Assalamualaikum.....
Wahh, musim2 hujan nie, elok rasanya kalau kita layan kisah seram sikit kan...? Apa? Panas? Errr...tp kat KL, PD, Kuantan, Melaka selalu gak dah hujan kebelakangan nie. Tak apalah, kalau tak hujan, try mandi air hujan dlm bilik mandi dulu (shower), pastuh baru baca story nie..hehehhe..boleh? Gurau2 jer di petang hari.
Walaupun tv dan wayang banyak tayang kisah seram, tapi ini pengalaman peribadi kita sendiri. Maknanya real tau. Tak ada dongeng2. Okeh..banyak bebel, kita mula sekaranglah yer.
Pada suatu malam, hubby sepatutnya balik ke Kuantan dari Melaka. Tapi kita risau takut hubby mengantuk di tgh jalan. Maka kami bincang dan kita sanggup temankan hubby pulang ke Kuantan. Memandangkan esoknya hari Isnin dan hari bekerja, maka kami terpaksalah drive kereta masing2. Hubby di depan dan kita di belakang.
Bertolak lepas Maghrib dari Alor Gajah. Perjalanan menempuh Selandar, Btg Melaka, Gemencheh, Gemas dan seterusnya ke Segamat dan membelok masuk ke simpang menuju ke Kuantan melalui Cenderawasih dan Muadzam Shah.
Ingin diingatkan, ini adalah kali pertama kami cuba melalui jalan ini. Semasa menuju ke Kuantan dari Segamat, selepas kawasan Petronas, kami melalui jalan yang amat gelap. Kereta dan lori tak banyak berbanding dengan melalui jalan dari Kuala Pilah menempuh Palong. Kawasan di kiri kanan adalah hutan dan kawasan2 Felda yang sangat gelap gelita. Tiada rumah, tiada kedai mahupun lampu jalan.
Entah macam mana, tiba di suatu kawasan, kita terdengar suara mendengus dan menderam. Bulu roma dah mula meremang masa tu. Tapi kita pujuk hati kita. Mungkin perasaan kita jer, atau mungkin sekadar iklan di radio. Kita perlahankan volume radio untuk mengawal perasaan. Tapi kali nie bunyi tu lebih jelas lagi. Serta merta kita yakin bahawa ini adalah makhluk halus yang cuba mengganggu dan mengusik perjalanan kita. Kita bacakan ayat Kursi dengan perlahan dan yakin. Namun sebaik tamat bacaan, bunyi mendengus itu semakin kuat. Maknanya dah 3 kali berturut bunyi mendengus yang menyeramkan itu kedengaran. Kita cuba pandang ke belakang menerusi cermin, namun tak nampak apa2 di seat belakang mahupun seat sebelah. Maka kita lafazkan bacaan Ayat Kursi dengan lantang di dalam kereta sambil teruskan memandu seperti biasa. Dalam hati, hanya Allah saja yang tahu betapa gentar, namun kita percaya dan yakin, bahawa Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengasihani. Tawakkaltu 'alaAllah...
Sebaik habis bacaan, kita diam sebentar dan 'tunggu' tindakan balas dari makhluk tersebut. Namun senyap dan sunyi. Syukur Alhamdulillah. Namun kita tidak berhenti di situ. Yakin dengan mukjizat Ayatul Kursi, kita teruskan mengulang membacanya sehinggalah kita berjaya hubungi hubby dan ajak berhenti. Kami berhenti di simpang Cenderawasih. Tapi kita tak ceritakan pada hubby. Kita cuma kata jangan laju sangat, kita tertinggal jauh di belakang. Bila dah sampai rumah, barulah kita cerita. Bukan apa, takutlah mahkluk tu masih disekitar kami dan mendengar perbualan, maka tahulah dia yang manusia ini takut padanya sedangkan yang wajar ditakuti hanyalah Allah s.w.t.
Ramai yang cadangkan spare cd ayat Al-Qur'an dalam kereta, tapi kebetulanlah pulak cd player kita dalam kereta memang rosak.
Bila ceritakan pada keluarga, abang hubby kita cakap kawasan tu memang 'keras'. Ramai pemandu lori yang dah kena 'serangan' macam2 di situ. Kalau bukan kerana terpaksa, tiada pemandu lori yang akan melalui jalan itu.
Subhanallah..!!
Memang banyak pengalaman kita dalam mengembara nie. Semoga kami akan terus dipelihara.
ish. seram nya. jalan tu mmg gelap gelita kan. hutan banat je keliling tu
BalasPadamafifah : Biasa lalu situ ker? Memang hutan semata kat situ..nak berhenti toilet pun kena tunggu Muadzam.
BalasPadamserammmmmm.....serious seram......
BalasPadambest gila baca... nak kisah seram lagi.....
awak next time lalu situ pasang ayat kursi aje sepanjang jalan...takut. kalau sayalah...mesti gerenti demam...lemah semangat. hehehe
BalasPadamnora pernah macam tu..balik dari perak mencecah kul 12 malam...ada bau yg kurg enak..tp kawsan tu bukan kawasan kelapa sawit dan buka bau temapat kelapa sawit ni..cepat2 pasang mp3 bacaan Al-quran..bukan apa..nak tenangkan jiwa keseorangan dalam kereta di tgh jalan sunyi dan tetibe ada plak bau tu..ish..nasib baik hilang..dan memang tak pernah dah balik tgh malam macam tu seorang2
BalasPadamAzham : Aiyooo..nak lagi? X banyak pun..kena korek2 lipatan sejarah yang lalu dulu yer..hehehehe
BalasPadamRahmah : CD player rosak..hehehehe... Tu yang mulut tak berenti baca tu...
BalasPadamNora : Nasiblah dia baru bagi bauu jer..hehhehe. Tapi apa nak buat kan...bukan kita suka2 nak jalan malam kan...huhuhu...
BalasPadamhello there and thank you for youг infοrmаtion – I have defіnitely ρiсκed uρ ѕomethіng nеw from right here.
BalasPadamI did hοwеver expertіse ѕeveгal teсhnical issuеs using
this web site, ѕince Ι experіеnced tо rеload the site many timeѕ previous tο I could get it to load correctly.
I had been wоndering if your web hoѕt is OK?
Not that І'm complaining, but sluggish loading instances times will often affect your placement in google and could damage your quality score if advertising and marketing with Adwords. Well I'm
adding this RSS to mу e-mail and could look out for much more of уοur respective
inteгestіng content. Ensure that you updаte this again soоn.
Fеel freе to visit my web-site - Same Day Payday Loans
Cuba spesifikkan jln mne..sbb sye dok kat area situ
BalasPadam