Selasa, 30 Ogos 2011

Jet Li

Assalamualaikum.....

Yer.. musim2 raya nie mesti banyak sungguh filem2 menarik ditayangkan. Tapi beberapa waktu yang lalu, ada satu saluran TV nie menyiarkan cerita lama bertajuk Bodyguard From Beijing.  Mengimbau kembali kegilaan semasa remaja dulu. Melayang2 angan2 remaja kampung dulu. Alangkah indahnya kalau dapat boypren atau husband yang mcm Jet Li tu kan. Sangat tangkas, bijak, protective tapi ada romantis yang tersirat.

Sejak dari itu, kita memang sukaa sangat tengok cerita2 beliau kalau ada dihidangkan oleh saluran TV.



Aduhai...cairrrr nyer. Tima kasih gugle. Kita pinjam gambar awak yer...

Ok..ini adalah iklan di Aidilfitri.

SELAMAT HARI RAYA  semua..!

Isnin, 29 Ogos 2011

Kenangan Hari Raya di Masa Lampau

Assalamualaikum.....

Adduuhh.....esok dah nak raya. Dan hari nie kita masih kerja. Tak apa lah...tahun depanlah kita pulun. Lagipun tahun depan turn raya dengan mak kita..yeyyy.

Teringat zaman kecik2 dulu. Bila lagi 2-3 hari nak raya, semua orang dah penuh berkumpul di rumah atuk. Kita yang palik seronok sebab kita memang duduk dengan atuk dan kita plak cucu sulong. So, bila nak raya, mak ayah ada, makcik2 dgn pakcik2 semua ada dan sepupu2 kita semua ada. Mak kita ada 7 adik beradik. Meriah betullah bila nak raya.

Zaman kecik2, family kita semua gotong royong masak dodol, bakar lemang, buat ketupat dan of course sambal goreng jawa disamping rendang dan kuah kacang.




(Tq Cik Gugle..)

Tapi bila dah besar nie, dah tak dapat lagi suasana macam tu. Semua orang dah ada rumah sendiri dan semuanya buat persiapan dirumah masing2 jer. Cuma pagi raya jer berkumpul.

Tradisi family kita, sebaik selesai solat subuh, dalam pukul 6.30 pagi, semua ahli keluarga dah berkumpul di rumah atuk. Semuanya memohon ampun dan maaf mengikut turutan. Atuk dan nenek duduk dan dimulakan dengan mak kita sebagai anak sulung. Sampailah kepada pakcik yang bongsu, dan kita pula mendahului di kalangan cucu sebagai cucu sulung. Hingga ke akhirnya.

Untuk pengetahuan semua, acara ini bukanlah acara bersukaria. Bermula daripada sentuhan pertama orang pertama bersalaman, maka akan berjurailah air mata sekalian yang ada. Sampai ke nenek kita, pasti akan ada tangisan hiba yang lebih mengundang sendu dan pilu. Sebabnya, mak kita ada 2 orang abang dan seorang kakak. Tapi abang2nya meninggal masa kecil. Dan kakak mak kita, (arwah Mak Long Misah) meninggal sewaktu umurnya 21 tahun. Kenangan adik beradik mak dan atuk nenek dengan arwah Mak Long sememangnya masih utuh. Jelas kerinduan yang ketara di pagi raya.

Selesai semua orang bersalaman, maka kami semua akan bergegas pula menziarahi kubur. Kubur moyang, arwah maklong dan sebagainya. Kadang2, sampai 6-7 bji kereta sekali pergi. Sementara tu, kepada wanita2 yang tak boleh ke kubur sebab 'bercuti', akan siapkan hidangan di pagi syawal dan mula memasak sambal goreng jawa.

Selesai di kubur, balik rumah nenek semula. Masa nielah semua orang makan beramai2 dan kebisingan dan kekecohan itulah kegembiraan di hari raya. Selepas makan, barulah bersiap untuk ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri.

Selesai solat, yang lelaki akan ikut kumpulan2 kawan mereka untuk ziarah di seluruh pelosok kampung, sementara kaum wanita tunggu di rumah dan melayan tetamu. Dulu2, satu hari kami akan terima sampai 8-9 kumpulan orang kampung yang besar. Satu kumpulan mungkin terdiri daripada 20-30 orang. Tapi sekarang nie, dah tak berapa ramai. Dan kita dan adik2lah yang sampai rasa menyampah duduk kat rumah sebab tak kering tangan asyik nak kena basuh pinggan jer. Kalau ada lagi sekarang, kita rasa pakai paper plate jer la kot...hehehhehehe.

Tahun nie, kita di rumah ibu mertua dan kita masih bekerja. Insyaallah, kita akan masak rendang ayam malam nie (kalau hubby berjaya membeli ayam) dan rebus ketupat. Ehm..ehem...inilah kali pertama kita nak buat ketupat sendiri. Semoga berjayalah hendaknya. Iyalah, saban tahun rebus nasi impit segera, tapi Sabtu lepas tengok ramai pulak yang jual ketupat. Terdetik pula nak cuba buat sendiri. Hubby kita memang x pandai anyam. So, kita anyam sorang jer la semalam. Dah selamat 50 biji selesai dalam masa 2 jam. Trial jer. Kalau ok, Insyaallah boleh buat lagi kan...

Macam mana dengan u all semua?

Berhati2 di jalan raya dan berhati2 dalam berkata.
SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Ahad, 28 Ogos 2011

Merlin

Assalamualaikum.....

Ok..ada sesiapa yang suka menonton siri nie tak? Mungkin ramai yang tak pernah tonton pun. Siri Merlin nie ada di Hallmark Channel Astro 702. Lately nie, every weeknight pukul 9.00 malam.
Cerita nie boleh dikatakan kisah sejarah England juga la. Of course diolah, ditukar didongengkan sesedap producer dan director dia. Tapi memang seronok.

Kisah mengenai Merlin iaitu pesuruh (servant) kepada Prince Arthur Pendragon iaitu anak kepada Uther Pendragon. Basically Merlin nie nampak macam orang gaji putera tu yang kena buat segala macam kerja, tapi sebenarnya dia mempunyai kuasa magic yang agak power juga. Dia selalu protect Prince Arthur daripada bahaya tanpa disedari sesiapa pun. Bapak Arthur, iaitu Uther nie, dah haramkan segala bentuk magic dalam tanah jajahan dia. Semua ahli sihir either dihukum mati, atau dah cabut lari.

Pemanis cerita, of course ada ladies kan. Inilah ladiesnya...

Yang baju biru ialah Lady Morgana. Memang cantekk. Dia ni anak angkat raja...kira adik beradik angkat dengan Arthur. Tapii...ada sebab lain tentang asal usul dia. Jengg...kena tengoklah nanti.
And yang warna kuning tu ialah pesuruh (servant) Lady Morgana. Nama dia Gwen. Yang konfliknya, putera Arthur tu ada cintan sama ini Gwen. Gwen pun of course la kan...anak raja. Saper yg tak mau..hehehehe. Tapi sorok2, sebab darjat yang berbeza.

Yang bagus, ada fighting scene, ada magic, ada war strategy, ada socialism untuk zaman tu and ada lawak2 juga.


