Rabu, 30 November 2011

Segmen Kisah MarinaFazli : Jom Review Blog

Assalamualaikum.....


Dalam keheningan pejabat nie, kita rasa macam nak join segmen. Lama sungguh rasa tak join segmen. Kalau diikutkan, memang banyak juga segmen dalam dunia blog nie. Tapi mengenangkan ada satu dua segmen yg kita join yang dah lepas kita x mampu nak habiskan BW, kita rasa sangat bersalah. Tu yang dok diam dulu tu. Bukan sengaja, tapi maklumlah, sibuk sangat2. Kat office pulak, kalau sambil kerja sambil nak BW, mulalah kipas PC nie berputar dengan laju dan mengeluarkan suara yg nyaring. Iyerlah kan...banyak buka windows, sesambil kerja. Beratlah jadinya.

Anyway. This time tergerak hati nak join.

Harap boleh dapat kenalan baru dan mampu untuk habiskan BW this time.

Sesiapa yg ingin menambah kenalan, sila klik SINI.

Selamat berkenalan semua...

Panduan Ringkas Makan di Kuantan, Pahang

Assalamualaikum.....

Sebenarnya baca entry NANA di blognyer dan beliau bertanya dimanakah tempat makan menarik di Kuantan. Dalam blog kita nie x berapa banyak entry lagi. Maklumlah, belum all out. Tapi secara ringkasnya, kita tuliskan seperti berikut, dalam entry beliau di SINI.



Ikan patin Kg Selamat

Udang Galah Chini

Noodles at Noodle Station EC Mall

Ok..Nana. Akak senaraikan sikit yer...

1.) http://therainbowjourney.blogspot.com/2011/11/makan-di-kuantan-nasi-daun-pisang.html
2.) http://therainbowjourney.blogspot.com/2011/10/makan-di-kuantan-nasi-arab-pak-lim.html

3.) http://therainbowjourney.blogspot.com/2011/04/makan-di-kuantan-nasi-lemak-kempadang.html
4.) http://therainbowjourney.blogspot.com/2011/01/intvw-trip-to-kuantan-day-3.html
5.) http://therainbowjourney.blogspot.com/2010/12/intvw-trip-to-kuantan-day-1.html
6.) http://therainbowjourney.blogspot.com/2012/07/makan-di-kuantan-makan-tengahari-di-kg.html
7.) http://therainbowjourney.blogspot.com/2012/07/makan-di-kuantan-fine-dine-at-east.html


Selain daripada tu, boleh cuba yang berikut (belum buat entry lagi),

1.) Tg Lumpur, banyak pilihan kedai minum petang yang jual sata dan segala kuih2. Feveret akak ialah Pak Din Sata. Boleh juga ke kedai Paksu Maksu di balai polis Peramu, Tg Lumpur.

2.) Lunch, boleh cuba di Wak Sopian di Malay Town.

3.) Lunch yang best..mesti rasa.. Akob Ikan Patin. Restorannya, masuk simpang kiri sebelum padang MPK Kuantan, dan masuk lorong kecil sebelah kiri. Terus nampak restoran nie.

4.) Malam, selain ikan bakar, boleh makan di Restoran Santai, Tg Lumpur. Speciality : Puyuh Masak Pedas, Ayam Goreng Pandan dan Tom Yam.

5.) Breakfast : Nasi minyak paling famous ada di Tg Api. Masuk kawasan Pdg Lalang, menghala ke Tg Api, ada kedai sebelah kanan depan sikit dari sekolah agama. Namanya Nasi Minyak Warisan kalau x silap. Sedap2 disitu.

6.) Di kawasan Tg Api, terus jalan ke hadapan, jumpa T-junction, belok kanan. Depan Kolej IKIP, ada gerai2 kuih. Gerai paling kiri jual karipap ayam famous. Mula buka pukul 3.00 petang.

Enjoy Kuantan.

P/S : Kalau malas nak jauh2, dalam EC Mall pun ok gak. Noodle Station memang favourite we all.

Pengalaman Pahit di Hotel Kuala Terengganu

Assalamualaikum.....


Dalam beberapa posting yang lepas, kita pernah mention tentang sebuah hotel di KT yang memberikan kita dan keluarga pengalaman pahit.

Dalam bulan Jun atau Julai yang lepas, salah satu weekendnya, mommy dan Ain, SIL kita ikut kita balik ke Kuantan. Hubby plan nak ajak diorang semua jalan2 di KT. So, kita call dan booking bilik siap2 dgn hotel nie. Supaya mudah, tak perlu mencari2 lagi.

Tiba di KT dah midnite sbb hubby habis kerja agak lewat malam tu. Kami pun terus menuju ke hotel yang memang terkenal terutama di kalangan kakitangan kerajaan.

Kita ambil 2 family room. Satu bilik ada 2 katil queen size. Harganya masa tu dalam RM200 satu malam. Bila kami tiba, semuanya ok, tapi keadaan lobby dah nampak uzur sangat. Tak taulah kenapa macam x berbela.

Nak masuk bilik, rupa2nya bilik kami di tingkat 3. Atas sekali. TAK ADA LIF... So, panjat tangga yang kecil dan sempit dan gelap. Ok..sabar lagi. Banyak pula tu barang sebab ada bawak bekal makanan.

Masuk jer bilik, MasyaAllah...bau nyer masamm sangat. Seolah2 bilik tu basah dan tak kering sepenuhnya berhari2. Masuk toilet... Tandas awam Gemas yang kita cerita kat SINI pun berpuluh kali bersih dari tandasnya. Geli sangat nak masuk sbb berdaki sana sini. Bayangkanlah toilet bowl tu pun berkerak2 kesan air yang kuning2 tu. Nampak sgt housekeepingnya basuh lebih kurang..mungkin x berus pun selama nie. Hubby dah mula rasa x sedap... Ajak tukar hotel. Tp mommy x nak sbb dah penat. Mommy kata satu malam jer.

Elok2 kami tgh makan bekalan, tiba2 gelap gelita! BEKALAN ELEKTRIK TERPUTUSS??!!!!!
DI HOTEL...??????

Tak pernah langsunggggg terjadi perkara mcm nie di hotel. Hello..ini bukan rumah tumpangan, ok. Ini hotel..!!

Semua guest keluar dari bilik. Dgr anak2 kecil nangis2. Tiada announcement atau petugas yang datang berikan maklumat dan sebagainya. Hubby dah x sabar...dia turun tanya kat kaunter. Org kaunter kata nak kena tunggu chargeman dia sampai lagi 10 minit.... Ada masalah. Kami semua dah kepanasan..ketakutan dan diselubungi nyamuk! Lepas 10 minit, hubby call...soh kita siap2....nak tukar hotel. X tahan dah rasanya. Kita pun melompat keluar bilik dgn mommy dan semua...tarik beg..angkat segala barang...

Kami demand semua duit dipulangkan... Budak reception tu dah tak boleh nak kata apa. Dia serahkan semula semua duit kami.

Syukurlah kami jumpa hotel lain yang lebih selesa, baru dan macam2 lebih baiklah dari yg tadi. Memang kita blacklist terus hotel tu dan rangkaiannya seluruh Malaysia.

Antara kesilapan BESAR hotel itu ialah...

1. Sepatutnya setiap hotel mesti ada back-up power sekiranya terjadi gangguan bekalan elektrik. Tapi hotel ini jelas dan nyata : TIADA!
2. Sepatutnya dia harus ada 1 team electrician yang standby DI HOTEL 24/7, bukannya DI RUMAH!
3. Sekiranya gagal dalam melaksanakan dua perkara di atas, mereka harus ada back-up actions plan. Contohnya, menghantar staff dari bilik ke bilik untuk pemberitahuan dan apologize. PR dan communication sangat penting dalam hospital industry.
4. Mesti tunjukkan kekesalan dan cuba membantu sedaya upaya untuk memberikan keyakinan pada pelanggan. Sebagai contoh, boleh ajak semua orang berkumpul di satu kawasan dan sediakan lampu. Sediakan petugas di semua laluan bersama lampu agar tiada kecederaan berlaku. Ini, kitorang turun tangga pakai lampu hp jer.....
5. Tiada langsung kata2 maaf daripada pihak management hotel. What a BAD hotel...!

So, berhati2lah memilih hotel. Jangan nampak gah di internet, hakikat sebenar, mcm rumah berhantu. (apa punya pesanan daaa...)

Tak Nak Tambah Anak Ke?

Assalamualaikum.....

Amaran. Entry ini adalah luahan perasaan sendiri. Sesiapa yang rasa akan serabut membacanya, sila abaikan entry ini.

Seperti sedia maklum, kita hanya ada seorang anak. Dah besar. Umur dah 9 tahun. Tahun depan akan masuk darjah 4.

Sering kali dan sangat rutin pertanyaan di atas diajukan pada kita. Agak2nya orang yg bertanya soalan itu, sedarkah bahawa kita nie semua hanyalah manusia yang tidak punya kuasa untuk menentukan masa depan?

Setiap kali kita dapat pertanyaan itu, kita sering cuba terima dengan sepositif mungkin. Si penanya mungkin sekadar ingin tahu bahawa adakah kita merancang? Atau perasaan ingin tahu mereka bahawa adakah kita ada masalah lain seperti sudah tidak mampu mengandung, sudah serik bersalin, atau tidak bersedia membela anak lagi. Dan seringkali kita cuba ucapkan terima kasih dari hati kepada mereka yang bertanya di atas keprihatinan mereka.

Namun malangnya, yang sering kita dapat adalah pertanyaan yang diajukan dalam bentuk sindiran, kejian dan seolah2 menghina dan menuduh. ALHAMDULILLAH... ALLAHUAKBAR..

Kita bukan tidak mampu mengandung sebab kita dah buktikan dengan kelahiran Adam. Cuma mungkin agak sukar oleh kerana keadaan kesihatan kita yang tidak senormal wanita lain. Namun harapan tetap ada dan telah terbukti dengan wanita2 lain yang mengalami nasib yang sama dengan kita.

Kita penghidap PCOS. Sila google tentang ini kalau nak tahu lebih lanjut. Secara ringkas ialah tentang wanita yang tidak dikurniakan kestabilan hormon maka peluang untuk mengandung adalah sukar tapi tidak mustahil.

Kita agak malang kerana bila di diagnose, ianya sudah terlewat untuk berjaga-jaga. Kita sudah merosakkan diri sendiri dengan memaksa diri melakukan segala yang sepatutnya tak boleh. Namun kita redha. Pulangkan kembali aqidah diri kepada qada' dan qadar. Setiap apa yang berlaku, walau sekecil zarah pun adalah dengan keizinan Allah s.w.t.

Sekarang tetap ada harapan dengan perubatan moden. Namun dengan keadaan kita yang telah agak jauh 'terlibat' dengan risiko PCOS, mengandung bermaksud : BERSEDIA UNTUK MENEMUI AJAL. Ya, kehamilan kita boleh mengundang risiko kepada bayi, dan akhirnya ia boleh meragut nyawa kita. Tapi, sekiranya itu yang ditakdirkan Allah, kita bersedia. Dan sekiranya kehadiran anak baru akan menggembirakan Adam dan papanya, serta nenek dan atuknya, kita gembira untuk 'pergi'. Dengan syarat, anak itu tidak akan disia-siakan masa depannya kerana kita memberikan pengorbanan yang besar untuk itu.

Tapi....

Penanya2 soalan di atas tidak faham implikasi ini. Mustahil untuk bercerita panjang lebar kepada soalan sekali lalu, tetapi tuduhan minda yang kekal dari penanya-penanya soalan.

Maka kita serahkan kepada Allah s.w.t.

Dan beberapa ketika yang lepas, sekali lagi jiwa kita dirobek dengan tajam bila seorang ibu ini dengan bangganya menunjukkan anak barunya kepada kita. Bersama senyuman yang sangat ingin kita andaikan ikhlas dari hatinya, dia memberikan 'motivasi' kepada kita. Katanya : "Usaha lagi..boleh tu. Chaiyok...chaiyok!"

Dan dalam hati kita berkata, mahukah kamu menjaga anakku sekiranya nyawa menjadi galang ganti...?

Dan kita hanya terbayangkan ....

ADAM

Maka kesudahannya adalah seperti biasa... HARUS PERCAYA DENGAN KETENTUAN ILAHI. Sekiranya ditakdirkan Adamlah satu-satunya, kita bersyukur kerana dikurniakan anak secerdik itu, sekacak itu, dan segentleman itu. Tetapi Mungkin kelahiran yang baru adalah bukan jalan terbaik dalam kehidupan kami bersama. Namun sekiranya kita dimurahkan rezeki dan sudi kiranya Allah Azzawajalla mengurniakan kita seorang lagi anak seperti Adam, kita yakin amanah itu adalah rahmat.

Bantulah kita untuk mensyukuri dengan apa yang ada.

Selasa, 29 November 2011

Tandas Awam Yang Sangat Bersih di Malaysia

Assalamualaikum.....

Kita selalu balik Kuantan dari Melaka, mesti ikut jalan yang lalu pekan Gemencheh, Gemas dan Buluh Kasap. Walaupun dah beberapa kali lau...selalu nampak tandas ni, tapi x pernah singgah.


Tandas nie, di simpang Traffic Light sebelum tiba ke pekan Gemas dan berhadapan dengan sebuah sekolah menengah. Tak ingat apa nama sekolah tu. Tapi sekolah tu macam tinggi sikit di atas bukit.

Suatu hari, hubby kata nak singgah kat toilet nie. Selalunya kami singgah di Petronas jer, tapi disebabkan tak ada nak isi minyak, maka x ada keperluan nak singgah di Petronas. Ada bayaran. Macam biasa, tapi sangat bersihlah dalamnya. Macam masuk spa pula rasanya. Kagum betul kita. Dengan bayaran yang sama macam toilet lain, tahap kebersihan dia pulak jauh menjangkau tandas2 awam di Malaysia nie. Tak percaya? Meh tengok...








Dalam tandas perempuan tu siap ada garden kecil lagi. And di setiap pintu tandas, ada gambar yang menunjukkan tandas tu duduk atau cangkung. Tempat salin baby diapers, bersih dan selesa. Tak gelilah kalau nak letak bantal baby dengan baby kat situ.

So, syabas kepada Majlis Daerah Gemas kerana menyediakan kemudahan yang sempurna begini.

Sangat Mengantukk.. ZZZzzzzz....!

Assalamualaikum.....

Rasa macam nak bercerita tentang banyak perkara hari ini, namun kelopak mata nie, seolah ada magnet berkuasa tinggi sedang tarik menarik. Yang atas tarik bawah, yang bawah tarik atas....

Rasanya jadual sejak mid week minggu lepas sampai hari nie memang sangat padat. Secara ringkasnya...


Rabu : Singgah Alamanda lepas kerja untuk beli ticket Breaking Dawn dan terus balik PD

Khamis : Pagi bawa Adam ke opis. Lepas kerja ke Alamanda dan terus menghabiskan masa dengan Adam. Tiba di rumah dah midnite.

Jumaat : Bangun seawal jam 5.30 pagi untuk bersiap ke pejabat. Harus tiba awal kerana beberapa perkara. Selesai kerja, bergegas ke Kuantan.

Sabtu :
- Bertolak balik ke Melaka seawal jam 12.30 pagi. Tgh malam sebenarnya. Tapi hubby drive sbb kereta kita ditinggalkan di Kuantan.
- Tapi, menjelang 1.30 pagi, kita dan hubby dah terlalu penat dan perlukan rehat sbb hubby pun dah terlelap sambil memandu. Kami berhenti di Petronas Chini dan tidur dalam kereta hingga jam 5.00 pagi.
- Teruskan perjalan ke Melaka. Tiba di Melaka, bawa Mommy and everybody breakfast di Windmill.
- 11.00 pagi, hantar mommy balik dan straight ke klinik panel untuk reference letter hubby ke specialist.
- 12.00 tgh hari ada di klinik pakar Hospital Pantai Ayer Keroh.
- 2.00 ptg, pulang ke rumah mommy dan lunch. Hubby dah tertidur lepas tu sebab terlalu penat. Kita belum boleh tidur lagi.
- 3.00 pm hantar boys ke karate class. Balik dari sending them, spent time dgn mommy story mory and etc.
- 4.30 ptg nak pick-up boys from karate class. On the way, tayar kereta belah depan pecah. Call hubby soh dtg ke workshop terus. Dgn tayar yg pecah, jalan juga slow2 pick-up boys and straight away to worskshop. Luckily rim belum bengkok, cuma tayar dah rabak habis.
- 6.30 pm selesai urusan workshop, dan balik rumah mommy.
- Lepas maghrib, bawa mommy and Ba and semua org dinner di kedai favourite Ba di Alor Gajah. BIL dan SIL pun dtg dr Seremban and join the dinner.
- Tiba di rumah dah pukul 11.00 malam. Kita terus tak sedarkan diri bila kepala cecah ke bantal.

Ahad :
- Bangun pagi terus masak breakfast, siapkan laundry yang sangat banyak, sapu rumah dari atas ke bawah, cuci toilets, etc.
- Hubby jadi 'mandor' pada brother yang dia panggil utk tolong potongkan rumput rumah.
- Tgh hari, after Zohor, pergi rumah mommy, tp mommy x ada rumah. Teruskan perjalanan ke Seremban utk dinner family sempena Birthday mak. On the way, singgah di Lubuk China untuk tengok orang fishing.
- Sampai di Seremban, ngam2 15 minutes sebelum pukul 6.00 as scheduled. Dinner dan semuanya bergerak balik ke PD.
- Lepas Isya', semua adik beradik dan children dan biras pergi PD Getaway di Telok Kemang untuk karaoke session.
- First time ever karaoke dgn siblings and the spouses and the children. Super happy... Merrier dengan kehadiran cousin. One big room for one big family group.
- Pulang dari karaoke, pukul 1.30 pagi.

Isnin :
- Lepas Subuh, dah tolong mak buat breakfast di dapur. Lepas breakfast, gerak balik ke Melaka. On the way, hubby singgah nursery dan bei banyak peralatan gardening. Hubby dah tergoda dengan sepasu pkok bunga yang sangat mahal. So, beli juga.
- Lepas Zohor, hubby membela gardennya dan selesaikan gardening sessionnya. Kita x mampu dah, so terus ZZzzzz....
- Lepas Asar, packing barang hubby untuk ke China dan kemas rumah lagi.
- Lepas Maghrib, ke rumah Mommy utk dinner, dan straight away ke Hospital Seremban dgn mommy untuk visit SIL yang baru lepas bersalin. Puas kelentong security utk masuk juga. Dapat juga tengok baby yg tembam.
- Midnite, sampai rumah semula lepas dropkan mommy di rumah.

Selasa (Today) :
- Bangun jam 4.00 pagi. Bersiap utk ke kerja dan prepare peralatan hubby utk ke China.
- 5.00 pagi gerak dari rumah. Subuh, dah ada di KLIA. Lepas check-in dan sebagainya, breakfast dan hantar hubby berlepas.
- 8.00 cari kereta setengah jam sbb lupa park di mana. Rupa2nya salah blok. Straight drive ke opis.

Now :
- I wish I'm at home alone with my bed and pillow.....

Isnin, 28 November 2011

Selamat Menyambut Awal Muharram

Assalamualaikum.....

Ahad, 27 November 2011

Sambal Perap

Assalamualaikum.....

Ini adalah percubaan pertama kita. Kita create sendiri2. Tapi bila makan, alamak..sedaplah. Memang boleh jadi resipi. Asalnya, bahan2 nie kita buat untuk perap ayam agar jadi ayam goreng berempah versi diri sendiri. Ternyata sedap. X snap pula gambar ayam. Nantilah next time. Cuma silapnya ialah minyak overdose pula. So, next time, kena guna minyak yg sangat sedikit. Maklumlah, experiment. Meh tengok resipi.

Bahan A :
2 sudu besar ketumbar biji - Sangai hingga garing sedikit
3 ulas bawang putih ( jangan buang kulit hingga habis )
1 biji bawang besar
2 sudu besar cili padi

Bahan B :
1 sudu besar mayonis
1 sudu besar serbuk cili

Bahan C :
Minyak untuk menumis
Garam sebagai perasa

Cara-cara :
- Tumbuk ketumbar dan cili padi hingga lumat.
- Campurkan selebihnya bahan A dalam cili padi dan tumbuk hingga hancur. Jangan tumbuk lumat bawang2 tu. Biar kasar2 sikit.
- Campurkan bahan tumbuk dengan Bahan B hingga sebati.
- Tumiskan dan goreng hingga masak. Perasakan garamnya.
- Kalau nak garing boleh, nak basah2 pun boleh. Tapi sambal nie takkan jadi garing sangat sebab ada mayonis.
- Makan dengan ikan goreng dan sayur rebus2. Memang berselera betul.

Bolehlah cuba kalau sesiapa yang minat pedas.

Selamat menjamu selera.

Sabtu, 26 November 2011

Aku Bukan Tomboy : Review

Assalamualaikum.....

Dah pergi tengok cerita nie. Dengan Adam juga sebab hubby ada kerja di opis. Sementara tunggu, kami rempit ke ECM jap. Mula2 asalnya nak tengok Puss in Boots. Tak tahu la pulak dia release lambat lagi. Cheh.... Last2 tengok cerita nielah. Sokong filem tempatan.

Dah jangka yang bahasa digunakan tidak bagus langsung untuk kanak2. Tapi x adalah ralat sangat sebab cerita nie basically targetnya bukan kanak2 mcm Alamak! Toyol tu. Jadi, pandai2lah mentapiskan semua untuk Adam.

Lawak kasar. Ok..not bad. Cuma, ada banyak review kata Syamsul Yusof tu x sesuai berlakon jadi nerd, tapi bagi pendapat kita, ok jer. Ada ala2 Rosyam Nor dalam Maria Mariana 2 tu. Lawak tapi ada cair jugaklah. Betterlah daripada jiwang kasar manja si Shaheizy Sam tu. Tapi mmg kelakar sgt cara SS bawa watak jiwang tu...hehehhehe.

Kalau sesiapa yg dating, tahap2 boring tu...bolehlah juga nak tengok. (Jahatnya kita... x sokong filem tempatan)

Jumaat, 25 November 2011

Relative's Wedding Dinner

Assalamualaikum.....

We were invited by mommy's cousin to attend her daughter's wedding dinner last weekends. They had the Chinese dinner at Chinese restaurant with the Chinese ceremony. So, the other family member who couldn't join that and of course all the Muslims relatives are to be gathered in this other occasion.

It's similar to Malay's wedding party...the food and tents and people. Only that, the bride and grooms didn't bersanding etc. They just wore simple pretty dress that nite. The food was frm the local Malay caterer. And of course, no Malay songs...hehehehhee. Chinese songs all night long. I think hubby's cousin called up her friends and get singers for this occasion. Other than that, almost all 5 tents were filled with family only. Owh yeas...mommy's big family is a 1 Malaysia. Some of them stayed as Chinese and Buddha, some are Christians, some wed Indian, thus they became Hindu, and most has converted to Muslims. Alhamdulillah. The important things is, everybody respect and love each other exactly like a family member should be.

Ok...let's try to see the blurry pictures. I didn't snap it, but I let my nephew to enjoy playing with my phone since Adam was still busy eating.


Tents were filled with family members


I can't remember they are from which side..heheheheh


This granny is mommy's nenek saudara. Very kind and soft.


Despite the 'stage' is a crowded garage, he performed very well. He danced and sang and make sure everybody was happy. Nice voice...


The mother of the bride is the left aunty holding her granddaughter. The other two are aunties to hubby as well.


Ok...Alleycia is soooo attached to Atok.


And Atok is soo attached to this beloved granddaughter. Well, who wouldn't right?

This is mommy's cousin as well. He married an Indian girl and his daughters are all sooo pretty.

I do not have the food pics, but they served delicious nasi beriyani, kari kambing, ayam masak merah, acar buah, acar jelatah, sambal tumis udang, sate and many fruits and kuihs. All of the dishes are delicious. The balance of sweet, sour, salty and spicy... just nice. Good caterer. In my list for function... I knew the lady behind..hehehhehe.

So, can't wait for another occasion in my family next month....



TWILIGHT BREAKING DAWN Part 1 : Review

Assalamualaikum.....

Yess... Berjaya juga tengok cerita nie last nite. Walaupun di row depan, tapi ada lagi yg lebih depan dari kita. Sanggup tu. Sangat penuh la hall tu malam tadi. Sebelum masuk tu, sempat lagi dengar orang kaunter tiket tak putus2 menjawab tentang tiket cerita nie dah habis. Syukurlah kita tergerak hati nak beli awal sehari.


Adam sangat suka dengan Edward. Tengoklah, ambik gambar pun nak pegang Edward. Dia x sedar kepala dia nak kena baham dengan wolf dari belakang tu....

Cerita nie, memang betul2 summary daripada separuh buku. Suka sangat. Cuma dia masukkan adegan wolf lawan dengan vampires sebab nak bunuh Bella. Nasib baik Jacob dah start falling in love dengan Renesmee.

Agak kurang puas hati sebab rasa sangat pendek. Tamak sungguh kita kan. Tapi script writer dan director pandai...diorang ambik part yang penting supaya orang faham jalan cerita nie. Start cerita pasal Jacob merajuk bila dapat kad kawen Bella. Tapi of course dalam buku, lebih menarik lagi. Bella drive kereta paling mewah yg satu US belum dapat lagi... Bella kena fitting baju... Edward bagi itu ini pada Bella... and semua2 lah. Tapi seronok betul tengok semua vampires siapkan majlis. Selamba jer angkat kayu balak, kerusi2 berat, etc.

Tapi Alice x cantik sangatlah dlm nie. Spoil betul. Kita sangat suka dengan Alice. Entah kenapa dia x berapa menyerlah dalam cerita nie. Oh yer...lupa. Dalam part 2 nanti dia akan memainkan peranan yang besar... Yess!!

Honeymoon scene, macam cut short. Maybe kena potong. Tapi kita sangat gembira sebab akhirnya kita tahu apa yang diperbualkan oleh Edward dengan makcik cleaner tu. Sebab dalam buku, Bella kata dia tak faham Edward cakap apa. Kita lagilah tak faham.

Ada satu scene yang kita sangat tunggu2. Part Rosalie asyik nak gaduh dengan Jacob. Sampaikan satu hari tu, 'mak' dia si Esme soh bagi Jacob makan, Rosalie tumbuk dan bentuk sekeping logam sampai jadi pinggan untuk Jacob. Kalau ada, must be fun.

Itupun malam tadi, ada banyak juga scene yang lawak. Gelak2 segan la kurang lebih mcm tu. Jenuh nak explain kat Adam. Berputar2 otak mencari words yang sesuai.

Oh yer. Part Bella bersalin... tak detail. Sakit bersalin tu adalah. Tapi dia tak tunjuk mcm mana baby tu gigit perut Bella dari dalam untuk keluar. And dia tak tunjuk mcm mana Bella fight rasa sakit dari dalam diri dia masa proses dia transform untuk jadi vampire tu. Part tu adalah penting. Sangat painful dan sangat bnyk yang bermain di minda. Oklah...dia tunjuk gak mcm mana Bella reminisce old memories, tapi x cukuplah.

Apa-apa pun, x puas tengok malam tadi. Harus beli DVD dia nanti. Yang paling utama... tak sabarnya nak tunggu setahun lagi. Bella jadi vampire mmg sgt menarik. Dgn power dia, dgn lakonan dia pada bapak dia... dgn bapak dia si Charlie tu dh x peduli anak menantu cucu dia tu orang ke tidak... eisshh... And paling seronok bila part Jacob dan Renesmee punya relationship. Oh yer...2nd honeymoon Bella and Edward selepas jadi vampire yg mana 2-2 pun enjoy this time, and part Bella plak pergi carik 'makan'...

Best..best...! Satu kisah khayalan yang sangat seronok utk di layan...

Khamis, 24 November 2011

This Is THE DAY!

Assalamualaikum.....



Today is the day. The official screening for Twilight Series starts tonite in Malaysia. I am obesessed with this story. It's not a novel, it's not a movie, but to me it's simply a story of life which is extremely fascinating.

At first, I like Twilight movie which has been blogged by my friend, Dd. I read her entry and I googled it. I found Stephanie Meyer's page. She's the author of the novel. I fell in love with her writings. I felt so close to her and I believe she does her magics in the books too.

I bought the DVD and watched the movie. Oh my...it was so alluring.. (Fine, I felt like that, ok). Then it was the time when I realize I am kind of obsessed with the story. So I bought the book. Owh..I can't afford to buy the whole set. So, I bought New Moon first because I watched Twilight, so I thought it was the summary of the book. But when they release the sequel of Twilight, New Moon, I realize the book and movie was not telling exactly the same story. But I can't wait to know what's the end. So I bought Eclipse and Breaking Dawn. Only when I finished the last serial, the Breaking Dawn, that I bought the Twilight novel.
Confused? That's fine. I am not doing a lecture on Twilight subject here. Just a pinch background of the relationship between me and Twilight.







And tonite is a night to be missed? Not at all!. I watched New Moon quite late because hubby was not really a fan of Twilight. So, I watched it from DVD only and it was totally an unpleasant experience. Thus, I watched the Eclipse alone at movie theatre when other audiences came with couples and friends and family and keep on throwing the silent question looks at me. I didn't give that a damn care. I paid for my ticket and this is my fav story. And I enjoyed the movie so much and felt so satisfied and proud of myself because for once I successfully being selfish.

For tonite. It's school holiday and my Adam is as eager and as obsessed as me to watch the story. He is in my team. Team Edward. Yeahh! The bonus point, tonite I'll bring my couple.

We'll be watching it in Alamanda tonite. I got the very front row seats because it was fully book since early morning of Tuesday online and I went to buy it from the counter only last nite. I don't care, as long as I'll be in the hall.

I'll tell about the story in my next entry....

Oh, for those who are wondering what is so special about this story that many girls and ladies all over the world are freaking all out about, please read it HERE...

** All pictures credited to http://malaysiantwilighter.blogspot.com/

HARIMAU KITA MASIH TEGUH! PERCAYALAH..!

Assalamualaikum.....

Janganlah kecewa dengan keputusan malam tadi. Sesungguhnya wira kita memberikan saingan yang hebat kepada Syria. Syukur Alhamdulillah kerana prestasi permainan memang baik malam tadi. Cuma kelebihan mereka ada;ah dari segi saiz dan stamina. Saiz dah tentu tak boleh diubah, namun stamina sudah tentu mampu diperbaiki. Kita hampir tewas dengan Indonesia, juga antara faktornya ialah stamina.

Tak apa...pengalaman, kesungguhan, komitmen dan keikhlasan akan membuahkan hasil yang manis.

Kita semua support dengan doa yang tulus...

amiin...

Rabu, 23 November 2011

HARIMAU MUDA, OLIMPIK DI GENGGAM!

Assalamualaikum.....

Malam ini adalah perlawanan kelayakan ke Olimpik menentang Syria. Agak2nya kecut x Syria dengan prestasi anak rimau Malaysia di sukan SEA yang baru berlalu?

Apa-apa pun, kami percaya dengan anak2 rimau sekalian. Cuma satu jer pesan akak pada awak semua...


"JANGAN OVER CONFIDENT! HARUS SENTIASA BERHATI-HATI.."


AUUMMM...!!

Wordless Wednesday

Assalamualaikum.....




Menunaikan janji di SINI.

Selasa, 22 November 2011

Makan di Melaka : Windmill Baru..

Assalamualaikum.....

Ada suatu hari, lepas jemput hubby di bus station, kami jalan2 ke bandar Melaka. Dah lama x pusing2 Melaka di waktu pagi. Best..udara nyaman jer. Sempat lagi lepak kejap tepi laut tgk orang fishing.

Perut dah lapar, cari port nak makan. Pusing punya pusing... nampak pulak restoran Windmill baru buka kat Tmn Kota Laksamanam menghala ke area Klebang dari Mahkota Hospital tu. Apa lagi, terus singgah la. Restoran nie, nampak dengan jelas dari tepi jalan. Bercantum dengan hotel baru, Marvelux.

Rupa2nya ada buffet. Dia supply breakfast untuk yg menginap di hotel.tu arrangement antara restoran owner dan hotel owner. Mcm kami, buffet berharaga RM10 jer seorang. Berbaloi sangat2. Food choices x lah banyak sangat, tapi ok lah. Knowing Windmill, quality of food is totally acceptable. You get your money value back. Ok..layan gambar jer lah yer..





Melaka Sudah Mula Banjir...!

Assalamualaikum.....

Sebenarnya tanpa kita sedari, beberapa kawasan dalam negeri Melaka telah mula dinaiki air. Kita tau pun dari Radio Melaka FM malam tadi. Bilik gerakan banjir di Melaka ditempatkan di Ayer Keroh. Setakat malam tadi, dah ada lebih kurang 200 lebih mangsa banjir ditempatkan di pusat2 penempatan mangsa banjir sementara. Antaranya adalah di Sg. Ramai dan di Tehel. Wah..dekat2 dengan bandar Melaka juga tu.

Semoga banjir ini tidak berlarutan. Kesian mangsa banjir...


Note : Syukurlah rumah di atas bukit...

TAHNIAH HARIMAU MUDA ! (Oh! Jatuh cinta..)

Assalamualaikum.....

Ya, berkat doa tulus seluruh Malaysia, Alhamdulillah akhirnya kita merangkul pingat emas untuk acara bola sepak.

Perlawanan bola sepak di Sea Games kali ini seolah2 membawa sentimen yang lebih mendalam lagi daripada berteraskan semangat kesukanan. Ianya seolah2 kisah epik bahawa negara menghantar pahlawan2 megah, perkasa dan bijaksana dalam menegakkan benteng maruah negara...

Perlawanan malam tadi sudah cukup adil. Tiada berat sebelah, tiada lakonan dan tiada point pun untuk pihak lawan tidak berpuas hati. Satu2nya aspek yang mereka boleh komplen..adalah kelemahan diri mereka sendiri dan seluruh rakyatnya. Bukan dari segi fizikal dan mental mahupun skill, tapi dari segi ikhlasnya bersukan dan hati yang bersih. Rakyat Indonesia, baik yang di atas padang, mahupun di tempat duduk terhormat, pandangan kita terlihat air muka yang keruh tanda dendam dan tidak puas hati. Ini bukan sukan kalau bawa masuk elemen negatif...

Walaubagaimanapun...sayanggggg dgn reff nyer. Sangat adil, tidak mudah tertipu, dan sgt comel... Owhhh... kagumnya dgn dia....

Isnin, 21 November 2011

Selamat Berjuang Team Bola Sepak Negara

Assalamualaikum.....

Beberapa ketika lagi akan bermulalah perlawanan penentuan bola sepak SEA Games 2011. Semoga pasukan Malaysia beroleh kemenangan besar bagi menegakkan kembali maruah negara. Biarlah apa beruk2 tu nak buat pada lagu kebangsaan, pada jalur gemilang dan pada rakyat Malaysia. Mereka sebenarnya jeles sebab tak dapat dtg Malaysia cari makan sedangkan sedara mara yg lain dh senang lenang kaut untung di sini. Biarlah mereka caci dan tuduh sebab sebenarnya mereka tak pernah mendapat didikan sempurna. Kalau kerajaan Indonesi itu berikan pendidikan yang baik, pasti negara itu tak dibanjiri oleh beruk dan kongkang...

Selamat berjuang perwira negara...!

Nasi Goreng Meriah

Assalamualaikum.....


Ini adalah nasi goreng biasa2, kita masak untuk dinner. Stail N9 la sbb tumbuk cili padi. Oh yer, ada sedikit belacan, tak ada ikan bilis. Yg lain2 bwg merah dan garlic mcm biasa. Sayur pun kacang panjang dan carrot yang di hiris serta sausage ayam yang didadu.

Try jer letak 3 hiris bwg mentah. Bila dikunyah seperti ulam di samping sepotong ikan tenggiri goreng garing, sedap rupanya.

Oh yer, guna beras herba ponni. Berderaii jer..

Sabtu, 19 November 2011

Fakta Aaron Aziz #2

Assalamualaikum.....

Aaron dulu usha wife dia dari jauh sebelum bercinta. Nak berkenalan, tapi tak minta no fon. Last2 wife dia yang minta no phone. Owhhh... pemalu rupanya.

Percutian di Port Dickson. Er, kampung halaman sendiri (Final)

Assalamualaikum.....

Amaran! Entry ini tidak bergambar.

So, 3rd day tu, pagi2 kami dah bangun. Tp kita tgk hubby tak ada kat apt. Kat balkoni pun takder. Dgn terpisat2 tu, jenguk ke luar, rupanya dia ada kat balkoni luar. Teropong laut dari sudut lain. Kita pun pergi sapa dia. Dgn baju tidur, dgn terpisat2 baru bangun tu. Lepas tu nak masuk apt semula utk mandi dan siap2, tiba2 nampak Adam keluar. Dia pula bangun cari kami. Masa tu agak2 gelap la. 7 pagi lebih kurang. So kita soh dia masuk semula, dan mandi. Nak breakfast. Tapi dia dgn muka pucat ckp : MAMA, PINTU TERKUNCI DARI DALAM...!

APA..???!!!

Aduihhh....puaslah kami godek, tapi x boleh buka juga. Dahlah office apt buka lewat, dlm pukul 9 lebih kot. Eiii...nyampah betul terkunci kat luar. Kita x boleh pergi mana2 sbb pakai bj tidur, dgn x pakai tudungnya...adoiiiii..... Duduklah kat balkoni tunggu opis buka.

Tp hubby dgn Adam selamber jer tinggalkan kita. Diorang lambai2 kita, sbb diorang nak gie mandi manda kat pool.

Bila nampak jer staff management dia dtg, kelam kabut kita minta kunci. Cheiis...pengalaman betul lah!.

So, kita turutkan hubby dgn Adam ke pool. Dh siap bwk beg isi tuala dgn baju salin diorang. Wah, sedap betul 2 beranak tu conquer kolam tu sbb x ada org langsung dah.

Lepas mandi, terus siap, kami gerak ke Seremban sebab hubby ada urusan bank. Dah selesai, apa lagi...nak gie makan lah. Dh alang2 ada di Seremban, lepak di JJ. Lepas makan, Adam nk tgk wayang. Tu lah yg tengok Real Steel kat situ. Sempat karaoke lagi kat sebelah wayang tu 1/2 jam. Tp hubby nyer choice lagu x bnyk kat situ, so dia x seronok.

Mlm, kami pulang ke apt dan tidur.

Esoknya, sebelum check-out, kita pula yg mandi kolam dgn Adam sbb hubby nak enjoy the last moment. Best sbb dgn kita, Adam boleh berenang kat kolam dewasa. 5 kaki jer dalamnya. Tapi serius, kita impress dgn anak sendiri. He really can swim. WITHOUT pelampung or anybody. Dr hujung sini ke hujung sana. Floating macam di laut. And dia x pernah belajar swimming secara formal..

Anyway...selesailah segalanyaa...

Petang tu balik Kuantan....

So, siapa kata kg halaman tak menarik? Pasti ada tarikan di mana2. Siapa lagi nak promot kalau bukan anda sendiri... Cuti-cuti Malaaayssiiiaaaa...

Jumaat, 18 November 2011

Percutian di Port Dickson. Er, kampung halaman sendiri (Day2)

Assalamualaikum.....

Mari sambung cerita.

Esok paginya kami bangun dengan sangat seronok dan santai. Pagi2 lagi lelaki2 tu semua dah mengadap laut. Of courselah dengan teropong dan tin biskut. Maka kita dengan MIL pun bancuhlah air. Siapkan sarapan. Kami makan nasi impit dengan sambal tumis dan serunding daging dan ayam. Wah, memang seronok betul lah. Ada roti juga. Ada kuih muih kering dan biskut satu tin. Sarapan di balkoni bersama keluarga, tanpa protokol dan sambil menikmati pemandangan di kaki langit. Superb!

Adam dgn Firdaus dah x sabar nak pergi pool. Yg dewasa semua malas nak layan sbb rasa lebih seronok bersantai di apt. Tp kesian pula budak2 nie. Kita pun temankanlah diorang. Tapi sampai pool, mak oiii ramainya orang. Pool tu ada 3 peringkat kolam..semua penuh juga. Pool mmg x besar pun. Tp penuh sgt sampai melimpah. Kasi can Adam dgn Firdaus masuk air. Tp kita x suka. Ramai sgt. agak2 setengah jam, kita dh ajak diorang balik. Menconcong jer mulut masing2 kena paksa balik.

Sampai di apt, kita dgn hubby terus bersiap utk keluar cari lauk lunch. Beli lauk kat kedai Mak Mah, hubby punya rambang mata, beli sampai 8 jenis lauk. Hah...tu lah. Tp tu lah. Ingatkan kalau x habis, boleh bawak ke dinner kan. Tinggal tambah2 tomyam ke, sup jer lah. Tp sayang, sebab rupa2nya FIL dah ajak nak balik Melaka. Tak apa lah. Itupun dah untung FIL nak lepak sama2 2H1M.

Maka petang tu, tinggallah kami 3 beranak di apt. Punyalah penat, kami semua tertidur sampai ke petang. Petang bila bangun, dah lapar. Alamak, menyesal pulak transportkan lauk2 balance tadi semua ke Melaka. So, hubby apa lagi. Ajak keluarlah. Jalan2 holiday. Kelakar sgt sbb mcm berlakon jadik tourist plak.

Destinasi pertama mestilah cari makan kan. Hubby kata nak try tengok kedai nasi lemak kerang dah buka ke belum. Bila sampai, memang rezeki kami sbb dia baru buka. So, lauk panas2 lagi. Kedai nie dekat dengan simpang 4 yang boleh pergi ke kilang tapisan minyak Shell. Dekat dgn klinik 24jam dan juga 7-E.

Kami makan....

Adam makan nasi lemak dengan ayam goreng dan sambal kerang.


Kita makan nasi lemak dengan paru sambal dan sambal kerang.
Hubby pula makan nasi ayam biasa jer. Tapi dia ambil sambal kerang juga.

Ok...amaran keras! Sambal dia memanggg pedass yang amat. Siapa yg x makan pedas, minta dia asingkan sambal dlm piring lain.

Inilah suasana kedai dia. Kalau malam mmg penuhhhh.

Adam nie mmg anak Melayu. Makan apa pun nak pakai tangan, kecuali di Chinese atau Japanese restaurant, dia akan pakai chopstick.

Bila dah kenyang, kami jln2 ke Telok Kemang. Di roundabout Telok Kemang tu kan ada mcm kedai2 bnyk. Di PD Getaway tu, ada bnyk gak kedai2 baru buka. Sekali tu hubby ajak ke karaoke. Karaoke tu kat tkt atas, hujungg sekali. Senang sebab toilet dan surau kat sebelah dia jer.


Adam tgh tensen sebab papa dia nyanyi lagu Jepun yang dia x paham satu apa pun. Oh yer, mama dia pun x faham...hehehhehe. Tapi hubby suka sbb ada bnyk lagu Jepun favourite dia kat situ. Biasalah org lelaki. Dia paling suka nyanyi lagu group X-Japan. Dia kata boleh release tension.

Kita bolehlaa sikit2 nyanyi lagu Southern All Stars (Manatsu No Kajitsu) dengan lagu Yutaka Ozaki (I Love You). Perghhh..lagu jiwang jer ekkk... hehehehhe

Dah puas melalak, makan dan jalan2, kami pun balik apt. Apa lagi tidurlah....

Final episode, lepas nie.

Khamis, 17 November 2011

Makan di KL : Mustafa Jones Burger

Assalamualaikum.....

Semlm ada surprise! Hubby call kata dia habis kerja cepat (sebelum pukul 6) dan dia akan balik KL.Yeayyyy! Papa balik..yey yey.. Seronok sgt sbb kami biasa jumpa weekend jer. Ini weekdays dapat jumpa, mmg seronok lah.

So, dia tiba KL dlm jam 9 malam. Lepas bersiap di rumah, kami pun keluar dating makan2. Plan untuk makan western dari Chef Mustafa Jones. Dah beberapa kali baca di blog Kak Jee dan memang selalu terliur nak menikmati.

Mlm tadi, kami pusing2 Melawati. Senang jer nak jumpa. Dia beberapa blok, dari Bank Rakyat. alah, pusing jer...mesti jumpa Pekan One Kopitiam.

Kopitiam nie tutup pukul 11 malam. Kami tiba dah 10 lebih. Sempat lagilah kan...

Ok...jom tengok food. Tak larat nak bebel panjang. Perut tgh cramp nie..


 Chicken wings. Memang rasanya sangat menarik rasanya. Special sikit. Tak tau nak explain. Cuma, untuk lidah kita, terlebih masin sikit. Atau mungkin sbb dah ujung2, org dh nak tutup kedai, kuah tu dh kering sikit, jadi masin kot.



Atas nie adalah potato salad dia. Fav hubby. Tapi hubby lebih suka versi Windmill Restaurant di Melaka. Boleh search dalam blog nie tentang Windmill. Tapi kita pulak yang suka. Sangat lembut yet so flavourful. Kita jer yg menghabiskan. Sedap.


Ini adalah garlic bread dia, versi roti pita. Dalamnya ada disapukan special flavour. Pun agak masin sedikit, tapi memang sedap. Crunchy yet soft. A must try.



Atas nie hubby punya. Dia order rib eye. Tebal dan besar. Cuma keras sikit, sebab daging bahagian rib eye nie, ada urat2 sikit. Tekstur dia lain tough sikit lah.

Atas nie pula, kita punya. T-Bone steak. Mak oiii...terperanjat sangat sebab sangat besar. Penuh pinggan yang lebar gedabak tu. Dagingnya tebal dan lebih lembut dari rib eye. Bila gigit, rasa sangat juicy dan very meaty. Kita x habis! Kita hanya makan bahagian yang sebelah kiri tulang tu jer. Itupun dh rasa kenyang sgt. (Padahal dah melantak garlic bread dgn potato salad). 

 Last but not least, menu dia....

Nak lebih review, boleh baca di blog Kak Jee tentang food nyer. Sure terliur nyer...

Percutian di Port Dickson. Er, kampung halaman sendiri (Day1)

Assalamualaikum.....

Alahaii...segannya nak cerita. Tapi harus bercerita juga.Tapi segan, tapi dah amik gambar..huhuhu. Cerita jerlah kan....

Alkisahnya macam nie. Hubby kita memang ada join vacation club. Dah lama dah join. And every 2 years, we all dapatlah beberapa malam untuk lepak di rangkaian hotel mereka. So, untuk tahun nie, expirednya awal Nov. Ada balance lagi 4 malam. Mak oii..banyak lagi. Kalau x guna, expired. Nak pergi jauh2, mcm tak berapa convenient. Sudahnya kami pilih Paradise Lagoon Resort di Port Dickson. Hahahahaha...rumah mak sepelaung jer...boleh cam tuh? Lantaklah kann... Janji holiday.

Resort nie actually holiday apartments jer. Dah lama dah. Dulu2 bawah Corus, tapi diorang separatekan so ada different management. Anyway, still can use facilities dia, cuma yg dok kat apartment nie, limited sikit lah.

Kami booking dari hari Sabtu, weekend sebelum Deepavali hinggalah Selasa. Itupun sebab kilang hubby tutup Monday dan Tuesday. Kononnya, Adam bolehlah pergi sekolah daripada resort kan. Dah siap bawak beg skolah dengan baju skolah. Tapi hampeh...dia x mau pegi. Papa dia pun sokong keputusan dia tu. Maklumlah... baru habis exam.

So, kami memang dah niat nak ajak parents in law stay sekali. Saja seronok2. Siaplah angkut segala bantal, toto dan selimut sebab apt tu 1 bilik jer. Ada juga yg 2 bilik dan 3 bilik, tp kami entitle utk 1 bilik jer. Tp no hal. Kita dah plan, kalau in-laws kurang selesa, kita anak beranak balik tidur rumah mak jer...hahahahha.

Apt kecik jer. Lupa sangat2 la nak amik gambar apt tu. Amik gambar Adam dgn Firdaus kat balkoni jer.


View mmg awesome. Setiap apt memang mengadap laut. So semua guest bolehlah nak layan jiwang 24 jam kat sini. Lagi sikit view...


Lagi satu faktor kenapa kami tak pergi jauh2, sebab FIL kita tak berapa suka dengan holiday long journey ni. Sangatlah susahnya nak ajak dia jalan2 and makan2. Kadang2 tu kena sampai kena 'kidnap' dia.

Lg satu, kita siap bawa rice cooker dengan beras...sbb senang boleh mkn beramai2. Apt kan ada ktchen...tapi x la masak2 bagai. Tak kuasa nak bersilat time holiday nie. Lgpun kg halaman, tau jer kat kedai mana nak beli lauk pauk. Sonang kan. Tapi mak dgn ayah x der rumah. Since kami holiday bawak Adam, mak dan ayah pun amik kesempatan gi lepak kat rumah Ida di Kuala Pilah. Tapi kunci rumah, kita mmg ada.

First nite, kami makan sate di Telok Kemang. Warungnya di sebelah kiri kalau dari pekan PD dan betul2 sebelum Balai Polis Telok Kemang. Maaflah, x ada gambar. Entah kenapa, bolehkan banyak pula gambar x ambil this time. Maybe sbb kg halaman sendiri kot. Nntlah next time kita try buat entry lain.

Lepas makan, balik apt, terus kemas2 tempat tidur. MIL kata x yah balik rumah...dia dah bawak bnyk alatan tidur. Wauu..kagum betul kita. Syukurlah Adam dan Firdaus memang boleh harap. Anak bujang 2 org tu lah ulang alik ke kereta mengangkut supply. Kami keluarkan semua sofa set di hall tu ke balkoni. Best betul makan2 dan minum2 kopi malam2 di balkoni mengadap laut. Hubby pula bawak teropong dia, ralitlah kaum lelaki teropong sana sini. Tengok kapal2 minyak, tgk sampan nelayan, tgk org menjaring..

Tak lama lepas tu, BIL plak dtg. Wah, makin meriah lah dgn anaknya yang baru 2 thn tu. Bukan main suka lagi Alleycia berlari2, berguling2, bersorak2 dan makan2. Kejap2 dtg kat kita, soh Mak Ngahnya nie suapkan biskut. Maklumlah, mamanya dah sarat, tunggu nak bersalin adiknya.



Tapi rupanya diorang dtg kejap jer. Maklumlah, PD dgn Seremban setengah jam jer. So, diorang baliklah midnite tu. Menjerit2 amoi kecik nie x nak balik. Kesiann dia. Mlm tu kami tidur dengan bayu laut.

Next day....nnati kita sambung. Ini pun dah berjela dah. kang ada pulak yg terlelap baca entry panjang2 nie... :)
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink