"SEGMEN NASZ : AKU DAN RAKAN-RAKAN BLOGGERKU"

No Comments
Assalamualaikum.....

Wahh....dah lama Naser tak buat segmen. Kali nie, ada segmen dari dia.

Biasanya, kalau join segmen dari Nasz nie, Insyaallah akan jumpa ramai rakan blog baru yang komited dalam dunia blog. Kadang2, join segmen dari blog tersoor pun, mcm susah nak lekat pulak kawan2 tu.... Maybe Nasz punya follower satu 'kapal' kot.

So, kalau nak meriah2 sikit blog anda, mari terjah blog Nasz di SINI.

NasZ minta berikan nama dan link blog2 kawan2 yang kita ada di alam blogger nie. Tujuannya supaya kita boleh juga berkongsi dengan blogger yang lain, keseronokan yang kita dapat bila kita terjah mereka nie semua.

1.) Bla-bla-blub-blub
Jiran sebelah kawasan blog kita. Ownernya ialah Pn Rahmah. Sebenarnya kami adalah sahabat baik kerana bekerja dalam satu pejabat yang sama. Percaya tau tak, walaupun dari pagi sampai ke malam kami bersama2 bekerja, berbual dan segalanya, namun cerita2 di dalam blog tetap eksklusif. Tak sama dengan apa yang dibualkan bersama2. See, banyak faedahnya bila ada blog nie kan.. Lagi satu, kita sangat kagum dengan beliau. Beliau adalah seorang manusia yang IKHLAS. Susahnya nak cari sahabat yang ikhlas seperti beliau di zaman sekarang. Kalau yang tak betul, beliau akan tegur, kerana itulah caranya bersahabat. Nak bersahabat dengan dia? Sila klik link di nama blognya itu yer...

2.) Dunia dari Dapur Kak Jee
Ini adalah blog artis.
Nak tau dia artis apa, kenalah masuk blog dia. Tapi rasanya ramai dah yang jadi follower dia. Dia mmg ramai peminat sebab sangat dekat dengan follower dia semua...
Mula2 masuk sebab nak tengok makanan. Kak Jee masak macam2 makanan yang mengikut selera kita memang mengecurkan... Tapi entry masak2 tu kebelakangan nie dah kurang sbb Kak Jee sangat sibuk. Kak Jee adalah pengguna produk 4Life yang telah mebantu beliau berjalan semula daripada di sorong oleh kerusi roda hanya dalam masa 1-2 bulan sahaja. Menakjubkan, bukan? Dan beliau dengan ikhlasnya membantu orang lain yang mencari penawar untuk penyakit2 mereka. Kami di pejabat pun dah rasa seronok minum air teh apple dari produk 4Life nie. Memang sangat bermanfaat. Selain daripada itu, seronok betul baca ulasan beliau terhadap gossip artis.. Maklumlah...wartawan.. Opss...

3.) Cik Bambam
Mula2 masuk blog CB nie, kiat rasa jakun sket sbb dia ada ramai follower dan rakan2 yg dekat dengan beliau. Bila satu hari dia komen dalam blog kita, melompat2 rasanya seronok sbb org popular komen. Dalah masa tu blog kita nie tak ada follower sangat, dan of course tak ada yg komen. Sehingga sekarang, bila baca entry dia jer, mesti rasa girang gembira. Ada mandrem dalam entry beliau nie..hahahhahaha. Ok, kita fitnah dia...huhuhuhu. Bukan mandrem, tapi beliau bijak tackle perhatian pembaca. Sila cuba.

4.) Apo2 Yolah
Blog feveret. Owner ialah Atok! Satu hari, satu entryyy jer dlm blog beliau. Samalah dengan CB kat atas tu, entah apa mandrem dia letak, sampaikan tiap2 hari mesti nak cari entry blog dia. Ok, kita fitnah orang lagi...huhuhuhu. Tak ada mandrem, tapi tetap nak baca tetiap hari. Oh yer, kalau entry CB riang gembira, entry atok selalunya boleh buat kita ketawa berdekah2. Tak percaya? Percayalahhh...

5.) More than Words

Ini adalah rakan baru blogger kita, tapi rasa macam dah lama dah. Beliau adalah Lady Ayu yang berada di Jepun mengikut suaminya. Seronokk sangat belajar bahasa jepun dengan beliau dari blognya. Antara destinasi impian kita. Kita tak dapat pergi, tapi dengar dia bercerita dengan tengok gambar2 pun dah teruja dah. Oh yer, kat tempat beliau sekarang musim salji tau. Nak tengok salji, terjahlah sini yer...

6.) Azham Vosovic
Yer, macam nama Rusia kan. Nak tau dia asal dari mana, kenalah berkenalan dengan beliau. Seorang pemuda yang halus jiwanya, tapi seorang sahabat yang disenangi ramai. Dia suka cerita seram tau.... Tapi blog dia kalau baca, kita kena keluarkan minda separa sedar kita yang kreatif. Ha...magic kan..? Tu lah kita suka tu...


Ok...dah siap

Oh yer, tarikh tutup ialah pada 23 Januari 2012...

Selamat berkenalan semua...
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 thoughts..