Kalau yang menonton, sila perhatikan. Merlin nie baju dia, sama ada t-shirt biru scarf leher merah, atau pun t-shirt merah, scarf leher biru. Tu jer la baju dia. Yer la, org miskin gamaknya kan.

Dan Merlin nie kalau bercakap, gila pekat loghat English dia tu. Padahal dia nie American. Mesti lama dia practicekan. Bezanya actor Hollywood dan Bollywood dan Malaysiawood (ada ker..?).

Sekadar untuk hiburan semata2 di hujung minggu menjelang raya nie...

Sabtu, 27 Ogos 2011

Dugaan ke-3 Ramadhan 2011

Assalamualaikum.....

Waahh...sibuk sungguh semua yer. Meriah nampak? Mesti keseronokan dan kegembiraan menari2 di dalam jiwa yer. Kita nak sambung kisah semalam.

Ahad tu, kita bangun pagi dalam keadaan yang segar sebab dah cukup rehat. Maka mulalah menyapu dan mengemas rumah. Dalam pada kita menyapu, Adam bacakan sms dari adik kita Ida. Katanya mak pula ada di hospital PD sebab chest pain juga. Kita terus campak penyapu, sarung tudung terus start engine.

Sampai di emergency hospital PD, kita tunggu dengan Ida kejap kat luar. Tak lama tu kena panggil, dan mak kena masuk ward. Sama juga, doktor buat segala macam test juga. Bezanya kita tak tidur hospital sebab memang x boleh tunggu. Lagipun mak nampak macam ok sikit.



Esoknya pagi2 lagi kita dah masak untuk bawa ke hospital. Sampai di hospital, mak cakap semua test ok. Tak ada yang positif jantung, kolesterol dan sebagainya. Maka doctor detect mak sakit dada sebab gastrik yang melampau. Maka kena buat ujian untuk scope usus nanti.

Petang Isnin, mak dah boleh discharge.

Alhamdulillah. Tapi kita memang risau sangat kalau ada mana2 family yang sakit. Tapi kalau kita sakit, biasanya kita dok la kat hospital sorang2. Tak ada siapa yang sudi teman pun. (ngada2 kan..hehehe)

Disebabkan itu semualah maka tumpuan kita lebih kepada follow up kesihatan mereka, bukannya kepada raya. Kesihatan itu lebih penting dari perayaan...

Jumaat, 26 Ogos 2011

Dugaan ke-2 Ramadhan 2011

Assalamualaikum.....

Ingat tak kita ada sedih2 sebab tak sempat buat persiapan raya? Ianya adalah kerana beberapa peristiwa yang berlaku kan.

Inilah peristiwanya.

Pertama sekali, Rabu minggu lepas, dah petang sangat dah, hubby kata dia kena outstation ke Hong Kong dan China. Ada issue dia kena selesaikan. Dan dia akan berada disana selama seminggu. Maknanya, perancangan hujung minggu untuk shopping dan buat persiapan dengan rasminya terbatal. Sedih, Tapi kerja, maka kita relakan jer. Konon rancang nanti shopping berdua dengan Adam jer.

Khamis pagi, usai saja mesyuarat dengan MD syarikat, kita dapati adik kita si Abang Ngah miss call banyak kali. Of course kita silentkan phone. Dan dia hantar message, mengatakan dia akan berpindah ke ICU KPJ Seremban sebab ICU di Colombia Hospital dah penuh.
Apa?

ICU?

Ya Allah! Adik aku.. Kenapa?!

Maka kita segera call dia, tapi x jawab. Hati dah berdebar kencang. Kaki makin kuat tekan pedal minyak meredah lautan kenderaan di Jalan Tun Razak.

Kita call wife dia. Katanya Abang Ngah ada mengadu sakit dada. Jadi, Abang Ngah kata dia nak pergi check. Maka dia drive sendiri ke hospital selepas hantar wife dia ke pejabat. Colombia hospital kata dia kena masuk ICU bila ECG test abnormal. Tapi ICU Columbia dah penuh, maka ambulan terpaksa hantar ke KPJ pula.

Abang Ngah konon dari awal tak nak pergi KPJ sebab dia kata sikit jer. So, tak nak inform family, nnt menyusahkan. Bila dah di KPJ, pecah la tembelang sebab adik kita yang nurse tu memang keje di sana. Good for him la, mudah sikit nak berurusan.

So, kita jemput adik ipar kita di Sepang dulu, kemudian terus ke hospital. Terus ke ICU dan jumpa Abang Ngah. "Ko sakit jantung ke, Ngah?" Angah muka dah pucat. Gentar.

Doktor kata, nak observe dia dulu. Dalam tempoh 24 jam, akan buat beberapa blood test dan monitor closely condition dia.

And Abang Ngah semakin rasa restless. Sekaligus, rasa chest pain nya hilang sama sekali.

Kita tunggu di ICU waiting area tanpa bergerak. Luckily kita sentiasa bawa beberapa pasang baju spare dalam bonet kereta. Dan malam itu, Adam insist untuk stay di hospital juga sebab dia sangat sayangkan pak ngahnya itu. Mak pun ikut tidur dihospital. Kita selamba bentang tikar dan tidur berbantalkan beg. Tapi kejap2 bangun dan masuk ICU untuk tengok dia sepanjang malam tu.

Mak dapat tidur atas sofa yang melengkung dan tak selesa. Demi anak, mak sanggup tunggu walaupun mak sakit perut sebab gastrik yang teruk sejak 8 hari lepas. Kita dan Adam, atas lantai tu ajer.

Esoknya, doktor kata akan teruskan dengan engiogram, iaitu masukkan device ke jantung Abang Ngah melalui either urat lengan atau kaki untuk memastikan tahap kronik jantungnya. Prosedur dijalankan selepas Asar hari tersebut.



Orang semua susah hati, nurse (si Yana ler tu) tu lebar jer senyum...


Adam n Yana sedang cuba buat lawak sebab Abang Ngah dah seram sejuk takut.

Alhamdulillah, sebelum Maghrib semuanya selesai dan tiada apa2 salur yang tersumbat. Chest pain Abang Ngah mungkin kerana muscle pain atau sebab tekanan. Memang lately Abang Ngah sangat tertekan dengan kerjanya. Namun risiko serangan jantung tetap tinggi sebab Abang Ngah ada diabetes dan juga dia seorang perokok. Tapi dia dah berhenti merokok sejak mula puasa. Mungkin kerana terlalu mendadak, maka body system dia terkejut.

Malam tu, mak balik, tapi kita tetap tunggu dia di ICU. Sebab doktor guna urat paha dia, maka sekiranya malang tidak berbau, macam2 boleh berlaku. Kita paling takut kalau darah keluar membuak2 dari urat peha dia. Maka Adam turut di situ.

Sabtu esoknya, dia minta balik dan doktor benarkan berehat di rumah sebab KPJ punya wad semuaaa dah penuh.

Maka kita pun ajak Adam balik Melaka untuk berehat. Sampai jer rumah, kita terus ZZzzzzz sampai ke petang. Petang, pergi buka kat rumah mommy, borak kejap dengan mommy dan balik rumah sambung tidur.

Tapi, esoknya ada kejadian lain pula berlaku.

Nantikan sambungannya....

Khamis, 25 Ogos 2011

Persiapan Raya Tahun ini

Assalamualaikum.....

Tahun nie paling teruk persiapan raya kita. Tak ada langsung!! Ada beberapa punca kenapa kita tak dapat membuat persiapan raya. Weekend nie baru nak cari baju serba sedikit untuk Adam dan hubby kot. Kita just pakai apa yang ada jer. Lagipun x lekat kat rumah.

Isnin sebelum raya, kita masih kerja. Beralah sebab rakan2 lain balik kampung jauh2. Tapi bila tetiba ingat, dah 10 tahun kita kerja TAK PERNAH lagi dapat cuti sebelum raya. Saban tahun, kita la yang menjaga pejabat. Sayunyer rasa hati. Entah, tiba2 rasa sayu. Dan kita berazam, Insyaallah kalau tiada masalah, dan andai kita masih dipinjamkan nyawa, tahun depan kita nak ambik cuti sebelum raya dan selepas raya lama2 sikit. Nak prepare betul2 untuk hari raya. Nak kemas rumah, nak langsir baru, nak baju baru, nak buat biskut raya sendiri dan nak jemput tetamu sendiri.

Tahun nie memang kita tak dapat beraya di rumah sendiri. Mungkin balik rumah untuk tidur dan tukar baju saja. Malam raya dah tentu sibuk gosok baju dan basuh kain baju. Pagi raya ada di rumah Mommy, ibu mertuaku dan bantu mommy layan tetamu. Kebanyakannya family mommy yang non-Muslim. Penuh dan meriah. Tapi sangat penat.

Petang akan cuba curi masa untuk cabut balik PD pulak. Beraya dengan mak ayah kita dan cuba ziarah rumah pakcik makcik sedapat yang boleh. Malam tu tidur di PD.

Esok pagi, terus ke Beranang, KL, Rantau, Kuala Pilah dan sebagainya untuk sedara mara jauh yang hanya boleh jumpa di Hari Raya.

Raya ke-3, bergerak balik ke Kuantan sebab esoknya hubby kena kerja. Uwaaa....

Macam tak beraya jer kita kan...

Tapi tetap bersyukur, sebab masih dikurniakan rezeki yang mewah. Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dan kegembiraan di Hari Raya tahun ini walaupun tanpa bantuan sokongan material.

Rabu, 24 Ogos 2011

Kad Raya dari Cahaya Kewanitaan

Assalamualaikum.....

Yeyy...dapat kad raya dari blog Cahaya Wanita... Tengkiu laling....
Selamat Hari Raya juga yer Hawa... Jangan tertinggal baju raya lagi tau...

Kesian Kat Mereka..

Assalamualaikum.....


Terpanggil untuk menyertai segmen Ben nie. Dalam keghairahan kita membuat persiapan Hari Raya, apalah salahnya kita cool down sebentar dan menoleh melihat kesengsaraan umat manusia di pelusuk alam yang lain.

Ben kata, maklumat boleh diperolehi di blog Islamic Relief Fund. Kita dah pergi sana dan anda semua dijemput ziarah ke laman ini : http://irmblog.org/

Tak banyak pun. Kalau sekadar RM10 seorang pun dah banyak membantu mereka menyalurkan bantuan pada mangsa kebuluran. Apalah sangat dengan RM10 berbanding dengan harga kasut raya kita, kuih raya kita dan bunga api yang kita bakar kan..? Walaubagaimanapun, semuanya hak masing2. Nak seribu daya. Tak nak seribu dalih. (pandai betol tok nenek kita karang peribahasa).

Pada yang tak tau, sila lawat laman yang kita beri address tu. Atau ada yang nak lebih mudah, boleh masukkan saja dalam akaun berikut:
Maybank : 5621 4270 8704
CIMB : 1259 0000 804 058

Alang2 beratur tukar duit raya kat kaunter bank, bolehlah layangkan serba sedikit. Atau nak mudah, guna online banking jer...

Alhamdulillah, syukur seribu rahmat. Sesusah kita semua tak ada baju raya, tak dapat balik kampung, hatta tak dapat beraya sebab kena kerja sekalipun, kita masih ada makanan dan kita ada air untuk hidup, sedangkan mereka? Tengoklah gambar di atas, ibu tu berkorban bagi anak dia minum dulu...

Allahu Akbar.

Selasa, 23 Ogos 2011

Blogwalking Sebelum Raya : Segmen Lulu

Assalamualaikum.....

Yeaa...sempat juga join segmen Lulu. Ngam2 seblum jam 3 petang hari nie. Lulu nie pandailah...buatkan segmen macam nie. Tak perlu terjah satu2 kan.

Kepada semuanya, sempena hari mulia, bulan mulia nie, kita ucapkan selamat datang ke blog kita.

Kita nak mohon ampun dan maaf pada semua yang kenal dan tak kenal kita. Manalah tau ada tersilap kata, tersalah posting dan sebagainya. Ada juga yang menyampah dengan cara penulisan atau design blog kita, kita mohon ampun dan maaf juga.

Semoga Hari Raya anda semua disirami dengan kegembiraan dan kebahagiaan. Berhati2 dalam tingkah dan laku agar kesihatan dan keselamatan terjamin sentiasa. Akhir kata, bahagiakanlah ibu bapa kita di hari yang indah ini....


Baked Cup Macaroni

Assalamualaikum.....

Apa khabar anda semua? Semoga semuanya sihat sejahtera dalam menjalankan ibadah puasa yang bersisa beberapa hari saja lagi nie kan. Maaflah dah lama tak ke udara. Ada beberapa insiden yang berlaku. Nanti2lah kita cerita yer.


Ok..gambar tak cantik. Anak bujang kita yang amik hari tu kan. Sebenarnya senang yang amat untuk masak makaroni nie. Tapi tu la, rupa x semenggah, tapi adik kita dengan anak kita bukan main suka lagi. Dah kengkawan adik kita minta resipi. Dah alang2 tu, kita letak jer la kat sini yer. Resipi nie main ciptaan trial and error kita jer. Mujur menjadi dan sedap. Ok, mari intai resipi. Kita beri nama Cup nie konon2nya macam cup cake la yer...heheheh. Kita bakar dalam tray cupcakes tu.


Baked Cup Macaroni
Resipi : Aziela

Bahan-bahan:
200 gm macaroni (rebus seperti arahan dan toskan)
200 gm daging/ayam kisar (boleh juga guna sosej dan cendawan)
1/4 bji capsicum hijau dan capsicum merah (dadu kecil)
1 biji cili merah (hiris halus)
1 labu bawang besar (dadu)
5 ulas bawang putih (cincang)
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk cili
sedikit serbuk oregano
garam secukup rasa

4 biji telur (dipukul sedikit)
Mozarella cheese secukupnya
Sedikit daun sup yang dicincang halus

Cara-cara:

- Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi dan kekuningan.
- Masukkan daging/ayam kisar dan gorengkan hingga sebati. Masukkan serbuk cili dan serbuk kari hingga masak.
- Masukkan makaroni, cili merah, capsicum dan taburkan serbuk oregano. Gaul sebati hingga masak.
- Perasakan dengan garam. Tutup api
- Sediakan oven dengan suhu 180C.
- Sudukan macaroni tadi kedalam acuan hingga penuh.
- Masukkan telur sedikit demi sedikit hingga menyaluti makaroni dalam acuan. (kalau x cukup telur, sila tambah)
- Taburkan mozarella cheese secukupnya di permukaan macaroni.
- Akhir sekali, taburkan sedikit daun sup diatasnya.
- Bakar selama 25-35 minit (bergantung kepada acuan dan oven)

Makaroni ini sedap dihidang panas. Sesuai untuk mereka yang tak makan pedas. Tapi kita satu famili suka makan dengan sos cili. Mudah disediakan terutamanya untuk tetamu yang bakal berkunjung di hari raya.

Selamat mencuba yer.

Khamis, 18 Ogos 2011

Movie Review : Tolong! Awekku Pontianak

Assalamualaikum.....

Apa khabar semua? Erk...penat ke? Weekend nie, mesti semua orang pergi shopping baju raya kan. Ha, kita pun. Tapi malam nanti. Siang2 nie panas la. Oh..kita nak pergi ke bazar Ramadhan kat depan bus terminal Kuantan tu. Pergh..arie tuh rayau tak sampai separuh pun kita dah letih. Mlm nie nak siap2 pakai sport shoes. Hehehehe.

Oh yer, cerita nie kita purchase sekali dengan Senario dalam entry semalam. Sama juga. Nampak macam seram2, tapi sangat lawak. Kelakar yang amat. Kena pay attention sikitlah yer, sebab kadanga2 si Pian, kawan Bob (Zahiril) tu kalau ckp, slow, tapi sangat lawak.

Scene paling lawak, bila Maya jadi pontianak dan terbang kejar mat rempit yang rompak dia..kelam kabut mat rempit nie semua lari. Sampai ke polis nyer road block, diorang kelam kabut berenti kat tepi (tak yah kena tahan dengan polis pun), lepas tu berlumba2 naik trak polis. Lagi lawak, dah naik trak, tutup siap2 pintu belakang trak tu. Siap soh polis bawak ke balai. Polis semua tercengang..x tau story.

Ok, not so seram. Sekadanr hiburan. Lawak simple.... tapi entertaining. Oh yer..jangan lupa beri perhatian kepada Tok Bomoh Aaron Slam Bach....

Hahaha..selamat menonton...

Rabu, 17 Ogos 2011

Movie Review : Senario Ops Pocot

Assalamualaikum.....


Gugle
 Dah lama tak review filem kan. Sebab dah lama tak pergi cinema. Baru2 nie, purchase Astro First untuk cerita nie. Sajer nak kasi meriah sebab ada in-laws datang buka puasa kat rumah kan.

Cerita nie sangat santai. Senario has back on track. Ada a few Senario movies previously yang kita rasa tak berapa menghiburkan. Tapi yang nie, memang lawak jer kerjanya. Berulang kali kami satu family tengok sampai gelak2 besar. Siap family in law pun tergelak2 tengok. Santai la. Sangat simple, but creative.

Sinopsis macam biasa, kita tak nak buang masa u all untuk baca. Ada banyak sinopsis feed di alam maya nie.

Cuma keikhlasan Metrowealth nie mengetengahkan RELA dalam filem nie, memang kita tabik la. Memang tak pernah langsung dalam sejarah RELA nie dipromosikan. Secara tak langsung, ini memberikan penghargaan kepada RELA dan juga sebagai satu education kepada masyarakat tentang wujudnya RELA dan fungsi RELA dalam membantu keutuhan sosial dalam masyarakat Malaysia.

Lakonan Mr. Os sangat menarik. Welcome back Mr. Os!! Mantap laaa....
Idea jalan cerita dan skrip memang sesuatu yang baru dan fresh. Suka sangat tengok babak Mazlan (Lan Pet Pet) di hantar ke kem latihan menaiki motor seorang India. Walaupun berlainan bangsa, tapi hubungan mereka nampak sangat rapat. Babak hanyalah seminit jer rasanya, tapi sangat memberi kesan.

Ada kisah cinta dalam cerita nie..... Bestt..!!

Ok, kita sarankan semua, sokonglah industri filem tempatan.

Selamat Menyambut Hari Nuzul Qur'an

Assalamualaikum.....

Yer, ramai yang bercuti hari nie yer. Sambutan Nuzul Qur'an biasanya dulu di kampung kita, ada la moreh special sikit. Ptg, orang kampung dah berkumpul kat masjid, gotong royong memasak. Lepas buka, solat, ada pula ceramah agama. Tapi sekarang tak ada dah. Cuma ikut turn la, ada beberapa rumah keluarga yang akan hantar hidangan ke masjid.

Dah ramai sangat blogger yang tepek tentang info dan fakta Nuzul Qur'an nie. Jadi, tak perlulah kita nak ulang semula. Cuma perlu diingatkan.....

JANGAN SHOPPING TAK INGAT DUNIE YER...

Selamat Menyambut Hari Nuzul Qur'an.

Selasa, 16 Ogos 2011

Di Seret Suami Dalam Berbogel...

Assalamualaikum.....



Baruuu jer baca news kat blog Lulu pasal kisah nie di sini. Memang geram betul. Semata2 sebab menolak pelawaan suami untuk buka puasa, dia diperlakukan sedemikian rupa? Itu suami ker, haiwan? Haiwan tau puasa ekk? Kalau puasa, kenapa seperti syaitan?

Ok, fine, salah isteri ada juga. Dia engkar arahan suami dia untuk buka bersama. Tapikan, agak2nya kenapa dia tak nak buka dgn hubby, instead of that, dia nak gi buka puasa kat rumah kakak dia pula? Obvious dan jelas kan... Kalaulah suami dia sanggup buat mcm nie atas kesalahan kecil, yang sebelum2 nie entah apa lah lagi agaknya. Entah dah berapa kali di tampar, di maki dan caci, di pukul, disepak terajang agaknya isteri dia tu. Takut barang kali nak duduk makan bersama suami. Atau mungkin cuba mencari perlindungan dari kakaknya.

Kalaulah ada pembaca entry ini di luar sana, kita nak kongsi sedikit apa tindakan wajar yang boleh dilakukan.

Kalau anda SELALU dan SERINGKALI menjadi mangsa penderaan rumah tangga, segera buat laporan di balai polis. Dapatkan laporan perubatan dari doktor terlebih dahulu.

Kemudian, cari perlindungan di rumah saudara mara. Seterusnya, boleh ke pejabat agama berhampiran dan failkan permohonan fasakh, iaitu memohon perceraian daripada suami.

Ingat lagi tak? Setiap pernikahan, suami akan membaca lafaz taklik. Cuba semak semula sijil nikah anda semua. Baca dan fahamkan lafaz taklik itu.
- Kalau isteri ditinggalkan tanpa berita selama 3 tahun....
- Kalau tiada nafkah zahir dan batin selama 6 bulan...
- Kalau isteri disakiti zahir dan batin (psychology)....

Ha..inilah hak kaum wanita. Pergilah tuntut hak anda. Allah dah tetapkan wanita itu bukan untuk ditindas. Isteri bukan hamba abdi suami. Isteri adalah untuk disayangi. Isteri adalah kekuatan dibelakang kejayaan lelaki. Isteri tidak untuk disakiti.

Cuma, pastikan anda semua ada bukti yang anda disakiti. Laporan perubatan, laporan psychology dari kaunselor dan sebagainya.

Geram dengan lelaki BODOH macam nie....

Kad Raya dari Bangku Kosong

Assalamualaikum.....

Kita dapat kad raya dari blog Lepak di Bangku Kosong. Seronok..sebab ada juga kad raya yang boleh kita tampal di blog kita nie.
Terima kasih En Hasrul Hassan. Selamat Hari Raya kembali untuk anda.

Ahad, 14 Ogos 2011

Sup Bebola Ayam Ber'ubi'

Assalamualaikum.....

Hahaha...suka2 hati kita jer letak nama kan...hehehehhe. Sup seperti gambar bawah nie jer...

Sup jernih dan sangat sangat sangatlah mudahnya. Dinamakan ber'ubi' nie sebab ada campur ubi kentang dan lobak. Seperti diketahui ramai, lobak pun adalah dari keluarga ubi juga. Kalau anak-anak kecil yang baru nak belajar2 makan nasi tu, memang sesuai la dihidangkan. Dan hidangan nie juga amat berkhasiat. Cuma, kalau ada lagi lobak yang lebih, ada pulak putik jagung dan campurkan dengan sedikit brokoli, mesti kejadiannya lebih menarik di pandang dan lebih berkhasiat di makan. Tapi kita pun masak atas permintaan birthday 'boy' yang besar panjang tu. Dia nak yang ini, kita buat la...
 Ok...jom semak resipi.

Sup Bebola Ayam Ber'Ubi'
Resipi asal : Aziela

Bahan-bahan :
10 biji bebola ayam
5 biji ubi kentang (potong baji/wedges)
3 biji lobak (kerat 1 inci dan belah 2 atau 3)
1 kiub pati ayam
garam secukup rasa
1 sudu kecil lada sulah
3 biji bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
4 cawan air

Cara-cara :
- Tumiskan bawang merah dan bawang putih dengan minyak yang sedikit hingga wangi.
- Masukkan ubi kentang dan lobak. Gaulkan seketika.
- Masukkan air dan biarkan mendidih. Kalau suka kuah banyak, boleh lebihkan air.
- Masukkan bebola ayam yang telah dibelah dua.
- Masukkan kiub pati ayam yang telah dihancurkan. Kacau hingga sebati selama 1 minit.
- Perasakan dengan garam dan lada sulah.
- Tutup api dan hidangkan panas.


Ha, amacam. Senang kan? Sonang yang amek. Kalau dapat ikan goreng, ada pula sambal nenek..perghh..memang sepinggan tak cukup tau.

Sesuai untuk ibu yang bekerja dan perlukan hidangan ringkas dan berkhasiat serta adik2 yang teruna dara yang bujang trang tang tang. Sesuai di makan pada bulan puasa nie...

Jumaat, 12 Ogos 2011

Ayam Kicap dengan Cendawan

Assalamualaikum.....

Aiyyoo..ini kan lagii senang. Rasanya sesiapa jer boleh masak. Sonang yo...cayo lahh...

Maaf lah..gambar memang tak semonggah. Len kali usaha snap sendiri lah. Adam pun sebenarnya dah tak sabar nak buka..tu yg main tangkap muat jer tu..hehehe.

Nak tulis resipi ke? Tak yah la kot. Kita citer sikit2 kat sini jer lah yer.

Ayam yang ada tu, goreng dulu dengan sedikit garam dan kunyit. Kalau boleh, potong comel2 sikit.

Kendian, tumiskan kulit kayu manis dengan bunga lawang sekuntum, pas tuh masukkan bawang merah dan bawang putih yang dihiris sampai wangi baunya.

Kemudian, masukkan ubi kentang yang dipotong kiub dan gaulkan sebentar dalam kuali.
Agak sedikit masak kentang tu, masukkanlah kicap manis dan sedikit air. Biarkan kentang empuk. Lepas tu masukkan ayam goreng tadi, cendawan butang yang dihiris, sedikit hirisan capsicum dan bawang besar yang dihiris bulat. Kalau suka, boleh taburkan lada hitam dan gaul sebati.

Ha..siap.
Senang jer kan. Err..itu cara kitalah. Mungkin ada yang lebih mudah dan ada yang lebih complete dan sedap. So far, hubby kita puas hati dengan yang ini.

Ok...hidangan nie kalau makan dengan nasi panas waktu sahur, confirm berselera.

Mat Bangla Mengorat?!

Assalamualaikum.....

Apa khabar semuanya..? Semoga semuanya sihat sejahtera dan dapat menjalani ibadah di bulan mulia dengan sempurna.

Sajer nak berkongsi kisah yang agak lawak pagi tadi.

Kita gerak ke tempat kerja dari Port Dickson pagi tadi. Disebabkan tak sempat nak isi minyak kereta, kita berhentilah di R&R Seremban untuk mengisi minyak. Oh yer, kita isi minyak di Petronas.

Ada sorang bangla nie, memang dah cam kita. Sebab selalu juga kita isi minyak kat situ. Ulang alik KL-PD kan, itu yang agak mudah sikit, sebab dalam perjalanan jer.

Bangla nie tanya kita : Abang mana? Kerja?
Kita angguk jer lah...
Dia tanya lagi : Abang kerja mana?
Kita jawab la : Kuantan
Bangla kata : Banyak jauh. Hari2 dia balik?
Kita jawab : Ishh..mana boleh. Satu minggu satu kali la.. Mau cari makan kan.. Semua orang itu macam.
Bangla senyum2 jer sambil isikan minyak kereta kita.

Tak lama tu, dia cakap lagi : Kakak banyak cantik. Kalau Bangla, memang suka macam ini.
Kita (Gulp...) Adohh..mamposs haku...
Dia cakap lagi : Kakak ada boyfriend?
Kita cakap lagi : Mana ada. Tak boleh kan. Mesti setia. You pun Islam. Mesti tau.
Dia kata : Saya tau, tapi boleh juga kalau ada boyfriend.
Kita kata : Abis..you ada girlfriend la? Indonesia kah?
Dia kata tak ada. Lepas tu sambung puji2 lagi.
Kita gelak2 jer... Pas tuh kita buat excuse gie toilet. Balik dari toilet, dia tgh lap cermin belakang. Kita letak semula nozle, tutup tangki minyak, terus start engine.

Tup2, dia start lap cermin depan plak. Adoiii... siap dengan bonet kereta semua dia lap... Sambil2 tu dia puji2 lagi... Gilo betul.

Dah siap, dia kata. Nanti datang lagi, cari dia. Jangan cari orang lain.

Kita sengih jer. Dalam hati : Akan ku cuba sedaya upaya untuk tak datang sini lagi..huhuhu...

Pelik lah. Apalaa yang di pandangnya. Dah la kita nie ala-ala kategori sihat walafiat kan. Kalau macam model ke..lain laa..

Yang paling sadis tu.. BANGLA  pulak tu..huwaaaa...
Hubby...tolongg...!!

P/S : DD, aku nie selalu jadi benda pelik2 mcm nie kan...

Khamis, 11 Ogos 2011

Bawal Masam Manis Ringkas

Assalamualaikum.....

Ha, macam la pandai sangat masak kan. Orang lain letak resipi, kita pun nak letak resipi. Padahal, main instant and campak2 jer..hehehe. Cuma mungkin ianya boleh di praktikkan oleh ibu2 yang bekerja atau kalau rasa macam tetamu dah nak dekat sangat nak sampai kan.

Ok..ok..jom tengok cara kita masak. Inipun sebab ada yang bertanya mcm mana. Adik2 kita pun kenkadang nak tau gak mcm mana kakaknya masak.


Bawal Masam Manis Ringkas
Resipi Asal : Aziela

1 kg Ikan bawal  ( tak kisahla dapat berapa ekor pun, tp kita dpt yg besar, 1ekor jer )
Bhn dlm tin:
200 gm baked beans
200gm kacang peas
200gm nenas (potong kiub)

1 biji bawang besar (hiris bulat)
3 ulas bawang putih (hiris)
3 hiris halia (racik)
setengah biji capsicum (hiris)
2 biji cili merah (hiris)

3 sudu besar sos cili (boleh juga guna sos cili thai)
setengah cawan sos sweet and sour (yang dah siap dalam botol)
1 sudu besar sos tiram
(tak perlu sos tomato sebab baked beans dah ada sos tomato)

5 sudu besar air


Cara-cara :
- Goreng ikan bawal sehingga masak. Jangan garing sangat, nanti keras.
- Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak.
-Tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau.
- Masukkan semua bahan dalam tin
- Masukkan semua jenis sos beserta air dan kacau rata. Tunggu hingga mendidih.
- Selepas mendidih, masukkan capsicum, cili merah dan bawang besar. Gaul rata.
- Selepas mendidih dan puas hati dengan rasanya, bolehlah di padamkan api. Tak perlu tambah garam sebab semua sos dah balance rasa garamnya.


Memang tak masukkan sayur2an atas permintaan hubby. Tapi untuk sesiapa yang suka, bolehlah tambah carrot, brokoli atau bunga kobis. Resipi nie pun sesuai untuk kanak2 sebab tak pedas langsung. Sengaja buat tak pedas sebab bulan puasa kan, takut ada yang tak tahan pula. Namun, kalau sesiapa yang suka pedas, boleh la campakkan cili padi yang dihiris sekali dalam sosnya.


Tujuan masukkan kekacang (baked beans dan green peas) adalah untuk memaksimumkan rasa lemak dan mewah dalam hidangan nie. Amat enak sekali bila digabungkan dengan ikan yang digoreng.
Ok, resipi segera yang mudah dan ringkas. Bolehlah cuba nanti.

Suami Blogger Telah di temui...

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi. Terima kasih kepada sahabat kita iaitu Pn Rahmah kerana mewar2kan perkembangan terkini. Mungkin inilah yang dikatakan hikmah di bulan Ramadhan. Tiada siapa yang dapat menduga apa yang bakal berlaku dan tiada siapa tahu hikmah setiap kejadian. Apa yang pasti, kita panjatkan kesyukuran di atas apa sahaja nikmat yang dikurnikan Allah swt.

Berita lanjut di sini.

Men Tai Ned !

Assalamualaikum.....

Ini adalah dialog di antara Adam dan grandparentsnya di suatu hari. Kejadian di laporkan kepada kita selang 2 hari kemudiannya.

Adam : Nek, men tai ned tu apa?
Nenek : Ha? Err, nenek tak pandai English. Cuba tanya atuk.
(Adam jerit pada atoknya yang sedang menonton tv)
Adam : Atookk!! Men tai ned tu apa?
Atok : Men tai ned?
( Atok segera mencapai kamus dwibahasa )
Atok : Cuba Adam eja.. Atok cari dalam dictionary..
Adam : M - E - N - T - I - O - N - E - D
Atok & Nenek : ( Ketawa berdekah-dekah )
Atok : Ingatkan perkataan apa tadi... Itu sebutnyer 'mentioned'..!!
Atok dan Nenek : Sambung ketawa..

Rabu, 10 Ogos 2011

Rumah Terbuka Hari Raya di Istana

Assalamualaikum.....

Wah, kami dah dapat makluman awal tentang jemputan Yang DiPertuan Agong untuk Majlis Hari Raya. Yer, tau..tau, puasa baru 10 hari dah sibuk raya. Bukan apa, sekadar berkongsi maklumat.

ATURCARA MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

BERSAMA RAKYAT JELATA

TARIKH : HARI RAYA PERTAMA AIDIL FITRI 2011

MASA : 11.00 PAGI - 2.00 PETANG

TEMPAT : ISTANA NEGARA


10.30 pagi - Ketibaan rakyat jelata di Pintu Utama.

11.00 pagi - Rakyat jelata bergerak menuju ke Anjung Tengah.

11.15 pagi - Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di Anjung Tengah.

Rakyat jelata menghadap dan bersalaman dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan seterusnya menikmati juadah Hari Raya di perkarangan Istana Negara.

2.00 petang - Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong selesai.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong meninggalkan majlis.

Siapa yang tak balik kg, atau kg di KL, bolehla ambil peluang nie yer...

BANGKU KOSONG : JOM HEBOH BLOG BARU

Assalamualaikum.....

Ya, mula2 dapat e-mail invitation dari blog Bangku Kosong. Kemudian, baca di blog beliau. Dan inilah kita join segmen yang khas untuk blog baru (err..x baru pun..), dan kurang 500 followers (tepat sekali.. kita memang sangat kurang dari nombor itu).

Yes...dah tampal banner. Lebih tepat lagi, Jalur Gemilang. Kita respek la En Hasrul nie, menyemarakkan semangat kemerdekaan. Maklumla, sekarang nie, perhatian rakyat tertumpu pada puasa dan Hari Raya, bukannya merdeka. Kibaran jalur gemilang pun nampak kurang berbanding tahun2 sudah. Jadi, kibaran di blog pun membantu juga kan..

Yes, saya memang follower anda, Bangku Kosong...

Mari join beramai2 di blog Bangku Kosong.

Menang Contest Atok!

Assalamualaikum.....

Waahh...hari nie tak dapatlah nak berwordless Wednesday... hehehe. Pagi2 nie, dapat khabar gembira. Kita dapat salah satu daripada hadiah Contest Kutuk Blog Atok hari tu. Entry kita ada kat sini. Walaupun kedudukan kita paling corot, kita tetap bersyukur. Sebab kita tak pernah masuk apa-apa contest pun. Err..ada ekk. Tapi tak tau apa kesudahan contest story yang dulu tu kan...

Anyway, syukur sebab dapat keychain. Bukanlah sebab keychain tu harganya mahal, sebab kita pun ada juga keychain dari Cameron, cuma ini adalah hasil daripada menaip di blog. Tambahan lagi, ianya pemberian daripada rakan blog yang tak pernah dikenali di alam nyata.

Yang paling penting, terima kasih banyak2 kita ucapkan pada rakan2 yang mengundi kita. Terutama pada best friend kita yang undi kita everyday. Sayangggg awak dan awak dan awak...


Kita mungkin akan dapat salah satu daripada yang ini.

Yang tempat pertama, atok kata rahsia. Hehehe..Tak kisahlah. Tak jeles pun den..hehehe. Tapi kita paling suka sebab akan dapat salah satu daripada kad raya ini...hehehe.


Atok dah siap tulihhh... Yess..suka sangat baca surat orang yang bertulisan tangan. Mengimbau nostalgia betul. Dan semestinya bila dapat yang handwriting nie, kita suka mencari sesuatu. Hehehe..apa dia? Nantilah kobar kek atok. Sok2 dapek, den boghi la tau yo tok... hehehehe.

Ok..gambar2 semua di cilok tanpa kebenaran dari atok di sini. Sorry tok..sorry...eksaited sangat..lupo nak mintak permisen..  Lariiikkk....

Selasa, 9 Ogos 2011

Last Minute

Assalamualaikum.....

Kenapa ada orang yang sangat suka buat kerja and decision last minit ekk? Tau tak, orang2 keliling yang terlibat sekali tu sangat tersiksa dibuatnya....

Yess...welcome to alam pekerjaan...

Bulan puasa nie...sabar..sabar....

Balik kang masak nasik goreng lah untuk buka. Tengok juadah param semuanya macam menakutkan jer...

Isnin, 8 Ogos 2011

Happy Birthday Hubby..!!!

Assalamualaikum.....

Yer, Sabtu yang lepas ialah birthday hubby kita. Tapi tahun nie jatuh dalam bulan puasa. So, kita masak sikit lebih kurang dan panggil parents in law datang buka puasa bersama kat rumah. Actually sangat berharga la..sebab kita memang sangat jarang memasak kat rumah. Kalau nak masak yang macam untuk dinner nie, memang boleh dibilang la kot. Tapi, sorry dear hubby. Tak ada kek. Nanti susah pulak nak makan habiskan sebab time bulan puasa. Family members yang lain bukannya makan kek sangat. Sekadar rasa secubit dua jer. Nak bagi neighbour, tak surela diorang ada kat rumah atau tak.

Kita masak tak banyak pun. Ala kadar jer. Sabtu tu, pukul 3 petang baru sampai rumah dari membeli barang2 basah. Maklumlah, jarang masak. Maka bawang dan segala barang basah memang tak ada. Macam tak jejak ke lantai kita berlari2 dalam rumah nak sediakan semua benda. Mana nak kupas bawang, siang ayam, siang ikan, basuh sayur dan segalanya. Alhamdulillah...ngam2 waktu buka, semuanya selesai.

Tengok gambar jerlah dulu yer. Inipun si Adam yang tolong snap. Mama dia dah tak sempat nak layan. Tak complete pulak tu... air pun langsung dia tak snap. Nanti kita masukkan gambar air kemudianlah yer.


Ikan Bawal Masam Manis dengan Sirap Bandung Laici


Sup ubi kentang dan lobak bersama meat ball


Special request from hubby : Ayam Masak Kicap Bercendawan


Selera anak bujang : Macaroni Goreng


Kudapan Iftar : Makaroni Bakar
Itu antara juadah yang kita sediakan. Lepas tu mother in law datang, bawak lagi kari kambing, rojak tahu, sambal tempoyak dan cucur udang. Memang penuh sungguh meja.

Ikan tu memang favourite Adam dan hubby. Father in law puji kata sedap...yeyyy... Father in law kita memang cerewet sungguh bab makan nie. Mother in law kita pulak asyik mengulang sup tu. Tapi dia paling suka air bandung kita. Terima kasih Cik Mat Gebu. Kita follow resipi Cik Mat tu.

Macaroni goreng, resipi sendiri. Macaroni bakar, main ingat2 sendiri jer. Konon nak buat macam Cik Mat gak, tapi x tau laa sama ker tidak. Tapi Adam memang suka betul. Lepas tu mother in law kita pun suka. Dia ingat kita beli..hehehhe. Bila kita cakap kita buat sendiri, memang terperanjat betul semua orang. Hehehe. Yer la, tak pernah buat. Baking tray pun, tengahari tu baru beli..hehehehe.

Yang penting, plan kita untuk hubby berjaya. Alhamdulillah. Hubby suka dengan semua. Tapi...tak ada thank u pun. Hemm..orang lelaki memang mcm tu la.  Nak kena bersuruh kan..hahaha.

Oh yer...resipi nanti kita bagi satu2 yer...



TAHNIAH BEN ASHAARI...

Assalamualaikum.....

Sangat gembira membaca perkhabaran dari Ben di sini. Ben dan isterinya Pn Azila ( erkk..nama kita Aziela...different yer..) Insyaallah akan beroleh cahaya mata kilauan jiwa pada tahun hadapan.

Yer, Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Setelah usaha yang diiringi dengan ketekunan, kesabaran dan keyakinan, pasti Allah itu tidak akan menghampakan umatnya. Alhamdulillah... Cuma bagi mereka yang masih belum mendapat rezeki, maka bersabarlah. Hayatilah apa maksud perkataan 'sabar' itu sendiri dan yakinlah bahawa apa jua yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Untuk Ben dan Pn Azila, sedikit pesanan dari kita. Itupun kalau pasangan ini baca entry ini (which I doubt so much..).

Untuk Ben:
- Banyak-banyak bersabar dengan kerenah ibu mengandung. Bukannya ibu tu mengada-ngada, tapi kadang-kadang memang tak dapat di tahan-tahan.
- Banyakkanlah memberi sokongan tenaga dan moral pada isteri. Kadang-kadang ada yang lemah lesu sebab mabuk di awal kandungan. Maka kenalah cuba2 turun ke dapur dan pegang penyapu.
- Cuba alert dengan deria bau dan deria rasa si ibu yang mungkin agak berbeza dari kebiasaannya. Yang penting, cuba untuk accommodate dengan isteri bagi keselesaannya.
- Cuba-cubalah research tentang persediaan ketika ibu mengandung dan ketika menghadapi proses kelahiran. Mungkin boleh cuba visit sini untuk bantuan.

Untuk Pn Azila:
- Di awal kandungan, AMAT PENTING untuk tidak melakukan tugasan berat. Ianya adalah tempoh kritikal untuk menguatkan kedudukan bayi di dalam rahim. Ada kawan yang lap sedikit lantai akibat air tumpah, tapi keesokannya beliau keguguran. Maka berhati-hatilah.
- Jaga makanan dan minuman. Tak semua orang sama. Ada yang minum air tebu seteguk boleh keguguran, namun ada pula yang minum berjag-jag pun sihat walafiat jer. Maka, jangan ambil risiko. Terutama di awal kandungan.
- Minum susu khas untuk kandungan. Macam kita dulu tak lalu minum yang putih, kita ambil perisa coklat. Tak lalu juga, masukkan jer ais ketul sedikit. Janji, boleh telan.
- Pastikan sentiasa ada makanan di dalam handbag dan kereta. Makanan yang boleh alas perut, contohnya biskut atau roti. Kalau boleh, cubalah makan sedikit setiap 2 jam. Kalau tidak nnt boleh pedih perut.
- Makan sedikit-sedikit, tapi kerap kali.
- Minum air suam dengan banyak. Kalau boleh 2 liter ke atas setiap hari. Masa mengandung nie, kita sentiasa rasa panas tau.
- Jangan sapu minyak angin di perut, walaupun ketika kembung. Dikuatiri boleh merosakkan kulit bayi nanti.

Untuk Ben & Azila :
- Saling faham memahami dan saling bertolak ansur.
- Sentiasa lebihkan curahan kasih sayang dalam perhubangan.
- Orang tua2 kita pesan, kalau kandungan belum cukup 7 bulan, jangan shopping baju baby dulu. So, simpankan jer duit banyak2 untuk shopping till drop lepas kandungan 7 bulan.
- Prepare beg lengkap persalinan ibu dan anak dan letak saja dalam bonet kereta. Kalau emergency, beg dah siap sedia di dalam kereta.
- Err, kalau ada mengidam yang agak2 waras tu, segeralah cari. Kalau lewat sikit jer, nanti mengidam ibu tadi hilang sebab kecewa. Bila dapat pun, dah tak thrill sebab dah kecewa. Nnt jenuh nak lap air liur baby...hehehehe....

Ok..pendek jer... Nanti korek2lah lagi dari orang lain yer. Cuma kita pesan berdasarkan pengalaman diri sendiri yang singkat dan cetek.

Sekali lagi..tahniah.

Ahad, 7 Ogos 2011

I follow you... I stop Follow you...

Assalamualaikum.....

Err..apa tujuan memfollow blog at the first place? Just because balas ke 'follow'an orang itu pada blog kamu ke? Then, agak2 orang tu dah x perasan, unfollow kembali.

Hmm..maybe selera tidak selari dengan persembahan kot.

Hak semua...

Can't Wait for Cars 2

Assalamualaikum.....

It scheduled to start on 25th August. Good. Can watch during day time. Kill time for him. Adam is quite obsessed with this movie. He likes car so much.

Mama is eager to watch the movie as well. Hehehe....

Sabtu, 6 Ogos 2011

Buffet Buka Puasa Pertama Tahun Nie...

Assalamualaikum.....

Ha....kena story pasal buffet nie. Actually dah lama. Kita dengan hubby buka puasa di luar masa first day puasa. Ingat tak entry kita pasal opis kita yang udara nya beracun tu? Kalau tak ingat, boleh refresh kat sini yer. Ha, lepas kejadian tu, dan kami semua dihalau balik, maka kita pulang semula ke Kuantan. Hari pertama puasa, tambahan lagi first time hubby puasa seorang diri di tempat baru, di Kuantan. Kesian kita. Tak ada wife, anak, parents... Mesti hubby kita sedih. Kita tak hiraukan penat kita. Yang penting kita cuba untuk gembirakan hubby kita.

Bila hubby balik kerja petang tu, punya la happy dia nampak kita ada kat rumah. So, terus siap untuk keluar cari food untuk buka. Kami dah penat 2-2 orang, maka jalan2, pusing2 Kuantan, maka tertariklah dengan offer buffet Ramadhan di Hotel Continental. Nampak macam menarik. Harga cuma RM49.90 nett seorang jer. Boleh tahan gak. Biasanya kan lebih dari RM60.00 kalau bulan puasa nie.

Maka kami pun call, buat reservation dan teruskan pusing2 Kuantan sementara tunggu waktu berbuka.

Menariknya, ada kambing panggang. Tapi disebabkan tak berapa ramai masa first day, diorang hanya panggang dalam setengah ekor kambing saja. Tak nak membazir katanya. Bagus kan..

Kita tak ambik gambar kambing dan gulai kawah pun...sibuk pulak dengan menu lain. Banyak dan sedap2 belaka. Tapi, sup dagingnya tawar gila2. Bila dapat borak dengan chef, baru tau, ada sorang chef muda yang masak dan terlupa nak letak garam. Patutt laaa...

Ok, meh layan gambar yer.

Kerabu, ulam dan pelbagai sambal

Set pecal

Rojak buah

Sup daging yang tidak bergaram

Pengat pisang yang sangat sedap

Bubur Lambuk

Bee Hoon Singapore yang sedap

Ayam panggang dengan sos cili

Ayam Pandan ( Not so nice. Keras and kering)

Sambal sotong dengan petai

Udang kari kering

Masak lemak labu dengan ikan masin. Pergh...heaven.

Berbagai jenis desert

Desert lagi


Selain daripada tu, di bahagian koridor luar, rupa2nya ada lagi pasta bermacam style, roti canai, mee kari, ais kacang, cendol dan paling spesel ialah patin masak tempoyak.

Selain dari 2-3 hidangan yang tak berapa merangsang tu, yang lain2 semuanya memang memuaskan sangat. Tempat solat yang selesa juga disediakan.

Hmm...dah plan nak bawa Adam next week.

Khamis, 4 Ogos 2011

Farewell Lunch at Makan Kitchen

Assalamualaikum.....

Apa khabar semua? Apa juadah buka puasa tadi? Mesti menyelerakan yer tak? Opss..pada yang terawih di masjid, tapi nak buat witir sendiri tu...jangan pula sampai terlajak ke sahur nanti yer? Yer la kan, ada yang rancang nak sambung solat sunat di rumah. Nak buat tahajjud, nak buat solat sunat tasbih, cuma takut2 bila perut dah kenyang, semuanya dikerjakan dalam mimpi jer. Ha, sedar2 jer dah cukup time bangun sahur nanti. Kalau nak tragis lagi, sedar2 jer dah subuh..hihihi...

Ok..ok... sajer jer buat entry makanan nie di malam hari. Tak nak la tumpang 'reward' pada yang nak terrrr buka puasa bila tengok gambar. Tapi kan nasib baik la kita nie amik gambar pakai enpon cap ayam jer. Takderlaa nampak menggamit selera sangat ekk.

Aduhh...panjangnya bebel. Saper yang x larat nak baca tu, pepandaila skip yer.

Ok, majlis nie berlangsung pada hari Khamis, minggu sebelum kita memulakan puasa di Restoran Makan Kitchen, Double Tree Hotel, Ampang. Majlis adalah sempena persaraan salah seorang daripada petugas jabatan kami iaitu En Rashid. Beliau bersara pada umur 58 tahun.

First time datang ke sini sebab hotel nie rasanya baru juga. Dalam setahun la baru dibuka. Dulunya adalah Crown Princess hotel, tapi di ambil alih oleh Hilton dan diberikan nafas baru. Nice.

Antara yang hadir.
Tema makanan ialah Satu Malaysia..agaknya la hehehhe. Sebab semua jenis food ada. Makanan Melayu, lepas tu ada counter untuk makanan India jer, ada section bakar membakar, desert macam biasa la, kuih Melayu, Cina dan India.

Meh layan gambar jer lah yer...


Bahagian Makanan India


Ada bermacam2 jenis mee dan sebelahnya ialah bahagian bakar membakar


Berbagai jenis dim sum...

Taste wise, memang recommended. Cuma bahagian India tu, bila kitorang makan nais beriyani tu, rasa masinn sangat. Tapi bila tengok orang Arab berduyun2 bakan nasi tu sampai membumbung pinggan, mungkin taste orang Melayu nie kurang garam sikit kot. Harga lebih kurang 60++ seorang. Untuk hotel bertaraf 5 star di tengah2 banadaraya KL dan dengan suasana, pemandangan, pilihan makanan dan kualiti makanan, memang sangat berbaloi...

Oh..untuk Ramadhan, mungkin ada tawaran yang lebih memikat kot... 
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink