Isnin, 9 Januari 2012

Makan Di Melaka : Subaidah, MITC

Assalamualaikum.....

Kat Melaka, tak banyak restoran mamak mcm di KL. Apa tah lagi yg 24 jam. Tapi antara pelopor dan femes ialah Restoran Subaidah betul2 di hadapan MITC, Ayer Keroh. Restorannya standing on its own building. Besar, luas dan selesa. Kemudahan WiFi, tandas yang berjaga, dan surau disediakan.

So, kadang2 bila hubby tiba di Melaka jam 4-5 pagi dari Kuantan, kami akan lepak disini. Yerla, memandu jauh, saja nak refresh. Makan tosei di awal pagi, atau maggi goreng. Tosei kat sini memang sedap. Tapi nak kena ada sambal kelapanya tu.

Gambar2 di bawah diambil pada jam 5 pagi. Riuh rendah dengan pelanggan...







So, kalau rasa sampai Melaka awal sangat atau sekadar nak menikmati teh tarik sambil melayari internet, bolehlah singgah di sini....



1 ulasan:

http://therainbowjourney.blogspot.com