Assalamualaikum.....
Setelah berkali2 cubaan untuk menonton Ombak Rindu gagal, kita hanya berserah dan berharap bahawa ianya akan ditayangkan di Astro First. Kalau x ada juga, maka terpaksalah bersabar menunggu DVDnya keluar. Maaflah, kat rumah memang tak ada internet line. Cuma guna wifi di rumah MIL. Memanglah selalu lepak situ, tapi bila dengan family, banyak lagi perkara lebih penting yang harus diladeni. Menonton tv pun tak sempat2.
Tapi minggu lepas, entah mcm mana hubby setuju nak rewang tengok movie dengan kita. Kebetulan Adam tak ada, maka kami ambil kesempatan dating seperti selayaknya sepasang kekasih..(ok..tolong jgn muntah...). Syukurlah kami masih berkesempatan untuk menonton Ombak Rindu di pawagam. Walaupun ada juga yang **dengggg** sebab bawa bayi kecil, namun tak cukup kuat untuk menjejaskan konsentrasi. Ishh...kalau nak tengok sangat pun, gilir2lah jaga baby tu... Pentingkan diri sendiri betullah mereka tu...
Anyway....
Itulah yang dapat tengok Mission Impossible 4 yang kita dah ceritakan dalam entry sebelum nie.
Sebaik tamat cerita Tom Cruise tu, kami berkejar ke movie theatre sebelahnya pula. Tak ikut jalan luar pun, naik semula ke atas ikut pintu dalam. Tunjuk tiket pada staff yang jaga, terus masuk pintu sebelah pula.
Tak perlu review tentang kisah nie sebab dah terlalu ramai yang review. Yang pasti, semalam dah mula ditayangkan di Astro First. Insyaallah kita akan subscribe lagi untuk 2nd round. Tapi bukan weekend kot sbb cerita mcm nie, kena tengok sorang2 kat rumah.
Walaubagaimanapun, nampak jugalah hubby kita basah bola matanya masa menonton cerita nie. Of course tak mengaku kan, namun ianya memang betul2 menyentuh hati.
Yang paling menjelekkan dalam filem nie ialah cara pemakaian tudung yang seolah2 langsung tidak dipedulikan. Siapalah yang menjaga kostum filem nie agaknya. Kalau pun x pernah pakai tudung, tak boleh buat sedikit study ke? Dasar ambil mudah!
Oh yer, gambar di atas kita pilih sebab itulah antara adegan yang paling kita suka.
Perasaan kasih dan sayang, cinta yang mula menular dalam segenap hati, tanpa ucapan kata2. Debaran jantung masing2 dan akhirnya menyerah kepada kuasa cinta.
Definitely akan repeat.
hamboiiii...dating ek? part ni memang feeling sket kan..hihihihi
BalasPadamkak, semalam heboh kat FB ombak rindu dah dimuat turun kat you tube.. lulu tak tengok kat pawagam, so, dah tgk kat you tube, terus download sekali ;)
BalasPadammuja pun sama ngan lulu,, tengok kat youtube je semntra masih ada,, muahahahha!!!!
BalasPadamramai org lagi ke last day tu?
BalasPadam