Assalamualaikum.....
Kita membuat entry ini respons kepada entry Akak Nora di SINI.
Kak Nora kata nak pergi ke Langkawi, tapi nak collect experience real dari orang lain.
Pada kitalah, kalau nak yang bajet ke, sederhana ke, luxury ke, memang ada banyak choice. Cuma nak pilih yang tepat jer. Kalau search tu, memang ada ramai agent dan company yang boleh bagi service. Sama ada boleh dipercayai atau tidak jer.
Cuma, pada pendapat kita, kalau ke Langkawi, selain daripada melawat tempat bersejarah macam rumah Mahsuri, Beras Terbakar dan sebagainya, cuba masukkan sekali dalam agenda lawatan ke tempat2 lain yang menarik. Maklumlah, nak ke Langkawi tu bukannya dekat (melainkan orang yang duduk di utara). Nanti penat2 datang, sekadar ke tempat begitu dan shopping cokelat, agak kurang meninggalkan kesan sikit.
Cadangan dari kita, CUBALAH siapkan bajet untuk lawatan2 berikut :
1) Lawatan ke Hutan Paya Bakau Kilim iaitu Mangroove Tour of Kilim Geoforest Park. Ini adalah salah satu kebanggaan rakyat Malaysia sebab hutan paya bakau telah di iktiraf sebagai salah satu daripada Geopark dunia yang di iktiraf oleh UNESCO. Seronok sebab boleh tengok helang makan, pergi 'ladang ikan' yang ada macam2 jenis ikan, masuk gua dan tengok Pulau Kasut. Tipsnya, make sure dah makan sebelum naik bot sbb nanti lapar pulak dan bawa air mineral yang banyak sebab haus seh.. panas.
2.) Island hopping. Sebab akan di bawa melawat ke 3 buah pulau. Last sekali akan dibawa untuk mandi manda di Beras Basah. Pergh...air laut yang sangat jernih dan pasir pantai yang sangat halus. Bawaklah roti ke kuih ke siap2 yer...kot2 anak kecik lapar. Lagi sekali, air mineral jangan lupa.
3.) Cable Car Gunung Mat Chincang. Salah satu Cable Car yang tertinggi di Malaysia. kalau gayat, mungkin tak berapa sesuai kot, tapi bila dah dok dalam tu, takderla rasa gayat pun lagi.
4.) Galeria Perdana : Macam tak boleh nak habis tengok segala hadiah yang diterima oleh mantan Perdana Menteri kita. Seronok tengok satu2 dan baca semuanya.
5.) Pulau Payar : Ok..ini agak mahal sikit. Erkk..bukan sikit...banyak. Kita sendiri pun belum tercapai lagi hasrat nak bawa family ke sini. Harga pakej ialah RM280.00 seorang untuk satu hari punya aktiviti. Apa aktiviti? Snorkeling dan boleh juga tengok ikan kalau tak tau berenang. Ada bot yang lantainya cermin dan boleh tengok ikan berwarna warni dalam air. Harga termasuk pengangkutan dari hotel ke jeti, dan feri dari jeti ke Pulau Payar, termasuk makanan yang dihidangkan secara buffet. Jangan risau, international standard tau makanan dia.
Ok... ini sekadar cadangan kita. Kalau nak safe, boleh minta quotation dari beberapa agent yang ada di langkawi dan compare harga mereka. Tapi kalau nak arrange sendiri lagi bagus. Call hotel dan tanya harga diskaun. Booking dengan hotel dan bayar deposit siap2. Booking kereta dan bayar deposit. Kalau main verbal jer, takut bila sampai ke sana, kita tercangak2. Susah kan?
Yang lain...enjoy the holidays...
Itu jer lah kot...hehehehehhe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
http://therainbowjourney.blogspot.com