Rabu, 28 Disember 2011

Pertunangan Terakhir....

Assalamualaikum.....

Yer...sangat memenatkan. Sakit2 badan semua. Tapi di atas segalanya itu, kita sekeluarga memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana majlis pertunangan adik bongsu kita berjalan dengan lancar. Syukur Alhamdulillah. Selesai sudah satu peringkat. Maka selepas ini, kami menantikan penetapan tarikh untuk bernikah dan majlis perkahwinan.

Ok...sebenarnya, kami jalankan majlis secara sederhana saja. So, memang tak buat pelamin sebab tradisi kami biasanya upacara menyarung cincin dijalankan di dalam bilik tidur dengan hanya golongan wanita saja yang menyertai. Make-up, Ida suruh kakaknya tolong (a.k.a. yang empunya blog ini ) solek. Dahlah kita nie bukannya pandai. Diri sendiri pun tak termake-up, apa tah lagi nak conteng muka orang. Dah dia minta tolong juga, kita cubalah apa yang boleh. Itupun 3 hari sebelum tu, dah rehearsal make-up nak buat macam mana..hehehehhehe.

Jumaat malam, kita balik Melaka dulu, tunggu hubby dari Kuantan. Sabtu pagi, bawa hubby follow-up check-up doctor, hantar kereta servis air-cond dan menyelesaikan 5-6 urusan yang lain. Tiba di rumah, dalam pukul 4 petang dan terus bergegas packing untuk balik PD. Tiba di PD dah dekat Maghrib. Lepas Maghrib, kami ada bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat kecil2an. Lepas tu kita dah sibuk di dapur. Siang sayur, goreng ayam, siapkan dinner, kupas kentang dan bermacam2 lagi. Malam tu memang semua makcik dan pakcik bersama sepupu2 ada sekali. Meriah sungguh. Tapi penat nyer, Allah jer yang tahu.

Lepas siapkan segala2nya untuk memasak esok pagi, makcik dan pakcik beransur pulang. Tapi kita dengan cousin dan adik beradik lain mengerjakan hantaran pula. Pukul 3 pagi baru siap....

 Jangan tak percaya tau... Hubby kita volunteer nak buatkan sirih junjung. Semua orang tak percaya masa dia volunteer sebab dia belum pernah tunjuk bakat. Yang pernah tengok, adik2 kita dengan mak kita jer pernah tengok hubby gubah bunga. Even mommy pun tak yakin hubby boleh buat. Kita memang tak tolong langsung sebab tak tau nak buat mcm mana. Maklumlah...tak ada seni..hehehehhe. Tapi tengoklah gambar nie. Hubby kita jadi team leader untuk projek sirih junjung. Anak2 buahnya ialah sepupu2 kita yang muda belia. Dan menjadi sejarah dalam keluarga bahawa sirih junjung kali ini dihasilkan oleh tenaga lelaki yang macho2....

 Mereka buat semua dari scratch. Tengoklah bunga pinang, cengkih, gambir nie. Beli bunga cengkih kat kedai, beli pinang yang di racik halus dan cantumkan hingga terhasil sekuntum bunga dan dicantumkan lagi hingga terhasil setangkai bunga.

 Yang atas nie pula projek wanita2 anggun, hehehehhe. Projeknya ialah tabur saja coklat dan gula2 dalam bekas2 yang ada. Siap..! Heheheheehe


 Oh, yang ini, basikal membawa coklat. Hasil jalinan kerjasama disulami kasih sayang sepasang suami isteri iaitu Paksu dan Maksu kita.... Paksu kita beria2 membelek basikal nie untuk menghiasnya... Coklat semua disusun oleh isterinya, maksu kita...

 Ini pula buah2an yang disediakan oleh adik ipar kita, Linda. Mudah, tapi cantik. Janji kemas...

 Lagi gambar gula2. Yang terkorban tak berapa banyak sebab kanak2 ribena masih leka bermain2 walaupun waktu dah menginjak dinihari...

 Ha, ini adalah resolution last minit. Nak bagi pulut kuning. Paksu kita masih berusaha untuk membentuk dan menghias pulut tu...


 Tadaaa.... sirih junjung hubby separa siap.


Sirih junjung yang dah siap, tapi bunga2 melur yang putih2 tu, nampak macam peliklah pula digantung mcm tu... So, kami tukar kepada macam nie...


Ha, yang nie baru betul. Bunga melur putih tu..? Yezza...kami beli dari kedai India. In fact bukan beli, kami tempah. Kami minta dia jalin rapat2 dan gunakan benang hijau... Memang wangiii sangat...


 Ha, inilah keseluruhan hantaran. Dulang yang kosong adalah untuk ditenggekkan kotak kek esoknya. Untuk pengetahuan, dulang hantaran ini, di hias sendiri oleh yang empunya badan bertunang... Simple jer, tapi pandangan mata kita, kita rasa dah cukup sweet and nice. Tapi ramai yang kata nampak kosong sangat. I beg to differ, though.

 Taraaa...mempersembahkan orang bertunangnya... Ok...kita tak letak blusher, tapi maksu kita yang tolong. Dah x sempat sangat nak belek. Bukan apa, rombongan tu kata diorang akan sampai pukul 11 pagi. So, kita dengan yang bertunang nie pun sibuk didapaur dulu lah sejak pukul 5.00 pagi (3.00 pagi tidur lepas siapkan hantaran, 5.00 pagi bangun untuk mula memasak). Banyak yang nak disediakan. Yang utama, siapkan sarapan disamping mula memasak apa yang boleh. By the time kecoh2 pun, jam dah pukul 9.00 pagi.

Kita suruh Ida mandi dan siapkan muka dia dulu sementara kita teruskan kerja di dapur. Dalam jam 9.45, baru nak mula bersiap. Kita nie kan amatur, maka memang ambil masa sangat2. Maklumlah, tak nak cacatkan hari terindah dalam hidup dia... Adalah sedara mara yang gelakkan kita sebab kita pakaikan eye shadow pakai cotton buds... Tapi kita buat dunno sebab itu stail kita. Kalau pakai brush sedia ada, kaler tu nnt bercapur aduk...nanti tak blend dengan cantik. Syukurlah Ida yakin dengan kita...hehehehhe. Oh yer, Ida nie memang x pernah make-up langsung seumur hidup dia. Bedak compact pun dia x pakai.. Pakai bedak talkum tu jer... Lipstick, setahun sekali jer. So, dia pesan sangat2 dia x nak nampak macam hantu cina...

Inilah hasilnya. Berdebar juga, tapi bila kawan2 dia datang dan menjerit2 kata dia nampak sweet, cantik sangat, kita dah boleh tersenyum. Alhamdulillah.... Maklumlah, hasil kerja amatur. Janji mukanya berbedak..hehehehhe

 Aiseh. tiba2 Ida dipanggil ke depan sebab bakal ibu mertuanya nak sarungkan cincin di khalayak ramai pula... Tak sempat kita standby.... Dapat tengok dari belakang jer....


 Antara ahli rombongan lelaki dan wakil pihak kami berbincang apa yang patut....

 Dah sarung cincin.... sepupu dan anak buah semua ambil kesempatan bergambar... Sayangnya tak ada gambar dengan mak dan ayah. Mak dan ayah mmg mcm tu... diorang x peduli pasal gambar2 nie.

 Hantaran yang kami terima dari pihak lelaki.. Maaflah...kaki Adam terselit plak... Dia memang mcm tu, nak glemer... heheheheh.


 Ini adalah coklat homemade yang ditempah rasanya.

 Kek dari Baker's Cottage. Memang sedap.

Cuma yang terkilan sikit, kami bertungkus lumus menyusun sirih junjung, tapi pihak sana hanya berikan kami gubahan sirih junjung dari plastik yang amatlah simplenya. Mungkin beli yang dah siap. Hmm...

Bahana dari majlis ini, hubby terpaksa papah kita ke klinik semalam sebab seluruh badan sangat sakit2 dek kerja yang tak henti2 beberapa hari.

Bilalah nak selesai majlis perkahwinan pula. Lepas nie, dah tak perlu lagi periuk dan kawah besar2 tu.... Boleh kunci dalam setor besar dah...


6 ulasan:

  1. apa yg penting KERJASAMA gituew
    auwwww cantek gubahan sirih junjung ur hubby buat tus sis :))

    BalasPadam
  2. selamat bertunang
    tapi jgn lama2 bahaya :)

    BalasPadam
  3. bekas hantaran tu tak kosonglah, ok dah tu. sarat2 sangat pun buat semak mata. simple is nicer.

    hoi... pandai mekap nampak :)

    BalasPadam
  4. wah, santek sireh jonjong itu kak....keja ala ala profesional

    BalasPadam
  5. Lady Ayu : Kerjasama tu memang sweet moments betul... Err..cantek yer... tengkiu..tengkiu...


    Anak Ulu Cheka : Ha...memang betul sangat. Tu lah dah mula push dia soh bincang tetapkan tarikh segera tu...


    Cik Kamoo : TQVM sbb sudi singgah sini dan jadi follower akak... Make-up simple jer tu... tapi bg akak amatlah payahnya..hehehehhe


    DD : Kaaannn...aku pun nampak mcm dah ok... Ha...ntah bila la masanya tetiba aku menyentuh segala brg make-up tu.. Adik punya pasal..lebur jer lah semua...hehehehhe


    Suhami : Itulah... Mommy dia yang profesional tu pun kata lulus.. Akak pun x sangka hubby akak pandai... hehehehhe

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com