Sabtu, 30 April 2011

Makan di Kuantan : Nasi Lemak Kempadang

Assalamualaikum....

Hari ni hari Sabtu. Minggu nie kan cuti panjang sikit sebab Hari Pekerja kan. Mungkin ada yang rasa nak bersiar2 dan jalan2 dengan family atau kengkawan. Kalau ada yang sampai ke Kuantan, atau memang berada di Kuantan, maybe nak cuba ubah selera dan angin.

Di Kuantan, kami duduk di area Kempadang. Jadi hubby selalu la survey2 cari tempat makan yang sesuai dengan citarasa kami. Di area Kempadang nie, ada satu warung nasi lemak. Warung nie buka waktu malam jer dan betul2 sebelum Petronas Kempadang.

Tak ambik pulak gambar nasi lemaknya, tapi nasik lemak dia sedapp. Nasi lemak kukus. Paling best ialah ayam goreng berempah. Dia ada jual burung puyuh goreng berempah. Tapi ini atas permintaan jer. Kalau kita order, baru dia gorengkan. Mmg terasa keasliannya.

Minta maaflah..gambar gelap sangat. Tapi bayangan ketulan burung puyuh tu ada sikit2 kan. Lepas tu we all minum pula air nie...


Air ni namanya Air Kathira kalau x silap. Tapi ianya macam air asam boi yang dicampurkan dengan madu dan beberapa bhn lain. Ya Allah..nyaman sungguh rasa air nie. Cuma kita punya taste rasa mcm air nie pekat sgt kemanisannya. Jadi, kita minta air kosong..campurkan sekali bagi ikut selera kita.

Selain drpd tu, kedai nie ada juga jual laksam. Laksam di malam hari adalah susah sikit nak jumpa yer...tapi warung nie ada. Sedap pula tu. Bg yg nak makan benda lain, jgn risau. Goreng2 memang ada. Harga makanan pula memang standard warung. Jadi jangan risau.

Ok, so sesiapa yg nak tukar angin sepoi2 tu, bolehla mampir ke warung nie yer...

Jumaat, 29 April 2011

Happy Vacation ...!!

Assalamualaikum kawan2 sekalian. Wah, kejap jer minggu ni dah sampai ke hari Jumaat... penghulu segala hari. Ada berbagai2 planning untuk hujung minggu nie kan. Dah tentu ada beberapa jemputan walimatul-urus dan mcm2 plan lagi. Blog pun mesti tak sempat nak singgah. Tapi, kalau ada yg boring2 dan melayari blog, kita dh siapkan scheduled postings. At least once a day sebagai bekalan... Bekalan apa? Macamlaa ada org nyinggah blog nie hari2 kan...hahahhaha..perasan. Yg sebenarnya sbb mmg nak cerita dlm blog. Kenkadang x der masa atau isu lain lebih dulu sampai kan...so waktu2 terluang nie bolehlaa kita share sikit2 apa yg kita nak share tu.

Anyway, my next weekend nie agak pack juga la rasanya.
Sabtu : 5 pagi, jemput hubby di Melaka Sentral. Rehat sekejap dan ke ex-tempat kerja hubby utk ambil EA form thn lepas yg HRnya sgt reluctant utk post, e-mail dan fax. Susah la sbb hubby kan baru masuk co. baru..jauh plak tu, bila masanya nak ambil. Tomorrow paksa gak HRnya sbb dh last day utk submit BE form. Ptg, Adam ada karate class, mlm ke Sepang utk majlis aqiqah anak Abg Ngah, my lil bro. Lepas kenduri, terus ke KL dan overnite di KL. Pergh...3 negeri dlm satu hari.
Ahad : Ada jemputan kawen di Lanchang, Pahang. Gerak dari KL. Petang tu terus pulang ke Melaka.
Isnin : Hantar Adam balik ke PD.
Selasa : Selesaikan beberapa urusan di beberapa tempat dan pejabat di Melaka. Petang akan gerak balik ke Kuantan dgn hubby.
Rabu : Gerak semula ke KL utk kerja dari Kuantan. MESTI keluar rumah paling lewat jam 5 pagi.

Ok..weekend belum bermula, dh rasa penat.... Tp yg pasti mesti seronok sbb dpt spend time dgn family tercinta.. yeyyy..

Oh yer..semoga u all semua gembira dan bahagia. Berhati2 di jalan raya yer....

Salam weekend dari kita.....

Khamis, 28 April 2011

Kenangan Lalu : Pernikahan

Assalamualaikum. Kita bertemu lagi peringkat ini iaitu... Pernikahan. Ingat tak..tempoh pertunangan kita 2 tahun kan. Maknanya tunang thn 2000, kawen sepatutnya tahun 2002. Jadi, pada penghujung tahun 2000, kita pun menamatkan pengajian. Horeyyy...dah habis blajar. Yeyyy...tak yah gi klass, tak yah buat assignment, tak yah dok hostel, boleh tgk tv dgn bebas tanpa rasa bersalah kerana perlu blajar....

Mcm biasa...cari kerja la. Nak kumpul duit kawen kan..kena la cari kerja. Kerja la apa yg dpt. Memula dgn company ngarut2..hahahah kan Dd kan..? Lepas tu ada rezeki, ex-senior ajak kerja dengan dia kat satu Telco Co. Gembira sgt w/pun kena kerja ikut shift. Masa tu dh duduk rumah sewa dah..share dgn kwn2. Seronok la masak, borak, tido, amik turn buang sampah dan sebagainya.

Beberapa bulan lepas kerja dgn Telco company tu, dapat pula offer kerja dgn majikan sekarang nie pula. Offer lebih bagus, kerja lebih menjamin dan lokasi kerja lebih dekat dgn rumah. Alhamdulillah. Tapi, 2 bulan selepas kerja, mak dan ayah mula menyuarakan pendapat untuk kita kawen. Dah keje..dh ok la tu. Alamakk..abisss, duit x cukup lg, mcm mana? Mak kata bolehh..no problem. Maka, cepatkanlah tarikh. Patut 2002, kawennya 2001. Perancangan asal nak buat pada bulan Jun 2001. Maka sibuklah kita dgn hubby ulang alik ke pejabat agama dan sebagainya. Mak pun sibuklah nak buat preparation. Tapi, secara tiba2 di suatu hari pada bulan April, mak call. Mak kata :
" Tak boleh nikah bulan 6. Kena cepatkan. Kadi tu kata dia dh nak transfer, takut nnt jadi confuse dgn kadi baru. Kadi sekarang ni, kawan Pak Su. Dia yg suruh cepat. Hujung minggu ni, nikah."
HAAAAA!!!!! Hujung minggu nie???!!!! Baju nikah tak siap lagi...apa brg pun x siap. Bg tau hubby...semua dh jadi kelam kabut. Tp mak ok jer. Mak kata lg bagus. Nikah sekarang...lepas tu ada sebulan lebih lagi utk prepare majlis kawen. Takderla rushing masa majlis tu nnt. Sebabnya...kita x boleh amik cuti. Kita kan dlm probation period lagi..mana boleh amik cuti masa tu. Jadi, tak dapatlah nak menolong persiapan sebelum majlis dan selepas majlis. Yg jadi mangsa masa tu, adik2 la sbb diorang yg ada kat rumah. TQ yer adik2 tersyg...

Kita pun kelam kabut call tailor soh siapkan baju. Tapi tak boleh siap juga da..sob2... Depan jer siap maniknya..blakang x siap. Adoii..janji dlm gambar nampak ok jadilah kan.

Dipendekkan cerita : Maka sahlah kita menjadi isteri kepada Mohd Saiful Hezry bin Mustapa tanggal tarikh keramat 28hb April 2001.  Tarikh ini amat bermakna sebab............ tarikh hari lahir kita. Maka secara tak langsung, kita menyambut hari lahir serentak dengan Anniversary.

Inilah target sesuatu kita. Sempena birthday kita pada hari ini, maka kita mengimbas kembali kenangan indah dalam hidup kita.

Syukur Alhamdulillah kerana dikurniakan rumahtangga yang bahagia. Mana ada perkahwinan yg tiada ribut dan taufan. Setiap hujan yang menyimbah pasti akan disusuli dengan pelangi indah.

Terima kasih hubby kerana tetap setia di samping walaupun jarak dan masa sentiasa mencemburui kita.... Semoga kasih dan ikatan ini kekal bahagia hingga ke syurga. Amiinn...

Rabu, 27 April 2011

Kenangan Lalu : Pertunangan

Assalamualaikum kepada pembaca blog ini....

Ek..kenapa asyik cerita pasal kenangan lalu jer nie ek? Posting semalam kita ada mention pasal perkongsian pengalaman kita dengan semua pembaca. Lagipun x baper ramai pun yang baca blog nie kan, jadi kita dah anggap follower kita seperti ahli keluarga kita sendiri. Ahli keluarga kenalah tahu kan.

Keduanya, sebab kita terpengaruh dengan posting2 daripada Cikgi Cinta kat blog beliau di sini. Banyak cerita pasal percintaan yer Cikgu.. Secara tak langsung, terkenang la peristiwa2 lama. Ada kebaikannya bila teringat semula kenangan2 indah nie. Secara tak langsung kita seperti di buai oleh kebahagian zaman remaja tu kembali. Jadi, secara tak langsung, komunikasi dan hubungan kita dgn hubby pun sentiasa bersemai cinta kan. Maklumla.. kami kan dok jauh2. Rindu taww...

Yang ketiga.. err..sebab kita ada target sempena sesuatu. Apa target sesuatu itu? Haa..tungguuuu.. Sampai masanya nanti kita bg tau yer.

So, selepas merisik, mula la perbincangan demi perbincangan berlangsung di antara ke dua belah pihak. Memang tension. Sebab mcm tak di rancang. Sementelah lagi, kita kan student lagi. Mana la nak ada bajet untuk membeli barang2 hantaran kan. Sedih dan tertekan. Walaupun mak dh inform semua mak settlekan, tapi tetap ada rasa bersalah.

So, bertunanglah kita pada 12hb Februari 2000. Majlis di adakan pada sebelah petang. Rasa sangat segan dan kekok. Cuma sahabat rapat yang dekat jer la yang datang. Maklumla, student lagi. Kebetulan masa tu tgh cuti sem. Yang lain2 adalah orang kampung yg dekat2 dan saudara mara saja. Buat kecil2an jer kan.

Lepas family hubby balik, hubby pun sampai. Heheheh, hubby tolong mak dan ayah kemas rumah taw. Waa..bakal menantu yang baik. Menanam 'saham' kan, heheheheh.

Tempoh pertunangan memang lama. Perjanjian masa majlis ialah 2 tahun. Mak oiii...lamanyaaaa... Tapi yer la, kita kan belajar lagi masa tu. Tu yg bajet 2 tahun tu sbb kita nak betul2 bersedia. Nak habiskan blajar dan nak kerja dan kumpul duit dulu. Tapi, family kata, 2 tahun tu maksimum. Kalau boleh di cepatkan, maka akan dicepatkan.

Selepas bertunang, memang bahagia, sebab rasa macam betul2 dh dewasa. Kalau tak tu dok rasa mcm kanak2 riang jer lagi. Tak boleh lagi nk keluar night life dgn kawan2, nak jalan2 sehari suntuk atau nak join society. Sedihhh...sebab kita sgt aktif dgn society dan sgt suka join activity society. Tapi hubby tak galakkan. Oklah..kita pun sedar diri. Bnyk komitmen dah. Dlm tempoh masa bertunang, bnyk juga spend time dgn family future in-law.

Tapi, betul lah agaknya org kata. Kalau bertunang jgn lama2. Exactly melepasi tempoh 6 bulan pertunangan, macam2 dugaan yang kami tempuhi. Lagi dekat dgn hari pernikahan, lagi hebat cabaran dan dugaan. So, untuk mereka yg masih single, jgnlah bertunang lama2. Maksimum 6 bulan saja ok....

Ok...tak ada bnyk sgt la kan. Just formaliti biasa jer. Nnt lah, kita cerita peringkat seterusnya yer...

Servis Tukar Template

Assalamualaikum...

Hari nie macam bermula dengan suram sikit. Maklumlah, KL pagi nie hujan2.... Mungkin sebab tulah lemauu jer sikit kot. Bila dah lemau, buka blog, rasa lemau lagi. Macam boring pula dgn standard template nie. Kita tgk blogger lain punya template...mak  datok..dahsyat2 belake. Jadi, rasa macam nak cuba la tukar design template. Masalahnya, tak tau nak minta bantuan saper. Dulu ada sekali kita pernah tanya kat someone and org tu pun dh bg suggestion. Tapi disebabkan tak note down, lupa dh.

Ok, kalau ada sesiapa yang ada cadangan berbaloi2, sila beritahu kita yer....

Thank you uols..

Selasa, 26 April 2011

Kenangan Lalu : Kejutan Dari Tersayang

Assalamualaikum...

Ok, kita sambung la kisah kita. Eh, ada org rasa nak muntah ke? Maaflah yer. Apa?? Bukan..bukan...bukan nak cari publisiti murahan. Apa sangatlah blog kita nie kalau nak cari publisiti tu. Buatlah apa cara sekalipun, mcm tu juga la blog kita. Seadanya saja. Kita sebenarnya berniat ikhlas. Sekadar berkongsi kenangan dan pengalaman.

Lepas first date, mulalah disusuli dengan dating2 lain. Kami berdating tak lama. Dalam lebih kurang 3 bulan lebih jer rasanya. Feeling pun belum habis develop lagi. Ingat nak go slow la..kenal hati budi orangnya dulu. Tapi disebabkan dia dh jumpa family kita, maka pd satu hari, dia minta izin parents kita, bwk kita balik ke Melaka utk jumpa parents dan family dia. Gulp...giler panik masa tu. First time kan. Dah la baru nak kenal, dh jumpa family pula. Family tu maksudnya segala pakcik makcik dia sebab masa tu cuti CNY. Redah jer la. Alhamdulillah, tiada kejadian yg tak diingini berlaku.

Kira2 sebulan lebih dari peristiwa tu, seluruh umat Islam menyambut Hari Raya. Maka pd Hari Raya pertama, dia call, dia kata family dia nak datang berkunjung ke rumah dan berkenalan pada Hari Raya ke-2. Waaah, berhempas pulaslah kita dan mak memasak. Ngam2 jam 11.00 keluarganya pun tiba. Mak kita adala panggil makcik dan pakcik kita sekali untuk sama-sama menyambut. Kita mcm biasa, pakai baju kurung Kedah formal masa tu. Senang nak bergerak di samping konon nak sopan. Kita pun sama-samalah menyambut. Bersalam-salaman. Eh, tiba2 ada nampak dia datang dengan atuk dan nenek dia sekali. Aih..ramaila pula. Baru nak berkenalan kot. Takperlah. Control ayu ok.. Jadi, orang tua2 berbual di ruang tamu, kita bertungkus lumus siapkan hidangan. Susun pinggan mangkuk, senduk nasi dan lauk pauk segala bagai utk lunch.

Tengah2 berkecah kelam kabut siapkan hidangan tu, pakcik kita tetiba datang dapur. Dia bisik kat kita. "Diorang bawak cincin la..". Eisshh..betul ke? Cincin apa? Takder discuss apa2 pun? Pakcik kita nie mmg suka bergurau. Eishh...buat panik jer. Tak lama tu, mak kita plak masuk dapur.
"Hidang la. Dh tgh hari. Nie ha, diorang dah bawak cincin merisik.." Mak kata. Mak nampak cool jer.
MERISIKK???!!!
Waa..cepatnya.... Kita baru masuk 3rd year belajar. Maknanya ada setahun lebih lagi nak grad. Biar betul diorang nie. Family dia dah ok ke dgn kita? Baru jer pun...

Yer, bila si dia dtg jumpa kita di dapur masa nak ke toilet (cari alasan la tu..), kita tembakla dgn question..kenapa x discuss..itula..ini laa... Dia kata, mak dia dgn family semua discuss nak terus on jer. Tak yah tunggu. Dia pun mmg ikhlas nak jadikan kita isteri. Terharu ok. Tp tu la. Propose dalam dapur, bila dah dapat cincin merisik. Kelakarnya.

Esoknya bila kita pulang ke hostel, menjerit2 satu blok asrama kita tu bila kita tunjuk cincin merisik tu...hahahahah. Excited sangat semua orang masa tu. Kita? Mestilah bahagia juga...heheheh

Hmmm ... Indahnya alam masa tu...

Isnin, 25 April 2011

Tertipu dengan iklan

Assalamualaikum...


Sejak kebelakangan nie, kita ada dengar beberapa rungutan tentang iklan2 makanan segera yang tidak seindah dalam iklan. Ok..memangla kan, iklan tu hanya ilustrasi saja, tapi apalah salahnya kalau deliver seperti apa yang dijanjikan. Antara contohnya ialah pengalaman LadyZul di sini dan pengalaman Sis Lin di sini.

Oklah, contoh paling senang, iklan mee segera. Kita kalau order mee segera kat kedai tak pernah langsung nak sama macam dalam iklan dia kan. Dalam iklan bukan main letak macam2, tapi kalau kita dapat mcm yg kat atas tu la. Itupun mmg dh unutung sgt2 la kalau dapat mcm yg kat atas tu. Tapi yg bagusnya, at least pengiklan mee segera tu dh inform dlm iklan dia : Cadangan Hidangan. Berbanding dengan 2 kes kat atas nie, beria2 promise akan dapat itu, ini, rasa mcm gitu gini, tapi..keciwa.

Personally hubby kita memang agak cerewet skit. Maksudnya, dh promise mcm gitu, itula yg kita patut dpt. So, mmg pernah mkn di salah sebuah restoran makanan segera, order ice cream. Dlm menu, aiskrimnyer sgt menggunung dan berputar2, tapi bila dapat, bukan saja tak menggunung, tapi almost separuh cup tu kosong. Apa cerita? Terpaksa panggil branch manager dia and komplin. Manager dia dok kata itu standard. Apa yg standardnya? Dia kata iklan tu hanya illustrasi. We all buka kembali semua menu dan pamplet dia dan dia pun turut sama mencari perkataan itu : "Gambar dalam iklan hanyalah illustrasi dan tidak semestinya sama dengan produk sebenar".   HA..!!!! Memanggg x ada. So, manager tu terpaksa buatkan yg baru. Bukan nak ngada2, cuma ini hak kita sebagai pembeli. Setuju?

Satu kes lagi recently, makan di satu restoran makanan segera nie, Adam order spaghetti marinara. Masa tu mmg dh pukul 9 lebih, maybe staff dia masak pun x sepenuh hati dah..cincai jer. Sbb apa kita ckp mcm tu? Adam LANGSUNG X BOLEH MAKAN spaghetti dia. Bukan Adam jer, dgn mak bapak Adam pun x boleh. Terlaluu masin. Bila komplin kat waitress, dia kata x tauu..org kitchen. Aiii..mcm tu jer? Abis saper nak bayor food yg x bleh dimakan nie? Again, hubby panggil manager branch. Ask her to sit down with us. And hubby soh dia makan spaghetti tu depan we all. Dia terpaksa mkn and akur it's a lil bit salty. Gila..sampai tak boleh makan, dia kata masin sikit. Nak cover line ke, atau dia mmg obses dgn garam? Anyway, dia cepat2 apologize dan segera masakkan yg lain.

We all bukan buli. Kita ckp elok2 dan minta dia rasa sendiri untuk buktikan ianya benar. Kita hanya nak cuba educatekan mereka2 ini yang setiap kerja mereka harus dijalankan dengan ikhlas. Semoga mereka lebih berusaha lagi.

My point, bila kita jumpa situasi produk tidak seperti yg dijanjikan, apa yg kita buat? Kita bersuara utk mereka perbaiki mutu dan dapatkan hak kita, atau kita diam dan tidak toleh lagi agar pengusaha ini terus monopoli pasaran dengan menyuntikkan penipuan imej dalam minda bakal mangsa2nya...? Tapi yang pastinya kebanyakan daripada kita berdiam diri sebab 'malas nak kecoh2' ataupun mmg dh didik dek tradisi melayu yang budi bahasa harus di utamakan. Maka kalau org buat silap, jgn tegur...mkn jer, atau x nak mkn terus balik... Jgn kecikkan hati oraangggg... Tak baik... Hmm..mcm mana ekk? Apa langkah terbaik?

Fikir2kanlah..dan selamat beramalllll...

Makan di Kuantan : Nasi Goreng

Assalamualaikum dan salam permulaan minggu baru untuk semua.

Weekend baru nie, hubby balik Melaka and we all spend time kat Melaka. Next weekend ada cuti panjang sikittt kan sebab Hari Pekerja, pun plan akan spend time kat Melaka juga. Abih tu cemano? Sebab tiba2 rasa teringin plak nak makan Nasi Goreng nie. Nasi goreng nie dah lupa apa namanya, tapi kedai Steamboat and Chicken Rice ke apa ntah namanya kat Jalan Teluk Sisek, deretan kedai sebelah Hotel Seri Malaysia. Memang nampak la dari tepi jalan. Tak sangka pula kedai nie buat nasi goreng yang sedap dan menyelerakan nie.

Aih..bila kat Kuantan, rindu kat Melaka. Bila kat Melaka, rindu Kuantan plak. Camna ekk..?

Ahad, 24 April 2011

Tips Ringkas : Tawaran Pekerjaan

Assalamualaikum semua.

Bersiaran kembali kita dengan tips2 untuk menghadapi dunia pekerjaan. Posting kali nie, kita bergerak maju ke hadapan lagi yer. Hmm..seronok la yer, dah berjaya dalam temuduga. Dah mula memberikan tanda2 masa depan yang cerah. Alhamdulillah. Apa2 pun, panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dulu yer. Bagi mereka2 yg masih belum berjaya tu, jangan putus asa. Bila kita putus asa, kita berhenti berusaha. Bila tak berusaha mcm mana pula nak memperoleh hasilnya kan?

Hmm..mcm mana cara pemberitahuan dapat tawaran kerja yer? Itu depends pada company. Ada company yang akan call dan disusuli e-mail. Ada yang call saja, atau e-mail saja, atau dia tunggu kita call. Atau mungkin ada yang paparkan dalam website company dia (ada ker..?). Mcm manapun, bila dapat news tu, jangan terlalu gembira sangat.

First, pastikan dapat surat tawaran dulu. Pergi ke company tu atau minta courier pada u all. Make sure original offer letter. Fax atau e-mail nie susah sikit kita nak buktikan kesahihannya.

Sebelum anda tandatangan dan menerima tawaran tu dengan gembiranya, apa kata cuba ikut nasihat akak nie. Pastikan baca betul2 offer letter. Tanya semua benda yang tak faham dan pastikan kerja tu jelas dan terang. Antara ciri2 surat tawaran yang betul adalah seperti berikut:
1) Ada nama jawatan yang ditawarkan
2) Tarikh lapor diri
3) Taraf jawatan. Tetap, kontrak, sambilan, sementara dan sebagainya.
4) Pastikan gaji dasar atau gaji basic dinyatakan dengan jelas.
5) Sekiranya ada elaun2 tambahan, juga dinyatakan dengan jelas. Kalau tidak dinyatakan, tapi dijanjikan dalam temuduga atau secara lisan, maka minta mereka keluarkan surat tawaran baru yang menyatakan elaun2 tersebut. Kalau x nyatakan maka syarikat itu boleh tak memberi elaun yg dijanjikan secara lisan. Susah sikit bila kita nak buat tuntutan nanti.
6) PASTIKAN caruman pekerja dan majikan dalam KWSP, PERKESO dan LHDN  dinyatakan dengan jelas. Sekiranya tiada caruman2 ini semua, anda lebih selamat menolak tawaran kerja itu daripada dijadikan mangsa buli syarikat itu.
7) Sekiranya jawatan tetap, pastikan berapa lamakah tempoh percubaan. Cari penjelasan apa yang anda tak berhak dapat semasa dalam tempoh percubaan dan apa yang patut anda terima selepas disahkan jawatan. - Pastikan juga sekiranya mahu meletakkan jawatan, berapa lamakah notis yang patut diberi semasa dlm tempoh percubaan atau selepas sah jawatan dan berapakah bayaran yang patut dibayar sebagai ganti tempoh notis tamat perkhidmatan (in lieu notice).
8) Sekiranya jawatan bertaraf lain2, pastikan syarikat nyatakan dengan bertulis dan jelas tempoh masa perkhidmatan. Sama ada secara kalendar tahun, atau sehingga sesuatu projek itu selesai dan sebagainya.
9) Anda mungkin di minta untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Tanya dengan jelas di manakah anda boleh buat demikian. Di mana2 klinik atau hospital, atau di klinik atau hospital yang dilantik oleh syarikat saja. Pastikan juga berapa bayaran yang harus anda bayar. Sesetengah syarikat tidak akan memulangkan kos pemeriksaan, ada setengah kita bayar dulu, claim kemudian dan kebanyakannya tidak perlu bayar apa2.
10) Pastikan waktu kerja dan waktu rehat anda.
11) Pastikan dalam unit dan jabatan apa anda diletakkan dan siapakah ketua anda.
12) Pastikan jumlah2 kelayakan cuti tahunan, cuti sakit, cuti ehsan, cuti kawen, cuti bersalin, cuti bini bersalin, cuti kematian, cuti rumah banjir, cuti kena rompak dan sebagainya. Tapi kalau ikut undang2, yang wajib cuti tahunan dan cuti sakit jer, heheheheh. Kalau cuti tahunan, tanya syarikat bila kelayakan anda untuk boleh mula menggunakannya. Ada sesetengah syarikat yang betul2 ikut undang2 minimum, selepas 12 bulan bekerja secara berterusan, baru layak ambil cuti. Ini..terpulang pada anda utk menyanggupinya. Ada juga company yg beri lebih dari minimum, contoh setiap kali cukup satu bulan bekerja, anda layak 1 hari. Kelayakan minima ialah 8 hari setahun mengikut tempoh masa bekerja. Cuti sakit, minima ialah 60hari setahun TERMASUK cuti penghospitalan. Penghospitalan nie maksudnya anda dimasukkan ke dalam wad hospital untuk rawatan. Kalau sakit biasa kat klinik, minimanya ialah 12 hari setahun.
13) Pakaian ke tempat kerja. Formal, atau kasual, atau ada uniform.
14) Sekiranya di bandar2 besar, mungkin utk bekerja, anda perlu membayar parking, jadi tanyakan berapa kos parking dan sama ada syarikat ada menampung kos tersebut. Jadi bolehla anda seimbangkan dengan gaji yang ditwarkan.
15) Pastikan apa lagi kemudahan yang ditawarkan oleh syarikat kepada anda sebagai pekerjanya. Contoh, apakah kos rawatan perubatan anda sekiranya anda sakit ditanggung oleh syarikat? Sekiranya ya, berapa banyak limit kos yang ditanggung? Sebagai contoh, utk rawatan di klinik, ada yang beri maksimum RM30 sebulan dan maksimum RM300 setahun. Ada yang tiada limit sebulan, tapi tidak boleh lebih RM500 setahun. Contoh la. Ada syarikat yang cover anak dan isteri, ada syarikat pula langsung tiada limit. Begitu juga dengan bil hospital. Mungkin limit RM10k setahun, atau RM100k setahun.

Hmmm... rasa mcm x berapa detail. Tapi segala yang tersenarai di atas dah lebih daripada yang asas. Ada soklan? Drpd posting2 siri nie yang lepas memang tak ada soalan pasal isu nie. Sama ada semua dah expert, atau posting ni sangat jelas dan terang maka semua orang faham dengan mudah, ATAU posting membosankan...heheheheh.

Oklah...hingga kita bertemu lagi di lain ketika...

Wassalam.

Kenangan Lalu : Percintaan

Assalamualaikum semua...

Posting nie adalah gara2 join contest Cikgu Cinta ari tu kat sini. Jadi, mcm teringat semula la jaman dedolu tu kan.. Hmm..segan la pulak. Dah tua2 nie nak mengenang jaman mude plak. Tapi, kalau mengikut tips2 kerukunan rumah tangga, bukan setakat dari Dr Fadzilah Kamsah atau Dato' Mashitah jer, tapi juga tips universal seluruh dunia; percintaan kita bukan setakat sebelum kahwin, tapi harus konsisten dan disuburkan hingga ke akhir hayat. Insyaallah la kan.

Hmm..mcm mana kenal dengan hubby yer? Er..kita dulu masa lepas habis SPM, mak dah start buat ceramah. Ni, dah habis SPM, apa perancangan. Nnt ada rezeki masuk U ke, masuk memana ke, cuba2 carik boipren. ERKK!! CARIK BOIPRENNN???!!  (Atok, den dah kobar an dah, omak den sporting). Ha..masa mak kita ckp tu, punyalaa segan. Pelik pun yer. Mak nie apahal? Merepek jer. Maklumla, kita sampai ke habis SPM tu, memang tak pernah..TAK PERNAH ada boipren. Maklumla, dolu2 sek agama. Err..tu bukan alasan. Punca sebenar ialah rupa paras kita tak selevel dengan orang yang cantik2. Heheeheh. So, tak ada orang minat la kan...Anyway, bila mak ckp begitu, dia sambung. Kalau boleh, habis blaja, mak nak soh kawen. Jadi, cari boipren yg elok2 sket, yg boleh buat suami. Mak kata, perempuan nie, secara fizikalnya, kalau umur dah lebih daripada 25thn, air muka tu dah nampak matang sangat2. Kalau antara 20 ke 25, sedang elok sgt2. Mak kata la kan. Tapi tu la mak kata, kita nie boleh usaha dan merancang, doa dan ketentuan Allah tu tak boleh disangkal. Segalanya ada hikmah yang tersembunyi.

So, sejak dari detik itu, kita mula membuka minda dan mula bersedia untuk memberi kelonggaran untuk mengenali orang lain. Sebelum tu sangat reserve. Orang nak berkenalan pun x boleh terima. Tapi lepas dapat ceramah panjang dari mak, baru sedar yang kita tak selamanya akan menongkat langit..kita tak akan selamanya muda. Setiap manusia ada jangka masa untuk bertindak melakukan sesuatu. Jadi, kenal2 lah dengan kawan2 yang ramai. Perkenalan dengan hubby, hanya rakan2 kampus jer yg tau. So, biarkan ia disimpan disitu.

And setelah berhubungan didalam telefon a few times, pada satu hari Sabtu hubby call kita. Dia kata dia nak jumpa. Waa, berdebar seh. Ini 1st time nak jumpa, nak keluar dengan dia. Masa tu kita kat kg. Kat PD, dan kebetulan society yang kita join ada aktiviti di PD dan kita adalah in-charge person. Jadi kita agak sibuk. Dgn nak arrange participant, dengan officer2 and family masing2, dgn program... So, jumpa kejap boleh la. And kita kata dgn hubby.. kalau nak keluar dan kawan dan jumpa kita, kenala dtg rumah jumpa ayah kita dulu.

Hubby tak pernah sampai ke PD sbb dia pun baru mula kerja di Malaysia, tapi dia redah. Berjumpalah dia dengan ayah kita. Men's talk. Kita dgn mak gosip2 sambil gelak2 kat dapur. Excited betol kita dgn mak masa tu. That moment dgn mak was precious. And ayah pun mmg sporting. Hubby plak mcm gentleman kan, ckp elok2, minta permission nak kawan dgn kita, nak bawa kita keluar. Ayah said ok.

That 1st date sgt nervous. Tp bukan dating pun. Kesian hubby. Dia jadi mangsa keadaan. Dia terpaksa tolong kita dgn officer kita run the program, beli brg2 and pergi ke a few tempat. Memang kesian kat dia. Tapi last2 seblom balik, kita dapatla duduk dan minum seteguk dua air sebagai tanda terima kasih.

Bermula dari situ, kami mula la berjumpa dan keluar seperti pasangan2 yang lain. Kita yakin dengan dia sebab dia berani dan jujur. Bermakna dia bukan berkawan dgn kita untuk jadikan kita sebahagian dari koleksi. Dan Allah itu telah mengaturkan segalanya. Pada masa tu, kita ada la putus harapan dengan seseorang demi seseorang. Tapi bukan kecewa...cuma malas nak tunggu lah. Kebetulan minggu sebelum tu kita ada ckp dgn mak : Kalau kita tak jumpa calon, kita tak yah kawenlah mak yer, kita duduk dgn mak dgn ayah sampai tua, nnt kita pegi Mekah sama2...heheheh. Allah itu Maha Berkuasa kan..dia datangkan pada kita lelaki yang jujur ini diluar dugaan kita.

Step seterusnya, posting di lain hari yer. Tungguuuu....

Sabtu, 23 April 2011

Cuti-cuti Cinta

Assalamualaikum semua.....
Apa khabar minggu nie? Waa...dah ada plan ke? Hehhehehe. Actually, bebaru nie adalah kita menonton Cuti-Cuti Cinta di pawagam Astro. Mcm biasalah kita nie kan suka2 jer nak komen2 pasal movie walaupun bukan orang seni.

Hasil garapan Ahmad Idham. Okla...ringan. Sesuai untuk bersantai. Kdg2 ada jenis filem yang kita nak tonton untuk bersantai dan hiburan ringan, tapi disebabkan kejelikkan, maka kita jadi tertekan. Ha..saper pernah rasa mcm tu? Angkat sikuu...

Uisshh...kita dah merepek pulak.
Nora Danish ok-ok jer dalam nie. Tak nampak gedik sgt seperti mana watak tu nak. Manja yess...gedik no. Ciri2 sbg bos dlm syarikat bapa dia pun..no no no...

Farid Kamil memang ok. Terasa hidup sikit cerita nie dengan kehadiran Farid Kamil. Especially part kat atas bot di tengah laut sambil disirami 'hujan' sampaila terdampar di pulau, sampaila di rescue. Mungkin emosi 'cinta' Farid Kamil pada Nora Danish boleh diusahakan lagi. Dalam nie nampak mcm disurface jer. Nampak la dia suka, tapi cinta mendalam tu kurengg sikit. Nora Danish plak yang lebih berhasil mengekspresikan cinta tu. Memang Ahmad Idham berjaya menghasilkan filem cinta tanpa ungkapan I luv U dan yg sewaktu dengannya. Tapi cabarannya ialah mengungkapkannya melalui body language.

Cat Farish kenapa agak kurang natural dalam filem nie, ek? Kita selalu menantikan lakonan Cat Farish sbb usually dia sangat natural, spontan dan memancing tawa. Tapi dalam filem nie seolah2 dia terlalu terikat dengan skrip. Even memek muka pun nampak seperti dipaksa. Sayangnya...

The Fabolous Cat yang lain tu, so and so la. Tak apala...masing2 pun baru nak mencuba.

Azizah Mahzan dengan Zaibo mcm biasa begitu komited dan mendalami watak masing2. Serasi juga gandingan pasangan nie yer.

Apa2 pun, walaupun dialog x banyak, tapi Kaza tetap mantep. Kita memang suka la lakonan dia walaupun dia x hensem hahahahah

Overall, 3.5 bintang out of 5 kita bagi. Kedekut kita kan...? Menariknya hubby kita yang agak negatif dengan mutu filem komedi romantik nie, ketawa berdekah2 waktu babak terdampar di pulau. Bukan senang nak buat dia terpikat.  Tu yg ada extra .5 markah tu.

Boleh tonton. Sokonglah industri perfileman tempatan.

Makan di Melaka : Warung di Bt Berendam

Ok, dah lama tak cerita pasal makan2 kan? Memandangkan hari nie hari Sabtu, kedai nie memang buka. Kitorang selalu juga lunch disini. Sama ada makan disini, atau tapau lauk bawak balik. Selalu gak ngelat. Bila family dari PD nak dtg Melaka dulu, pukul 11 dah siap2 bungkus lauk kat sini. Balik rumah masak nasi jer...heheheh.

Opss sorry. Rasanya tak ada nama kedai warung nie. Direction dia :
- Dari Alor Gajah/ Cheng ke bandar Melaka, masuk kiri di traffic light petrol pump ( x ingat Mobil atau Caltex) menghala ke Pasar Borong/ Bt Berendam.
- Melepasi supermarket Cowboy, Bintang dan seterusnya pasar borong, terus maju ke hadapan, nampak warung nie disebelah kiri tepi jalan, betul2 di simpang masuk ke supermarket Family Store.

Rasanya clear dah tu.


Ok..x dapat nak snap dengan cantik. Masa nie kebetulan tgh peak hour. Ikan bakar dia memang sedap. Setaraf dengan Jalan Bellamy, tanpa suasana hiruk pikuk dan cuaca panas. Lauk memang ngam soii... Sedap2 belaka. Antara lauk yang sering dapat perhatian:
- Ikan pari asam pedas
- Asam pedas daging tetel
- Ikan, ayam berlado
- Masak lemak telur ikan
- Ikan kembung besar percik
- Keli panggang bersambal
...dan berjenis2 lagi deretannya.

Warung nie Ahad tutup yer. Harap maaf. Tapi kalau ke Melaka hari Sabtu, ini adalah salah satu pilihan untuk menjamu selera dengan harga yang amat amat amat berpatutan

Jumaat, 22 April 2011

Harga Minyak Petrol Naik Lagi?

Dengar news dalam kereta yang mengatakan kerajaan menafikan akan menaikkan harga minyak dalam masa yang terdekat nie.

Sila takrifkan masa terdekat.

Seminggu, sebulan, sehari atau sejam? Apa kata takrifnya ialah 3 hari. 3 hari kemudian naik pulak harga minyak tu. Nak kata kerajaan menipu, atau kita yang tertipu?


Harap2 janganla mlm nie pula naiknya...

Kenapa bunuh bayi itu?

Assalamualaikum warahmatullah. Salam hari Jumaat semua pembaca blog sekalian. Semoga hari ini Allah berikan rahmat dan kebahagiaan untuk anda semua dan dipermudahkan urusan kita semua. Amiin.

Dalam surat khabar New Straights Times hari ini, muka surat 5, ada laporan berita tentang kematian seorang bayi berusia 20 bulan, lebih kurang setahun lebih. Kanak2 yang sangat comel dan tembam itu di bawa keluar oleh boipren ibunya( seorg warga Thai) dan terus hilang hingga esoknya hospital call ibu kata anaknya dah mati. Polis terus tangkap boipren ibu tu sbb kanak2 tu ada tanda2 dibunuh. Kulitnya lebam seperti dilemaskan.

Ya Allah, mengapalah manusia ni sanggup kan. Dulu kisah buang bayi. Lately nie pula kisah bunuh bayi, bunuh kanak2. Kejamm...

Marilah kita bersama2 membina generasi yang caring....

Khamis, 21 April 2011

Jalinan Blog : Bable Bla Bla Blup Blup

Eheh...perasan tak..perasan tak??

Kita ada scandal jugak..ngeh..ngeh... Ini semua Cik Mat la punya pasal nie...jeles nengok scandal CMG.
CMG ajar kita semua mcm mana nak buat scandal dalam memajukan blog spt beliau dan partnernya.

Khas untuk Cik Mat Gebu :
Cik Mat, kita nak ucapkan terima kasih bnyk2 sebab sudi berkongsi ilmu pengetahuan dgn semua pembaca blog Cik Mat. Sekarang nie, kaum wanita dalam ofis kita semuanya dah 'ketagih' dgn blog Cik Mat. Kita bangga sebab kita berjaya pomot blog Cik Mat. Yg utamanya ialah kita tau Cik Mat sangat ikhlas berkongsi resipi. Terima kasih sekali lagi.

Ok..utk pembaca2 blog ini, kita persilakan menjenguk blog kawan kita yang telah mula jatuh cinta dengan dunia blogging. Mari kita sama2 memberikan motivasi kepada beliau. Terimalah.. naTamier

Kita dalam usaha memperkenalkan beliau dalam dunia blogging perlahan2. Berikan tepukan gemuruh...yeyyyy....

Pengalaman Dating Yang Paling Memalukan

Actually rasa mcm nak join contest pulak..heheheh. Ni, blog baru Cikgu Cinta taw. Sila klik sini untuk join. Nak join kena buat nie :

1. Banner : Done


2. Follow : Done

3. Tag 3 org. Alamak. Harap2 mereka nie semua sudilah yer.
a. naTamier
b. Akak Nora
c. Mama Zakuan
ok. Siap

4. Karangan. Here it goes.

Tahun 1996 atau 1997. Tak ingat. Kita adalah seorang student masa tu and si dia pula adalah seorang Jurutera Marin yang bekerja di atas kapal dan sering belayar ke pelosok dunia. Port Dickson (hometown) ialah salah satu pelabuhan yang sering disinggahi oleh kapal beliau. Setelah sekian lama beramah mesra melalui surat dan telefon, maka kami pun berjumpalah. Mak kita hantar kita ke bus station di pekan. Pakai ala2 feminin. Kebetulan ada kasut yang ada tumit jer masa tu, tapi rendah la tumitnya. Jadi kita pakai. Bila jumpa, kami naik bas dan menuju ke Telok Kemang utk melawat kwsn pelancongan. Sepanjang perjalanan dengan gahnya kita menjadi tourist guide. Sampai ke destinasi, kami pun turunlah tangga bas bersama2 dengan org lain. Elok nak jejak ke tanah, boleh pulak kita terpelecok. Si dia sempat tangkap kita sebelum menjunam ke tanah. Punyala malu. Tapi kita cover malu dgn lagak selamba. Bila lintas jalan raya untuk ke pantai, kita rasa lain macam. Tetiba si dia tegur : Eh, kasut u punya tumit patah sebelah la.. Adooiii makkkk..malunyaaaaa...Dah tak boleh cover lagi. Sampai balik kita kejap2 dok tutup muka. Itulah pengalamannya.


Ok done.

P/S : Dd, hang ingat tak pasai nie...?

Ada apa dengan ... NASI??!!

Nasi ialah makanan ruji utama di Asia, bukan hanya setakat di Malaysia. Nasi juga telah diolah mengikut peredaran zaman kepada pelbagai resipi baru disamping mengekalkan resipi tradisi. Nasi juga dimasak daripada pelbagai beras yang berlainan jenis. Mengikut kata hubby, di Jepun ada beratus jenis beras sehinggakan pada temasya keramaian, diadakan pertandingan meneka jenis beras. Peserta akan ditutup mata dan akan diberi makan nasi yang dimasak dari jenis beras yang tertentu. Sesiapa yg dapat meneka dengan tepat nama jenis beras tersebut akan membawa pulang hadiah.

Sebenarnya zaman IT dan moden nie, memang tak perlula manusia seperti kita yang meluangkan masa di depan TV dan komputer untuk makan nasi dengan banyak. Kita hanya perlukan tenaga untuk menaip dan menekan remote kontrol (selain rutin harian yang tiada beza dengan generasi terdahulu). Berbanding generasi awal yang terpaksa mengharung hutan belantara untuk ke sekolah, meredah belukar dan menoreh getah di kebun yang sangat luas serta meraduk paya dan sawah untuk menyemai dan menuai padi.

Tapi kita tetap dengan pilihan itu. Setiap kali lapar, minda kita terus tertumpu kepada imej timbunan nasi di atas pinggan dan diiringi dengan lauk2 sampingan yang membuka selera. Contohnya seperti gambar di atas. Di tambah pula dengan fitrah lauk pauk Melayu yang lazat dan berkrim santan yang pekat, bersambal tumis yang diselerakan dengan kilauan minyak penumisnya, hatta kerabu yang dicampur dengan parutan kelapa muda yang lemak.. memang sangat membantu sistem badan kita menternak lemak dan kolesterol dengan jayanya.

Kita tahu bahananya kolesterol itu dan kita sedar posisi obesiti dek lemak yang melekat, tapi kenapa kita harus tewas dengan godaan nasi itu? Tak adakah substitut yang lain? Uishh...banyaaaak lagi yang boleh dimakan, tapi pilihan tetap pada nasi. Kenapa?

Tujuan entri ialah : Pedulik haper aku...aku lapo..nak makan nasi... Kolesterol citer kendianlah...
Eh..jom lah makan sekali.. Ini, hidangan Nandos di JJ Ayer Keroh, Melaka.

Isnin, 18 April 2011

Isnin : Penat dan Ngantuk lagi

Weekend nie penat sangat lagi. Jumaat ptg, bergegas2 drive balik ke PD. Sebaik lepas solat dan makan lebih kurang, kelam kabut ke Seremban dgn parents and Adam. Sampai ke bus stand Seremban, mulakan pencarian tiket bas ke Kuantan. Mujurlah ada lagi tempat kosong dalam bas SP Bumi. Transnasional dah habis. Adam sgt seronok sbb boleh gerak ke Kuantan mlm tu juga. Kalau tiket habis, jawabnya ikut parents balik ke PD and gerak ke Kuantan esok paginya. Tp harus membuang masa la kan. And Adam pun dh excited nak naik bas malam. Kalau naik bas siang..panas...nak tidur x lena..kepala pening.

Tiket bas tertulis waktu bertolak 9.30 malam. Tapi 9.35 baru bas sampai. Driver tu boleh lenggang2 kangkung lagi turun naik..borak..sapu sampah...adoii...dah la behind schedule. Bas gerak about 10.00pm menuju ke Kuantan mengikut hiway Karak. Malangnya dia singgah pulak kat Kajang..amik passenger lain lagi. Adoii..ini bukan ekspress namanya nie. Last2 tiba di Kuantan dalam jam 3.30 pagi. Letihnya. Adam tidur dgn sangat lena dalam bas. Tapi dia ada la mengadu dia kata sejuk sgt, walaupun kita dah selimutkan dia 2 lapis.

Sampai di Kuantan, hubby dah standby tunggu. Pergi minum teh dulu pepagi buta tu... Lepas tu baru balik rumah. Tapi nampak keadaan Adam mcm lemah jer. Maybe dia still letih kot.

Sampai rumah, Adam x tidor, kita dgn hubby dah hanyut dh sbb terlalu letih. Subuh, Adam kejut, dia kata dia muntah2. Dia kata dia rasa dia kena diarhea. Ayoo..sudah makan apa dia semalam? Must be food yg dia makan di sekolah, sebab dinner tu semua org mkn benda yg sama and org lain ok jer. Tp menjelang pagi, dia kata dia ok sket dah.

Pergi w/shop dulu, amik kereta hubby yg sakit. Dh sihat sikit dah..ok la..bolehlaa bwk keter kita balik KL. Tgh hari, cari klinik, tapi desired clinics tu semua tutup plak. Adam beria2 convincekan we all, dia kata dia dah ok. Tak perlu ubat lagi. So, kita belikan dia air 100 plus and Gatorade jer, takut dia dehydrate. After lunch, jalan2 di Pantai Sepat kejap, ambik angin...and balik rumah. Sambung rehat (ZZZzzzz). Mcm tak cukup tidor sgt rasanya. Adam x tidur gak. Dia marathon tgk dvd sampai 5 cerita. Lepas Maghrib, dia tetiba dtg bisik2 kat kita. Tanya ada panadol x..dia pening kepala. Kita bagi dia sebiji...tp tetap risau. Mlm tu sebelom kuar dinner, kita bisik2 dgn hubby, cari klinik juga sbb risaukan dia. So, lepas dinner, gie la cari..and jumpa klinik 24 hours. Alhamdulillah. Doc kata perut Adam mmg memulas2. Bagi ubat..drink a lot of water and rest. So...balik rumah and rest dengan dia...

Sunday pagi kemas rumah, breakfast pun ala kadar jer... and kuar cari lunch. Hubby kata nak ikut balik PD. Dia risau apa2 jadi di tgh jln nnt. So, hantar Adam ke PD lepas lunch di Kuantan. Tiba di PD, lebih kurang 5.30 ptg.  Bila nk gerak dr PD, tetiba hubby plak teringin nak ke Melaka, jenguk pokok jambu dia. So, Maghrib, we all sampai di Melaka. Lepas kemas2 rumah lebih kurang, gerak pula ke rumah MIL. Dinner kat situ, about 10.30pm baru gerak semula ke Kuantan. Tiba di Kuantan, 2.30 AM. Plan kita, kol 5.00 AM nak gerak ke KL, tapi x terdaya rupanya...alarm bunyi langsung x sedar. Sedar2 dh azan Subuh. Adoii..lewat lagi. Lepas bersiap... terus gerak ke KL. 10.00 AM tepat sampai di opis dlm keadaan otak kurang waras. Mcm ketatt jer otak hari nie...mcm jem jer. Nak pk apa semua pun mcm tak lincir.

Saper kata weekend utk rehat? Weekend lagi penat dan padat tauuu.... Aduuhhh...

Memasak di Dapur Kayu


Ini adalah contoh sebuah dapur yang menggunakan kayu sebagai bahan pembakar. Gambar diambil daripada sini. Kita tak ada gambar la dapur kayu kat rumah nenek kita dulu. Kalau kita terjumpa, Insyaallah kita scan kan. Dalam gambar nie pun bukannya nenek kita. Tapi nak tunjuk contoh design dapur nie jer.

Puncanya, adalah daripada perbualan semasa makan tgh hari dengan rakan2. Ramai yang tak berapa tahu tentang kaedah memasak menggunakan dapu kayu nie. Mungkin ini adalah sesuatu yang dapat dijadikan rujukan generasi muda zaman sekarang.

Hmm...kita tinggal bersama nenek dan atuk sejak bayi lagi. Samalah condition dengan diri kita sekarang, mak dengan ayah kita dulu kerja. Kebetulan pula kita memang cucu sulung. Atuk dengan nenek kita dulu sangat seronok menjaga kita. In fact sampai sekarang nie, dah tua bangka nie pun kita masih manja dengan nenek lagi. Every week jumpa nenek mesti berpeluk cium, tidur sebantal dengan nenek.

Jadi, nenek kita dulu2 memasak pakai dapur kayu nie. Dapur gas pun ada, tapi atuk dulu suka lagi nenek masak pakai dapur kayu nie. Nampak tak kat bahagian bawah dapur tu, ada tempat untuk letak kayu api. Kalau nampak stok kayu api dah tinggal sikit kat bwh tu, kita kena tolong nenek dengan atuk bawak masuk kayu api petang2. Ada store kayu api kat tepi kebun getah belakang rumah. Nyampah tau kalau kena tolong. Bukan apa...jadi berlengas, berhabuk, lepas tu nyamuk mesti banyak. Hujung2 minggu, atuk kita masuk kebun getah dengan pakcik dan makcik kita pergi cari stok kayu api, letak dalam stor tepi kebun. Ha, mcm tu la prosesnya.

Kat kaunter yang paras pinggang tu, dah dilapikkan dengan tanah liat untuk kita membakar kayu dan memasak. Setiap kali nak masak, kita nyalakan api dengan mencucuh cebisan kertas surat khabar. Tiup2 sampai merah mata dan muka kepanasan dan kepenatan. Kita tak tiup pakai corong buluh tu...original pakai corong mulut jer. Kadang2 kita ngelat. Bila atuk dengan nenek tak nampak, kita curahkan minyak gas sikit..heheheh. Atuk tak kasi curah minyak utk nyalakan api sbb dia takut rumah terbakar dan rasa masakan tu nanti ada bau minyak.

Masak nasi paling senang dan paling kita suka. Tenggek jer periuk nasi atas api yang menyala, tunggu sampai mendidih. Bila dah didih, tutup 3/4 periuk tu dengan tudung dia. Selalu tgk air dia. Bila dah kering air, terus kirai2kan kayu api tu dan tinggalkan bara2 jer. Tutup rapat tudung periuk dan himpit dengan benda berat. Contohnya lesung batu atau kayu yang berat. Atuk dulu sediakan kayu beluti yang dikerat pendek dan dicantum dua sebagai pemberat. Lepas tu biarr jer. Ala, mcm kita masak dlm ricecooker tu. Nanati bila bara dah padam, nasi tu confirm dah masak dan tak hangit.

Banyak kenangan masa memasak pakai dapur kayu nie. First time kita masak sorang tanpa bantuan nenek masa form 3, lepas habis SRP sebab nenek dgn atuk pergi Haji. So, kena masak utk adik2 dan sepupu2 nak makan. Makcik pakcik pun kerja. Masa tu memang betul2 rasa dah bertukar drpd kanak2 kepada menjadi seorang wanita sejati. Ecehh..gelikan dengar...heheheh Tapi mmg penat la.

Sekarang semua dah mudah..itupun malas lagi nak masak ker? Adoiiii....

Ahad, 17 April 2011

Birthday Dinner : Firdaus

I have a nephew. He stays with my parents in law in Malacca. His parents are in Seremban. Biasalah atuk nenek nak jaga cucu. He celebrated his 9th birthday on 28th Feb 2011. Since I know that I will not be available on that day, I went back to Malacca few days before that and ask him and parents in law to have a dinner together. Adam and hubby didn't join. But at least I was there. We had a steamboat dinner at Johny's in JJ Ayer Keroh. He loves the steamboat and so does the atuk and nenek. I hope he knows I love and appreciate him as well, though he is not my son.

Pictures:



Sabtu, 16 April 2011

Aiskrim semangkuk

Cuaca panas2 nie...kalau dapat menikmati aiskrim semangkuk memang best kan...

Sehari di Kuala Terengganu

Well, since dah duduk di Kuantan nie kan, habis la juga bandar tu we all explore bit by bit. Tp mcm biasa, our family nie suka buat ad hoc plan. Ada one day, buat kerja gila. Selapas habis memancing di Pekan, Pahang, dinner kat Kuantan and merayau2 dalam bandar, suddenly terlintas utk ke Terengganu. Well..that time dah past midnite. Since nothing much should be worried about, we headed to KT right away. Tak singgah rumah pun sebab baju spare untuk the whole family memang sentiasa bersedia dalam bonet kereta. Bila mengantuk, we stop by at petrol pump and tidur dengan nyenyak. Adam sgt seronok sebab the whole seat belakang tu dah mcm private bed utk dia pulak. Siap bantal selimut. Maklumla..petang tu kan pergi fishing..berkelah sekali la. Lalu di Paka, dah almost Subuh. Sangat cantik dan damai pemandangan kat situ. Mcm tak puas tengok. Tapi kan dilarang ambil gambar kan.

By Subuh, sampai di KT. Lepas solat di masjid Tengku Zaharah tu, headed to Pasar Payang rite away. Makan dekat food court dia. Ada satu stall tepi sekali. Umi tak silap nama stall tu. Atas meja dah mcm2 food ada. Just ambil apa yg berkenan and eat. Ala2 buffet pulak rasanya. Something different. First time datang kan..so tercangak2 juga la... Apa ini, apa itu, mana kuah..mana sambal, kuih apa...semua questions.                                               

Yang ini...antara menu yang disusun. Mee goreng. Soo kampung kan. Mengimbau pemandangan dan kenangan warung kopi di kampung masa kecik2 dulu. Beshh..


Ini adalah nasi dagang yang dibungkus bentuk kon. Memang unik kan. Ada telur rebus, ikut selera masing2 nak makan dengan apa.


Yang ini pula, rupa2nya kuah gulai nasi dagang. Jadi, pelanggan di warung nie, saling bertegur sapa sebab kena share tong gulai yang sama. Self service kan. Makan sampai kenyang pun jumlah harga sekeluarga masih lebih murah dari harga buffet breakfast utk seorang di hotel 3 bintang.


Dah kenyang makan, apa lagi meronda2 la di Pasar Payang tu. Tak membeli sgt pun...lebih kepada cuci mata jer. Bila dah penat, we all mula bergerak ke Masjid Kristal. Disebabkan bukan musim cuti sekolah, maka agak lengang la kawasan masjid. Memang cantik. Tapi dulu ingatkan masjid tu besaaarrr...rupanya comel2 jer. Sampai situ, barulah we all anak beranak mandi manda...heheheh. Boleh? Sbb ada shower room kat situ. Kalau mandi sebelum ke Pasar Payang..nnt bau ikan sampai ke petang. Lg pun kat Paka before Subuh tu dah refresh. Meh layan gambar2 nie.




Selepas mandi manda, posing2, we all gatal2 pula pergi tengok bot. Niat hati nak naik bot pelancong menyusuri Sg K. Terengganu tu. Tiket boleh tahan juga. 10.00 seorang. Eh,sama mcm bot kat Melaka... Anyway, tak boleh naik lagi sebab tak cukup 10 orang. Minima 10 orang, baru bot boleh jalan. Hmm..yang ini x sama dengan bot kat Melaka. Kat Melaka, berapa ada orang...cukup time jer, bot jalan. So, kat Terengganu nie, kami terpaksa la menunggu. Makan2 aiskrim segala. Lebih kurang satu jam juga, baru cukup orang. Seronok juga naik bot tu. Ada penerangan jelas daripada pemandu pelancong. Nothing much. Cuma perceritaan mengenai persekitaran persisiran sungai. Tp yg menariknya, nampak tempat untuk membina bot. International company tau. Bangga sangat sebab Malaysia ada rupanya industry buat bot besar2an mcm nie.
Sorry, x dapat nak ambil gambar. Habis battery la pula masa nie...

Lain kali nak pergi lagi.... Tak habis pusing lagi nie...

Jumaat, 15 April 2011

Di hutan belantara tu jugaklaa nak matinya...

Tak sabar nak tunggu habis kerja petang nie. Tak tau apa yang akan berlaku. Bukan apa....kereta hubby rosak ari tuh...huhuuuh. Masa tu kita yg drive. Kita bawak balik PD sbb keter kita service kat w/shop Kuantan nu. Bila weekend minggu lepas, mcm biasa laa, meredah jln PD, K.Pilah, Muadzam and Gambang utk ke Kuantan tu. Sekali ngam2 sampai ke jambatan yg sedang dalam pembinaan antara Muadzam dan Chini, maka adala jln lencongan yg kabur berdebu dan penuh dengan lopak lubang, bolehkan enjin mati plak. Adoiiii....tgh2 hutan belantara, ber-2 jer dengan Adam, dah dekat Maghrib la pulaaakkk...

Call hubby, kelam kabut dia gie w/shop, angkut mechanic 2 org ikut sekali. Penuhlah bonet kereta kita yg hubby bwk tu dgn brg2 emergency w/shop. Sbb x tau apa rosaknya, so standby jer dgn segala brg yg ada kemungkinannya. Pukul 9 MLM baru hubby sampai. Maklumlaa..jauh kan. Nasib baik keter tu pun ngam2 jer berenti kat bwh lampu jln. Terang dan kurangla takut sikit.

Inilah enjin kereta hubby yang sedang di analisa oleh pakar2 enjin di import dari Kuantan. Cahaya mcm tu dah kira terang benor dah dalam hutan belantara tu. Tapi tak boleh nak tolong. Timing belt kita putusssss...uwaaaaa..... So, keter kita last week kuar w/shop, keter hubby plak masuk w/shop. Sob..sob... $$$$$. Keter kami nie terperanjat la agaknya. Sejak pindah ke Kuantan nie bnyk sgt ragamnya. Terperanjat kot sebab tetiba kena travel jauh dengan kerap. Tp mengikut kata w/shop owner tu, consider keter we all nie mmg x bnyk masalah. Maklumlaa kan...dah bertahun..tahun..tahun dan tahun tahun lagi guna. Mileage pun tgk dh kesian. Tapi gagah perkasa lagi dia tu.

So, minggu nie terpaksa laa pakai keter adik kita. Hubby kita dok drive keter kita lagi kat Kuantan. Mlm nie kalau sempat, beli tiket bas utk balik Kuantan, tgk keter. Kalau x der tiket...balik esokla gamaknya.
Sangat2 bnyk cabaran dan dugaan.

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

Dah lama betul rasanya tak join segmen dari Ben. Ini kebetulan kita ada sedikit masa sementara menunggu report, boleh la nak join sikit. Saja kasi meriahkan keadaan. Ben soh letak banner header yg baru kat bawah tu, tapi rindulaa dengan header lama tu. Kita letak juga la yer....

Ok Ben....kita join yer.... Ops..link segmen kat sini :  Kasi Gegarrrr....

Hak Wanita dalam Percintaan




Posting kali nie adalah berikutan daripada rencana dalam akhbar Utusan Malaysia semalam. Online, boleh baca di sini. Ini mungkin sudah jadi trend untuk wanita zaman sekarang. Sanggup gadai hak diri demi untuk menunjukkan kesetiaan. Kita tak mention pasal maruah yer...kita nak discuss tentang hak wanita.

Kita rasa masa zaman dulu2, wanitanya lebih berani dan lantang. Mungkin peredaran masa yang dipenuhi dengan didikan tatasusila serta didikan agama memberikan mesej yang tidak jelas kepada wanita zaman sekarang. Ramai wanita zaman sekarang di asuh dan dididik untuk taat kepada suami. Memang betul. Tetapi sejauh mana kita perlu taat kepada suami? Sebelum berkahwin, apakah kita sudah pasti kita betul2 memahami hak2 isteri dan hak2 suami? Ok, bukan suami saja yang ada hak di dalam rumahtangga. Wanita juga mempunyai hak2 nya sendiri.

Jadi, bila di alam persekolahan, murid2 didedahkan dengan hukum syariah yang mengatakan taat pada suami dan Allah adalah jalan pintas ke syurga, maka wanita2 ini berlumba2 mengumpulkan pahala. Alhamdulillah.... Namun ramai yang di kalangan wanita ini menuruti suami dengan membabi buta tanpa menghiraukan diri sendiri.

Dengar tak ustaz kata di sekolah? Taat pada suami selagi tidak melanggar syariat. Maka kita pun tak pasti sama ada menyakiti isteri secara zahir mahupun emosi itu adalah melanggar syariat? Hmmm... untuk yang bernikah. Janganlah tandatangan lafaz taklik yang dibacakan kadi itu sekadar untuk posing kamera. Baca, dengar, fahamilah dan yakinlah dengan taklik itu. Itu adalah sempadan yang tidak harus kita jejak. Sekiranya sempadan itu di bawah telapak kaki kita, maka goyanglah keluarga itu.

Ok, berbalik kepada cerita di atas nie. Wanita muda. Cantik. Di ngorat oleh jejaka dengan ayat2 manis. Dek kerana sayang, kita percaya dia berazam untuk menjadi seorang isteri yang baik. Maka dalam mencapai azamnya itu, dia melatih dirinya untuk berkorban sama seperti wanita seharusnya berkorban untuk suami. Maka dengan itulah dia rela dipukul berkali2, dikongkong sedemikian rupa, sanggup hilang kawan dan sanggup merahsiakan dan memendam kesengsaraan hati dan fizikalnya dari pengetahuan keluarga yang sentiasa menyayangi dia setulusnya. Sehingga ke saat dia dirogol oleh kekasihnya selepas kekasihnya itu pecah masuk rumah sewanya dan dipukul sehingga cedera dan pengsan. Syukurlah dia masih kuat dan waras untuk melindungi dirinya dan BERTINDAK setelah tiba ke level itu.

Masih banyak wanita yang rela dipukul dan dicederakan oleh lelaki atas nama ikatan perkahwinan. Inilah silapnya. IKATAN perkahwinan. Perkahwinan bukanlah mengIKAT! Perkahwinan ialah PERKONGSIAN.  Kita berkongsi suka, duka, miskin, kaya, susah, senang, tilam, bantal, anak, keluarga... semuanya kita kongsi. Jadi mengapa perlu satu pihak berada di atas dan satu pihak lagi harus merayu? Memujuk bukan merayu ok. Merayu ialah untuk meminta belas ihsan. Stand-up women. Berjuanglah untuk hak anda di dalam keluarga sekiranya anda dikhianati dan dikasari.

Namun, sangat ramai wanita yang sangat beruntung kerana mempunyai suami yang sangat memahami hak masing2 di dalam keluarga, membahagiakan dan betul2 berkongsi segala2nya di dalam hidup mereka. Tapi kasihan, bila dimanjakan sedemikian rupa, wanita ini pula hilang timbang diri. Mereka lupa tanggungjawab mereka pada suami dan keluarga. Lupa pula hak suami. Macam tu lah putaran dunia. Cuma yang bertuahnya lelaki2 ini, walaupun begitu, isteri mereka tak la sampai tampar terajang mereka. Setakatkan deraan emosi semata2. Tapi kalau wanita dizalimi lelaki, bukan setakat emosi, nyawa pula jadi taruhan.

Kebetulan, kita menonton filem Enough lakonan Jennifer Lopez malam tadi untuk kesekian kalinya. Kita rasa, setiap wanita harus menonton filem ini. Kita nak cuba la cadangkan pada Datuk Shahrizat Abd Jalil tentang filem ini ditayangkan pada setiap sambutan Hari Wanita. Ha ganas kan? heheheh. Moralnya, kita harus bangkit apabila kita jatuh dipijak oleh orang yang kita sayang. JLo mencuba pelbagai alternatif untuk menyelesaikan kemelut keganasan rumah tangganya. Dia bersabar, dia berbincang, dia lari, dapatkan bantuan, cari nasihat guaman dan akhirnya terpaksa menyerang apabila tiada jalan lain. Mungkin itu adalah jalan terbaik untuk dia di tempat itu, di masa itu, di agama itu dan di masyarakat itu. Yang pasti, kekuatan dan semangat itu datang dari anaknya. Naluri ibu untuk menyelamatkan anaknya, melindungi anak itu dari segala bencana.


Ketahui hak anda sebagai wanita. Know your limits. Sayangilah ibu dan isteri anda....

(semua gambar kredit pakcik google)

Khamis, 14 April 2011

Nasi Goreng MERBAHAYA


Bila duduk sorang2, mula la selera tu merapu jer kan. Biasanya kalau makan ramai2, kita kena ikut dan pertimbangkan selera dan keadaan kesihatan perut orang ramai. Bila masak untuk diri sendiri, baru la boleh nak lepaskan geram. Ha, ini nasi goreng yang di masak last week untuk breakfast. Takut kan tengok kaler dia. Ijauu jer. Ha..memang cili api semata dalam resipi nie. Tak fancy pun sebab purpose tekak arie tuh mmg nak makan nasi goreng yang simple mcm masa dolu2 and pedas. Ada la campur sayur kangkung, tapi boleh kan tak nampak pulak masa posingkan dalam pinggan. Apa2 pun dah selamat ngap.

Bahan2:
Nasi 2 cawan
Cili padi hijau 20 biji
Ikan bilis setengah cawan
Bawang merah 5 biji
Bawang putih 3 ulas
Belacan 1/2 sudu kecil
Kangkung sedikit.
Minyak untuk menumis

Cara2:
1. Tumbuk segala bahan2 di atas, kecuali nasi dan sayur. Jangan hancur sangat. Kasar2 sikit pun x apa.
2. Pastikan nasi dah terlerai dan berderai. Jangan berketul2 atau berbuku2 lagi.
3. Panaskan sedikit minyak. Jangan banyak sangat. 
4. Tumis segala bahan tumbuk hingaa sedikit garing dan wangi.
5. Masukkan nasi dan sayur. Gaul sebati.
6. Kalau nampak nasi terlalu kering, kecilkan sedikit api dan renjiskan sedikit air masak.
7. Bila dah ranum dan mengancam, bolehlah hidangkan.

Amacam? Senang jer kan? Saper pula yang tak pandai buat nasi goreng kan. Tapi sajer jer nak letak juga resipi. Ops, kita tak letak sumber resipi sebab memang sumber asal dari diri sendiri.

Kalau status perut anda bersopan santun, sila jangan cuba resipi ini kerana MERBAHAYA. Yang perut lasak, sila cuba dan enjoy...


Rabu, 13 April 2011

Car Club Convoy

End of February recently, I've joined the Car Club Convoy. It was organized for the club members to gather and get to know each other. The journey was from KL to Kuantan. Since hubby was in Kuantan and my weekends will be spent in Kuantan, I've decided to join the event. Kill 2 birds with one stone.

That was the very first time in my life that I've ever join a convoy like that. Adam has been looking fwd for the day since months before that. Oh yes..the arrangements took months ok. I have no problem because I do not have to worry about accommodation and other things. But other members need to arrange for hotels, dinner, water park at Gambang's entrance, etc..etc. Yea...I should join all the event scheduled, but I seek permission from the committee to be excused from a few events. Still need some times to spend with my own family and we have our own pre-arranged schedule as well.

The itinery : Depart from KL Sat morning, straight to Gambang Water Park, check-in hotel in Kuantan evening, dinner ikan bakar in Tg Lumpur, and gathering at Teluk Chempedak for teh tarik session. Sunday morning is visit to Rumah Anak Yatim, donate a little bit and enjoying the sata at Peramu. Evening, depart to KL. But we had appointments on Saturday, so decided to join the visit to Rumah Anak Yatim on Sunday. Sadly, both my car and hubby couldn't be started on Sunday morning. I dun know why, but both have battery failure problems. I guess, some alien spaceships landed in front of our house the nite before and they consumed all of our battery powers.

Anyhow, the journey from KL to Kuantan was so amusing. Most of the car types was the MPV type, except me and other two members were driving the hunchback type. Funny, all of these hunchback type were black in color. We were divided into 3 groups. A, B and C. Every 10 cars in 1 group. Everyone has been given the convoy's t-shirt and sticker for car, for record and arrangements purpose. You have to stick to your position according to the number and group. Cannot overtake cars or members in front of you. This is my number. I was in group C, last group but I like it because I do not have to worry about my speed limits.





Before the day, every members need to memorize all the convoy rules. So, everything must be in order. On the day, every member has to bring their own walkie talkie to communicate. I didn't have one...heheheh. So one of the members borrowed his to me. Adam was an excellent co-pilot. He make sure the smart tag device is in order, monitor every announcements through the walkie talkie and held the walkie talkie for me if I need to talk. He handed me drinks and gave me snacks whenever appropriates (when I started to doze off) and keep on talking to me to make sure I am awake all the time..hehehhe.
We stopped at Temerloh R&R. Most of the members enjoy the early lunch there, excluding me and Adam. We are going for a lunch appt plus we had a big breakfast in car (McD's). Pic was the parking arrangement when we stopped in R&R Temerloh. See other red cars? They were MPVs, except the right side. It was the new model of sedan, Chevrolet Cruze. Stunningly beautiful. Definitely not within my budget...hahahahah. Ok, see the black car? No..no..that was not my car. My car was behind it. I didn't make-up and put on extra accessories to my car. According to my mechanic, the car has been designed that way to serve every purpose it was built for. Which I think, it does make sense.

Anyway, this is my car. Sorry, it was the most dustiest and greyish car in the convoy ( though the original color is black). I really didn't have time to wash my car due to the tight schedule and journey. Still... I LOVEEEEE MY CAR. Has served me and my family the extra miles and she is such a strong hearted car. I adore her. Muaahh....love u car.



Well...I didn't really enjoy the convoy. Maybe because it was my first so I didn't prepare much for the event. But that's the thing. My initial nawaitu (intention) was to experience and learn what is a convoy. Now I know and Insyaallah I will join another convoy and make sure to prepare excellently. The most important thing is : Hubby MUST join.

Kentang Rangup Lembut

Waaa....sangat lama la tak update blog. Bukan apa, ada banyak sangat cabaran kehidupan yang kita terima lately nie. So, kita terpaksa melawat blog kita dan blog kengkawan in silent jer dulu sebab tak sempat nak beri komitmen dalam mengarang posting. This week ada ringan sikit walaupun segalanya masih belum berlalu.
Meh makan snek. Ini adalah kentang goreng rangup tapi lembut. Ha, mcm mana tu? Rangup dan lembut ek. Hehehhe. Idea datang daripada pasar malam di Alor Gajah nu. Ada one weekend tu, kitorang melawat pasar malam kat situ. So, si Adam dgn sepupunya si Firdaus tu dah terliur nak makan benda nie yang ada dijual di salah satu gerai. Beli bawak balik. Dalam kereta dah ngap separuh. Kat rumah ngap lagi. Memang sedap la rasanya. Jadi, kita pun try la nak buat snek ni juga. Trial and error. Inilah hasilnya. Sangat mudah. Sangat sedap. Sangat rangup tapi sangat lembut and moist.  Sekejap jer lenyap 5 biji kentang sekali hadap. Lenkali boleh buat lagi kot. Meh la tengok stail kita buat yer.

Bahan2.
Ubi Kentang 5 biji (potong berbaji / wedges)
Telur 1 biji
Serbuk kari 1 sudu besar
Tepung jagung 1 cawan
Serbuk kunyit 1/2 sudu kecil
Minyak untuk goreng terendam
Sedikit garam untuk perasa

Cara2:
1. Rebus kentang yang telah dipotong baji sehingga lembut. Masukkan sedikit garam.
2. Campurkan tepung jagung, serbuk kari dan serbuk kunyit. Gaul sebati.
3. Toskan ubi kentang yang telah direbus sebaiknya.
4. Panaskan minyak untuk menggoreng.
5. Celupkan ubi kentang dengan telur dan seterusnya salutkan dengan campuran tepung tadi.
6. Goreng hingga kuning keemasan.
7. Hidangkan dengan sos pilihan.

Ok. Mudahkan. Sesiapa yang sudi bolehlah mencuba. Selamat mengunyahh...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink