Selasa, 3 Januari 2012

Makan di KL : Seoul Garden, IOI Puchong

Assalamualaikum.....

Sebelum bermulanya episod kisah makan2 kita di tahun 2012 nie, mehlah habiskan dulu mana2 yang tertunggak dalam folder dan dalam draft nie. Lagipun sejak akhir2 nie, blog kita nie pun kurang rancak sket. Mehlah kita amik mood sket.

Aktiviti nie berlangsung dalam bulan Nov 2011. Uishhh...lama sungguh kan.... Tapi coretan sekadar untuk kenangan dan perkongsian saja....

Kami decided untuk lunch disini. Kita dengan geng2 kita di opis tu selaluuu sangat menjadi 'penjaga' opis. Selalunya lunch kami akan beli di kafe dan bawa masuk untuk makan di dalam pantry opis. Antara sebabnya ialah ada kerja yg banyak menunggu, takut boss atau client call tp x ada org angkat fon, dan juga malas nak melawan cuaca dalam perjalanan nak ambil kereta di parking lot kalau nak keluar. Gila jauh parking kami. Meredah bukit dan lurah, kolam ikan dan sebagainya. Ambik kereta jer dah setengah jam...bila nak sampai kedai, bila nak makan, bila nak balik, kan..?

So, kebetulan satu hari tu kami nekad utk redah jer dek kerana dah terlalu lama menjaga opis. Bukan itu saja, kebetulan ada ahli2 kabinet geng cari makan yang lengkap..maka buatlah lawatan luar biasa sket.

Kami try makanan Korea di Seoul Garden, IOI Mall Puchong. 2nd time utk kita, bertime2 utk a few dan 1st time utk the rest. Tp 1st time kita di Plaza Pantai, Jln Pantai Baharu yang sebelah Mid Valley tu. Tetap benda yang sama.

Konsep restoran nie ialah kita masak bahan mentahnya sendiri dan ikut citarasa sendiri. Oh yer...ianya adalah buffet. Harganya lebih kurang RM30.00 untuk seorang dewasa. Ada berbagai2 jenis daging lembu dan ayam yang di perap dengan berbagai perisa. Ada juga makanan laut yang diperap. Ada juga sedikit option makanan yang siap dimasak macam mee goreng ke, nasi goreng... Oh yer, kimchi memang ada...




Ada sos pelbagai rasa. Yang pedas ada, tak pedas pun ada. Periuknya 2in1. Kat tengah2 tu untuk yang rebus2. Kelilingnya untuk bakar membakar. Kalau makan ramai2, memang seronok....





Disebabkan masa sampai tu kami terlalu lapar, dan makan sambil berbual dan bermesra alam, maka lepas makan tu baru kami perasan yang kami makan hingga terlaluu kenyang. Kira2 full sampai ke level leher semulalah... Uisshh...buruk perangai sungguh kami kan...

Anyway...food choices so and so. Rasa pun so and so. Berpatutanlah dengan harganya. Tapi kalau big group macam the whole family dengan children segala, rasanya kurang sesuai....

Apa-apa pun, kesedapan makanan menjadi maksimum bila kegembiraan menjadi perasa tambahan....




4 ulasan:

  1. sajaaaaaaaaaaaaaaa wat kita jeles kannn!! kita dr dulu teringin nk mkn kat seoul garden ni kak..x pernah sampei2 lg..hehehehe

    BalasPadam
  2. teringin nk try makan kat restaurant korea gak nnt...bila blk mesia la...now kt cini semua x halal

    BalasPadam
  3. makan makan sampai kenyang hingga tak sedar jam dah pukul 4.00 petang. Lintang pukang balik dalam hujan dengan perut semua ketegangan....hihihih

    BalasPadam
  4. CB : Meh..meh... Erkk..jeles ekk?

    Lady Ayu : Alaaa...x sesedap kat Fisherman Market tu...yummyyy....

    Rahmah : Tapi seronok kan masa tu...

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com