Assalamualaikum.....
Kredit gambar di blog Cikgu Dahlia.
Kejadian nie berlaku pada hari Isnin lepas iaitu 7hb November 2011 iaitu sehari selepas sambutan Hari Raya Haji. Kami pula kebetulan baru tiba dari Melaka menuju ke Kuantan. Saja ikut jalan Pekan sebab kita yang drive sementara hubby tidur keletihan. Kita malas nak ikut Jalan Gambang tu sebab sure banyak kereta dan lori. Nak potong memotong, takut la pulak sebab kereta kita tu pick-upnya dah makin slow.
Anyway, hubby soh berhenti sebab tengok orang ramaiii sangat. Polis trafik pun ada. Cuma ambulan dah tak ada. Kita x keluar kereta pun, hubby jer yang keluar. Memang ramailah yang ambik gambar kat situ. Sama ada bloggers macam kita semua juga, atau nak share di fb. Hubby ada jugak snap sekeping dua, tapi x sempat transfer kat kita lagi sbb batt kita dah kong masa tu. Tapi tulah...bukan bloggers nie, gambarnya sikit jer la. Sekali lalu..hehehehe. Tapi syukurlah ada juga. Nantilah, kita share kemudian hari yer.
Namun, news tentang kemalangan nie ada disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini. Kesian dengarnya. Kalau tak salah, ibu dan anak berusia 2 tahun meninggal ditempat kejadian. Dan dengarnya, baby tu tercampak keluar dari kereta. Patutlah masa tu tengok ramaii jer orang macam mencari2 di kawasan semak bawah tebing tepi jalan raya tu.
Semoga yang masih hidup tu dapat teruskan kehidupan mereka dengan tabah.
Al-Fatihah untuk mangsa2.
Ya Allah..semoga roh beliau dan kanak-kanak tu dicucuri rahmat..saya sensitip dengar kanak-kanak terlibat dalam apa-apa yang melibatkan maut ni..KESIAN sangat.
BalasPadamsedihnya...semoga roh mereka aman di sana..
BalasPadamsaya pun jumpa kemalangan kat karak..masa kami lalu kat tempat kejadian nampak dua jasad dah ditutup dengan kain pelekat.. sehari sebelum raya..
al-fatihah..kesiannya dengar...
BalasPadamade tengok kat tv...kesiankan...
BalasPadamsemogo rohnye ditempatkan golongan yg beriman...
Salam ziarah,
BalasPadamAlfatihah untuk mangsa dan takziah buat keluarganya....
Al-Fatihah. Rasanya ada kluar berita pasal accident nih.
BalasPadam