Khamis, 8 September 2011

Jangan TERTIPU di Pasar Raya

Assalamualaikum.....

Dalam bulan puasa yang lepas, kita pergi ke salah sebuah super market yang baru dibuka di Port Dickson. Ada nak beli stok air soya untuk si Adam bersahur. Macam biasalah, macam2 booth yang ada di ruang legar tu kan. Macam2 cara penjual nie buat untuk tarik pembeli. Walaubagaimanapun, ada 2 jenis cara yang kita hampir menjadi mangsa malam tu.

Kes 1 : Satu booth yang menjual krim pembersih/pemutih. Secara tiba2, seorang wanita nie terus tarik tangan kita sambil mulutnya tak berhenti cerita tentang krim itu. kemudian, tanpa berhenti bercakap, dia terus sapukan krim tu di belakang tapak tangan kita. Jadi la sebelah tangan cerah sikiiit dari sebelah yang tak disapu. Konon krim tu dah tanggalkan sel kulit mati. Padahal krim tu memang kaler putih.

dia terus ambil satu kotak mengandungi 4 biji krim tu dan nak masukkan dalam plastik konon macam kita dah confirm nak beli dan tinggal bayar duit. Sebiji botol yang saiz lebih kurang botol Vicks (kecik sikit) tu harganya 28 hengget!!! Kali kan dengan 4 yer kawan2. Hah...x kuasa kita nak layan. Kita tolak cara baik, kata tak berminat. Nanti kalau nak, kita datang lagi. Perghhh...terus tarik muka masam tauuu. Siap nak tuduh2 kita. Dia kata kita dah berminat tadi, dah nak beli la..itulah ini lah... Orang cakap baik2 tak mo dengar, kita terus tempelak dia : Tadi you yang tarik tangan I kan..? Bukan I datang sendiri kat sini tau. Jangan paksa. Ini hak I sebagai pengguna. Kita terus blah, x toleh2 lagi.


Kes 2: Tak beberapa tapak dari situ, ada satu booth lagi. Budak tu kata : Kak, akak jawab soklan sikittt jer, akak dapat cawan sebiji. Eh..menarik gak kan. Boleh tambah koleksi cawan kat rumah KL nanti. Kita pun duduklah nak jawab soklan.

Budak nie wakil sebuah kedai letrik yang baru dibuka. Tapi kat booth tu dia pamerkan ini...



dan ini......



Gila mahal2 belaka. Tak perlah, bukan nak beli. Lepas tu siap bagi kita 2 keping kupon yang bertutup. Ala yang jenis macam statement EPF tu, kalau nak tengok isi, koyak tepi2 dia yang dah ada garisan tebuk2 tu.
Tangan kita seblah pegang pen, sebelah lagi pegang plastik2 beli barang tadi. Kita ckp dgn budak tu, buka kanlah. Tangan kita penuh. Dia tak bukakan pon. Dia hanya tolong lipat2 kat garisan tu utk mudahkan buka dan terus buat mcm tak nak tengok kupon tu. Kita dah rasa da, mesti bila kita buka, dia nak buat muka terkejut. Kita buka, satu tu nilai 50.00 dan satu lagi 1000.00. Ceh, muka terus terperanjattt! Dia kata orang x pernah dapat 1k tu. Takat nie rebate kupon paling banyak pun 500 jer. Kita senyum sumbing jer. Dia pomot la lagi macam2 soh kita beli. Sebijik macam proses gores dan menang tu.




Kita direct jer cakap: Tak payah la nak buat muka terkejut tu. Akak dah expert dah taktik korang nie.
Terkejut diorang bila kita cakap mcm tu. Tapi usaha juga untuk maintain muka suci bersih tu sambil sambung pomot2 tu.
Kita terus cakap : Akak kerje dengan agensi berita. Tak payah kelentong. Nak akak masukkan suratkabar ke?
Kita pun terus snap gambar2 kat atas tu, dan snap sekali muka dia kat bawah nie.

Lepas tu diorang terdiam bila kita hulur namecard kita. Tak terkata apa2. Kita terus chow sambil senyum dan tak lupa juga cawan free kita. Balik rumah, jadi tapak untuk lancarkan mercun roket dek Adam cawan tu. Hehehehe.

Anyway, macam2 cara diorang nie nak twist pengguna jujur macam kita semua kan. Berhati2lah....

11 ulasan:

  1. hai!

    syara tau tu krim ape!!
    dah pernah kena kat terminal 1.
    serik jer!

    yg barang elektrik ni pun pernah.
    kat jusco S2.
    heheh...
    takpe2.. amek botol air free. =D

    BalasPadam
  2. hahaha...caya lah kak...mmg terbaek larh.....mmg patot wat mcm tu je dorng nie....

    BalasPadam
  3. pernah terkena yg kes kedua tu.
    lps sedar tertipu trs cancel byrn yg dah dibuat melalui kredit kad dan trs pulangkan brg2 tu sume.

    skrg mmg takmo dah dekat2 dgn booth gitu

    BalasPadam
  4. ahaaa kita pernah kena yang krim tu....tibe2 jer tarik..kite diam jer...pastu suruh beli..
    kite cakaplah..tadi dah la main tarik tgn pastu suruh beli..tak nah ah..

    terus blah..

    kalo mak pulak..
    mak kata eh takpe2 semalam dah beli..ahaaaa

    org tu kata semalam mana ada kami niaga...

    mak jawab..

    akak bukan beli ngan kau...

    hahaha.saje je....

    BalasPadam
  5. Syara : Kat mana2 pun bersepah er diorang nie kan?

    BalasPadam
  6. nikaviolet : Masa muda2 dulu x buat mcm tu, konon nak sopan. Sekarang nie? Hah..sedap jer tembak berdas-das

    BalasPadam
  7. AiTotYati : Uishh..bahaya tuh. Mujur Ai sempat lagi cancel CC dan purchase.

    BalasPadam
  8. Cik Eka : Memang tak boleh lapik lagi dengan diorang nie kan..

    BalasPadam
  9. mmg pun..kdg2 kita faham mereka meniaga..tapi smpai buat kita takut nak lalu depan depa..

    BalasPadam
  10. tak boleh nak slhkan dorg gak,mereka tu cuma cr makan je..lgpun,dlm dunia ni kebanyakan kerja yg kita lakukan sehari2..mesti ada sikit2 bohong dan tipu..termasuklah kerja2 dijbtn kerajaan ke swasta ke dan lain2.

    BalasPadam
  11. diorang tension sebab komisen sikitlah tu. tu yang paksa2 tu

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com