Jumaat, 23 Mac 2012

Langkawi : Gunung Idaman

Assalamualaikum.....

Kita sambung kisah sebelum ini, ok..


Setelah puas meredah segala kampung dan desa, hutan dan belukar, jumpa jalan mati dan jumpa monyet panjat kereta, dan seluruh perjalanan itu adalah dengan tujuan memburu tempat makanan kerana kelaparan yang amat, kami tiba-tiba terrr sampai ke Oriental Village yang menempatkan Cable Car.

Bukan Cable Car yang kami kejar, tapi restoran di parking lot tu kami tuju. Sekali duduk, food dah tinggal secopot itu, secopot ini. Sedihnya.... Tapi, tanpa putus asa kami teruskan melangkah memasuki Oriental Village.



 Restoran pertama yang kami jumpa ialah sebuah kopitiam berdekatan dengan pintu masuk (dan tandas awam). Lega sangat-sangat bila dah dapat tempat makan yang ada rupa tempat makan. Kebetulan orang x ramai makan waktu tu. Maklumlah, dah menginjak petang, dalam pukul 3.00 petang lebih. Makanan yang kami order semuanya tiba dengan pantas dan syukur Alhamdulillah, rasanya tidak mengecewakan, atau mungkin kerana kami semua dah terlalu lapar masa tu...


Adam memang suka gigit straw. Kadang2, sampai penyet2 langsung tak boleh sedut air di gigitnya. Mak Su (sis in law) dia candid gambar ni masa dia tengah naik syeh menggigit la nie. Oh yer, dia tak cungkil gigi yer, sbb tak perlu (gigi dia jarang2..heheheheh).

Firdaus dihadapan pinggan2 yang licin dah kekenyangan dan dah ngantuk sebab dia mmg rutin harian kena tidur. Tapi disebabkan travelling, dia tongkat kelopak mata dia dengan batang mancis... Nampak tak? Saper x nampak tu...ish..ishh..ishhhhhh

Desert yang hubby order. Banana split. Tapi kita x boleh nak makan lagi dah..kenyang sangat.



Kami kemudiannya teruskan melangkah selepas kenyang dan berehat sekejap, menuju ke stesyen kereta kabel. On the way ke situ, mestilah singgah kedai cenderamata, singgah kolam ikan, berhenti tengok ular dan sebagainya.

By the time kami tiba, mak datukk..ramaiiii sangat yang beratur. Ada 2 line kami beratur, walaupun ada notice bahawa kaunter akan dibuka dalam 1 jam lagi. Dah petang sangat, tapi dah alang2 sampai, mesti struggle juga untuk naik sebab tak nak ulang ke sini semula. Dah setengah jam berpeluh2 beratur bersesak, senang2 jer management dia tutup line yang kami beratur. Diorang kata silap sebab buka 2 line. Tak pasal2, kami kena sambung beratur nun di hujung line pertama, walaupun kami sampai awal. Eishhh...gerammmmm sangat. Tourist pun ramai yang tak puas hati. PR GAGAL sungguh laa diorang nie. Tapi, demi keluarga tercinta, kita dengan sabar dan tabahnya beratur juga walau di hujung padang sekalipun. Hubby dengan Ba try jenguk2 di depan, dan bersuara la juga entah dengan siapa2 tentang kegagalan pengurusan di situ. Tiba2, group family yang depannnn sekali tu, offer nak tolong belikan tiket kami. Ya Allah, baikk sangat. Family anak Mami dari Penang. Tapi, sebagai langkah berjaga2, kita tetap beratur juga la....


Yang pakai baju biru dan topi merah di belakang Firdaus nie lah orang yang baik hati tolong kami.


Alhamdulillah. Berjaya juga masuk. Sedang beratur nak tunggu giliran naik cable car. Yang lain dah teruja nampak cable car dah sampai kat belakang tu. Kita dah 2nd time naik, so nothing much. Cuma nak pastikan semua orang gembira jer.

Tak lama kemudian, barisan dah jadi berlapis-lapis-lapis-lapis.

Mommy sangat happy dan Firdaus extremely takuuttt. Macam nak nangis muka dia. Nampak tak senyum dia tu senyuman paksa? Kita yang paksa. Kalau Firdaus tak senyum, kita cakap nak tolak dia ikut tingkap kecik kat atas kepala tu..hihihihi... Jahat sungguh Mak Ngah dia nie kan... Oh yer, ketakutan dia tu, sehingga ke tahap nak gerakkan kepala atas dan bawah pun tak mampu sebab dia takut cable car jadi senget dan jatuh.. Boleh..?



Magnificent view...kan? Musim kering, so air tejun tu nampak mengalir lesu jer. Kalau masa kita naik dulu, hujan, so air tu memang betul terjun!


Kami pergi hingga ke stesyen teratas. Tapi kita lepak di stesyen jer. Tak naik pelantar, tak naik bridge, sebab dah pernah naik. Hubby dengan parents-in-law pun x naik sebab dah letih. Kami menikmati pemandangan dan udara segar jer di situ. Relax betul rasanya.. 

Susah sungguh kami laki bini nak bergambar bersama. Ini snap kali ke berapa puluh kali ntah. Yang lain semua nampak rambut jer lah, nampak telinga hubby jer, nampak seluar jer... Eisshh, takda talent langsung..

Aduh..aduhh...beratnya cable car nie, sampai senget bahu memikul.. Hehehehhe

Senyuman paksa dari Adam pula....


Owh, I can stare at these panorama forever..!

Bye-bye puncak gunung.... 'Panggil' lah kami lagi yer nanti....




Lupa pulak... Ini gambar2 mereka berdua di jambatan gantung tu. Ain yang snapkan. Adam sungguh seronok sebab sejuk dia kata. Tapi Firdaus, tak nak lepaskan langsung palang besi tu dari genggaman dia. Melangkah pun dengan sangat perlahan. Mungkin takut jambatan tu roboh kot...hihihihi. Nasib baiklah palang besi tu tak tercabut dek kuatnya genggaman dia...

Nak ambil gambar 'Spiderman' nie, kena charge RM10.00 tau. Belum lagi bayaran naik kuda tuuuu...

Gembiranya itik2 nie berenang dalam kolam yang luas, dan makanan yang banyak..


Gambar gembira kami sekeluarga, tapi Ain takder sebab dia sibuk 'menembak'.

Petang tu kami pulang menuju ke Kuah. Makan di kedai mana yang sempat jer, dan x sedap langsung. Nak ambik gambar makanan tu pun x selera. Blacklist terus kedai tu. And, kami settle down awal malam tu. Esok ada pengembaraan menarik akan diteruskan.



5 ulasan:

  1. ai suka lepak kat Oriental Village tue gak...jadik rambang biji mata taw...if terjah weekend or school holiday mmg gituew la azab nak kena Q naik cable car

    BalasPadam
  2. Lady Ayu : Iyerlah Ayu. Kesiann my family.

    BalasPadam
  3. mahainya nk brgambar dgn spiderman tu..dh le kuruz....ha.ha.ha....

    BalasPadam
  4. kalau dya mesti dah gayat bila naik cabel car tu..haha..tak sempat nak snap pic pemandangan..

    BalasPadam
  5. NzA : Ha, tu lah sebab nya we all x bergambar pun..hehehehhehe

    dyabunga : Dah masuk dalam tu, ok jer... Tak takut sangat... Nanti dya naiklah yer...

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com