Sabtu, 26 Februari 2011

Interview esok! Nak pakai apa..?

Dah dapat panggilan interview ke? Alhamdulillah....setelah berpuluh applications..akhirnya dipanggil juga interview kan. Ada orang tu sampai beratus2 application..jgn kata offer kerja..panggilan intvw pun x dapat lagi. Kat mana silapnya? Ehmm..apa kata tengok balik tips resume and application arie tuh.

Tapi, everytime ada interview utk recruitment yang baru, mesti kaum gagah perkasa kat opis nie pesan dengan aku.. : Carilaa yang cun sikit...yang seksi sikit..yang lawa... Urrghhh.... Cari pekerja mesti ada rupa paras menarik ke? I mean... aku bukan carik model...bukan cari stewardess, pelakon atau yang seangkatan dengannya. Utk sales person misalnya... kalau dlm iklan kata berpewatakan menarik, tak semestinya mesti cantik jelita mcm Nicole Kidman tu.

Maksudnya...penampilan kita mesti kemas,bersih, profesional dan berseri. Seri yang muncul dari dalam diri dia sendiri. Ada keyakinan, ada kemesraan, ada kebijaksanaan dan ada keazaman. Tak perlu tepek mekap tebal2. Kalau mekap tebal pun..certain co. x berkenan gak. Sibuk bermekap jer..bila nak keje? Tapi kalau sampai tak berbedak langsung...kadang2 nampak mcm baru bangun tidur pulak. Berhiaslah seadanya. Lagi satu, tolonglah pakai pakaian yang sopan. Jangan pula datang dengan pakaian yang menjolok mata. Maksud menjolok mata nie, bukan setakat spagheti strap dengan mini skirt tu. Even yang pakai baju kurung pun menjolok mata. Apa tak joloknya, jarang sesangat kain nya..sampai nampak laa warna warni isi dalam tu. Atau, ada yang pakai kemeja, tak perasan butang tercabut... Nasihat akak..kalau pakai kemeja, kalau boleh pakailaa inner yer...untuk double protection.

Sama juga dengan yang lelaki. Ada pernah candidate datang, pakai sport shoe yang dh lusuh. Lusuh tu ok lagi la..kesian...susah agaknya. Tapiii siap berlumpur bagai..tali kasut terburai..stokin x pakai..seluar jeans yang hujung kakinya dah carik... Allah dikkk.. Nak cari kerja ke...nak merendek? Kalau rambut panjang, still fine sometimes, tapi sila kemaskan. Ikat ke belakang..taruk minyak sikit kasi nampak smart. Jangan laa main ikat tapi mengerbang sana sini juga. Kalau majikan kata potong rambut masa kerja...sila laa korbankan. Kalau boleh dah smart2 pakai kemeja bila dtg interview tu, pakaila tie sekali. Kan nampak ada kesungguhan kalau mcm tu. Stokin jangan lupa yer. Selipar atau sandal tu tolong jangan masukkan dalam agenda. Mentaksenonohkan penampilan anda nanti.

Hmm... mcm mana? Ada dapat idea sikit2? Lepas nie nanti kita cerita pasal apa nak bawak dalam interview pulak yer. Oh yer..lupa pulak. From today onwards, tips2 nie hanya akan bersiaran seminggu sekali saja yer.  Seminggu sekali cukup laa kan. Maklumlaa...blog mesra alam...

Jumaat, 25 Februari 2011

Soooo Selfish!!!

It's a very bright day...beautiful and warm. Pesimistically, it's a very hot and dry day. I am so disappointed, angry..no, I'm mad and suddenly I think I can search the killer instinct within myself. Why? Hmmmphhh....

There is this one person who wish to obtain lots and lots of benefit through threatening and blackmailing other people. This person manipulates all the sources that this person has from every aspects in life. What this person doesn't realize, (or this person actually knows but reluctant to take into count) that this person has affected and demoted many other souls around this person. I hate this person..so much!!

