Dah lama tak berentry makanan kan......
Sajerlah nak tepek story pasal maggie goreng sayur yang sempoi nie. Maggie nie kita masak pada jam 3 pagi, iaitu menyambut kepulangan hubby ke Melaka dari Kuantan. Hubby drive jauh kan...penat2 kerja dari pagi sampai ke malam, habis kerja terus drive ke Melaka, mestilah dia penat dan lapar. Kita gandingkan dengan air nescafe panas. Tak ada isi ayam, daging atau seafood pun. Memang purposely masukkan sayur yang banyak dalamnya untuk memudahkan penghadaman. Maklumlah, dah masuk awal pagi kan.... Perut pun nak rest juga...
Anyway, resipi sempoi :
Maggie perisa ayam 2 bungkus
Air masak 2 gelas
Telur ayam sebiji
Sayur sawi 2 tangkai
2 sudu minyak untuk menumis
Bahan tumbuk :
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah besar saiz kecil 1 biji
Cili hijau 2 biji (kita letak cili padi 6 ulas)
Cara-cara:
1. Tumiskan bahan tumbuk dalam minyak sehingga wangi.
2. Masukkan tangkai sawi dan gaulkan dengan bahan tumis hingga sedikit layu.
3. Masukkan air dan biar mendidih.
4. Masukkan satu peket perencah mee segera perisa ayam dan gaulkan hingga sebati. Tak perlu letak garam lagi. Tapi kalau tak nak guna perencah, masukkan sedikit garam dan satu sudu kecil serbuk pati ayam.
5. Bila dah sebati, kecilkan api dan masukkan telur, mee segera dan daun sawi.
6. Gaulkan sekali sekala sehingga mee agak2 lembut. Teruskan goreng sehingga kering airnya.
7. Tutupkan api dan hidangkan panas2.
Ha, senangkan.....
Memang sedap dan menyegarkan....
Hubby dengan Adam memang suka sangat kalau dapat makan nie. Tapi tak boleh selalulah kan.... Be moderate....
Selamat mencuba semua....
lapaaaaarrrr~!!! :(
BalasPadamSedapnya..nak buat gak la pasni..hihi..try resepi akak plak..
BalasPadamHehehe..Mak Usu singgah sini dari blog kak Rahmah..Selamat berkenalan..
fav magi goreng but selalu ayu goreng guna pes cili tue...terangkat ngeeee
BalasPadamawak...masak 3 pagi pun sedap sangat...patutlah asben awak soh awak masak pepagi buta mesti sedap ni saya yang menengok pun terliur...hehehehe
BalasPadamterliur saya kat sini. simple tp menyelerakan...ok. terus nk p cari meggi dengan sawi jap g.
BalasPadamCB : Meh datang Melaka meh, akak masakkan....
BalasPadamMak Usu : Yer, memang sedap. Kalau dah try nanti chare kat entry yer. Oh yer, kalau x makan pedas, cili jgn bnyk sgt yer.
Lady Ayu : Ha, sesetengah mmg suka guna pes cili, tp akak kan org N9, cili padi sentiasalah jawabnya.
Rahmah : Nak masak nasi pun sure dh x lalu, ini lah menu yg paling laku kalau time2 mcm tu....
sailaaf : Jgn lupa share mcm mana kalau dah try yer...
laparlh pulak
BalasPadamhai akak...lama tak jumpa ya...
BalasPadammasuk2 dah nampak megi dulu...nora kalo masak megi suka macam tu...hubby tak suka wooo...rela dia masak sendri cara dia..sekrg ni kena jauh2 pk megi..diet da lari...timbang semalam da 78 kg..huh baru nak 7 bulan..takut weh...