Baruuu jer menonton cerita ni di Astro First. Sebenarnya Adam yg beria2 sangat nak tengok cerita nie. Papa dia tunaikan jer apa yg baby dia nak nie ( baby..??? erk..!!).
Sinopsis dah banyak ada di dunia blog. Anyway, secara ringkasnya, ia adalah kisah 3 orang bujang yang terpikat dengan seorang wanita iaitu Puteri (Fazura). Mereka tinggal di rumah Nabil yang besarrrr dan mewah walaupun mereka tu semuanya nak makan pun tersemput2 jer. Nabil dapat pun diberi peluang tinggal di situ oleh bapanya yg kaya raya, dengan syarat mesti mencari seorang isteri. Kalau gagal, rumah itu akan diserahkan kepada adik Nabil yang akan berkahwin x lama lagi. Bapa Nabil yang dilakonkan oleh Ebby Yus memang garang yang amatnya. Secara tak langsung kawan Nabil lagi 2 orang, Johan dan Saiful pun ikut menumpang disitu. Yer, mereka guna nama sebenar dalam filem nie.
Bila ternampak Puteri, ketiga-tiganya jatuh cinta. Maka, berbagai2 helah dan usaha mereka lakukan untuk menambat hati Puteri yang cantik dan baik hati.
Antara usaha yang dilakukan ialah mengekori Puteri balik kerana ingin tahu lokasi rumah Puteri. Seterusnya, mereka menyamar sebagai wanita untuk mengorek maklumat Puteri. Yg pertama datang ialah Johan, menyamar sebagai wanita Arab. Ada purdah tu tau. Takkanlah dia nak tayang misai tu kan. Kemudian datang pula Saiful Apek jadik wanita India. Alahaiii...cantik betul dia pakai mcm tu, hahahahhaha. Last sekali, barulah datang Nabil dengan baju kebaya, menyamar sebagai agen pencari model.
Namun, usaha itu semuanya tidak berhasil bila mereka di ganggu oleh kelakuan abnormal adik angkat Puteri yang juga kelainan upaya.
Akhirnya, Saiful berjaya menemui bapa Puteri iaitu Mustafa Kamal yang berlakon sebagai orang buta. Memang menjadi...! Tapi x berjaya meminang Puteri sbb kata bapa Puteri, wanita itu mahu mencari seorang lelaki dengan kelainan upaya juga agar dia dapat menabur bakti kepada bakal suaminya seperti mana yang dilakukan oleh ibu Puteri lakonan Susan Menon. Menariknya, ibu bapa Puteri ialah suami isteri sebenar di luar filem.
Maka bermula dari sinilah, Saiful mula mendapat inspirasi dan menyamar sebagai orang buta. Bila diugut oleh Nabil dan Johan, barulah Saiful mendedahkan faktanya. Maka Nabil dan Johan masing2 menjalankan peranan sebagai orang bisu dan pekak pula.
Jalan cerita yang biasa. Tapi kelucuan yang jelas dari pemegang2 watak dalam cerita ini. Paling kita suka, mcm biasalah, Saiful Apek dan Ebby Yus. Sangat natural, sangat yakin dan sangat bersemangat. Nabil dan Johan agak kurang menyengat. Entah kenapa....
Secara keseluruhan, ada banyak nilai murni untuk pengajaran anak2. Tak perlu diungkap, ianya jelas dan mudah difahami. Indirect education kepada anak2 tentang nilai2 murni kehidupan...
tak sabar nak tengok! hehe
BalasPadamsuke ngan pelakon2 cite nih..lau ada zizan mesti brtmbh klakar hahaha
BalasPadamBOSAN DAN JEMU DENGAN JALAN CERITANYA.. WATAK OKU TAK SESUAI UTK GENRE KOMEDI!!!.
BalasPadam