And I also hate the victims that this person manipulates because the victims falls into this person traps. The victims fulfill the selfishness and greedy crap that this person barks for. I hate the victims because they are also aligned with this person crazy, unethical and inhumane attacks.

I pray so hard everyday that I won't end up to be a killer : literally!

Astaghfirullah..Astaghfirullah.... C'mon mates...today is Friday.

What does father tells me every now and then?

Say ALHAMDULILLAH....

It's not within our power and knowledge to judge anybody or anything...
It's not necessarily these people are bad...
It may be a punishment from Allah to us for the sins that we had committed...
Or it may just a simple test that Allah delivered to us, for us to strengthen our 'Aqidah and Akhlaq...

ALHAMDULILLAH...
ALHAMDULILLAH...
ALHAMDULILLAH......

Khamis, 24 Februari 2011

Banjir...banjir...!

Berita terkini..hot dan panas... Opis we all di HQ banjirr.... Jln Tun Razak banjir uolss....
Ada laa kereta yg dh tenggelam. Maybe terlalu bnyk pembangunan dh kat jln tu skang...tu yg banjir tu.

Ingat lagi 10 thn lepas...masa tu we all keje kat situ. Pantang ujan lebat sket..mula laa jenguk dr tingkat 12... air sungai naik x? Kalau nampak cam nak penuh jer..berdedai2 semua org turun parking nak selamatkan kereta ke tempat tinggi. Kalau aku...biasanya terus cabut balik umah jer kalau kebetulan dh petang...heheheheheh

Ada yang sampai kereta tenggelam habis..x nampak bumbung. Ada sorang staff nie dulu punya gigih nak selamatkan keter..dia tak perasan dia dh masuk longkang sedalam 2 kaki tu. Kesian...mana nak nampak kan. Jln pun main raba2 dgn kaki jer. Ada sorang lagi tu pulak..keter dia kemek dua sebab ada dahan pokok patah hempap keter. Kesian sgt aku nengok. Mintala dijauhkan Allah dari bencana nie semua kan...

Tapi hari nie banjir tidak melibatkan kecederaan dan kerugian yg teruk. Tak bnyk sgt kereta yg tersadai. Bnyk yg dapat diselamatkan...
Uisshh..jam giler KL kan....

Filem Baru Yang Meletops...!

Amboi2...ramai dah yang join contest baru BA yer? Aiseh... x dapat nak join la...sangat laa sibuk hari nie. Sedih sbb x dpt chance nak naikkan trafik. Tapi yer la...berbalik semula kepada niat asal berblog.

So, saper yang dah buat felem tu? Tak sabar2 rasanya nak baca skrip filem2 dan novel2 baru yang segar dan hangat...

Gud luck yer u all....

Rabu, 23 Februari 2011

Ben Ashaari : Artis Popular

Erkk...macam mana nak cakap ekk? Hmm..ingat nak tinggalkan dalam komen dia jer. Tapi jadi panjang la pulak. Kang dah jadi macam tuan tanah ke daung plak kang...heheheh.

Cuba baca entry Ben Ashaari di sini. Hmmm...dia kan sokmo cakap dia bukan artis. Apa pendapat u all? Pada aku, darjat dia dah sama dengan artis dah nie. Kenyataannya, dia memang dah popular. Apa taknya...follower dah lebih 10k. Itu yang setia follow tau. Ada lagi silent reader... tu semua tak masuk count lagi. Artis pun boleh bilang dengan jari tangan dan kaki jer saper yang fan dia melekat ikut perkembangan diorang every day sepanjang masa. Ada many much more artis plak..sampaikan terpaksa create gossip utk mempopularkan diri. Ben tak yah create gossip. Dia create segmen jer. Tapi tak laa semua follower Ben jadik stalker dia kan, tapi ada laa gak... Seb baik Ben gagah perkasa. Boleh mempertahankan diri daripada serbuan peminat.

Jadi Ben, sila terima hakikat bahawa anda memang popular. Hargailah kami yang menjadi pengikut anda nie. Punyalaa ramai yang follow, Ben boleh plak kata dia tak femes. Sedey tau.

