Jumaat, 9 Mac 2012

Langkawi : Kesudahan Hari Pertama

Assalamualaikum.....

Yer, menarik tak rumah tu? Seronok kan? Memang kita bercita2 nak ke Langkawi lagi, tapi nak lepak kat homestay tu jer. Tapiii, nak kena booking awal lah.. Sebab rumah tu memang idaman ramai. Setahun awal pun ada yang dah mula booking.

Oh yer, lepas berehat, petang tu kami keluar menuju ke airport sebab nak jemput Mami and Ba. Lepas dari pick-up diorang, baru plan nak pergi makan. Since, tiba awal, kami lepak2 psoing2 dululah kat airport...

Kita dengan Mak Su yang sangat sporting dan best. Muka pucat lagi sebab rasa letih lagi...


Kanak2 2 orang nie jer lah yang gembira sakan...


Bila dah sampai Ba dan Mami, barulah kami gerak mencari makan pula. Malam tu kami makan di Ikan Bakar, Balai Nelayan. Tak tau nak citer kat mana, tapi masuk simpang kiri lepas hospital Langkawi kalau daripada Kuah. Dulu kita dgn hubby pernah makan kat sini. Punyalah sedap dan murah. Tu yang repeat tu. Tapi entah kenapa, malam tu x sedap langsung pula rasanya. Ikan dan seafood pun x banyak choice. Dah ler tu, mahal berganda2 pulak tu.... Ishh..dah lapar kan.. Telan jer lah... Licin juga semuanya...

Tak banyak sangat gambar....



Selepas makan, kami berpecah. Pak Su dgn familynya mengambil kesempatan utk shopping sebab diorang x lama kat sini. Kami pula, tak shopping apa2 sebab mmg x bajet utk shopping, sekadar nak menikmati keindahan Pulau Langkawi. Apa2 pun, malam tu shopping selipar dulu, sebab semua x bawa selipar. Ini adalah untuk preparation esoknya...

Ada apa esok? Nak ke Pantai Cenang kah..? Nak mandi air terjun ke? Ha...kena tunggu next week... Macam biasalah...drama swasta kan ker hari weekdays jer... Weekend kan citer blockbuster...

So, jumpa next week yer....




2 ulasan:

  1. wah, bila p sana nie??????

    BalasPadam
  2. wah,akak..excited betul ecah tgk entry akak..sbb ecah n kawan2 plan nk p langkawi thn ni..waaaa..terujaaaa...hahaa

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com