Rabu, 29 Jun 2011

Oolong Tea Health Benefits

Assalamualaikum.....

Ingat lagi tak teh nie? Ini namanya Dong Ding Oolong Tea. Err...kita ada posting kat sini hari tu.
Rupa teh nyer macam nie :


Nampak macam bergentel2 serbuk teh tu kan. Sebenarnya ianya bukan dalam bentuk serbuk. Ianya adalah bebola kecil. Setiap helai daun tu dikeringkan dan digulung kecik2 sampai jadik macam bola2 kecil nie. Bila kita rendam dalam air panas, boleh terpesona tengok daun2nya mengembang perlahan2 sambil mengeluarkan aroma yang sungguh harum.

Ada banyak benefits rupanya teh nie. Ini kita copy dari sini.


In China, Oolong or Wulong tea has long been believed to be beneficial in reducing and maintaining weight, but a study in 1998 confirmed that continous consumption of Oolong tea really does result in body weight reduction. More studies were conducted later on and found that Oolong makes body burn its own fat for energy. The weight reducing benefits of Oolong tea may also be a result of a fact that Oolong tea has absorption blocking potential.

Oolong tea is known to have numerous health benefits. It is not only renowned for its taste but also for its ability to boost our overall health. But for people who like to keep in shape, one of the most positive effects of Oolong is the effect it has on the waist line. It can provide excellent support to a weight loss program, especially those involving cutting out carbohydrates from the diet.

While naturally prepared Oolong tea is practically free of calories and contains just fractional grams of carbohydrates per serving, studies suggest that regular consumption of Oolong tea will speed up your metabolism so that you will burn about 80 plus more calories per day than you otherwise would. Oolong tea can also help you lower your triglyceride levels and even stave off the onset of type II diabetes.
Oolong tea diet is best in combination with a carb controlled (not carb eliminating) diet and it also provides more long term and lasting positive health benefits on top of the immediate benefits of weight loss. With reducing your fat deposits permanently and giving you more energy, this Oolong tea carb-controlled diet is likely to lead to a reduced risk of heart disease and type II diabetes.
Oolong tea will also provide your body with antioxidants which can prevent or undo the damage done by free-radicals. Furthermore, by removing free radicals from your bloodstream, Oolong tea can boost your skin health, immune system operation, and metabolic rate.
Ofcourse, a big part of a healthy weight loss diet are exercise, enough sleep and healthy eating habits. If you include Oolong tea in your diet plan, it promises to bring faster and more visible results.



Waaa....boleh reduce weight la kalau minum hari2. Tapi aduhaiii...tak sanggup la. Sebab ada minum hari tu, tapi asyik melepas angin jer.... Sampai senak2 perut menahan. Kejap2 nak kena lari ke toilet untuk lepas angin. Sila jangan baca dengan nada tak senonoh. Tapi baca dengan perasaan kesian.. Huhuhu...kalau kat rumah ok lagi kot. Ini kat opis...siksa sungguh. Lepas tu serik dah, terus x minum.

Tapi sayang la. Teh nie bagus khasiatnya. Walaupun dia kata boleh reduce weight, but I do not really trust that. Cuma percaya dengan khasiat yang ianya boleh tingkatkan metabolisme dan antioxidantnyer yang bagus.

Selain daripada teh nie, banyak lagi teh yang bagus. Yang paling mudah didapati ialah Green Tea Boh.

Jangan tak percaya, teh nie memang banyak khasiatnya. Sebaiknya diminum teh nie tanpa gula. Cuba nikmati aroma teh nie secara semulajadi dan rasanya yang sangat asli dan natural. Kalau sambil lepak2 dan borak2, minum teh nie, mesti cepat hilang dahaga berbanding dengan minum air yang manis. Air manis lebih menambahkan dahaga kita sebenarnya tau dan itu akan mendorong kita untuk minum dengan lebih banyak air manis yang mana ianya tak bagus untuk kesihatan.

Ok..selamat minum teh kengkawan....

Selasa, 28 Jun 2011

Tutup Facebook??

Assalamualaikum.....


Kebelakangan ini, ada yang sudah mula membicarakan beberapa tempias negatif tentang FB. Macam mana nak mulakan yer. Maybe kita bukan seorang yang gemar bersosial gamaknya. Tapi tak juga, kita suka ada ramai kawan.

FB nie wujud untuk kita menjejak rakan2 lama. Rasanya la kan.. Kemudian, ciri jejakan tu, di enhancekan lagi dengan wujudnya status update dan ruang perbincangan untuk bersembang secara personal. Bukan itu saja, ianya juga menjadi medan melepaskan kebosanan dengan mainan2 online yang mengakibatkan addiction di kalangan kaki internet. (oppss..kita pun addicted gak...to the blogging world..hahaha)

Tapi, sejak kita mula mengenal dan register dalam FB, kita agak kurang berkenan. Suka la bila dapat berinteraksi dengan rakan2 yang lain. Suka juga tengok gambar2 yang diupload oleh kawan2 yang lain. Tapi lama kelamaan kemudian, kita mula reserve sedikit demi sedikit. Ada rasa kurang senang.

Puncanya sebab ada perbincangan dalam FB tu, yang kita rasakan amat tidak sopan, tidak profesional, mengutuk, mengeji dan merendah2kan. Ok fine, itu salah manusia. Bukan salah FB. Tapi tetappp, FB ialah pemangkinnya.

Kita mula rasa kurang senang bila ada staff co. kita yang membincangkan tentang hal company di khalayak umum dan memberi ruang kepada orang yang tak ada kena mengena join party kutuk mengutuk walaupn mereka tak tau hal yang sebenarnya. Ini namanya penyebaran fitnah. Dan ada juga antara mereka yang block kan access sesetengah individual daripada 'melihat' mereka ini dalam facebook. Bila terjadinya begini, maknanya apa? Maknanya dia mengatakan secara tak langsung : Aku tak suka kau ada kena mengena dengan life aku. Ok....so kenapa dari awal mereka accept friend invitation? Oooo...sebab takut kecik hati. Abis bila blok tu tak kecik hati ke?

