Kalau tak habis, SIAP..!!!

Jangan salah sangka. Bukannya kita memberi tekanan kepada dia, cuma cuba bertegas sebab jelas dia lalai dan ambil mudah. Lepas kena gelak reramai...dia selamba lagi nak 'tawar-menawar' denda. Katanya...bagi tempoh sampai next Friday la untuk habiskan baca buku. Haipp.. no way!!!

Tapi bila malam, dia tetap cari kita untuk tidur berhimpit-himpitan... Kelemahan ibu nie ialah kasih sayang pada anak. Takutnya kalau dia jadi spoilt. Kita dah lah ada anak sorang jer...

Haii..anakk..anak...

4 ulasan:

  1. hahahahha...sama ajer dengan anak-anak saya wak 2x5 je jawapan dengan yang adam bagi. Buat sakit jantung bila tengok.

    Soalan agama:

    Apakah yang kita sebut setelah selesai menjamah makanan...

    a) Alhamdulillah b) Astaghfirullah c) Bismillah d) Subhanallah

    jawapan Abang Ngah ialah B Astaghfirullah..........ceh geram betul!!

    BalasPadam
  2. kak! comel giler.. hahahaha... yup2.. sy rasa tu bukan tekanan pun.. mmg bagus lah bg denda mcm tu. suruh baca buku je.. :) hihihi.. selamat berpuasa..

    BalasPadam
  3. Rahmah : Memang sakit jantung dibuatnya...

    BalasPadam
  4. Pearl Kaz : Terpaksa buat macam tu... Mencabar betul dapat anak macam nie..hehehe

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com