Sambung lagi....
Naik perahu...seberang ke Munduk. Saturday tak berapa ramai sangat... Mengikut kata penduduk tempatan, hari BESAR untuk shopping di sana adalah pada hari Jumaat. Mungkin kerana Jumaat juga adalah hari cuti hujung minggu di Kelantan.
Setelah meredah arus sungai dalam panas terik dan hati yang cuak sambil duduk ala-ala cecah jer bumper di kayu nan sebatang dalam perahu tu, kami tiba juga di tanah Thailand (macamlah baru 1st time ke Thailand..hehehehehehe). Mendaki anak2 tangga satu persatu perlahan2.
Memang agak sunyi. Umpama seperti pekan koboi yang aman damai. Kelebihannya....dapat berjalan dengan selesa. Inilah contoh keadaan pekan tu... Masa nie, ngam2 pukul 4.00 petang. Pakcik sampan kata, servis dia sampai pukul 6 petang jer. Maknanya kami ada 2 jam lagi.
Walaupun agak lengang, namun di beberapa kedai nampak penuh juga dengan pelanggan. Contohnya di kedai beras. Kita tak tanya langsung pun tentang beras2 tu. Hanya tengok dari luar jer. Barang yang di jual lebih kurang sama dengan di Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang. Cumanya harga memang tak boleh murah langsunggg.... Rasanya diorang nie semua tau kami nie orang luar. Memang mcm tu ekk? Org luar....bayar mahal... orang local dapat murah. Adoiiii..tambang dan kos ke sini jer dah kira satu pelaburan. Beli barang pun tetap mahal juga.
Anyway, walaupun kita dah puas cuba cakap slang Kelantan...tapi sbb x biasa..ada la lenggok bahasa yang tergelincir sana sini tu....cepat jer proses tawar menawar dihentikan. Paling tak best...mereka terus x nak layan kami dah bila proses tawar menawar tu kami teruskan. Geram pula rasanya.
Hubby cadangkan kami follow group penduduk tempatan dan perhatikan cara mereka berkomunikasi dalam tawar menawar. Kita pun setuju. So, kami followlah ada satu dua family nie. Disamping tu, kami survey harga barang2 dan tanya setiap kedai untuk tengok yang mana paling murah.
Ada jual bantal, toto, tikar, pinggan mangkuk, periuk belanga dan barang2 keperluan yang lain. Malangnya, kita tak berapa bernafsu nak shopping. Dah pening, penat, panas, dan geram. Last2, kami hanya beli sehelai selimut kain cotton jer. Ala, macam comforter, tapi nipis lagi. Dah ada 2 kat rumah, beli di Pasar Payang, saja tambah koleksi sebab senang bila ada tetamu di rumah. Sangat berguna dan selesa. Dapatlah beli dengan harag 15.00. Di Pengakalan Kubor, semuanya dah letak harga 18.00. Beza 3.00, tapi itu harga pelancong luar macam kami lah kan.
Kami pun naik sampan semula. Hubby dah suruh kita tanya beras tu, tapi x larat pula rasanya nak menyelit2 celah orang tu semua. Apa yang special sangat dengan beras siam nie pun kami x tahu sebab tak ada pengalaman lagi. Dah orang kata bagus..sedap, kami pun nak ler meneray(men'try'). Disamping tu (mcm ayat karangan skolah la...) ada jual buah2 la..mangga, delima dan buah salak, tapi kita memang tak terdaya langsung. Mata pun dah nampak bintang2 jer...sebab panas sangat dan dehydrate.
Bila sampai semula ke Malaysia, (ecehhhh...) abang2 askar tu gelakkan kami. Terkontang kanting bawa selimut tu sehelai....hahahahhaha..... Kami kata kami survey jer dulu. Nanti tahun depan, boleh datang lagi (bawak duit satu guni....sambung dlm hati jer..hahahhahahaha).
Hari pun dah petang. Tapi kalau dah namanya melancong...mesti gunakan sebaik2nya setiap detik yang ada sebab nak datang selalu memang susah kan.... Oleh itu...kami pun teruskan perjalanan....
(bersambung)
hahaha, nasib baik x pengsan hehehe
BalasPadambut kat kelante mmg brng murah khen compare ngan negeri lain
BalasPadamwaaa..rindu nok balik klate..
BalasPadam