And ianya bertambah apabila kita membaca beberapa status dan perbincangan yang mempersendakan gambar2 yang diupload dalam page rakan2 mereka. Ok, kita tak banyak online FB, so kita tak banyak upload gambar. Tapi ada yang ikhlas upload sebab nak share dengan family member... namun tanpa disedari, ianya menjadi bahan gurau senda rakan2 yang mana empunya diri yang lurus ini tak sedar dia dipersendakan oleh orang sebelahnya sendiri.

Itu tak termasuk lagi dengan tagging friends. Semata2 untuk menyebarkan kepada kelompok yang ramai bahawa seorang rakan mereka tidur sambil menganga contohnya. Apakah itu? Kisah perjalanan ini, bersambung di dunia nyata menjadi serius. Menjadi alasan untuk berkelahi dan seterusnya berseteru dengan rakan2 sendiri. Bila ini terjadi, maka pincanglah institusi masyarakat, seterusnya memalukan umat Islam secara tak langsung. Tak malukah? Tak sedarkah?

Maaf, katalah kita tak mengikuti peredaran teknologi di zaman ini. Katalah kita nie kolot. Katalah apa saja. Kita ada pendapat dan pengalaman pahit sendiri. Dulu kita diamkan. Maybe kita seorang jer yang tak suka. Maybe orang lain boleh terima. Maka kita asingkan diri kita di tempat selesa kita sendiri tanpa mengikut sesiapa saja. Tapi, even kawan kita pun dah meluahkan rasa kesalnya. Baca kisahnya di sini.

Nasihat kita kepada semua pengguna facebook : Berhemahlah dalam berkomunikasi. Sama ada dalam perbualan nyata mahupun dalam apa-apa medium sekalipun, lontaran perkataan itu menggambarkan imej diri kita.

Untuk kita, KITA DAH TUTUP AKAUN FACEBOOK KITA. SORRY.....

Operasi BERSIH 2.0

Assalamualaikum.....

Macam mana? Sejak kebelakangan nie ada dengar tentang BERSIH 2.0 nie kan. Sebenarnya, kita tak berapa faham tentang apa itu BERSIH, kenapa ada perhimpunan, apa isu dan objektif dia dan sebagainya. Tapi ada la tanya pendapat kawan sikit dan baca sedikit sebanyak. Masih tak berapa faham. Dan rasanya bila kita baca sikit dan tau sikit, kita tak berminat nak tahu lebih mendalam. Pada kita, tak ada satu pun alasan dari pihak A dan pihak B yang jujur dan telus. Segalanya seperti menyembunyikan agenda tersendiri. Jadi, daripada kita terjebak dengan lebih jauh dan daripada terikat emosi dan akal fikiran dengan sesuatu ideologi, lebih baik kita meneruskan kehidupan seperti adanya seorang manusia sebagai hamba Allah selayaknya.

Kalau tak kuat iman dan tak dalam pengetahuan, jangan cuba mengail di lautan luas. Banyak pancaroba dan dugaan yang akan memesongkan haluan tujuan. Bahaya.

Umpamanya : Kalau ada paderi yang cuba mengajak kita berdebat tentang agama Islam, kalaulah kita belum cukup mengenal tauhid dan aqidah, lebih baik mengundur diri dan serahkan pada orang yang lebih ariff di samping kita menajamkan senjata pengetahuan kita sendiri. SEBAB.... kalau kita teruskan juga, dengan niat mempertahankan agama Islam dan menjaga maruah, akan ditakuti iman kita yang tergadai. Murtad itu hukumnya MATI! Selamatkan agama dengan tidak berdebat.

Secara sinonimnya, operasi BERSIH ini adalah ideologi yang baru. Kita belum tahu apa intipatinya. Baik kah atau buruk kah. Sebaiknya pada pendapat kita, abaikan saja. Banyak lagi perkara yang lebih penting untuk kita lakukan. Contohnya : tanam pisang kat kebun (nnt dapat makan buah), potong rumput kat kawasan rumah (supaya tak ada binatang berbisa geget kita), masak lauk spesel untuk jamu mak dan pak mertua (nnt husband lebih sayang kat kita) dan layan anak mandi swimming pool (kita pun boleh join berpoya-poya dan bersenam).

Ini hanyalah pendapat kita. Manusia diberikan akal fikiran untuk membuat pilihan yang terbaik untuk dirinya. Maka gerakkanlah hati dan minda anda, yang mana satu pilihan hidup?

Isnin, 27 Jun 2011

He's fine...

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah....hari nie hubby dah mula kerja semula. Walaupun dia masih lagi tak berapa sihat, tapi dia risau kerjanya banyak terbengkalai. Jadi, dia kerja seperti biasa...

Kita pun dah pulang semula ke KL and harapnya lepas nie things will be back to normal. Erkk..normal?? Rasanya jarang sangat nak find my life is as normal and as routine as most people are. Selalu ada unexpected and new things happen. Orang kata : macam-macam halll...

Namun kita bersyukur sebab Allah kurniakan kita kekuatan dan kesihatan yang baik untuk kita merentas kehidupan dalam masa yang pantas ini. Semoga this pain is short supaya dapat long term gain. Amiiinn...


Khamis, 23 Jun 2011

Hubby is sick :(

Assalamualaikum.....

Minta maaf. Tak sempat membalas kunjungan pada kengkawan baru dan tak sempat bw pada kengkawan seangkatan. Hubby is sick. Admitted di Kuantan Specialist Hospital malam tadi dan now still on drip. Sakit biasa. Food poisoning. Too tired too explain further. Ini pun curi2 update dari wad....

Doakan kami....

Rabu, 22 Jun 2011

AKU PROMOSI KAU PROMOSI AKU....

Assalamualaikum.....




Ada masa lebih kurang beberapa minit jer lagi sebelum segmen close. Teringin nak join, tapi takut la. Sangat2 takut sebab kita punya blog sangat simple berbanding blogger lain. Tapi bila fikir semula, apa salahnya mencuba kan. En Ben, kita join dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim... Sila kasihankan saya, huhuhu....

Saper nak join atau nak tau lebih lanjut..sila click banner.

Wordless Wednesday

Assalamualaikum.....

Ahad, 19 Jun 2011

Teh yang penuh khasiat.

Assalamualaikum.....

Siapa pernah minum teh nie? Masa hubby ke Taiwan, ada member dia hadiahkan. Yang minum dah tentulah kita...hehehehhe. Itupun jarang..jarang.... Bukan apa...malas nak tapis serdak dia. Tapi baunya sungguh wangiii...

Ada sesiapa nak share pengalaman dan khasiat teh nie?

Sabtu, 18 Jun 2011

Mileage yang Melambung...

Assalamualaikum.....



Boleh tengok sendiri meter mileage kereta kita. Gambar nie dicapture minggu lepas. Usia kereta dah nak masuk 5 tahun, tapi jarak perjalanan yang kereta kita dah tempuh memang jauh sungguh. Berbagai2 dugaan dah ditempuh. Harap kereta ini setabah tuannya juga. (Ceh...puji diri sendiri). Selamat berjuang wahai keretaku sayang....

Jumaat, 17 Jun 2011

Movie Review : X-Men First Class

Assalamualaikum.....



Actually, dah tengok cerita nie dengan hubby and Adam masa first week ditayangkan. Tengok back to back. Gila marathon movie masa tu. Kan dh cakap..hubby dah naik syok tengok wayang.

Memula, tengok Pirates of The Caribbean 3D. Malas nak review sebab rasanya semua orang dah tengok kan. Adam sangat seronok. Tergelak2..terjerit2 tengok. Nasib bukan dia sorang yang macam tu. Hubby pulak penat kot, halfway tertidur, hujung cerita dia bangun balik..blur2 tengok ada mermaid..hahahaha. Lagipun tengok pakai spek 3D tu sangat x selesa la rasanya. And nothing much different. Tapi kalau Transformers in 3D, mesti best sbb dah tengok iklan 3D dia. Aduuhhh..jauh sungguh merapu.


Habiss jer POTC, org lain slow motion turun tangga nak keluar ikut pintu bawah, tapi we all anak beranak kelam kabut lari menongkah arus mendaki tangga sebab X Men nie kat bilik sebelah. Ngam2 masuk, dapat tengok satu iklan, movie pun mula.

Kita sekeluarga memang suka dengan cerita2 yang berkaitan dengan X-Men nie. Seronok. Now, tengok dia kisah mereka2 nie pula. Cerita about Prof Xavier nie, lepas tu Magneto, and apa tuh pompuan yang kaler biru tu... and a few others. Seronok la. Baruuuu faham kenapa Magneto tu pakai helmet. Sebelum nie tau dah, tapi x berapa sure mechanism dia mcm mana. And barulah kita tau kenapa kadang2 Prof Xavier nie dok dalam satu bilik, pakai helmet lain dan macam searching people.. Seronok tengok speciality setiap mutan nie. Macam mana daripada seorang mutan yang rendah diri, they developed to be confident in themselves and ultimately ada yang terpesong ke haluan kiri.

Tapi bab2 pakaian yang seksi2 sungguh tu memang wujud dengan jelas dan nyata dalam cerita nie. Tu pasal la rated PG-13. Sesungguhnya kita rasa sangat  lega sebab this time Adam pula yang tertidur. Dia dah puas bergelak jerit tengok POTC tu, and malam pun dah lewat...dia pun nyenyak la tidur dengan berselimut bagai.
Walaumacam mana pun, sooner or later, cerita nie tetap akan muncul di kaca tv dan audiencenya pun semakin menyeluruh la kan.

Anyway, kalau ada sesiapa yang nak tau kenapa Charles Xavier lumpuh dan bergerak dengan kerusi roda, di penghujung cerita akan disajikan dengan musababnya. Memang puas hati sangat. Involve emotion yang besar dalam cerita nie. Setiap babak penuh dengan fakta dan ada something yang akan buatkan kita tak nak miss walau satu saat sekalipun.

Hmm...bila lah Malaysia akan producekan cerita yang strong macam nie ekk? Tapi kita yakin dengan industri perfileman Malaysia. Nampak peningkatan dan ada kemajuan.

Kita recommend cerita nie untuk ditonton. Sila tonton.

Khamis, 16 Jun 2011

Makanan Jepun di Kuantan : Sushi King

Assalamualaikum.....

Maaflah yer. Entry nie auto publish. Maklumla, kita hari nie ada seminar. Habis seminar, nak bergegas balik ke PD. Esok nak selesaikan urusan Adam dan gerak ke Melaka sebelum bertolak ke Kuantan. Tapi sentiasa teringatkan blog. Nanti tak update, hilang pembaca pula.... Akak tak nak cakap sensorang dik nonn...

Anyway, kali pertama dalam hidup diperkenalkan dengan makanan Jepun ialah oleh DD dan Baya masa matrik rasanya. DD and Baya, korang ingat x? Kita pergi Carrefour Subang, lepas tu u all beli benda sushi nie dan bagi aku rasa. Tapi not the mentah one la kan... DD kata nanti aku muntah. Hehehe...kalau aku makan pun, sure muntah kot sebab culture shock kan.

2nd time makan masa official first date dengan hubby di restoran Jepun nama apa entah, tapi di Pan Pacific, KL. Lagiii laa susah nak makan. Nerves tauuu.... Tapi hubby sabar jer ajar kita makan macam2 benda. Dan masa tu lah first time dalam hidup kita nengok orang Melayu speaking Jepun. Masa zaman tu tak ramai lagi rakyat Malaysia yang pandai berbahasa Jepun. Tapi sekarang dah ramai kan. Tak payah pergi Jepun pun boleh pandai speaking.

Adoii..merepek lagi. So, sejak tu la, kita dengan hubby merantau dari satu restoran ke restoran yang lain untuk membandingkan kualiti makanan. Tapi amsa tu sangat naive. Tak ada blog...citer dengan orang2 di sekeliling jer la.

Surprisingly, bila lahirnya Adam, sejak dia pandai mengunyah makanan, dia dah start makan Japanese Food nie. Tak silap, masa umur dia setahun 3 bulan lebih kurang, dia dah makan the whole plate of sashimi salamon (ikan salmon mentah). Rupa2nya dia sangat suka. Sampailah sekarang, Japanese food dah jadi one of our all time favaourites. Kekangan yang ada hanyalah bajet. Hehehhehe. Sebab kalau makan japanese nie, memang kena sediakan bajet besar. Solution yang mudah ialah buffet Japanese. Antara yang kami suka ialah di Shogun, 1 Utama, Damansara. Boleh tengok entry di sini.

Now di Kuantan, not much choice. For starts, kami try Sushi King di EC Mall jer la. Sushi King is a very unstable restaurant for us. Kadang2 ok...selalunya x ok. So, hari tu dah teringin sangat, kitorang pun gamble jer cuba nasib di sini. Alhamdulillah, dari segi layanan, kualiti dan penjagaan masa, semuanya memuaskan.

These are among the choices that we had selected. Bento yang baru kita postkan tu was one of the dishes.

Yang di atas nie adalah takoyaki. Kebanyakan blogger masak2 dah banyak kali buat takoyaki nie. Rajin sungguh mereka. Takoyaki nie, umpama cekodok la. Tapi cekodok diorang nie lembuttt sangat. Dalamnya ada sayur2an dan juga sotong. Tapi di Jusco dah variety sikit. Ada tambah udang dan ayam.  Seeloknya dimakan panas2 gitu.


Yang ini pulak Yasai Tempura. Dalam bahasa melayunya, sayuran celup tepung... hehehehehhe. Sama jer kan. Macam kita makan goreng pisang, goreng keladi dan goreng sukun tu. Tapi, bancuhan tepung diorang nie lain sikit lain. Lebih halus dan rangup. Makannya pula mesti cicah dengan sos kicap cair yang digaulkan dengan parutan halus lobak putih. Sangat nyaman rasanya. Yasai ni antaranya ialah terung, keledek, keladi, lobak dan lobak putih. Selain dari Yasai Tempura, ada juga Ebi tempura iaitu udang celup tepung..hehehehhe. Jadi, bolehlah pilih nak yang mana.


Ha, ini memang istimewa sikit. Kita sendiri pun jarang2 makan ikan nie. Macam ikan bolos, tapi bukan. Nama dia Saba. Ikan saba nie kalau di Jepun memang berlambak2. Cara masakannya, diccucuk pada sebatang kayu dan di bakar. Bila makan, dari hujung kepala hingga ke hujung ekor tu kita makan habis. Gigit dan kunyah. Jangan risau, tak ada duri. Dan semua kepala dan tulangnya rasa seperti keropok. Bila sampai ke bahagian isi, sangat lembut dan juicy rasanya. Tapi kalau yang tak pernah cuba, ambil masa yer. Jangan paksa diri.


Ini pula Zaru Soba. Soba ialah sejenis mee. Mee ini di sediakan sejuk dengan kuah kicap yang dicampur dengan bahan lain seperti lobak putih dan air rebusan mee itu sendiri. Sesetengah restoran menghidangkannya dengan telur burung puyuh mentah. Kalau bab telur mentah nie, kita memang menyerah kalah. Tak mampu nak telan.


Last sekali, sila duduk di meja tepi pusingan hidangan nie. Hidangan nie akan sentiasa berpusing dan sesiapa saja bebas untuk memilih dan mengambil apa saja. Harga hidangan adalah mengikut warna piring. Misalnya, piring merah, harganya 6.00. Jadi, kena buat pilihan bijak. Berbaloikah?

Sushi pun sebenarnya beras pulut jer. Ditenggekkan di atas tu, sama ada isi ikan salmon atau tuna yang di masak dan digailkan dengan mayonis. Ada juga sotong masak merah, telur ikan, udang, unagi (belut) panggang atau paling simple tu, dibalut dengan tamago (telur) saja.

Jadi sebenarnya, ada juga hidangan yang ikut tekak Melayu. Jangan risau. Kita kan sesama Asia.

Ok..selamat menjamu selera yer.

Rabu, 15 Jun 2011

Pindah di Kuantan

Assalamualaikum.....

Hari tu kita janji nak cerita pasal pindah kan.

Dah selamat dah...hehehhehe. Alhamdulillah. Hubby dah arrangekan lori. By the time kita sampai ke Kuantan, almost separuh barang2 dah masuk rumah sewa baru. And kami amatlah puas hati dengan rumah nie. Maklumla, baru 2 bulan dapat CF and kami orang pertama duduk rumah nie. Jadi keadaan semuanya masih baru lagi.


Ini keadaan dapur. Orang lori tu main angkat letak atas lantai jer kan. Periuk, baldi, maggi..buah mangga pun tergolek2 atas lantai. Nak kata apa kan...

Ini hall yang di ambil dari tengah rumah. Berselerak la lagi. Al maklum, kami memang tak ada perabot. Tak decide lagi nak beli perabot atau tak sebab x sure hubby nak bertapa berapa lama kat sini. Tengoklah keadaan nanti mcm mana.

So, selesai satu dugaan. Adam pun dah seronok nak balik Kuantan. Kalau x, dia rasa tak seronok jer duduk rumah sewa lama tu.

Seratuss??!!!

Assalamualaikum.....

Err...segannyerrr......

Tapi nakkkk jugak letak. Heheheh...follower kita dah 100. Yeyyyy!!!. Cecah gak 3 angka. Err..senior2 blog sekalian, sila jangan cemuh kita yang jakun yer...

Saya seronok sebab ada orang yang sudi add kita dalam list bacaan blog. Bolehlah kita berkongsi pengalaman dengan lebih ramai orang lagi.

Semua yang jadi follower....sayanggggg u all. My first follower : U know who u are. TQSM.



 

Wordless Wednesday

Assalamualaikum.....

Nak join jugak....

Apakan Dayaku....

Assalamualaikum.....

Baruuu ajer berbicara dengan teman lain tentang keseimbangan wanita dalam mengutamakan perkara penting.

Tapi itulah... apa yang harus dilakukan...

Konflik kita sebab hubby demam. Semalam dia dah start demam. Ada di Kuantan. Kita nak balik Kuantan semalam, tapi dia macam dah ok sikit. Siap kata dah keluar ambil angin sambil mencari2 lokasi memancing yang seronok. Kebetulan kita pun memang tak berapa berdaya, jadi hubby pun tak suggest kita ke sana.

Hari nie, dia demam lagi. Masih belum kebah. Tapi temperature x tinggi. Cuma tonsilnya bengkak seiring dengan batuk dan selsema. Ini adalah berpunca daripada kurangnya pengambilan air. Hubby memang tak suka minum air kosong. Sangat2 tak suka. Dia hanya akan minum sekiranya dia memancing. Lately nie dah jarang fishing, tu la pasal dia tak berapa nak minum air kosong.

Walaupun x teruk, tapi kita tetap rasa tak sedap hati. Ikutkan hati nak jer terbang terus ke Kuantan sekarang nie. Tapi apakan daya, ada amanah di pejabat nie yang tak boleh ditinggalkan. Kena siapkan gaji untuk syarikat. Kalau kita pentingkan diri sendiri, beratus lagi yang akan merana sebab gaji lewat kan.

Memang ada orang lain yang boleh buat, tapi agak susah sikit la bagi yang lain. Macam last year kita demam teruk masuk hospital, masalah gaji tetap x dapat selesai. Kesudahannya, dengan dipapah oleh adik kita, Cikgu Anida tu, dia hantar kita ke office pada hujung minggu untuk siapkan gaji.

Tapi, dah apply cuti Jumaat nie. Kebetulan Adam minta datang sekolah untuk ambil report kad dan hantar dia untuk tampal gigi di klinik gigi di port Dickson sebab mak dengan ayah ada appointment lain. Mungkin, lepas solat Jumaat, kita akan bergegas ke Melaka untuk jemput MIL dengan SIL  yang nak ikut. Lepas fetch di Melaka, baru gerak ke Kuantan. At least awal lah beberapa jam dari yang sepatutnya. Biasanya kena tunggu Sabtu pagi baru gerak kan.

Lagipun, esok kita kena pergi seminar di Seri Pacific KL dengan boss kita. Kalau tidak, kita mungkin boleh apply cuti dan shoot ke Kuantan. Tapi hubby kata x perlu. Dia kata esok dia dah boleh kerja kot. Tadi pun dengar suara dah bertenaga dah untuk mengada2. Alhamdulillah. Panjang betul komplen hubby dengan panel klinik company baru dia nie. Dia kata tak berapa bagus. Haii...nak murah la bang...macam tu lah. Tapi co. kita syukurlah attach dengan syarikat insuran. Jadi ada banyak pilihan.

Semoga hubby kita akan kembali ceria seperti selalu. Insyaallah....

Selasa, 14 Jun 2011

I Feel So Small...

Assalamualaikum.....

Yeap...I feel that. Feel so small, though I am definitely not small. In fact I am the opposite of small.

Well, I do not know why do I feel like this. I feel small in blogging world. That feeling of low standard bloggers that this blog is. Where do I get that? I do not know. I just feel like it. I feel like the motivation of blogging is none that could be found. I need help.

I want to share so many things with readers, but I realized that most of my stories are dull and bored people to death. Even this entry is so dull. But I need to let this out. I need to talk to my blog. After all, this blog is part of my self. I need the spirits, my dear rainbow. Please shine it to me...

5 BLOG PILIHAN HATI

Assalamualaikum.....

Macam biasa, join segmen Ben. Agak-agak ada masa terluang sebab sedang menunggu input nak masukkan dalam input gaji bulan nie, boleh la join segmen yang ringkas nie.

Ben suruh listkan 5 blog pilihan dan kenapa. Susah jugak kan..sebab banyak blog yang kita follow dan kebanyakannya memang kita masuk. Jadi, siapa yang tidak tersenarai TIDAK bermaksud kita tak baca blog anda yer. Kita selalu baca tau...cuma antara tinggalkan komen atau tidak jer.

1. Ben Ashaari
Sebab : Pada asalnya suka masuk blog Ben sebab entry Ben selalu mengajak minda berpusing dan berfikir. Bila dah selalu, baru teringin nak join segmen. Now sebab support dari Ben sangat membantu kita dalam kemajuan prestasi blog. Bodek ke? Ermm..kalau bodek lagi dahsyat sebab musababnya. Ini kenyataan.

2. Bable-bable-bla-bla-blup-blup
Sebab : Of course sebab kami rakan rapat dan sama-sama berjuang untuk menceburi bidang blog. And surprisingly, banyak story yang di paste dalam blog bukan untuk luahan dengan kata-kata. Beliau juga sangat banyak berkongsi maklumat berguna dalam blognya.

3. Dapur Tanpa Sempadan
Sebab : Secara jujurnya, blog Cik Mat Gebu inilah yang membuatkan kita kenal dan addicted dunia blogging. Blog nie seumpama dictionary masak2 dalam kehidupan kita. Bila pening nak cari idea untuk memasak, selalu tengok2 kat sini. Siap salin resipi segala macam. Walaupun beliau tak pernah sedar kewujudan blog kitam tapi kita yakin dengan keikhlasan dia berkongsi ilmu masakan.

4. Apo2 Yolah
Sebab: Seronok masuk blog atuk sebab dia selalu berkongsi kisah dia seolah2 pembacanya ada pertalian rapat dengan dia. Atok nie bijak untuk manipulasikan situasi mencabar dalam kehidupan dia untuk dijadikan sebagai satu entry hiburan. Ala ala bahagia dalam duka gitu. Selainnya, beliau ada share bermacam2 perkara. Seolah2 satu stesyen tv yang menyampaikan segala aspek kehidupan dalam satu rangkaian.

5. Akak Nora Berkisah
Sebab: Kita dengan Nora memegang status yang sama iaitu ibu dan isteri. Ada banyak perkara yang kita dapati Nora agak sealiran dengan kita. Yang paling kita suka, Nora sangat jujur dalam menulis. Beliau tidak teragak2 untuk meluahkan buah fikiran dan rasa hatinya. Very bold and confident!.

Kalau ada yang berminat, sila ke sini untuk lebih memahami.

Ada juga blog rakan-rakan yang selalu kita singgah, tapi beliau tak suka sangat blognya dikenali ramai. Kita kena hormat keputusan itu.


So, selamat berkenalan semua...

Gempa Bumi Sumatera 14 Jun 2011 : Gegaran Dirasai di Kuala Lumpur

Assalamualaikum.....

Pagi ni, masa kita sedang bersiap2 ke office, memang terasa macam teroleng2. Macam nak tergolek ke kiri dan kanan. Masa tu kita tengah duduk bersila dan sedang membaca. Eishh..takkan kita pening kot. Lepas tu keadaan reda. OKlah. Kita pening kot. Tapi tak lama kemudian, rasa lagi macam tu dan tiba2, botol air mineral kecil yang kosong atas meja pun turut jatuh tergolek. Ok...sah ada gempa bumi. Masuk kereta, dapat dengar news pasal gempa bumi tapi x sempat dengar di mana. Location kita pagi ni, Tingkat 12, Sg. Besi, Kuala Lumpur.


So, macam mana dengan yang lain? Kita dengar di bangunan JPA, Putrajaya semua orang di arahkan keluar.
Ben macam mana? Ok ke?

Bila baca blog Ben, dapat info macam nie.

Gempa Bumi 14 Jun 2011




Satu gempa sederhana bermagnitud 5.5 skala Richter telah berlaku di Sumatera Utara pada pukul 8.08 pagi, 14 Jun 2011. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 1.8 Utara longitud 98.8 Timur. 330 km dari barat daya Klang, Malaysia. " - MET


Jadi memang betul lah.... Sila klik sini untuk maklumat rujukan kita.

Banyak betul kejadian gempa bumi sekarang nie. Bumi sudah merajuk. Mari kita pujuk bumi semula.

Gempa Bumi 13 Jun 2011 di New Zealand

Assalamualaikum.....

Dah dapat berita terbaru? Ini breaking news daripada http://www.bernama.com/ :

Gempa Bumi Kuat Gegar New Zealand

Kuala Lumpur, 13 Jun (Bernama) - Gempa bumi kuat bermagnitud 6 pada skala Richter menggegarkan pulau selatan New Zealand pada pukul 10.20 pagi ini. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia disini, pusat gempa bumi itu terletak di 43.4 darjah selatan dan 172.7 darjah timur pulau itu, 7,608km tenggara Tawau, Sabah.

Tiada ancaman tsunami dilaporkan ekoran gempa bumi itu.

--BERNAMA

Isnin, 13 Jun 2011

Nora Elena

Assalamualaikum.....




Kita asalnya menonton drama nie sebab terpengaruh dengan bloggers sekalian juga. Tapi once kita cuba watch, memang menarik. Though, personally in any novel adaptation movie or drama, I'd 10 times prefer reading the novel itself.

Tapi, kita tak dapat follow dari episode satu. So, cari di you tube, nasib baik ada yg sudi uploadkan. Tapi ada gak episode yang skip. Last2, kita marathon cover semua episode yg tertinggal di tonton.com.my jer. Sonangggg citor.. semuoa eh dapek nengok...heheheh

Producer dan team drama nie bagus. Kita puji sebab dia mengaku dan announce bahawa drama nie adaptasi longgar dari novel Kasih Yang Suci. Kita ulang yer.. adaptasi LONGGAR.. Means mereka tidak bersalah sebab mengedit story line atau memendekkan ceritanya. Kalau adaptasi, storyline harus tepat. And, yang bagus, bila penonton membaca novel berdasarkan drama nie, ada berbagai2 persoalan baru yang akan muncul dan mewarnakan lagi cerita itu berdasarkan medium masing2.

So, mcm mana semua? Dah bersedia untuk menghadapi minggu terakhir drama ni? Kesudahannya semakin tiba ke penghujung. Fasten your seatbelts ladies and getlemen...

Ahad, 12 Jun 2011

Teringin la...

Assalamualaikum.....

Tetiba teringin la plak nak makan bento macam nie. Ini Sushi King EC Mall Kuantan punya. Sila take note, tak semua Sushi King sama yer. Recipe might be the same, tapi cara hidangan dan kawalan kualiti setiap outlet adalah berbeza.

Ok..point kita ---> Bestnyerrr kalau dapat bento set ari nie...nyummm..

Sabtu, 11 Jun 2011

Review Filem : KL Gangster

Assalamualaikum.....

Well...dah pergi tengok citer nie dengan hubby. Lately nie, hubby kita dah makin sporting la. Dia plak yang gila2 ajak we all anak beranak tengok wayang. Kalau dulu, bila nak tengok wayang, mesti tunggu time dia keje or outstation, and pergi dengan Adam jer. Sebab dia kata membazir...heheh. Now, dia dah enjoy. Suka..suka... Adam lagiii suka.

Owhh...anyway, cerita nie x tengok dengan Adam. We all honeymon berdua jer tgk movie nie. Tapi awal2 cerita kita sangat letih dan penat, so ada laa terlelap seketika. Hehehe..dahsyat kan...

Pada kita, kalau sesiapa yang sukakan action pack, mungkin akan sukakan cerita nie. Storyline, kita tak berapa puas hati. Tak seimbang langsungggg!. Memangla cerita nie pasal gengster, tapi ada juga diselitkan pasal family. Cuma penceritaan tentang family nie, tidak dikembangkan sepenuhnya. Mana bapak dia. Kenapa dengan adik dia? Berjaya tak dia protect mak dan adik perempan dia.

Fighting scene, Ady Putra and Aaron punya scene memang cun. Tapi tu la... Aaron nie belum mahir lagi fighting skill sangat kot, sebab compare dengan Ady Putra, cara dia attack, cara dia defend, nampak kemas. Tapi Aaron punya angle body untuk setiap gerakan fighting tu ada longgar di sini dan disana. Faham ke? Contohnya : Masa Aaron sedang menahan serangan dari Ady Putra, bahu dia slouch, macam defending the body yang macam ketakutan dipukul. Walhal, dia adalah hero. Maybe penangan drama Nora Elena tu la kot Seth kan.. Ehh silap...Aaron, bukan Seth.

Diorang dalam nie cakap laju sangat la. Lepas tu banyak sangat perkataan yang kasar. Yer la..tau la nak real macam gengster, tapi agak sedikit keterlaluan. Lepas tu banyak dialek cina. Memang gengster cakap ikut dialek cina ke?

Zizan punya lakonan, kita memang suka sejak dulu. Dalam movie nie, Zizan berpeluang explore variasi aspek. Time dia buat lawak, time dia berlagak 'besar', time dia ketakutan, time dia sedih dan time dia dihujung nyawa...

All in all, fighting scene dia bagus. Okeh..tu jer...

Jumaat, 10 Jun 2011

Jambangan Bunga dari Home Sweet Home

Assalamualaikum.....

Kita terima bunga dari kak Ummi Kuantan. Eh..bukan kita jer, semua follower dia sekali. Tahniah Home Sweet Home sebab dah mencapai 3000 follower. Satu pencapaian yang membanggakan. Memang follower Kak Ummi selalu tak lupa singgah sebab resipi dan gambar yang menggiurkan sentiasa terpampang...

Syok la... first flower blog kita dapat..

Come to me....come to me....

Assalamualaikum.....

Apa khabar kengkawan sekalian? Hmm..rindu sangat la dengan blog kita. Dengan u all pun kita rindu. In fact rinduuu sesangat. Dah seminggu x masuk blog. Tapi tak boleh nak cilok langsung. Tak boleh masuk blog sebab nanti bila masuk, kita lupa diri sedangkan kerja banyak.

Apa yang kita suruh datang tu ekk? Err...energy laa..apa lagi... Penattt sangat. Selain hal kerja, personal pun berjalan seiring. Walaupun working days, macam Wednesday ari tuh...tetap travel juga... So, I'm running out of enerygy...tolonglah supply more to me.

Tapi yang pentingnya, dah selamat pindah! Lega. Ang then, start dari Monday, ada banyak pula urgent matters yang menunggu. Lepas tu, daripada Selasa sampai ke Khamis(semalam) adalah interview day... Either sebagai penemuduga, mahupun bekerja di belakang tabir, tetap juga terlibat dengan acara tu.

Hari nie, ingat nak update a few things sikit, dan nak cuba meroyan dengan blog pula...hehehehhehe. Kiranya kita anggap kita syok sendiri jer la kat dalam blog nie sebab tak pasti ada ker yang nak membacanya. Planning dan idea untuk entry ada gak sedikit sebanyak nie. Cuma nak menzahirkan tu jer kena take time sikit.

So, I'm backkk!!

Jumaat, 3 Jun 2011

Yang berlalu, sedang berlaku dan akan datang...penatnyerr...!!

Assalamualaikum.....

Musim cuti sekolah nie kan. Seronoknya bila pergi kerja macam clear jer...x jem pun. Tapi penat la ulang alik kesana sini.

Selasa malam  balik PD. Rabu pagi, pergi opis, angkut Adam sekali. Seharian Adam ikut 'kerja' kat opis. Habis kerja, pergi Alamanda, beli buku untuk Adam. Makan di KR, tapi not a happy moment. Adam order Chicken Macaroni Cheese. Tapi bila sampai, baked potato with bolognese topping. Kita komplen..waitress tu bwk gi tukar. Itupun budak2 kaunter bukan kecoh. Dia(Adam) dah makan ke belum...dah suik ke belum...order apa..naper salah... Budak tu bawak balik.. BAKED POTATO WITH TOPPING MACARONI CHEESE... Gilaa!! Aku diam jer lah..malas nak ckp lagi. Adam pun nampak macaroni cheese, dia baham jer. Tp dia pelik apsal ada potato. Tgh2 makan, kita x puas hati... mintak balik menu. Double check utk diri sendiri. Kita ke yg salah order td? Bila nengok menu..sahhhh mmg dia yg salah. Dh makan..blasah jer la. Adam tgk potato ...dia dh malas nak makan. Kita takut dia lapar. So, tukar..dia makan kita punya..quarter vegie meal set. Masa nak bayar..kita request nak jumpa manager dia. While waiting for the manager...staff yang lain dh berkerumun keypoh nak dengar kita nak komplin apa. Maklumla...customer tgh x ramai masa tu. Bila manager dtg..kita komplin dgn cara berhemah. Manager dia apologise bersungguh2 dan free kan baked potato tu. I hope they learnt a lesson.

Khamis, bawak Adam ke office lagi. Balik kerja, straight balik ke rumah Mak Uda di Kuang, Selangor. Nak ambik nenek yang dah ada kat situ since few days ago. Lepak gossiping sampai tgh malam...terus tidur. Tak larat. Pukul 4.30 pagi tadi dah bangun..ada sms pasal kerja..adoii..pepagi buta dah jawab sms pasal kerja. Terus bangun..siap2 dan gerak dari situ balik KL. Sarapan dengan nenek dan Adam. Balik rumah kat Sg Besi.. masak nasi serba sedikit..make sure lauk semua dah ada, baru pergi kerja. Ini rasa otak tgh melayang2 ngantuk + penat.

Mlm nie, balik Sg Besi, nak amik nenek bawak balik PD. Esok pagi2 nak bangun awal dan bertolak balik Kuantan sebelum Subuh Insyaallah. Maybe berhenti Subuh di Kuala Pilah rasanya. Kalau ikutkan, mlm nie dah boleh gerak balik ke Kuantan dengan Adam, tapi sebab semata2 nak hantar nenek balik PD...terpaksa kita sacrifice. Padahal Makcik yg bawak nenek ke Kuang tu seharusnya hantarlah nenek balik ke PD semula. Tapi kenapalah kita juga yg jadi mangsa. Haishh..malas nak cerita bnyk. Bab2 family nie, kadang2 ckp bnyk, panjang pulak ceritanya. Berkorban jer lah. Walhal hubby x berapa suka bila kita kena buli mcm tu.

Anyway, esok sampai Kuantan pun tak boleh rehat juga. Sebab esok nak pindah rumah. Rumah yg kita sewa sekarang nie, ada masalah sikit...so terpaksa cari rumah lain untuk di sewa. Harap2 yang baru nie, ok lah. Pasal pindah2 nie, Insyaallah next week la kita cerita yer.

So, lunch hour nie, nak ambil kesempatan untuk melelapkan mata dan berehat sikit.

Rabu, 1 Jun 2011

Homemade Baked Pasta

Assalamualaikum.....

Apa khabar semua? Cuti2 sekolah nie, penuhlah rumah dengan kanak-kanak riang yer tak? Bila kanak-kanak riang ramai, maka apa saja keluaran dapur kita tu, mesti laku kan. Masa tulah kita jadi The Best Cook ever dan masa tu lah kita dapat permintaan yang tinggi kan.

Er, rumah kita tak banyak kanak-kanak riang. Ada sorang saiz kecik, sorang lagi saiz besar. Hehehehe. Projek hari kedua masa weekend bebaru nie. Memang saja nak habiskan quality time bersama family di home sweet home.. Eh. mcm nama rumah Kak Umi Kuantan pula.


Hehehhe...inilah hasilnya. Hasil pertama kita membaking pasta dalam oven gas Zanussi kita. Setelah hampir 10 tahun memiliki Zanussi, inilah kali pertama berjaya menggunakannya di bawah kawalan. Kesian kan?

Ok..kita guna pasta bow tie. Kebetulan memang ada jer tertonggok sikit dalam peti ais tu. Tak tau nak buat apa, kita pun terpikir la benda nie. Kalau nak guna makaroni ker, fettucini ke, pennes ke..apa jenis sekalipun la..ok jer rasanya. Cuba2 jer, sebab tak pernah buat. Itupun hasil menggodek resepi  Makaroni Bakar Bertuna Cendawan dari Tiffin Biru. Cik Mat, kita minta izin share resepi yer.  Tapi tak sama seratus peratus sebab kita godak sana sini sikit. Maaflah, kita lupa nak bawak balik resipi. Main ingat-ingat sendiri jer nie.

Homemade Baked Pasta

Bahan-bahan:

200 gram bow tie pasta (rebus seperti arahan dan toskan)
1 peket mozarella cheese
4 biji telur yang dipukul sedikit
serbuk oregano
serbuk parsley kering

Bahan sos:
1 tin tuna (kita guna tuna in chilies)
4 batang sosej --- hiris ikut kesesuaian
6 biji tomato ceri --- wedges atau belah 2 je
setengah labu bawang besar didadu
6 ulas bawang putih dihancurkan
2 sudu besar serbuk cili
1 kiub pati ayam
sedikit lada hitam
3 sudu besar air

Cara-cara :

Cara buat sos
1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi dan keemasan.
2. Masukkan tuna dan sosej. Gaul rata.
3. Masukkan sedikit air, serbuk cili, kiub pati ayam, lada hitam dan tomato ceri. Gaul sebati dan biarkan kuah pekat.
4. Taburkan sedikit serbuk oregano serta serbuk parsley dan perasakan dengan garam.
5. Setelah cukup pekat dan sebati, tutupkan api.

Cara membakar :
1. Susunkan pasta yang telah direbus di dalam loyang atau bekas yang bersesuaian. Agak-agak la yer. Kalau loyang kecil, jadi tebal. Loyang besar, jadi nipis pula. Cubala sesuaikan dengan bahan-bahan.
2. Alaskan bekas dengan aluminium foil.
3. Panaskan oven ke suhu 180 darjah celcius.
4. Pasta yang telah direbus tadi bolehlah diletakkan di bahagian bawah.
5. Curahkan pula sos diatasnya.
6. Curahkan telur yang dipukul tadi ke permukaan lapisan.
7. Taburkan dengan cheese mozarella sehingga menutupi permukaan seperti ini.

8. Bakar di dalam oven dengan masa 25 hingga 35 minit.

Dah siap.

Ermm..tak sama kan dengan sifu buat. Sifu Mat Gebu buat lagi detail. Tapi okla kot dengan bahan-bahan sumber yang ada dan kepakaran yang tiada. Adam bukan main suka lagi. Hubby pula kata OK lahhh..hehehhe. Kita x puas hati, tanya lagi. Sama x dengan restoran punya. Laju jer dia angguk. Hehehe...melepasi piawaian. Maklumla..hubby kita memang cerewet sikit.

Apa-apa pun, nak buat macam-macam mana pun ok. Bak kata Cik Mat, kita yang buat dia.

Selamat mencuba.
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink