Selasa, 6 September 2011

Raya 2011

Assalamualaikum.....

Orang lain semua dah boh gambar raya cantik2, kita baru terkial2 nak cari gambar. Tiba2...eh..x ada gambar la... Aisehh...sibuk sangat sepanjang raya, sampai tak sempat nak bergambar. Baru nak amik kamera, orang dah bagi salam... Berlarutan sampai ke sudah. Lagi pun, kita penat sangat. Nak gedik2 amik gambar pun mcm tak larat. Yer la, Isnin tu kita keje lagi. Malam baru sampai ke Melaka. Pukul 10 malam baru nak mula kupas bawang, basuh beras, basuh ayam. Semua kita buat sorang2. Habis memasak, dah pukul 4.30 pagi. Itupun, kuih raya semua tak masuk balang lagi.


Pagi raya tu, kita gerak dari rumah ke rumah MIL pun agak lewat. Disebabkan lewat, maka hubby x nak dropkan kita kat rumah mak dia. Dia terus bawa ke Masjid. Kita tunggu dalam kereta jer sementara dia selesai semayang.

Hubby kita membetulkan samping anaknya sebelum ke masjid. Rasanya inilah satu2nya gambar baju raya yang kita ada. Kita memang x ada baju raya. 2 minggu puasa baru nak antar tempah. Kita pun x kisah sangat. Baju raya tahun lepas pun dok ada bling2 lagi. Belasah jer la.

Meh citer sikit pengalaman kita buat ketupat. Oh yer, tahun nie pecah rekod, kita berjaya buat ketupat sorang2 diri tanpa bantuan sesiapa dan menjadi. Syukur Alhamdulillah. Macam tak yakin jer akan berjaya, tapi cubalah juga. Kalau x cuba mana nak tau hasilnya kan.


 Kita cuma pandai anyam ketupat sate jer. Yang bentuk macam ketupat bawang tu memang x pernah belajar. Kita anyam tak banyak pun. Ada lah dalam 50 biji jer. Adam seronok sungguh tengok kita anyam ketupat sebab dia tak pernah tengok sebelum nie. Yer la kan, sejak kebelakangan nie, orang semua main rebus ketupat segera jer kan.

 Proses mengisi beras dalam kelongsong ketupat. Kita tak pandai bajet. So, punyala banyak basuh beras. Habis isi, ada balance la pulak. Nak isi beras pun kena hati2 juga. Tak boleh padat sangat, nanti nasi tak masak dan daun ketupat boleh terburai. Tak boleh sikit sangat, sebab nanti jadi bubur pulak. Langsung tak boleh potong. Makan ketupat kena sedut pulak dari bucu. Ha...baru ada kelainan kalau macam tu kan..hehehe.

Ini proses merebus. Lamaaa sangat rebus. Oh yer, bila dah isi beras tadi, biasanya ambil 4 biji dan ikatkan ekornya together-gether. 1 ikat ada 4 biji. Tak pasti pula kenapa. Maybe sebab nak mudahkan keluarkan dari periuk dan juga untuk proses gantung lepas masak nanti. Rebus peringkat pertama, ambil masa hampir 2 jam. Lepas tu keluarkan ketupat, toskan airnya. Keluarkan air dari periuk, bilas periuk dan masukkan air lain. Rebus lagi ketupat untuk 2 jam lagi. Ini untuk memastikan nasi dalam ketupat benar2 masak dan lembut, Cara nie juga untuk memastikan ketupat lebih tahan lama dan tak cepat basi.

Lepas masak semuanya, toskan ketupat dalam tapis. Bila air dah tos, gantungkan di mana2. Dulu2, atuk buat palang kayu kat dapur rumah. Nanti bersusun jer ketupat semua bergantungan di dapur. Tapi kat rumah kita tak ada space la pula nak buat palang kayu. Solutionnya, kita gantungkan 'S' hook kat grill tingkap, dan gantung semua ketupat. hehehe...gantung juga apa.

 Beras yang balance tu, kita tak boleh nak masukkan dalam bekas beras semula. Dah basah, nanti jadi apa pula kan. Dah macam tu, pukul 2 pagi kita terbongkok2 kat sudut kebun kecik kita tu, pergi potong daun pandan..hehehehe. Kita buat nasi lemak. Selamat dah untuk sarapan di pagi raya. Boleh makan dengan rendang, ayam masak merah, sambal udang dan kari kan.
Last sekali, of course masak rendang pula. Tahun dulu buat rendang daging, tahun nie rendang ayam pulak lah. Lagipun, MIL masak rendang daging. Rendang nie tak pedas sebab memikirkan orang tua2 dah tahan makan pedas. Lagipun, family MIL yang datang nanti semua tak berapa makan pedas. Kita jer la yang rasa tak sedap sebab x pedas. Tapi hubby makan kata ok. Adam makan kata sodap. Laku la juga gamaknya.

Yang penting, kita berjaya menyempurnakan angan2 kita untuk sediakan juadah di pagi raya. Heheheh...seronok. Cuma x cukup masa jer. Insyaallah tahun depan kalau umur masih panjang, diberi kesihatan yang baik serta ada rezeki dari Allah, kita akan buat yang lebih proper lagi.

Untuk itu, Selamat Hari Raya kepada semua..

4 ulasan:

http://therainbowjourney.blogspot.com