Eh...Ben baca ke posting nie? Ermm..dia mana baca posting nie..maklumlaa..blogger picisan mcm I nie. header pun bukan taste Ben..hehehheheh. So, ada sesaper yang rapat dengan Ben, tolonglah sampaikan pesanan ini pada dia yer. I seganlah nak tegur dia..confirm dia blur2 nnt... ahaks...

Betul ke Tertinggi..?

Assalamualaikum..meh masuk sekolah semula. Tadi keje..now sekolah plak. Sah laa blog caca marba...hahahah.
Entry nie pasal kejadian tahun lepas. Alkisahnya..masa we all sibuk2 nak uruskan hubby nyer new job placement kat Kuantan...dah hujung thn. So, final week of school tu, Adam tak pegi sekolah. Result semua dh dpt..and aku pun dh inform sekolah. Campur pulak dengan cuti Raya Haji.

One fine day in the week before that, Adam balik ckp dia ada dpt hadiah utk highest mark. Aku tanya subjek apa? Dia kata mestilah Sains. Ok...Alhamdulillah..aku peluk cium dia. Sbb sains dia masa tu dapat 97%. Tapi aku dalam hati cuak gak. Dulu2 masa darjah satu x der pun dia citer pasal hadiah2 highest mark nie. Tapi.. nak confident lagi...next weeknya, call la cikgu kelas dia. Cikgu dia kata bukan.

 Ha...BUKAN!!? Bukan Adam dapat highest mark Sains.

Cheiss..aku dah jeling dia dah...dia dh berkerut muka dah. Yer la..call cikgu dia aku pasang fon speaker. So dia dengar la. Tapi..cikgu dia kata dia dapat highest in English. Eleeh....cikgu nie sajer nak kelepet aku la nie.. aku kata dalam hati. Sbb aku argue..english dia dapat 89% jer. Dah ler tu..masa mid term bila aku jumpa cikgu dia.. (class teacher dia English Teacher, dah nak pencen dah), cikgu tu siap kondem Adam lagi. Dia kata Adam nyer English kampungan....tak mcm anak murid dia kat pekan yg blajar tuisyen dgn dia.. walaupun aku rasa English Adam masa tu x pernah bawah 90%. Dah final dia dapat 89%, ha, betulla English Adam dah merosot kot.

So, bila ckp dgn cikgu tuisyen Adam pasal hal nie...cikgu tusyen ckp.. : It's possible. That mark is considered high. It's because the final exam paper was prepared by the Jabatan, not the school. And my tuition class students from other schools can barely touch 80%.

Owwhh...ye ker.? Cikgu tuition plak yg explain..cikgu kelas explain sambil lewa jer. Tp aku tetap tak berapa nk percaya. Adam kata nnt dpt hadiah. Ye ker...?

So, naik sekolah arie tu, masa first week, ada perhimpunan sekolah. Diorang announce nama students yang dpt highest marks nie and ambil hadiah. Wa...betul laa..Adam really scored highest marks. Yey...Syukur Alhamdulillah.

Hadiah ala kadar, tapi penghargaan tu yang penting dalam menaikkan semangat pelajar dan ibubapanya...

Bolehlaa....sekolah dia pun, sekolah luar bandar jer. Maklumla, duduk dengan atuk nenek kat kg. Lepas nie, aku janji nak bagi hadiah kalau dia dptkan semua subject marks 90% and above. Sajer nak umpan. Dulu2 umpan soh dapatkan no 1,2,3 x berjaya. Makanya, turunkan sikit spec...maybe kemampuan dia belum tercapai lagi. Tak nak dia pressure pulak.

Kekaguman aku ialah pada budak yang score highest in Sains tu. Adam dah 97%, budak tu mesti dapat 100%. Uisshh....hebat..hebat...

Tips Ringkas Mohon Kerja

Ehm..ehmm... good day to all. I hope this new day will light up our lives.... So, kita nak start dah tutorial kita yer. Eceehhh.... macam real jer tutorial. Takder kelayakkan langsung nak mengajar. Cumanya ada laa dijemput beberapa kali oleh beberapa institusi pengajian untuk jadi penceramah jemputan... sharing2 sikit pasal proses cari kerja nie. So, kat sini kita share for free yer.. Ilmu Allah...manfaatkanlah bersama.

So, first topic, kita mulakan dengan tips nak cari kerja.

Nak cari kerja zaman sekarang kan, bukan mcm zaman dulu. Zaman dulu, adalah orang pernah info, hantar jer application dan resume pada semua2 co. Aduhhh...kalau zaman sekarang buat mcm tu, jenuh la dik oiii. Baper bnyk plak kertas yg nak disimpan tu. Kalau bernasib baik, co. tu buat recycle paper..kalau x bernasib baik..dlm tong sampah terus tau.

1. So, make sure co. tu ada keluarkan iklan utk cari pekerja.

2. Pastikan kelayakan anda matching dengan requirements yang dia perlukan. Tp sometimes ada co. tu kata nak yg ada experience 2 years and above. Adik2 yg fresh grads nie, boleh la try to apply juga. Janji u all ada confident berilmu dlm bidang yg diiklankan tu. Yer la kan. Kalau nak experience jer, yg fresh nie bila pulak nk dpt kerja kan.

3. Cari iklan di semua media yer...tak kira laa media cetak atau media elektronik. Selalunya portal pekerjaan tu bnyk membantu. Apply jer la bebanyak. Tak berdosa pun. Jgn putus asa. Selain drpd tu, ada sesetengah co. nie masih lagi selesa dgn iklan di sotkabar. Rajin2 laa beli paper yer. Dlm website2 co. tertentu pun biasanya diorang akan letak iklan. Itu cara yg paling mudah dan murah utk co. tu. Lagi selamat sbb x ramai yg surf website co., so applicants tak ramai. Chance utk dipanggil intvw tu cerah sikit..hehehhe

4. Siapkan senjata anda utk mohon kerja. Apa tu? Resume la adik2 yer. Hmm..resume nie ada bnyk pendapat dr bnyk penceramah. Tp, akak nie sbg org yang sampai juling mata baca resume ingin nasihatkan. Tulis resume anda dengan padat. Tak semestinya kena padatkan dalam 2 pages jer atau 1 page jer. Tak semestinya juga berhelai2 sampai jadik mcm nak submit assignment pulak. Janji padat. Jangan meleret2 tulis resume. Apa yg co. tu nak tau, skill yg anda ada, kebolehan anda utk berkomunikasi, utk memimpin, public speaking kalau yg berkaitan, dan bolehkah anda bekerja dlm kumpulan. So, yg baru grad, boleh la masukkan aktivity di college dan apa skill yg anda dapat. Yg dh kerja, tolongggg jangan masukkan bnyk sgt experience keje yg x berkenaan. Contoh..cashier kat supermarket GHJ 2 minggu, praktikal kat sinun 3 bulan, part time kat pej pos sebulan setengah..etc..etc... Lagi bnyk exp keje..lagi serong pandangan bakal majikan. Seolah2 u all nie tak boleh stay lama...and tak tahan cabaran. Majikan x nak part timers dik...adik2 pun x nak keje kejap jer kan..nak yg permanent kan...

5. Pastikan segala maklumat peribadi anda lengkap dan tepat. Ini ada yang bagi e-mail address salah.. Phone number terlebih satu digit and address main letak: Cheras, KL. Mcm mana org nak contact utk panggil intvw. E-mail tu pastikan aktif dan selalulah cek e-mail walaupun selalu hampa. Lg satu. Kalau boleh, create satu acct e-mail add yang formal sikit. Ini ada tu : setan_bongkok@yuhuhahe.com. Itu profesional ker tu?

6. Dh siap resume, tolong tulis surat permohonan rasmi yer. Jgn main e-mail jer. Dlm e-mail tu plak : Sy nak mintak kerja. Attached is resume. Amboiii...bnyk cantik. Ko ingat co. nie jiran ko punyer ker. Sila berbahasa yer adik2. Some HR people..dh tgk e-mail mcm nie..terus delete jer. Buang masa. Sbb apa? Applicants dh tunjuk sikap kurang ajar..tiada skill berkomunikasi dan tiada effort utk memohon dengan sempurna. So kalau kerja pun nnt cincai boncai...ckp dgn boss pun rude. Baik jgn amik org mcm nie...beri masalah jer. Ha..betul x adik2?

7. Kalau hantar application, sila hantar surat permohonan dan resume sahaja. Tak perlulah nak hantar salinan sijil sampai tebal2 tu. Kalau masa intvw, majikan tu minta salinan sijil barulah bawa. Kalau tak..jangan bazir duit fotostate. Sgt bahaya sebar2kan sijil2 kita pd org yg x dikenali. Sometimes ada yg siap fotostate IC, driving lesen, surat beranak pon ada. Ishh..bahaya tau buat mcm nie. Jagalah maklumat sulit kita.

8. Bila dah send application, sila follow up. Kalau ada e-mail, email la tanya elok2: Salam sejahtera puan. Sy ada menghantar permohonan bla..bla..sekian hb...bla..bla.. Sy berharap akan dipertimbangkan. Ini tak.. ada tu call aku..terus ckp dgn tak ada bahasa : Samekom...kak...sy ada submit application. Dpt x? Bila masa pulak aku kawen dgn abg kooo... ( ikut intonasi antu dlm semak dekat Angah RL dlm citer Ngangkung yer..).

9. Tunggu dan berdoa.

Ok..ada soklan? Saper ada soklan..sila tanya dalam komen...atau boleh PM aku yer...

Selasa, 22 Februari 2011

Apa Hak Anda..?

Aku terfikir, since blog aku yang tak seberapa nie ada beberapa orang follower daripada adik2 yang masih belajar dan juga adik2 yang baru memulakan kerja... rasa macam terpanggil pula aku selitkan serba sedikit pengetahuan2 yang sepatutnya mereka tahu. Untuk rakan2 maya, meh la aku cerita sikit pasal background kerja. Asalnya dulu masa study blajar benda lain. Tapi disebabkan competition utk cari kerja sangat tinggi selepas grad, maka aku and the geng grab saja apa kerja pun yang ada. Maka belayarlah kitorang dari satu experience ke experience yang lain. Ingat lagi, masa memula keje dulu ada yang tak dapat gaji tetap. We all share rumah sewa ramai2. Takderla ramai sangat..dalam 4-5 org la gitu... Masa tu nak beli dapur gas tak mampu lagi...pakai dapur khazanah family saper ntah...dapur minyak tanahhhh.... So..every weekend..sesaper yg gie dating tu...soh boipren antarkan ke petronas...beli minyak tanah....heheheh. Kelakar sgt...

Sampailah akhirnya, aku sekarang berada dalam dunia Sumber Manusia. Human Resource la org putih cakap. Langsung tak ada formal education dlm HR. Belajar from scratch... daripada pengalaman... dari buku, dari training sesikit...and juga drpd internet forum. Dapatla pasang network sesikit...tu la boleh bertanya itu ini. Training tak bnyk sbb co. aku jenis yang tak berapa nak invest sgt dlm training soft skills. Nak further study...weekend ku tak boleh diganggu pula. Yer la..yer la..org kata kalau nak seribu daya kan...tapi aku tak bagi seribu dalih..aku cuma bagi satu alasan jer... tak boleh nak go head dah...heheheh...boleh??

So, up to date, I've been in HR world more than 10years dah. Tapi tu la...HR nie adalah continuous learning process. Tak ada sesaper pun dlm HR yang berani kata dia dah expert, walaupun dia adalah seorang yg super senior dlm dunia HR. Aku tak bnyk knowledge dalam HR. Practicing pun dlm small co. jer...so x berapa bnyk exposure. Tapi, setakat mana ilmu yang kita ada nie...itu semua kepunyaan Allah swt. Jadi wajiblah aku kongsikan setakat mana yang terdaya. Kalau ada sesiapa yang ada apa-apa masalah dan kemusykilan dalam undang2 pekerjaan atau yang sewaktu dengannya, boleh pm aku yer. Kalau aku x boleh jawab, aku akan cuba tanya network friends yang lain. Dengan syarat, setiap soalan mesti disertakan dengan keterangan background yang terperinci untuk memudahkan kami menganalisa masalah tersebut.

So, aku akan cuba mulakan sikit2 tips dan panduan dalam entry2 yg akan datang.... Selamat memulakan ekspedisi anda...

Instructions...Implementation...Cancellation

Benci betul laa bila kerja macam nie. Dapat instruction..buat itu..buat ini...meeting sana sini...bazir paper..bazir duit minyak...bazir tenaga..dan bazir masa.... Sebabnya...bila sedang2 elok jer nak implementkan instruction tu, terus dapat instruction baru.. CANCEL..CANCEL...!!

Inilah nasib rakyat2 jelata yang bekerja utk pemimpin dia... Kerja bersungguh2, tetapi tak ada hasil... Nasib baik dapat gaji kan... Tapi co. tu rugi laa... sebab soh staff keje untuk perkara yang tak ada... Buat kerja yang ada hasil kan bagus...

Kadang2 jeles gak dengan friends yang WAHM nie... semuanya dapat hasil... lahiriah dan rohaniah... Tapi tu la...bak kata omputeh : Grass is always greener on the other side... Kesimpulannya... Bersyukurlah dengan apa yang ada.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui... Aminn....

Isnin, 21 Februari 2011

Ia jadi lagi....

Pagi nie, kejadian lama berulang kembali.... Adam nangis lagi ketika aku hantar dia ke sekolah. This time bukan salah guru, bukan salah sekolah dan aku rasa bukan salah sesiapa. Aku letakkan kesalahan ini pada diri aku sendiri... Dalam sedu sedan tangisnya, dia berusaha untuk meluahkan rasa hati : Abang belum puas tidur dengan mama lagi..sob..sob... Mama tolonglah..!! Jangan tinggalkan abang lagi.

Oh..hati ibu mana yang tidak luluh. Itulah satu anakku. Itulah satu permata hatiku. Tapi apakan daya. Aku masih belum diberi pilihan yang baik. Setakat ini, inilah yang terbaik untuk kami sekeluarga. Kami terpaksa berpisah sementara demi untuk masa depan. Bukan tak ada cara lain, namun aku tak yakin. Penakut? Memang betul. Aku takut untuk memilih pilihan yang lain. Sebab kalau aku kecundang dengan pilihan yang lain itu, aku tak yakin aku mampu berdiri tegak lagi. Paling menakutkan, aku takut akan terkapar kecewa dan kesal.

Untuk memujuk Adam, aku bacakan Ayat Kursi pada air mineral yang dia bawa. Minumkan dia, sapu muka dan ubun2 dia dengan air tu. Selawat dan berdoa agar ditabahkan hatinya menempuhi satu lagi perpisahan sementara. Pergilah anak. Tuntut ilmu agar boleh jadi anak yang soleh, jadi khalifah atas muka bumi Allah yang luas. Berbaktilah kepada keluarga, kepada masyarakat dan kepada seluruh umat. Aku tinggalkan dia dengan janji...hujung minggu nie kita jalan2 lagi yer...

Rabu, 16 Februari 2011

Kasih itu pilu....

Pagi nie cuaca dalam jiwa aku mendung sikit...
Last weekend, tak balik PD. So, tak jumpa Adam. Aku straight naik bas dari KL ke Kuantan after work Friday. Spent weekend in Kuantan and came back to KL for work Monday morning 5.00 am. Monday eve, balik PD and spend time dengan Adam pulak sampai this morning. Tapi, sejak celik mata this morning on bed, Adam dah mula mengalirkan air mata. Bila aku tanya kenapa, dia tak jawab, malah bertambah laju air mata dia mengalir. Sampai aku hantar dia ke sekolah, dia masih menangis lagi dan tak nak cakap apa sebab nya. Dah keluar dari kereta...tiga tapak ke hadapan, dia patah balik pada aku....dan menangis lagi... Last2, dia buka mulut juga : Dah lah last week mama tak balik, minggu nie pun Adam dapat jumpa mama sekejap jer....
Adohhh.... hiba aku mendengar keluhan hati kecil dia... Dia dah besar, dia dah faham situasi kami sekeluarga.. But I guess, dia sama seperti kanak2 yang lain. Tamakkan kasih sayang. Mereka perlukan lambakan kasih sayang daripada setiap insan yang dikasihi...
Kasih itu indah..kasih itu bahagia...kasih itu juga PILU....

Isnin, 7 Februari 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

Yeyyy yeyy...Ben buat lagi..yey..yeyyy...nak join lagi...hehehehehhe...
Dulu join..Alhamdulillah ada yang sudi singgah. Ini nak join lagi walaupun tak abis lagi BW blog segmen yang dulu2 tu...hehehehhe
Ok Ben.
  1. LETAK HEADER BEN ASHAARI BLOG


Ok..citer pasal gegar blog nie, ada kat siniii.....

Then...saya dah tulis ini:

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ?

Nak tinggalkan url la nie..jap..jap..post nie dulu ekk....

Sabtu, 5 Februari 2011

Makan di Port Dickson : Ice Room

Kat kg aku kan...kat PD kan..ada kedai makan baruuu... Nama dia Ice Room...heheheh. Ramai juga yang x pernah dengar nama kedai nie, walaupun dia dah ada a few branches di Lembah Klang and a few states lagi kot. Yang aku tau, kat Nilai 1 tu dia memang besar gedabak kat tepi kedai2 langsir...hehehhe. Kaler ijauu kedai dia. Meh la view pictures....


Yg sorang x bermaya sebab masih ber'cawan', sorang lagi baru abis keje, layan anak plak dulu


Ice Lemon Tea yer Adam....


Aku makan Spicy Noodles... ok laa..x pedas pun...


Ni desert yang best... Durian Fritters.. yummy...


Adam makan spaghetti nie jer... dah lama dia aim nak makan nie...
 Masa nie, gi makan dengan Adam. Masa tu dia masih lagi 'memakai cawan'. Hehehhehe. Cawan apa? Alaa..nak melindungi dia nyer khatan tu la...blom sembuh lagi. Rasa macam dia merajuk sbb aku jarang spend time berdua dgn dia masa tu. So, ajak dia lepak2 kat situ. Suka la dia...hehehhe.

Basically kedai nie for fun jer..lepak2 dgn members sambil makan aiskrim atau apa2 ais lagi la. Mmg bnyk selection. Tp aku x baper suka aiskrim, so makan benda2 mcm nie la. Ada bnyk lagi. Ada western food, local food, chinese and japanese cuisine. Something different la kat PD nie... Kalau holiday kat PD, at least u all ada la back-up plan utk makan yer....

Khamis, 3 Februari 2011

Apa ini...?

Eisshh....walaupun hari nie Chinese New Year, aku tetap gak nak letak gambar Snow Man nie... Christmas dah lepas ke..? Tak per lah kan... Ha... saper tau, ini snow man diperbuat daripada apa? Huishhh...besar tauuu...gergasi nyer snow man. Ha..orang Melaka tak bleh jawab ekk..x aci....

Selasa, 1 Februari 2011

Movie : Aku Masih Dara

Hari nie aku tak keje. KL cuti hehehe. Hari Wilayah beb. Esok pun aku dah apply leave..alang2 keje sehari...cuti jer lah nyah. Terus sambung Chinese New Year. Tgh tunggu Adam balik dari sekolah. Lepas zohor kang nak gerak ke Kuantan. Cam biasalah...bersantai dgn somi terchenta. Lgpun in law dah plan, thn nie CNY holiday nak lepak kat Kuantan gak. Tak gi raya la kiranya thn nie. Lagipun sejak aku bertunang dengan hubby, belum pernah lagi ngelat pegi visit sanak sedara time raya CNY nie. Owwhh, untuk sahabat2 yang baru, ibu mertua ku chinese. So, relative semuanyer still chinese lagi, though ada some yg dah convert juga. Mengalahkan raya puasa la kiranya. Kadang2 tak habis visit 1st day..2nd day ada lagi relative yang buat open house. Biasanya kalau ada open house ke..makan2 ke...diorang panggil caterer muslims. Alaa..melaka kan banyak chinese yang dah mcm melayu. Makan sambal belacan, pakai kain batik dgn baju kebaya nyaa..

Adoii...dah jauh merempit nie. Meh back in track.

Ha..dah tengok citer nie. Aku nie kan jenis2 ala sastera punya orang. So, pada orang yg tak tengok citer slow2 nie, minta maaf la yer. Opinion aku, citer nie ok. Walaupun ramai yg kutuk menmacam and ada yang kata takat taraf drama swasta, itu aku x kisah. Yang penting aku enjoy tgk citer nie. Oppss...bukannya aku puji sbb anak buah aku berlakon yer. Gulp..anak buah? Ermm..Raja Farah tu anak pada cousin aku. So, dia drpd kecik panggil aku mak long.. Ughh..kecik2 lagi dah jadik makcik kan. Tp drpd kecik dia nie mmg sgt lemah lembut and berdisiplin. Everytime dtg raya kat rumah PD, sangat bersopan, always smile. Tak sangka laa dia jadik meletop now kan. Dia nikah arie tuh aku tak leh cuti..so adik ngan parents and Adam la yang pegi. Punyerlaa ramai reporters dia kata... sampai family member pun selamber jer diorang langkah2. Kurengggg betoll laa reporters tu. Adoiii..drift lagi.... jom masuk track balik.

Cerita nie aku rasa tajuk dia tak sesuai. By right producer kena cari tajuk lain kot. Overall, citer nie berkisah pada kehidupan muda mudi dalam zaman moden nowadays. Ada bnyk faktor kenapa mereka terjebak dlm tingkah laku bebas. Syabas la pada penerbit sbb ada usaha untuk mensummarykan isu remaja liar nie, daripada kegiatan, faktor yang mendorong, akibat and risiko serta cara dan jalan untuk kembali ke pangkal jalan.

Ashraff Muslim sangat hensem dalam nie. Entah kenapa aku rasa watak dia dan Eizlan dalam Damping Malam tu lebih kurang sama. Bezanya Eizlan berhadapan dengan konflik keluarga dan Ashraff nie berhadapan dengan konflik remaja dannn hati dia sendiri. Adoiii, soo sweet bila dia propose Raja Farah tu. Termimpi2 pula...hahahahah.

Farid Kamil dlm nie agak kurang menyerlah. Entah kenapa aku rasa lakonan dia dalam cerita nie kurang memberi kesan berbanding movie dia yang lain. Yana as watak utama, is delivering better quality. Nampak ada peningkatan la dalam mutu lakonannya. Cuma babak dia atas katil pagi2 hari selepas mengetahui dia dah *tuuut* tu, mcm kelakar. Aku cuba laa nak sedih gak, tapi berkerut2 muka aku nak cuba sedih sbb aku rasa confuse. Dia nie nak buat lawak ke?

Banyak pengajaran dalam cerita nie. Cuma kalau nak tgk dgn anak2, aku rasa kurengg sesuai. Pakaian sangat menjolok mata di awal cerita, ada perbuatan yang tak patut diikuti oleh anak2 and ada dialog yang aku rasa kanak2 tak sesuai dengar la...

Review aku jer nie.... so, ikut taste aku jer lah seadanya...heheheheh
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink