I like U, Hattan...

6 comments
Assalamualaikum.....

(Google)

Banyak sangat entry tentang perceraian Hattan. Kita tak wujud plak pandangan negative pada dia, walaupun dah sah-sah sesetengah orang tu ada.

Kita suka la jugak dengan artis2 nie. Tapi kita tak la fanatik. Sesetengah tu kita ingat2 la lagu diorang. Sekadar hiburan sewaktu memandu.

Tapi Hattan nie different sket. Pada pandangan peribadi kita, dia adalah seorang manusia normal. Lelaki Melayu yang masih ada batas2nya.

Sebenarnya, kita pernah buat program Baktisiswa masa belajar dulu di kampung halaman Hattan iaitu di Sri Menanti, Negeri Sembilan. Bandar Di Raja dan tanah berdaulat. Oh yer, kita pun org negori gak, tapi kg den lain...  Dan masa tu Hattan dan berkahwin dgn isteri pertama dia.

Pada suatu hari, kami sedang menjalankan aktiviti di padang depan istana. Petang2 la. Tak ingat apa programnya. Tapi, Hattan yg tengah round2 agaknya sbb kebetulan dia balik kg, boleh berhenti tepi padang sambil lepak tgk kitorang buat program. Maybe program dgn anak2 yatim masa tu. Masa tu dia pakai kereta yg ala2 kereta sukan kaler kuning. Tak ingatlah nak tegur dia, sbb tgh sibuk. Lg pun, dia duk nun kat tepi padang sana. Mula2 x tau itu siapa, tp org2 kg kata itu Hattan... Oooo...baru tau.

Bila balik rumah, tanya mak ayah angkat kita. Diorang kata Hattan rajin balik kg jengah family dia. Dia pun x sombong. Elok rajin orangnya.. Wahhh...dah berubah pandangan kita pada dia sebab kita dulu ingat dia mamat rockers biasa jer...

Drpd situ, kita ada sedikit interest pada dia. Seorang lelaki Melayu yang biasa. Kalau salah, dia kata salah, kalau perlu di ajar, dia hukum. Oleh sbb itu, walaupun dah bercerai, anaknya tetap bersama dia. Ada suatu hari , 2 tahun yg lepas, kita isi minyak di stesyen minyak Shell betul2 seblah kereta dia. Masing2 sibuk nk balik kg untuk beraya masa tu. Dan dalam kereta mewahnya, ada anaknya dan seorang lagi lelaki.

Dan kita yakin, apa saja tindakan Hattan, ada sebabnya. Kelemahan dia ialah dia selalu lupa ciri penting untuk mencari calon isteri dek kerana terpesona dgn kerlipan bintang di langit.

So, kita sokong dia. Sebab komitmen dia dalam seni, kita kagumi.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

6 thoughts..

Tanpa Nama berkata...

follow cnie.. like hattan.. ^_^

Cik Bambam berkata...

xde jodoh dia kak.. cerita sbnr dia divorce pon kita tak tahu eh.. Allahualam..

RamRamCute berkata...

Artis lelaki melayu yang penuh kemelayuan hehehe...sian dia.

dya nasir berkata...

dya pun kagum dengan hattan..

che mid berkata...

Salam, che mid dulu time muda-muda suka kat hattan ni.. siap hafal lagu2 dia lagi..

Mira Maisara berkata...

suka lagu hattan..rendang tak berbuah D: