Jumaat, 30 September 2011

Makan di Highway : Hentian Seremban arah Utara

Assalamualaikum.....

Meh la cerita pasal makan2 lagi. Tak lama lagi kita rasa macam nak tukar blog nie jadi blog makan2  pulak lah rasanya. Banyak sangat entry pasal makan2 lagi. Maklumlah...jarang memasak di rumah. Banyak makan di luar..kita share la utk panduan pembaca.

Kali nie nak cerita pasal salah satu stall di food court Hentian Seremban PLUS Highway. Hentian nie yang dari selatan menghala ke KL punya.

Ada satu stall nie, nama dia Anugerah. Kita kan selalu pergi kerja di KL dari PD. So, selalu juga la singgah untuk beli breakfast. Makan di opis. Atau, kenkadang beli untuk lunch. Sebabnya, dia ada macam2 jenis makanan sarapan di sini. Boleh katakan semua ada, kecuali makanan yang berasaskan nasi. Nasi yang ada di sini hanyalah bubur nasi dan nasi impit jer...

Antara menunya :

Ada mee, kuay tiau, mee hoon, nasi impit
- Goreng
- Soto
- Kari
- Sup
- Rebus
- Kuah kacang
- Kuah Lontong

Ada juga :
- Laksa penang
- Cucur ikan bilis
- Cucur Udang
- Yong Tau Foo
- Bubur Nasi
- Tauhu Sumbat

ok..ok..meh layan gambar yer...







Orait...nanti bila2 lalu sinin, bolehlah singgah dan menikmati keenakan semuanya yer....

Selamat mencuba...

Jamuan Raya Opis 2011

Assalamualaikum.....

Ini adalah jamuan raya opis. Bukan office kita, tapi HQ kita punya jamuan. So, sebagai anak syarikat, kami pun dijemput sama lah kiranya.

Kebetulan pagi tu kita ada meeting kat situ, maka kita dengan boss kita tunggulah sampai petang untuk attend. Tu yg sempat update review pasal Cars 2 arie tuh... hehehhehe

Menu hari raya seperti biasa. Nothing special. Cuma seronok sebab jumpa kawan2 lama. Sebelum ditukarkan ke subsidiary, dengan diorang nie lah kita selalu bersembang dan bergurau mesra. Orang lain pun pelik2 jer agaknya tengok kita kejap2 terjerit sana sini...peluk2 sakan..cium2 pipi sakan.... Sampai ada lah sorang kakak nie sound... " Oii Ziela... Duduklah.. Dah macam Ratu dah aku tengok ko.. ". hehehhe..over eksaited kak oi.. Padahal..awal2 datang ke situ, dia dulu yang menjerit, tarik kita..peluk kita..cium2 kita..kih..kih..kih...

Ok..ada 2-3 keping gambar jer..


Pn Rahmah dan Cik Ina... Happy maa...


Baju putih tu boss kita yang sporting dan sangat baik hati.  Baju oren ialah rakan sekerja kita yang kita sayang.. Kak Die.. Tp Kak Die dah pindah unit lain..sob..sob..sedeyy

Entrance ke dewan majlis. Yang baju melayu siap songkok sampin tu semua kira usherer lah tu..hehehhehe. Seronok..

Tak sangka plak bos kita pakai baju sedondon dengan usherer majlis, En Anwar Bustami merangkap orang kuat company kitorang gak...heheheh. Amik kesempatan abadikan mereka dalam gambar.


So, bermulah rutin kehidupan seperti baisa yer tak. Tapi dengarnya minggu nie pun ada gak yg buat open house lagi walaupun raya dah abis..heheheh.

Khamis, 29 September 2011

Iftar di Melaka

Assalamualaikum.....

Ha...kita nak buat pengakuan. Ini adalah entry tertunggak..tertunggak..tertunggak.. (sila baca dengan nada bergema). Iftar family dengan in laws di Melaka. Dah habis puasa, dah habis raya dah pun, baru nak share pictures kat sini.

This year, FIL kita tak berapa berselera dengan lauk berempah2 masa bulan puasa. Perut dia agak sensitive. So, kebetulan ada Japanese buffet di EQ Melaka. Kita book 2 days earlier. Luckily dapat private room. BIL dengan family dia x dapat join. Sedey..kalau x, sure meriah.

Meh tengok gambar.

Adam sajer jer thumbdown. Padahal dia yang paling happy sekali. Favourite dialah katakan...


Alahai..senget la pulak gambar nie. Pandai2 la sengetkan kepala yer.. Sorry, x sempat nak edit dah. By the way, pinggan Firdaus nie.


Nephew Firdaus and Mak Su nya, my SIL. Uikss..saper punya pinggan sampai penuh meja tu?


Teppanyaki, sashimi dan air coke untuk berbuka puasa.. Aihh..berperang la dalam perut nnt.



Ini plate kita. Senget juga... Yaki udon dengan yasai tempura. Eh..betul ekk?




Kuih doremon..kuih doremon. Dora yaki kot nama dia. Ada inti peanuts, red beans, jagung, kaya...yumm

Ha..kan dah kata.. Dia yang paling happy sekali...

Kami datang awal sbb konon takut traffic jam. Sekali clear. Dah awal nie, diorang nie non-stop amik food.. Sebab malas nak duduk bangun lagi. Maklumlah..duduk bersila... Dah kenyang..siap bergolek2 la bebudak nie atas lantai.

Haihh..bila lagi nak makan cenggini kan...

Puding Tauhu

Assalamualaikum.....


Sahabat baik kita merangkap teman sebilik sepanjang masa kita belajar 6 tahun (eh..kecuali 2 tahun ekk) iaitu Dd buat julung2 kalinya datang rumah kita di Melaka masa weekend Hari Malaysia tu. Kebetulan dia menghadiri jemputan kahwin rakannya di Melaka.

Maklumlah, kita bukannya ada di rumah selalu. Maka, kita buat apa yang termampu jerlah. Kita masak mee hoon kari atas request dari hubby kita. Kalau ikutkan kita, kita masak nasi dengan sambal nenek jer..hehehehe. Boleh mengimbau kenangan lalu. Kesian kat Dd and family, mee hoon kari kita tak berapa nak lazat macam kat kedai punya. And desertnya kita buat puding tauhu nie. Resipi asal daripada K. Nor blog Secubit Garam. Kita memang selaluu sangat masuk blog Kak Nor nie. Sedap2 dan mudah2 hidangan dia. Err..ada gak yang mencabar..kita belum mampu nak try lagi.

Puding nie patutnya kena makan dengan jus laici dan buahnya atau koktail. Tapi masa lepas buat kita rasa macam dah maniss... Maybe kita yg terletak lebih gula kot. Maklumlah x timbang..main agak2 jer. Next time boleh adjust lagi. Sorry la Dd...tak sempat nak hias2 dessert nie.

Kak Nor..kita kopipes jer lah yer...



PUDING TAUHU


resipi original: http://www.secubitgaramnor67.com/2011/08/puding-tauhu.html



Bahan:

utk puding:

1 paket agar2 serbuk@10gm sepaket

6 1/2 cawan air

1 1/2 sudu besar gula

1/2 cawan santan

1/2 cawan susu pekat

1/2 cawan susu cair

secubit garam

1 helai daun pandan



utk kuah:

1 tin laici

1 tin air (guna tin laici sebagai penyukat)

3 - 4 sudu besar gula

 
Cara:


utk buat puding:

Masak air bersama serbuk agar2 dan gula serta daun pandan hingga mendidih.

Masukkan santan, susu pekat, susu cair dan garam.

Masak lagi hingga hampir mendidih (keluar wap yg banyak) dan padamkan api. Biarkan hingga suam.

Tapiskan ke dalam sebuah bekas lain dan bolehlah dituangkan ke dalam acuan yg disukai.

Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais sehingga hendak dihidankan.



Utk kuah:

Asingkan laici ke dalam bekas berasingan dan siat2kan sedikit.

Masak air laici bersama 1 tin air dan gula hingga mendidih.

Biarkan sejuk

Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan betul2 sejuk sebelum menghidang.



Cara menghidang:

Letakkan puding ke dalam sebuah mangkuk dan letakkan juga laici yg disiat tadi.

Tuangkan kuah dan puding sedia utk dimakan.



* puding ni boleh juga kalau nak dimakan dgn fruit coktail, cuma gantikan laici tu dgn fruit coktail ya.. bahan2 utk kuah tu yg lain2nya boleh guna sama cam dlm resipi.

 
 
Satu adunan nie boleh dapat banyakkk. Boleh lah nak makan 3-4 family kecik untuk sekali hidang.

My Luck in CONTEST..

Assalamualaikum.....

Talking about contests, giveaways, lucky draws and all those in the same category.. I'm not kind of 'built' for it. Through out my years, I've never receive anything based on luck. To cut it short...I'm not a LUCKY person. Hehehhe.. Some people do have this kind of magnet in which he or she will surely get some in any occasion. But me, I have to work for it. I need to put a lot of effort if I want something. I mean really MUCH effort.

Maybe that makes me kind of lack of self confidence person. Oh yes.. I do not have strong self confidence. I've been trying to strenghten that since forever, but everytime I try, something will pull me down deeper and make me suffer more. Owhh.. I need good motivation and skills.

However, in other parts of life, when I compare my condition with people at the same rank, I do feel thankful. Allah actually 'gives' me rezeki in other aspects. Not through these lucky draws or contests or whatever, but He gave me a good family.. Alhamdulillah. And not to mention, happiness in a specific ways.

I am sure everyone has their own cuts. It's the matter of we perceive things in our life. Either to complaints and feel sorrow, or thankful and enjoy the nikmah...

So friends, when I join contest in blogging world, I am very sure that I won't get anything. I join to support friends and to spice up the blogging world.

And friends... I am sincere.. Insya'Allah...

Rabu, 28 September 2011

MIX FM Makes Me Cry!

Assalamualaikum.....




Picture from http://www.mix.fm/


I love listening to Mix FM radio station. Beside Sinar and Hot, I'll tune my radio for Mix FM. However, today's morning Breakfast show made me CRY..!

They have this section of Dilly's Dilemma..something like that. Today's problem, one of the callers has a dilemma for his wedding. He had already plan for DJ with lights and sound system. However, his parents insist on a live band as well. So it add up the budget in which he doesn't have. So, should he strive to dig up the budget somewhere and satisfy the parents, or ignore the request? But he loves and respect his parents, but he doesn't has enough budget for that.

At the end of the discussions and as the solutions, the extremely kind hearted Dilly and JD offerred to sponsored the lighting, DJ and sound system thing so that this caller could use that budget for a live band. And JD and Dilly SANG a song to prove that they are capable to lighten up the wedding ceremony. And the song was soooo... totally BEAUTIFUL!

Ok..click here to listen. How beautiful it would be. Ohhh... it's like a dream come true...

Segmen Lulu : Jom Tambah Follower

Assalamualaikum.....



Yeyyy...kita nak join segmen Lulu lagi. Sukaaa sangat masuk blog Lulu. Rasa dekat di hati...

Lulu buat segmen Jom Tambah Follower. Haruslah join kan sebab boleh membesarkan lingkaran kawan dalam dunia blog nie.

Jom join ramai2. Klik SINI.

GA : Cik Bambam! Saya nak ole-ole!!

Assalamualaikum.....



Kita nak join GA Cik Bambam. Waahhh...dah pergi beruti... Mentang2laa otomen.. cuti pun main terbang2 nun di awan biru...

Manalah tahu kan, boleh tambah koleksi souvenir daripada obersi...

Cik Bambam...kita nak jugaaaakk....!!

Selasa, 27 September 2011

Movie Review : Cars 2

Assalamualaikum.....



Kita dah tengok cerita nie about 3 weeks ago. Kira2 lepas raya la. Best sesangat... Tak rasa mcm tgk kartun pon. Rasa mcm tgk citer James Bond.

Pengajaran paling utama, x semestinya bila rupa kita buruk macam mater tu, kita tidak mempunyai nilai.

Ok..
Nak pergi jamuan raya jap lagi.

Isnin, 26 September 2011

Jangan Tinggalkan Kami, Tiffin Biru

Assalamualaikum.....


Ok..siapa yang tak pernah tengok gambar di atas dan tak pernah masuk blog itu? Tak ada kan? Kalau ada tu, sah2 blogger baru. Atau memang anda telah tertinggal sesuatu yang amat berharga.

Kita rasa sangat tersentuh dan hiba bila owner blog ini iaitu Cik Mat Gebu menyatakan niat untuk bersara dari dunia blog. Blog Tiffin Biru memang blog yang gah. Bukan..bukan kerana dia adalah anak raja atau menteri2, tapi kerana dia adalah seorang insan yang sangat ikhlas mencurahkan ilmu kepada semua umat yang sudi singgah di blognya. Percayalah. Sekali anda singgah, selamanya anda melekat. Sangat banyak ilmu masakan, tips dan petua yang dikongsi tanpa mengenal siapa yang mencedok dengan rakus.

Kita sangat kecewa bila CMG kata nak bersara. Kita kenal dengan blog memasak semuanya dari Tiffin Biru. Banyak sungguh jasanya. Tak terkecuali kerana memberikan motivasi kepada kita dan ramai lagi isteri2 lain serta bakal2 isteri untuk mula memegang senduk dan kuali.

Kita tak pasti apa yang menyentuh perasaan CMG, namun kita amat berharap agar CMG tidak bersara dari dunia blogging. Update sekali sekala, ok lagi...tapi jangan tutup blog itu dan jangan bersara. Tolonglah...

Wahh... Sahabat Sepagar Kita di Promot

Assalamualaikum.....

Waahh...kita sangat teruja bila baca blog Bangku Kosong En Hasrul Hassan sebab dia promote sahabat kita... siapa lagi kalau bukan Pn Rahmah. Mari ramai2 review entry En HH kat SINI.

Kita sebenarnya kagum sangat dengan kawan kita nie. Pn Rahmah nie adalah seorang yang mempunyai keazaman yang tinggi dan memberi komitmen penuh dalam setiap apa pun aspek kehidupannya. Buktinya, walaupun kami sama2 mencuba dunia blogging, namun usaha dan pengorbanan beliau membawa beliau lebih jauh kehadapan dari kita. Dan nampaknya, blog beliau telah mula menari2 di persada blogging world. Eceehhh... Tapi reality.

Opps...maafkan kita. Kita belum mampu nak mengejar. Bukan apa, langkah belum tegap nak bertatih, apatah lagi untuk berlari. Yang penting kita bangga juga sebab beliau sudi 'berjiran' dengan kita. Hehehhehe.

Tengoklah template blog beliau sekarang yang lebih cantik, sweet dan canggih sekarang. Berilah masa untuk kita perlahan2 mengorak langkah. Insyaallah bila dipermudahkan nanti. Sokongan kawan2 semua kita sangat hargai sepanjang masa...

Kepada Pn Rahmah : Tahniah wakk..sayangg awak..

Segmen : Pencarian Bloglist Blog Fahuna

Assalamualaikum.....

Kita di tag oleh sahabat baik kita, Pn Rahmah di SINI untuk segmen di tajuk tu. Terima kasih kerana ingatkan kita.

Oh yer, tampal banner..hehehehhe


Kita jemput semua pembaca untuk join segmen nie. Cantik la banner nie kan. Berkenan pulak kita. Oh yer, meh ramai2 visit blog adik nie di SINI.

Mari2...join ramai2...

Merancang Percutian ke Langkawi

Assalamualaikum.....

Kita membuat entry ini respons kepada entry Akak Nora di SINI.

Kak Nora kata nak pergi ke Langkawi, tapi nak collect experience real dari orang lain.

Pada kitalah, kalau nak yang bajet ke, sederhana ke, luxury ke, memang ada banyak choice. Cuma nak pilih yang tepat jer. Kalau search tu, memang ada ramai agent dan company yang boleh bagi service. Sama ada boleh dipercayai atau tidak jer.

Cuma, pada pendapat kita, kalau ke Langkawi, selain daripada melawat tempat bersejarah macam rumah Mahsuri, Beras Terbakar dan sebagainya, cuba masukkan sekali dalam agenda lawatan ke tempat2 lain yang menarik. Maklumlah, nak ke Langkawi tu bukannya dekat (melainkan orang yang duduk di utara). Nanti penat2 datang, sekadar ke tempat begitu dan shopping cokelat, agak kurang meninggalkan kesan sikit.

Cadangan dari kita, CUBALAH siapkan bajet untuk lawatan2 berikut :
1) Lawatan ke Hutan Paya Bakau Kilim iaitu Mangroove Tour of Kilim Geoforest Park. Ini adalah salah satu kebanggaan rakyat Malaysia sebab hutan paya bakau telah di iktiraf sebagai salah satu daripada Geopark dunia yang di iktiraf oleh UNESCO. Seronok sebab boleh tengok helang makan, pergi 'ladang ikan' yang ada macam2 jenis ikan, masuk gua dan tengok Pulau Kasut. Tipsnya, make sure dah makan sebelum naik bot sbb nanti lapar pulak dan bawa air mineral yang banyak sebab haus seh.. panas.

2.) Island hopping. Sebab akan di bawa melawat ke 3 buah pulau. Last sekali akan dibawa untuk mandi manda di Beras Basah. Pergh...air laut yang sangat jernih dan pasir pantai yang sangat halus. Bawaklah roti ke kuih ke siap2 yer...kot2 anak kecik lapar. Lagi sekali, air mineral jangan lupa.

3.) Cable Car Gunung Mat Chincang. Salah satu Cable Car yang tertinggi di Malaysia. kalau gayat, mungkin tak berapa sesuai kot, tapi bila dah dok dalam tu, takderla rasa gayat pun lagi.

4.) Galeria Perdana : Macam tak boleh nak habis tengok segala hadiah yang diterima oleh mantan Perdana Menteri kita. Seronok tengok satu2 dan baca semuanya.

5.) Pulau Payar : Ok..ini agak mahal sikit. Erkk..bukan sikit...banyak. Kita sendiri pun belum tercapai lagi hasrat nak bawa family ke sini. Harga pakej ialah RM280.00 seorang untuk satu hari punya aktiviti. Apa aktiviti? Snorkeling dan boleh juga tengok ikan kalau tak tau berenang. Ada bot yang lantainya cermin dan boleh tengok ikan berwarna warni dalam air. Harga termasuk pengangkutan dari hotel ke jeti, dan feri dari jeti ke Pulau Payar, termasuk makanan yang dihidangkan secara buffet. Jangan risau,  international standard tau makanan dia.

Ok... ini sekadar cadangan kita. Kalau nak safe, boleh minta quotation dari beberapa agent yang ada di langkawi dan compare harga mereka. Tapi kalau nak arrange sendiri lagi bagus. Call hotel dan tanya harga diskaun. Booking dengan hotel dan bayar deposit siap2. Booking kereta dan bayar deposit. Kalau main verbal jer, takut bila sampai ke sana, kita tercangak2. Susah kan?

Yang lain...enjoy the holidays...

Itu jer lah kot...hehehehehhe

Sabtu, 24 September 2011

Taktik Terbaru Penjenayah untuk Pemandu Kereta

Assalamualaikum.....

Kita ingin war2kan tentang maklumat yang kita dapat dari Nikaviolet di SINI. Sila ke blog beliau untuk dapatkan keterangan lanjut dan sebagai peringatan. Peringatan beliau secara khususnya untuk wanita. Tapi apa salahnya kalau lelaki menyampaikan pada wanita2 dalam hidup mereka dan juga untuk diri mereka sendiri.


Selain daripada itu, kita ada lagi pesanan yang disampaikan oleh sahabat2 kita.

1.) Sekiranya dalam perjalanan, ada orang yang baling telur pada anda, JANGAN SEMBUR AIR DAN WIPE GUNA WIPER kerana ianya akan lebih mengaburkan pandangan oleh kerana kesan lendir telur yang bercampur dengan air. Bila kabur, anda akan berhentikan kereta di tepi jalan untuk bersihkan kotoran. Masa ini lah pengganas akan datang dan merompak anda.

2.) Baru2 ini, ada salah seorang rakan di kelab kereta kita terlibat dengan kemalangan. Beliau memandu berhampiran Ampang ketika hujan lebat. Di hadapannya ada sebuah kereta Wish dan di hadapan Wish itu pula adalah sebuah tow truck. Kelajuan minimum pada 60km/j. Jarak antara 3-3 kenderaan ini juga jauh iaitu lebih kurang jarak 2 biji kereta. Tetapi secara tiba2, tow truck dihadapan sekali berhentikan kenderaannya. Wish itu brek dengan tiba2 dan sempat mengelak dari terlanggar, namun kereta sahabat kita menggelincir selepas brek dan menyebabkan keretanya berlanggar dengan Wish tersebut. Sebaik saja berlanggar, ada sebuah tow truck yang lain sampai ke tenpat kejadian secara tiba2. Hmm..nampak seperti di rancang, bukan?

Ok, ada 3 kisah di sini. Segalanya peringatan untuk semua. BERHATI-HATILAH.....

Jumaat, 23 September 2011

Makan di Chini, Pahang

Assalamualaikum.....

Last 2 weeks, balik ke Kuantan bersama Adam pada hari Sabtu. Masa tu hubby kerja, so kami balik la ke Kuantan. On the way tu, hubby suruh singgah ke Chini dan bawa Adam makan udang galah sebab dia tak pernah lagi ke situ. Dah few times cuba bawak dia, tapi either dah habis, atau kedai tutup. This time, kami sampai ke kedai tu pukul 11 pagi. Lauk semua masih belum sedia. Masih dalam proses memasak. Nak turut perintah suami punya pasal, kita tunggu di kedai tu hingga siap segala hidangan. Ada la dalam 1 jam juga. Tapi tak terasa masa berlalu sebab leka baca suratkhabar dan berbual2 dengan owner kedai suami isteri sambil2 mereka memasak tu.

Kisah nie kita pernah update dulu di entry SINI. Silalah jenguk yer. Sebab masa nie, kita tak dapat nak ambil gambar banyak sebab battery hp dah habis. Si Adam dah mengerjakan hp kita main Angry Birds sampai habis battery.


Kali nie memang kami first hand sungguh. Tengoklah udang galah yang besar2 dan segar nie. Adam memang berselera sungguh. Sedap katanya. Kita bekalkan 2 ekor untuk hubby memandangkan susah nak ke situ selalu.


Ada juga lauk sotong nie. Besar dan segar sungguh. Dapat terus dari Nelayan di Pekan, Pahang. Tapi kita tak makan sotong nie. Adam jer yang makan. Kita makan ikan patin dan udang sedikit saja. Sebenarnya masih kenyang lagi daripada makan kudapan sambil memandu.

Ok, untuk menjamu mata, ini 2 keping sajalah yang sempat di ambil gambar. Yang lain dah tak boleh go dah battery hp tu.

Ada sesiapa yang teringin x?

Jalan di Colmar Tropicale Resort, Bkt Tinggi

Assalamualaikum.....

Sebenarnya beberapa petugas syarikat kita dikehendaki menghadiri kursus di Colmar Tropicale Resort, Bukit Tinggi nie. Banyak dengar pengalaman orang lain dan tengok gambar orang lain. Kebetulan pula kursus nie di adakan pada hujung minggu. Disebabkan kita sekeluarga hanya berjumpa pada hujung minggu, maka hubby suruh kita arrange satu bilik lain untuk kami sekeluarga.

Kursus bermula pada hari Sabtu pagi dan berakhir pada hari Ahad petang. Maka kita terperap di dalm bilik kursus sepanjang hari hingga ke malam. Jadual kursus sangat padat. Kita hanya berjumpa dengan hubby dan Adam pada waktu2 makan saja iaitu breakfast, lunch dan dinner. Yang lain2 tu, terpaksalah dua beranak tu bawak diri masing2.

Kita tak berjalan langsung sebab sibuk dengan kursus, namun mereka nie berjalan dan membuat aktiviti di situ sampai tak tau apa nak buat lagi.

Cuaca memang sejuk. Tgh hari tetap panas la, tapi pukul 4 petang dah mula sejuk. Kami dapat 1 bedroom suite dan pemandangan memang cantik sebab kebetulan mengadap sungai dan jambatan yang cantik tu. Suite kami ada hall, ada bedroom dan ada kitchen juga.

Meh layan gambar diorang jerlah yer...








Antara aktiviti yang mereka lakukan di situ :

- Bersiar2 dalam udara yang nyaman dan pemandangan yang cantik.
- Mendaki bukit ke Japanese Garden yang cantik dan menikmati hidangan di Japanese Restaurant
- Menonton persembahan menarik yang disediakan oleh pihak resort
- Bermesra dengan clown yang sering menghiburkan tetamu di situ
- Bermain dengan arnab di Rabbit Park menaiki tren yang resort sediakan

Selain daripada tu, ada banyak aktiviti lain lagi. Ada swimming pool, ada horse riding (gilerrr mahall), ada paintball, ada spa dan bermacam lagi. Tapi hubby dengan Adam just buat aktiviti kat atas tu dan selebihnya mereka rehat di bilik jer.

Oh yer, kalau ke sana, fikirkan2lah tentang bajet makan yer, sebab kat sana semuanya standard hotel. Tak ada warung2 atau gerai2 atau restoran2 biasa. Kopak juga la kami sebab food saja. 1st day tu hubby ngan Adam lunch pizza, tapi tgk harga sama macam buffet jer. Maka sejak tu, kami terus makan di restoran untuk buffet dishes.

Rasanya tempat nie sangat sesuai untuk berehat dan tenangkan fikiran. Bukan untuk beraktiviti, shopping, lepaskan stress dan jalan2. Hanya untuk berehat dan lapangkan minda. Kita suka. Lain kali nak bawa parents datang pula. Tapi kena la siapkan stok makanan untuk 'diseludup' masuk ke bilik...hehehhehe. Tak boleh memasak sebenarnya. Tapi alang2 dah ada peti ais, ada kitchen kabinet, apa salahnya periuk nasi satu dan portable cooker satu kan...hehehhehehe. Boleh betul2 rileks minda bila dapat berjimat nanti.



Bawak ini jer kan. Yang lubang terbuka tu, untuk kita isi tabung gas dia. Tabung gas baru 15.00 untuk 5 botol. Satu tabung tu, bolehlah kalau nak masak gulai 2 jenis, goreng2 sayur 4-5 kali.
So, u all mcm mana? Tak nak kesini ker?

Khamis, 22 September 2011

Kisah Seram : Segamat - Muadzam Shah

Assalamualaikum.....

Wahh, musim2 hujan nie, elok rasanya kalau kita layan kisah seram sikit kan...? Apa? Panas? Errr...tp kat KL, PD, Kuantan, Melaka selalu gak dah hujan kebelakangan nie. Tak apalah, kalau tak hujan, try mandi air hujan dlm bilik mandi dulu (shower), pastuh baru baca story nie..hehehhe..boleh? Gurau2 jer di petang hari.

Walaupun tv dan wayang banyak tayang kisah seram, tapi ini pengalaman peribadi kita sendiri. Maknanya real tau. Tak ada dongeng2. Okeh..banyak bebel, kita mula sekaranglah yer.

Pada suatu malam, hubby sepatutnya balik ke Kuantan dari Melaka. Tapi kita risau takut hubby mengantuk di tgh jalan. Maka kami bincang dan kita sanggup temankan hubby pulang ke Kuantan. Memandangkan esoknya hari Isnin dan hari bekerja, maka kami terpaksalah drive kereta masing2. Hubby di depan dan kita di belakang.

Bertolak lepas Maghrib dari Alor Gajah. Perjalanan menempuh Selandar, Btg Melaka, Gemencheh, Gemas dan seterusnya ke Segamat dan membelok masuk ke simpang menuju ke Kuantan melalui Cenderawasih dan Muadzam Shah.

Ingin diingatkan, ini adalah kali pertama kami cuba melalui jalan ini. Semasa menuju ke Kuantan dari Segamat, selepas kawasan Petronas, kami melalui jalan yang amat gelap. Kereta dan lori tak banyak berbanding dengan melalui jalan dari Kuala Pilah menempuh Palong. Kawasan di kiri kanan adalah hutan dan kawasan2 Felda yang sangat gelap gelita. Tiada rumah, tiada kedai mahupun lampu jalan.

Entah macam mana, tiba di suatu kawasan, kita terdengar suara mendengus dan menderam. Bulu roma dah mula meremang masa tu. Tapi kita pujuk hati kita. Mungkin perasaan kita jer, atau mungkin sekadar iklan di radio. Kita perlahankan volume radio untuk mengawal perasaan. Tapi kali nie bunyi tu lebih jelas lagi. Serta merta kita yakin bahawa ini adalah makhluk halus yang cuba mengganggu dan mengusik perjalanan kita. Kita bacakan ayat Kursi dengan perlahan dan yakin. Namun sebaik tamat bacaan, bunyi mendengus itu semakin kuat. Maknanya dah 3 kali berturut bunyi mendengus yang menyeramkan itu kedengaran. Kita cuba pandang ke belakang menerusi cermin, namun tak nampak apa2 di seat belakang mahupun seat sebelah. Maka kita lafazkan bacaan Ayat Kursi dengan lantang di dalam kereta sambil teruskan memandu seperti biasa. Dalam hati, hanya Allah saja yang tahu betapa gentar, namun kita percaya dan yakin, bahawa Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengasihani. Tawakkaltu 'alaAllah...

Sebaik habis bacaan, kita diam sebentar dan 'tunggu' tindakan balas dari makhluk tersebut. Namun senyap dan sunyi. Syukur Alhamdulillah. Namun kita tidak berhenti di situ. Yakin dengan mukjizat Ayatul Kursi, kita teruskan mengulang membacanya sehinggalah kita berjaya hubungi hubby dan ajak berhenti. Kami berhenti di simpang Cenderawasih. Tapi kita tak ceritakan pada hubby. Kita cuma kata jangan laju sangat, kita tertinggal jauh di belakang. Bila dah sampai rumah, barulah kita cerita. Bukan apa, takutlah mahkluk tu masih disekitar kami dan mendengar perbualan, maka tahulah dia yang manusia ini takut padanya sedangkan yang wajar ditakuti hanyalah Allah s.w.t.

Ramai yang cadangkan spare cd ayat Al-Qur'an dalam kereta, tapi kebetulanlah pulak cd player kita dalam kereta memang rosak.

Bila ceritakan pada keluarga, abang hubby kita cakap kawasan tu memang 'keras'. Ramai pemandu lori yang dah kena 'serangan' macam2 di situ. Kalau bukan kerana terpaksa, tiada pemandu lori yang akan melalui jalan itu.

Subhanallah..!!


Memang banyak pengalaman kita dalam mengembara nie. Semoga kami akan terus dipelihara.

JOM MENONTON FILEM LIBAS by Mak Dara

Assalamualaikum.....

Kita rasa macam gatal2 nak join contest dari blog Bicara Mak Dara.  Manalah tau kalau2 dapat tiket ker kan. Mari kita join beramai2. Klik di SINI.



Syarat2nya adalah seperti berikut :
1) Folow Blog Bicara Mak Dara <---- Dah follow lama dah...hehehhe


2) Tajuk entry JOM MENONTON FILEM LIBAS by Mak Dara <---- Dah letak.

3) Letakkan Banner Contest di atas dan link kan ke Entri ni <------- Dah link

4) Buat 1 entry ringkas dan kreatif (review,slogan, pantun, kartun dll)

bertajuk/tema : LIBAS

: Alaa, bab nie yang lemah nie. Kita nie tak kreatif. Adoii..susahnya Mak Dara...
Actually kita kebetulan menonton Fuhh few days ago di TV3. Dan memang ada promosi filem Libas nie. Sangat menarik. Dalam hati dah terniat untuk cuba menonton kalau ada kesempatan. Tak sangka Mak Dara buat contest nie. Dah lama tak tengok lakonan Rosyam Nor dan dengan komitmen beliau hingga menyebabkan beliau kemalangan masa melakukan aksi stunt dalam filem nie membuktikan bahawa filem ini adalah sesuatu yang akan memberikan kepuasan dan kelainan. Memang tak pernah lagi ada filem yang mengetengahkan sukan sepak takraw. Tapi filem ini secara tak langsung mempromosikan sukan tradisional kita kepada generasi baru yang mana kebanyakan kanak2 zaman sekarang jangankan kata boleh libas bola takraw, malah bola rotan itu pun tak pernah diketahui apa fungsinya. Ada unsur komedi dalam filem nie. Kita suka komedi2 nie. Yang pasti, ianya sangat berbaloi untuk disokong.




5) Tag 3 orang bloggers (dan pastikan mereka tahu akan contest ini)

: Alamak... saper ekk? Err...kita cubala yer. Bukan apa, takut semua sibuk dan tak berapa minat nak tonton wayang. Macam Nora tu kang, Adik Soleh plak yang buat wayang yer tak? Hehehhehe. Anyway, kita tag....

1) Dh tentu jiran sepagar kita, Pn Rahmah di Bable Bable Bla Bla Blub Blub
2) Err, kita nak tag Cik CB boleh tak?
3) Kita nak tag Widad yang cute. Eisshh.... lama tak dengar cerita Widad nie tau. Meh tgk wayang dengan akak meh...

6) Setelah selesai letakkan link url anda di kotak komen <----- Dah letak link dah kat moen tu.





Tarikh penyertaan dibuka 22hb September 2011

Tarikh tutup penyertaan adalah pada jam 12 tengah hari, 26hb September 2011

Tarikh pengumuman pemenang 26/27 september 2011





Hadiah hadiah yang bakal anda menangi:



Tempat Pertama:

5 Tiket Wayang Libas bersama sehelai T Shirt Libas


Tempat Kedua:

4 Tiket Wayang Libas bersama sehelai T Shirt Libas


Tempat Ketiga:

3 Tiket Wayang Libas bersama sehelai T Shirt Libas


Tempat Keempat:

1 tiket wayang Libas


Tempat Kelima:

1 tiket wayang Libas


Tempat Keenam:

1 tiket wayang Libas


Ok...tunggu apa lagi? Mari2 semua....

Rabu, 21 September 2011

Wordless Wednesday

Assalamualaikum.....

Dah lama tak buat nie. Hari nie ada bahan pulak...


Cousin kita baru nak belajar buat ketupat. Bermula dengan menggunting kepala daun. Tapi dia gunting macam riben la pulak... Adoi laa...remaja zaman sekarang...

Kempen RM10 Seorang

Assalamualaikum.....


Update terbaru dari blog Novelis Pn Norhayati Berahim mengenai suami Pn Ramlah di sini.

Dengan rasa rendah hati, kita memohon bantuan pembaca yang sudi membantu. Caranya, kita panjangkan banner ini.


RM10 mungkin nampak banyak untuk di dermakan. Tapi RM10 nampak sangat berbaloi untuk membeli :

- Prepaid untuk sms cintan cintun pada boipren dan gelpren
- Makan fast food
- Beli tiket wayang
Malah lebih dari RM10 sangat berbaloi untuk membeli :
- Henpon baru
- Tiket perlawanan bola
- Baju lip lap baru
- Lipstik kaler terbaru
- Set pinggan mangkuk baru

Tapi, agak2nya berbaloi tak kalau RM10 nie untuk membeli :

Saham Akhirat...

dengan syarat..iklas dari hati yang benar tulus...

Kita hanya memanjangkan...

Selasa, 20 September 2011

Kisah Kemalangan : Lebuhraya Seremban - Port Dickson

Assalamualaikum.....


Baca dalam blog Lulu tadi berkenaan ini di sini.

Berita nie dikeluarkan pada hari Jumaat di blog Lulu. Tapi kejadian nie, berlaku pada hari Rabu malam.

Kebetulan kita balik ke PD malam tu sebab nak ambil Adam bawa ke KL. Masa kita lalu dah pukul 8.30 malam. Dah ramai yang ada. Petugas PLUS dan polis peronda pun dah ada untuk menjaga traffic. Dan masa kita lalu, mayat mangsa masih belum ditutup lagi. Kita pandang sekali imbas jer sebab gelap dan hujan renyai2 juga.

Kita nampak mangsa dan terlangkup di atas jalan raya. Motor tak nampak. Kenderaan yang terlibat pun x ada. Mengenai kaki dan tangannya yang hancur, kita tak pasti. Apa yang pasti, pakaian dia semua dah hancur di badan. Mangsa dah hampir berbogel. Mungkin dah 85% koyak rabak pakaiannya. Dan betul pun jangkaan kita yang mangsa ialah seorang lelaki berbangsa Cina. Kemalangan betul2 beberapa meter sebelum exit ke Lukut iaitu kawasan rumah mangsa.

Allah...asyik terserempak kemalangan jer kita nie. Nampaknya kena mandi bunga bawah jambatan nie...hehehehe....

Isnin, 19 September 2011

Kisah Kemalangan : Jalan Gambang - Kuantan

Assalamualaikum.....

Yer...kejadian yang tidak disangka2 telah terjadi.

Khamis minggu lepas, kita bergerak balik ke Kuantan selepas kerja. Lebih kurang jam 11 malam, kita tiba di Jalan Gambang menghala ke Kuantan.

Betul2 sebelum u-turn dari hala bandar Kuantan, berdekatan dengan traffic light Sg. Lembing, kita memperlahankan kereta sebab approaching trafficlight. Masa tu kita berada di lane kanan sekali. Lane kiri masa tu tak ada kereta dan di lane kecemasan, ada 2 biji motor. Motor yang di belakang overtake motor di depan. Selesai saja motor tu overtake, kita nampak dengan jelas dia tiba2 jatuh tanpa di sondol atau apa2. Samada ada masalah dengan tayar dia, atau ada lubang, atau jalan licin kerana hujan renyai2.

Kita nampak dengan jelas penunggangnya berguling jatuh dan melantun2 sambil terus melekap dengan motor tunggangannya.

Masa tu, kita hanya mohon dengan Allah agar motor tu tak bertembung dengan kereta kita. Adam sedang nyenyak tidur di kerusi hadapan. Kita cuba kawal kereta kita sambil brek sedikit demi sedikit. Kita tak boleh brek mengejut sebab kereta kita tak ada ABS. Ditakuti tayar belakang kereta akan berpusing dan tergelincir. Kita cuba bajet di manakah lantunan penunggang tu akan berhenti untuk mengelak dari tertembung dengannya.

Semakin kita ke kanan dan menjauhi dia, semakin dia melantun dekat dengan kita. Semakin kita ke kanan dan hingga akhirnya dah rapat ke divider jalan di kanan (pembahagi jalanraya), dan motor itu berhenti lantunan juga sama dengan kereta kita sedangkan kereta kita masih berjalan.

Kita sempat lagi segera membelok ke kiri dan cuba mengelakkan dari terlanggar dia. Kita tak tahu apa yang jadi, tapi rasa MACAM tayar kita bergolek perlahan di atas 'sesuatu' yang kecil!

ALLAHUAKBAR. Takut yang amat masa tu. Keadaan gelap dengan hujan renyai tambah mencemaskan. Kita berhentikan kereta dan pasang hazard light. Kita masih berfikir sama ada untuk turun dari kereta atau tidak. Memandangkan pemandu lain tiada yang berhenti, kita masih was2 untuk turun. Maklumlah, dah malam dan kita seorang perempuan saja dengan seorang kanak2 kecil. Apa2 saja boleh berlaku. Keselamatan diri kita dan anak kita harus diutamakan.

Apabila kita nampak penunggang motor yang di overtake oleh mangsa berhenti di tepi jalan dan berlari mendapatkan mangsa, maka kita bersyukur kerana ada insan lain yang sudi membantu. Kita teruskan perjalanan dengan tangan menggeletar dan rasa bersalah yang amat sangat kerana membiarkan mangsa itu tanpa memberi pertolongan.

Kita cuba hubungi hubby, tapi gagal. Sampai di rumah, kita cuba call hubby lagi. Selepas beberapa kali, baru berjaya dan kita ceritakan apa yang terjadi. Hubby kita cepat2 balik dengan rakannya yang agak berpengalaman dalam insiden seperti ini. Kereta kita tak ada apa2 kesan pun, maknanya kita tak berlanggar dengan mangsa. Syukur Alhamdulillah....

Kami kemudian segera ke tempat kejadian semula untuk memberikan apa2 pertolongan sekiranya masih diperlukan dan juga untuk membantu memberi keterangan. Jarak masa dalam 30-40 minit dari waktu kejadian semasa kami tiba di tempat itu.

Tapi yang peliknya, tak ada apa2 langsung kesan kemalangan di situ. Tiada orang ramai, tiada mangsa, tiada bangkai motor, tiada polis, malah tiada langsung serpihan motor.

Maka kawan hubby kata, biasanya kalau clear macam nie, mangsa hanya jatuh dan bangun kembali saja. Sekiranya patah atau maut atau apa2 yang melibatkan kecederaan, bangkai motor akan berada di tempat kejadian dalam jangka waktu yang agak panjang untuk siasatan polis dan sebagainya.

Teori yang ke-2, mungkinkah kita bermimpi saja? Ishh..tak mungkin kan?

Maka, kita call FIL kita di Melaka. Beliau merupakan seorang bekas polis trafik yang sangat berpengalaman dan kita tanya pendapat beliau. Katanya tak perlu buat laporan pun ok. Nak buat pun ok. Sebab kita hanya melintasi tempat kejadian. Tambahan lagi, mangsa jatuh sendiri. Tindakan kita untuk tidak keluar dari kereta adalah tepat kerana ianya mungkin akan lebih merbahaya kalau kita keluar dari kereta.

Syukur Alhamdulillah. Dimana saja kamu semua berada, berhati2lah. Kadang2 kita semua dah cukup berhati2, tapi external factor seringkali menduga kita dari pelbagai aspek.

Pengalaman ini akan menjadi koleksi kenangan kemalangan yang tidak mungkin kita lupakan.

Oh yer, sesuatu yang kita gelek itu, mungkin hujung tayar motornya, atau sekadar batu di atas jalan yang terserpih masa mangsa melantun.

Semoga mangsa itu lebih berhati2 di masa akan datang.

Misi Membantu Pn Ramlah

Assalamualaikum.....

Kita ingin mengambil sedikit masa pembaca sekalian untuk memanjangkan permohonan agar ada insan yang membaca ini dapat menghulurkan sedikit bantuan kepada Pn Ramlah. Suami beliau menghidap komplikasi penyakit hati dan perlu dibedah segera. Beliau memerlukan kos sebanyak RM150, 000.00 untuk meneruskan pembedahan tersebut.

Kita memanjangkan misi bantuan di alam maya ini daripada blog novelis hebat, Pn Norhayati Berahim. Kawan2 boleh rujuk entri beliau di SINI.

Kalaulah tidak dapat membantu dari segi material, kita mohon panjangkanlah misi ini dari segi posting dan doa. Mungkin ada yang sudi dan berkeupayaan untuk membantu dalam ramai-ramai kita nie kan.

Jasa dan niat murni pembaca sekalian, hanya Allah sahajalah yang dapat membalasnya. Insyaallah...

Khamis, 15 September 2011

Farewell + AidilFitri Lunch

Assalamualaikum.....

Jumaat minggu lepas, opis kita ada la buat potluck sket untuk hari terakhir 2 orang rakan kami di pejabat nie. Boleh juga tengok entry di blog jiran sepagar kita, Pn Rahmah di sini mengenai farewell ini. Anyway, kami meraikan 2 orang sahabat ini.

  
Sdra Shazli (mcm Pierre Andre kan? hehe)

Shazli nie adalah Sales Engineer kat opis kita. Aduhh...mesti kami semua rindu dengan anak dia yang comel si Ilhan. Sayangnya battery kita dah kong plak. Tak sempat nak amik gambar Ilhan yang sangat petah dan kiut tu.

Blogger/Model/Musician Effan
 Effan nie sebenarnya buat temporary job kat opis we all sebab dia nie student lagi. Tapi, tanpa disangka, dia juga adalah seorang blogger. Cuma dia x nak beritahu nama blog dia. Dia kata dia segan. Dia banyak buat job lain rupanya. Tapi dia segan2 nak share.Huhuhu...

Macam biasa, ada macam2 jenis makanan. Menu utama, kami tempah dari Pn Rohana  dan suaminya En Megat iaitu owner warung Nasi Lemak Lentok di AU 5. Memang sedap sungguh nasi tomato beserta setnya. Kalau ada yang nak tempah, bolehlah hubungi En Megat di no. 016-3075557. Bukan setakat di Keramat, di Kulim Keah pun dia boleh cover juga. Ada 2 station usahawan nie.

Selain daripada tu, kami bawa sedikit sebanyak kuih muih. Ada yang masak sendiri, ada yang tempah kuih jer.. (kita laa yang tempah tu, huhuhu). Hehehe..maaflah, penat travel x hilang lagi, tak terdaya nak memasak. Kalau barang2 dah standby kat rumah, mungkin boleh digagahkan lagi. Ini, baru nak ke pasaraya dan cari bahan, sampai rumah nnt dah melepek.

Ada yang spesel. Kami tempah kek coklat moist yang super sedap dari Kak Nasz dari blog beliau di sini. Terima kasih yang tidak terhingga Kak Nasz. Walaupun kurang dari 24 jam tempahan tu dibuat, namun Kak Nasz sudi juga memenuhi permintaan kami. Cuma Kak Nasz kata  dia tak sempat nak hias cantik2 sebab banyak sangat tempahan lain. Tak apa lah. Janji kami dapat kek yang sedap. Itu pun sempat lagi Kak Nasz tulis nama dua orang nie.  Mulanya nak beli kek dari SR, tapi kami fikir2, kek Kak Nasz lagi sedap, lagi padat dan lagi moist. Maka kami semua sebulat suara set untuk tempah yang ini.





Ini adalah acara makan2 santai. Lagipun masih dalam mood raya lagi kan. Kami tunggu kaum Adam pulang dari solat Jumaat, barulah dimulakan majlis nie.



Kemeriahan bersama


Bermesra mengeratkan silaturrahim.
  Tapi kannnn...ada lagi yang spesel tau. Chocolate Brownie with Pistachio..hasil masakan Puan Rahmah jiran sepagar kita tu. Ya Allah..heaven sungguh..... Siap terus dapat tempahan la kiranya. Memang sedap sungguh. Kalau kita la...Innalillah lah jawabnya. Tapi yang ini..percayalah. memang tersohor sedapnya.

Brownie Special Pn Rahmah

Apa-apa pun, kalaulah sahabat yang 2 orang ini baca, kami semua mendoakan agar anda semua berjaya dengan cemerlang di dalam bidang masing2. Cuma satu, sematkanlah kenangan manis dan baik2 jer selama kita semua di bawah satu bumbung. Yang buruk dan hodoh dan kelat tu, kita buanglah jauh2.

All the best...

Rabu, 14 September 2011

Sedihnya bila hilang kawan kerana menjalankan amanah...

Assalamualaikum.....

Nature kerja kita nie memang lah susah sikit. Susah bukan kerana berat kerjanya, tapi sebab nak kena jaga kerahsiaan dan menjalankan dan melaksanakan arahan.

Tapi, bila dah bertahun kerja, sedikit demi sedikit, kita mula hilang kawan di syarikat nie dan berganti pula dengan musuh.

Sedih bila terkenang memori lama. Pernah makan bersama, stay back bersama dan segalanya. Namun bila kita menjadi orang yang menyampaikan amanat majikan, tak boleh itu, tak boleh ini, kena macam tu, kena macam nie, kita mula di benci oleh petugas2 syarikat.

Tak fahamkah mereka yang kita pun sama seperti mereka? Kita tak dapat apa2 keistimewaan pun. Malah ada kalanya, kita lebih dipinggirkan dari diberi pengiktirafan berbanding petugas lain. Bila kecewa itu singgah, kita bawa kembali diri dan hati kepada niat asal. Nawaitu adalah bekerja untuk mencari rezeki yang halal untuk ibu ayah, anak dan keluarga. Jangan dikejar kalau bukan rezeki kita. Sabar dan jalankan amanah sebaik mungkin.

Namun, amat sedih bila kawan yang sangat rapat tiba2 dah tak membalas teguran dan senyuman. Malah di balas dengan jelingan kebencian.

Percayalah... HR bukannya tentera majikan untuk mengganas...

Selasa, 13 September 2011

Movie Review : Hantu Bonceng

Assalamualaikum.....


Google
Saturday bebaru nie, kita memenuhi permintaan Adam utk tonton cerita nie.
Kelakar weh. memang kelakar. Komedi sungguh. Takut ada ker? Err...utk yang super penakut macam kita, ada la sikit..untuk yang biasa2 tu, tak takut langsung!
Tapi menarik la. Ceritanya bukan sebab hantu tu membonceng motor si Zizan, tapi sebab dia mati masa membonceng Zizan. Dia kaco2 Zizan tu, sambil terbang sebelah motor yang tengah berjalan jer.

Tapi jalan cerita nya menarik la. Simple, tapi memang jelas mesejnya.

Er...sesaper yang nak bawa anak kecil, sila jangan berbual tentang 18sx yang wujud dalam cerita nie secara terang dan jelas yer. Kasik cover sket. Kita yang dewasa nie fahamlah, tapi yang kecik2 x paham.

Ok..enjoyabale. Tapi macam rugi laa nak tgk kat wayang. Aihh..anak punya pasal kan. 

Isnin, 12 September 2011

Hubby's Trip to Macao

Assalamualaikum.....

Sajer kita nak share about hubby's bussiness trip to Macao a few months ago. Dia tak tinggal di hotel ni, tapi dia ambil gambar jer kat sini sebab dia kata semua tourist ada datang sini untuk sight seeing. Nama hotel tu,
The Venetian Macao Resort Hotel .

Yang menariknya, kat dalam hotel nie sendiri ada sungai buatan di tingkat 2 hotel. Di sungai ni pula, kita boleh membeli tiket untuk menaiki gondola seperti di Paris tu dan bersiar2 dalam hotel.

Mari tengok gambarlah yer...

Ini sungainya. Macam lukisan kan? Tapi real nie tau. Sepanjang tebing sungai nie ialah shopping lot dalam hotel tu.


Tukang kayuh gondola tu sedang menyanyi2 untuk menarik perhatian pengunjung.

Sila perhatikan kepulan2 awan yang indah di langit yang biru tu. Opsss..teeettt.!! Itu bukan langit! Itu adalah bumbung hotel tu, tapi dilukis seolah2 langit.




Ini adalah main entrance ke lobi hotel tu.


Bas percuma yang membawa pengunjung hotel ke mana2 saja tempat di dalam daerah Macao.




Jeles betul dengan hubby kita. Tapi selain daripada itu, Macao adalah satu bandar yang sama dengan mana2 bandar maju lain. Kalau ada rezeki lebih, bolehlah bercuti disini yer..hehehhehe...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink