Selasa, 8 November 2011

Movie Review : Alamak, Toyol!

Assalamualaikum.....

Wah...dah kembali bekerja ke? Hahahah..padan muka! Erkk...kita pun kerjalah..haddooiii.... Lebih teruk dari Monday Blues dah rasa nie.

Oh..semalam jalan2 di Kuantan dengan hubby and Adam. Mana lagi kalau bukan ke EC Mall. Adam nak sangat2 tengok cerita nie. Oklah. Hubby kita kalau anak punya pasal, memang dia turutkan saja.

Pada kita, takderlah lawak mcm HKLBR tu, tapi bolehlah kalau nak sengih2, senyum2 manja tu. Tapi si Adam...? Gelak non-stop. Awal2 cerita lagi dia dah gelak besar. Gelak dalam pelbagai posisi. Posisi duduk, bersila, bertinggung, berdiri, melutut...senget, tegak, semuanya ada.

Anyway, memang sekadar untuk hiburan. Tak ada pengajaran yang jelas dan nyata. Pencuri dan perampok nie semua tak insaf pun..elok jer bela toyol dan bahagia selama2nya di ending cerita. Yang mangsa, pengedar dadah tu jer, kena baham dek toyol tu.

Komedinya....adalah KASAR.

Maaf...memang kasar. Dengan perkataan Along masa marah makcik jual nasi campur tu : Kalau aku kena kanser tetek, siap ko! Orang semua ketawa...sebab terkejut dengan bahasa yang sangat tulus itu. Kita mula terfikir, mcm mana LPF boleh lepaskan dialog nie?

Selain daripada tu, segala perkataan tolol, bodoh, dan macam2 lagi adalah halwa telinga sepanjang filem ini. Bayangkan, kalau perkataan "Lu langsi, lu mati.." adalah mainan biasa ayat kanak2 sekarang, perlukah lagi kita mengetengahkan budaya begini? Dia saat kerajaan dan sekolah menitikberatkan rukun negara : Kesopanan dan Kesusilaan...ianya ditekan ke bawah sedalam mungkin oleh industru perfileman Malaysia..

Sedih...


Ok...sekadar hiburan dan release tension. Kalau nak bawa anak2, pastikan anda berupaya 'counter attack' permasalahan bahasa, kelakuan mencuri dan sebagainya.

Selamat menonton.

7 ulasan:

  1. khennnn....macam mana budak2 mesia nk guna bhsa hormat kalo asyik dengar ayat x elok jer....serius kat japan susah nk dengar kids mencarut bagai...but masa blk cuti hari tu ai terkejut dengar budak 3 thn dok maki kawan dia ngan ayat kasar...mana belajar tue??? risau betul la

    BalasPadam
  2. Lady Ayu : Memang dah terlalu terdedah dengan anasir nagatif anak2 zaman sekarang pengaruh daripada media nie.

    BalasPadam
  3. kerajaan perlu lakukan sesuatu..tapi kalau nak buat sekarang ni pun dah terlambat isu cerita-cerita hantu yang berleluasa bertayangan dekat TV pun tak habis lagi inikan pulak isu bahasa...tambahan kanak-kanak serta penonton sekarang sudah semakin cerdik dan berpendidikan.

    BalasPadam
  4. sudahlah sekrg TV/Movie disogokkan dgn cerita2 hantu/tahyul, dan bahasa yg digunakan amat2 tidak sesuai dgn anak2 yg sdg meningkat remaja....Aduhai....

    BalasPadam
  5. saya pun ada rtgok preview filem ni.. nanti ada masa saya nak tengok.. ehhee

    BalasPadam
  6. atok tak nonton lagi. Tapi lepas dengar review kak Aziela, macam dah jadi habit perfileman sekarang kan guna bahasa kesat

    BalasPadam
  7. huh..patut budak skrg xhormat ngan org tua...

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com